Saya merasa dukacita sebab walaupun sudah beberapa tahun pengumuman telah dibuat mengenai ‘Father John Mansul’ (kita doakan untuk dia) – bahawa dia telah digantung dari melakukan tugas-tugasnya sebagai seorang paderi, sehingga kini masih ramai umat Katolik yang tidak tahu akan hal ini. Bahkan, masih ramai lagi yang percaya bahawa dia masih bekerja sebagai seorang paderi dan selalu berkunjung ke rumahnya untuk meminta nasihat dan untuk ‘berubat’. Hal ini menunjukkan ramai umat Katolik yang kurang membaca atau tidak mengikuti perkembangan terbaru gereja, samada secara tempatan ataupun antarabangsa.
Larangan untuk berkunjung ke rumah paderi yang digantung tugas ini , (samada meminta nasihat atau berubat) telah dicetak dalam Katolik Sabah selama beberapa keluarannya pada beberapa tahun yang lalu. Saya sarankan kepada umat Katolik yang memerlukan pengesahan mengenai hal ini membuat pertanyaan ke Diosis Katolik di Taman Hiburan, Penampang dengan mendail nombor telefon ini: 088 715017. Seorang sekretari akan menjawab pertanyaan kamu dan hal ini juga boleh ditanyakan kepada mana-mana paderi tempatan di Sabah. Sekiranya gereja tidak membuat pendirian tegas dalam hal ini, ramai umat yang akan kehilangan jiwa mereka untuk selama-lamanya.
I feel sad that after a few years has passed since the announcement of the suspension of ‘Father John Mansul’ (we pray for him), many Catholic continue to visit and ask for his advice. Many Catholic have been deceived and lied to by the party of this suspended-priest. This shows that many Catholic do not read enough or update themselves with the latest happening in the Catholic Church, both locally and internationally. This ban of visiting this suspended-priest (whether for seeking cure and asking for advice) was printed in several issues of the ‘Catholic Sabah’ newspaper a few years ago. I would like to advise to those Catholic who are still unsure about this matter to call up the Catholic Diocese at Taman Hiburan, Penampang at tel number: 088 715017. A secretary will answer your call. If the local Catholic churches here do not aggressively address their position on this matter, many faithful are at the risk of losing their souls eternally.
Larangan untuk berkunjung ke rumah paderi yang digantung tugas ini , (samada meminta nasihat atau berubat) telah dicetak dalam Katolik Sabah selama beberapa keluarannya pada beberapa tahun yang lalu. Saya sarankan kepada umat Katolik yang memerlukan pengesahan mengenai hal ini membuat pertanyaan ke Diosis Katolik di Taman Hiburan, Penampang dengan mendail nombor telefon ini: 088 715017. Seorang sekretari akan menjawab pertanyaan kamu dan hal ini juga boleh ditanyakan kepada mana-mana paderi tempatan di Sabah. Sekiranya gereja tidak membuat pendirian tegas dalam hal ini, ramai umat yang akan kehilangan jiwa mereka untuk selama-lamanya.
I feel sad that after a few years has passed since the announcement of the suspension of ‘Father John Mansul’ (we pray for him), many Catholic continue to visit and ask for his advice. Many Catholic have been deceived and lied to by the party of this suspended-priest. This shows that many Catholic do not read enough or update themselves with the latest happening in the Catholic Church, both locally and internationally. This ban of visiting this suspended-priest (whether for seeking cure and asking for advice) was printed in several issues of the ‘Catholic Sabah’ newspaper a few years ago. I would like to advise to those Catholic who are still unsure about this matter to call up the Catholic Diocese at Taman Hiburan, Penampang at tel number: 088 715017. A secretary will answer your call. If the local Catholic churches here do not aggressively address their position on this matter, many faithful are at the risk of losing their souls eternally.
8 comments:
Bolehkan dikongsikan cerita benar tentang Fr. Mansul?
Fr. JM terkenal dengan kurnianya yang boleh menyembuh orang2 sakit terutamanya yang berkaitan dengan masalah gangguan roh. Dia adalah paderi yang rajin dan amat disenangi oleh ramai umat2 semasa ianya menjadi paderi paroki. Tetapi kerja2 penyembuhan yang dilakukan olehnya adalah bertentangan dengan tugasnya sebagai seorang paderi katolik. Uskup selepas menerima beberapa aduan dari umat dan juga selepas beberapa tahun lamanya, akhirnya mengambil keputusan memberi paderi ini cuti selama 3 tahun (dimana dalam tempoh ini dia tidak boleh melakukan kerja2 sebagai paderi) dan hendaklah selepas tempoh ini memberitahukan keputusannya samada meneruskan kerja sebagai paderi dan berhenti dari melakukan kerja2 penyembuhan roh atau sebaliknya. Buat masa ini, berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, pilihannya adalah yang sebaliknya…
shalom avenus....
Disini saya hendak bertanya kepada anda kenapa FR.JM tidak boleh melakukan kerja sebagai penyembuh sedangkan dalam kehidupan Jesus sendiri di penuhi dengan penyembuhan..Bukan kah ini adalah salah satu daripada halangan dalam menyebarkan agama christian katolik kepada umum?? Saya amat mengetahui cerita sebenar kenapa FR.JM di gantung kerja kerana saya adalah salah seorang daripada anak buahnya yang selalu mengikutinya daripada kecil..Pihak vertican sendiri sudah melaksanakan bidang exocism bagi paderi yang mempunyai karunia..Saya amat hairan dengan pentadbiran katolik di sabah..Mereka seolah-olah tidak percaya akan penyembuhan dan karunia allah ini..Uskup sendiri seperti tidak percaya akan tugas penyembuhan yang pernah dilakukan oleh Jesus pada zaman dahulu..Adakah para paderi serta uskup dengki dan benci kepada orang yang mempunyai karunia allah?? Bukankah ini adalah kebanggaan sabah jika seorang paderi mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan orang?? Lazimnya negara di Asia seperti Indonesia,Filipina,Hongkong dan India mempunyai beberapa orang paderi yang berkebolehan untuk menyembuh pesakit terutama yang berkaitan dengan ganguan roh..So saya harap pihak katolik di Malaysia khususnya di Sabah menganggap serius perkara ini kerana selama Jesus hidup,tugasnya adalah menyebar ajaran kasih sayang dan menyembuhkan orang..sekian...
Sebarang pertanyaan sila email ke;
rumput.akar@yahoo.com
Pertama-tama saya ingin mengatakan disini bahawa tujuan saya menulis artikel tentang Fr. JM bukanlah atas sebab-sebab hasad-dengki atau cemburu. Misi saya disini adalah memberitahukan hal yang benar berdasarkan ajaran tradisi Gereja Roman Katolik. Pada pendapat saya, Fr. JM boleh melakukan kerja-kerja penyembuhan dan pengusiran tetapi ianya mestilah dilakukan berlandaskan kepada undang-undang Gereja Katolik. Seorang paderi Katolik perlu mendapatkan kebenaran dari uskup sebelum melakukan kerja pengusiran (Exorcism). Kerja-kerja ini bukanlah suatu kerja yang mudah dan tidak boleh dibuat sewenang-wenang sahaja. Ianya juga tidak semata-mata bergantung pada ‘kurnia’ yang dikatakan oleh saudara itu. Dalam misi pengusiran iblis, ianya memerlukan ‘IMAN’ yang teguh sekali, tidak mudah goyah dan mestilah sentiasa ada kerendahan hati. Kerendahan hati adalah penting kerana iblis tahu bahawa manusia mudah lupa apabila terlalu disanjung tinggi. Kita tahu iblis itu mempunyai banyak muslihat dan semasa seorang paderi membuat pengusiran, iblis akan membuat serangan bertubi-tubi. Pengusiran adalah suatu kerja yang amat bahaya dan jika ianya dilakukan tanpa persediaan yang mencukupi, boleh mengakibatkan ‘tekanan jiwa’ yang berlarutan kerana kita bukan melawan ‘daging’ TETAPI ‘roh-roh’ jahat sehingga pada pangkat yang tertinggi (Efesus 6:12). Kita sebagai manusia yang diciptakan dari daging dan roh adalah jauh lebih lemah dari ciptaan spiritual yakni seperti malaikat yang berbadan roh. Iblis pada mulanya adalah malaikat yang tinggal di Syurga sebelum mereka beserta ketua mereka, Lusifer, dibuang ke api neraka kerana memberontak melawan Tuhan.
Seorang paderi yang dikatakan mempunyai ‘kurnia’ menghalau, menangkap atau bercakap dengan iblis belum tentu mendapat kurnia yang datangnya dari Tuhan. Iblis telah banyak menipu umat (terutama yang sangat cepat teruja apabila diberitahu mereka mempunyai kurnia yang istimewa yakni sikap mudah angkuh). Tujuan iblis memberikan ‘kurnia’ ini adalah supaya umat ini dapat digunakan oleh-nya untuk menyesatkan lebih ramai umat atau orang lain.Bukan semua penyakit atau kerasukan datangnya dari iblis. Ada sesetengah penyakit itu adalah gangguan emosi kerana masalah peribadi atau jangkitan virus pada otak yang menyebabkan seseorang berkelakuan seperi dirasuk. Sekiranya seseorang yang sakit itu sembuh semasa pengusiran (yang mengikut cara sesat), belum tentu juga penyembuhan itu adalah dari Tuhan. Iblis juga boleh dan telah banyak melakukan mukjizat. Penyembuhan yang dikerjakan oleh Tuhan berbeza sekali dengan penyembuhan palsu. Penyembuhan oleh Tuhan adalah bersifat ‘berkekalan’ sebaliknya penyembuhan palsu hanya bersifat sementara dan apabila sakit datang kembali, ianya jauh lebih parah dari sebelumnya – iblis sangat licik (dia akan menyembuhkan dulu pesakit dengan tujuan mendapat kepercayaannya). Kesudahannya, pesakit akan kembali bertemu ‘orang berkurnia’ beberapa kali sehingga seolah-olah bergantung kepada nasihat dari orang yang berkurnia ini.
Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Fr JM -
1. Menggunakan orang tengah untuk berunding (negotiate) dengan iblis – Fr menggunakan ‘orang suruhan’ nya untuk bercakap dengan iblis. Iblis yang merasuk seseorang akan diarah untuk ‘berpindah’ ke tubuh ‘orang suruhan’ nya sebelum sessi berbincang dengan iblis mengambil tempat. Orang suruhan ini dipanggil medium. INI ADALAH SALAH KERANA IANYA AKAN MEMBAHAYAKAN DIRI ORANG SURUHAN ITU. Mengapa pula iblis perlu dipindahkan ke tubuh orang suruhan ini? Iblis itu kejam dan tidak ada belas kasihan. Jika seorang sudah menjadi mangsa kerasukan, mengapa pula perlu menambah seorang lagi? Benarkah iblis itu sudah berpindah ke tubuh orang suruhannya? Bagaimana jika tubuh mangsa asal kerasukan mempunyai lebih dari satu roh jahat didalam tubuhnya? Ingatlah iblis itu adalah BAPA PENIPU (Father of lies)…(John 8:44)
2. Berunding dengan iblis.
Oleh kerana iblis itu adalah penipu (maknanya tidak akan bercakap benar untuk selama-lamanya, tidak akan berubah kerana mereka semua telah dibuang ke neraka. Tidak ada lagi pengampunan kepada iblis-iblis…). Jadi usahlah membuang masa ‘BERBINCANG’ dengan iblis. Tidak ada gunanya lagi. Misi iblis adalah menarik sebanyak roh manusia yang mungkin ke api neraka.
3. Menyesatkan umat-umat Katolik dengan memberitahu ‘kedudukan’ atau ‘tempat’ dimana roh-roh orang-orang yang sudah meninggal pergi (antara Syurga, Neraka atau Api Pencucian). Dalam hal ini, ianya samalah seperti mengambil ahli tugas Tuhan (playing God). Siapa kita manusia (dari yang bayi, orang dewasa, datuk, datin, YB, Raja-raja….yang pandai dan yang cetek fikiran) yang layak mendapat anugerah dari Tuhan sehingga boleh mengatakan roh siapa-siapa masuk ke api pencucian dan sebagainya….Renungkan sikap santo-santa…mereka sentiasa merendahkan diri walaupun mereka diberi anugerah yang istimewa dari Tuhan.
Saya rasa cukuplah saya mengulas beberapa hal berkaitan dengan ‘klinik’ Fr. JM ini. Selebihnya terpulang lah kepada saudara untuk membuat renungan dan membuat keputusan samada apa yang dikatakan oleh saya ini adalah betul atau salah. Disini saya ingin sarankan sekiranya ada apa-apa masalah, baiklah dibawa berdoa Rosari beramai-ramai. Ianya jauh lebih berhasil dari melakukan hal-hal yang hanya akan membawa kepada kehilangan jiwa roh saudara dan juga umat-umat yang lain. Pergilah kepada Bonda Maria dan mohonlah pertolongannya. Renungkan 2 Kor 13:18.
Saudara,
Sebaliknya pula yang berlaku di tempat saya(Sarawak) Paderi Paroki 'menggantungkan diri' hanya kerana dia selalu vokal dengan Uskup dan yang menjadi mangsa adalah kami umat Katolik.Tidak ada Paderi maka terkapai-kapailah kami melayari hidup kami.Silalah berdoa juga untuk Paderi ini manalah tau hatinya terbuka semula melayani gereja.
Terlalu vokal? Tidak serasi? Sepatutnya, paderi harus mementingkan keperluan umat dari 'ketidakserasiannya' dengan uskup (tetapi haruslah berlandaskan tradisi dan undang2 Gereja Katolik). Cuba mohon uskup menghantar seorang paderi ke tempat saudara...Tuhan pasti akan mengabulinya. Fr. JM akan sentiasa dibawa dalam doa umat Katolik di Sabah.
Ok. Saya ada satu soalan.
Kenapa la itu "devil" mo kasi kitorang manusia "kurniaan" untuk kita nak menyesatkan orang-orang lain?
Bukan itu "devil" benci kitorang ka? Bukan ka, "KITA UMAT MANUSIA" la SEBAB UTAMA kenapa semua itu "devil" kena buang pigi neraka?
Dalam Kisah Para Rasul 16: 16-19, seorang wanita yang kerasukan (dikatakan mempunyai kurnia menilik nasib, tempat dan masa hadapan seseorang) sering mengikuti Santo Paulus semasa Paulus keluar mengkhutbah kepada orang ramai. Dia selalu menjerit meminta orang ramai mendengar khutbah Paulus. Tetapi Paulus tahu muslihat syaitan, lalu mengusir syaitan dalam badan wanita itu sehingga tuan kepada wanita itu naik marah kepada Paulus.
Dalam petikan ini, mengapa pula wanita kerasukan itu memanggil orang ramai mendengar Paulus? Tidak mungkin syaitan akan menyokong Tuhan yang telah membuangnya ke api neraka untuk selama-lamanya (tidak ada penyelamatan lagi kepada syaitan, hubungannya dengan Tuhan sudah putus). Syaitan adalah sangat licik, dia melakukan hal demikian hanya untuk satu tujuan - iaitu memenangi lebih banyak jiwa masuk ke neraka. Bukan semua 'kurnia' datangnya dari Tuhan - ianya mestilah diuji terlebih dahulu (1 Yohannes 4: 1-3).
Post a Comment