Thursday, November 19, 2009

Prayer of St. Francis of Assisi


PRAYER OF SAINT FRANCIS OF ASSISI

Lord, make me an instrument of Thy peace;
where there is hatred, let me sow love;
where there is injury, pardon;
where there is doubt, faith;
where there is despair, hope;
where there is darkness, light;
and where there is sadness, joy.

O Divine Master,
grant that I may not so much seek to be consoled as to console;
to be understood, as to understand;
to be loved, as to love;
for it is in giving that we receive,
it is in pardoning that we are pardoned,
and it is in dying that we are born to Eternal Life.
Amen.

Sunday, October 18, 2009

Mengapa Latin - Bhg. III

Mestikah bahasa Latin sahaja dijadikan sebagai bahasa Liturgi?
Menurut Paus Pius V, ianya tidak semestinya. Pada tahun 1570, Paus ini telah memberikan kebenaran menggunakan liturgi yang telah berusia lebih dari dua dekad, dirayakan dalam bahasa asalnya, walaupun ianya tidak menggunakan bahasa Latin. Dalam misa Tridentin, bacaan injil dan juga epistel boleh dibacakan menggunakan bahasa rasmi satu-satu negara. Khutbah juga tidak disampaikan dalam bahasa Latin!


Pendapat yang menentang penggunaan bahasa Latin:
Jika misa dirayakan dalam bahasa Latin, tiada seorang pun yang akan memahaminya kerana hampir semua gereja diseluruh dunia tidak lagi mengunakan bahasa Latin.


Respon:
Memang benar bahasa Latin tidak lagi digunakan oleh kebanyakkan gereja, tetapi buku Misa Tridentin disediakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Latin dan mukasurat yang selepasnya adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda satu-satu negara. Dengan sedikit latihan sahaja, umat yang kerap menghadiri misa ini akan lama-kelamaan dapat memahami doa-doa misa. Misa Roman Katolik juga dinamakan Misteri Kudus (Divine Mystery), dimana apabila sesuatu itu dikatakan misteri, umat tidak akan dapat memahami sepenuhnya.

Kesimpulan:
Memang tidak dapat dinafikan, gereja adalah merupakan satu organisma yang hidup. Sebagai organisma yang hidup, gereja perlu membesar, mematangkan diri, berkembang, menyesuaikan dan sentiasa mampu menjadikan dirinya sensitif dengan hal-hal semasa, tetapi tidak bertolak-ansur dalam pemeliharaan integriti ajaran gereja. Mereka yang cuba membuat perubahan yang bertentangan dengan ajaran gereja mestilah ditegur dan jika perlu tindakan harus diambil dengan segera. Sejak Vatikan Konsili ke-II, banyak perubahan telah dibuat, dari hal-hal yang kecil sehinggalah kepada hal-hal yang serius. Misalnya, tarikh-tarikh perayaan santo-santa dalam kalendar lama gereja RC banyak yang sudah diubah, tidak kurang juga yang dibuang sama-sekali dari kalendar gereja. Selain itu, sesuatu yang amat menyedihkan lagi, doa yang dirasakan tidak lagi bersesuaian dengan keperluan gereja seperti doa 'Santo Mikael' juga telah dibuang dari misa harian (Santo Mikael adalah Ketua Malaikat di Syurga dan dialah yang akan mengetuai Malaikat bertarung dengan iblis. Dikatakan Iblis akan berkerja lebih keras lagi pada masa ini, zaman akhir, kerana mereka tahu masa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka semakin suntuk. Jadi bukankah doa Santo Mikael sepatutnya didoakan lebih kerap lagi???).

"Penggunaan bahasa Latin, dijadikan sebagai teras untuk menyatukan umat dan juga sebagai penghalang kepada korupsi doktrin." (Pius XII: Encyclical Mediator Dei, Nov 20, 1947)

Saturday, October 17, 2009

Someone Really Important

The Pope goes to New York. He is picked up at the airport by a limousine. He looks at the beautiful car and says to the driver, "You know, I hardly ever get to drive. Would you please let me?"

The driver is understandably hesitant and says, "I'm sorry, but I don't think I'm supposed to do that."

But the Pope persists, "Please?" The driver finally lets up. "Oh, all right, I can't really say no to the Pope."

So the Pope takes the wheel, and hits the gas and goes around 100 mph in a 45 zone. A policeman notices and pulls him over.

The cop walks up and asks the Pope to roll down the window. Startled and surprised, the young officer asks the Pope to wait a minute. He goes back to his patrol car and radios the chief.

Cop: Chief, I have a problem.

Chief: What sort of problem?

Cop: Well, you see, I pulled over this guy for driving way over the speed limit but it's someone really important.

Chief: Important like the mayor?

Cop: No, no, much more important than that.

Chief: Important like the governor?

Cop: Wayyyyyy more important than that.

Chief: Like the president?

Cop: More.

Chief: Who's more important than the president?

Cop: I don't know, but he's got the Pope driving for him!

Wednesday, October 14, 2009

Mengapa Latin - Bhg. II

Apakah sebab-sebabnya Bahasa Latin dipilih sebagai Bahasa Liturgi?

Pertama: Menjaga keutuhan dogma.
Penggunaan bahasa Latin memastikan liturgi tidak dicemari dengan ajaran menyimpang (heresy). Penterjemahan teks liturgi yang berterusan kepada bahasa lain boleh mendatangkan risiko 'ketidaktepatan' yang tinggi. Bahasa Latin digunakan untuk memelihara keutuhan dogma dan ajaran kudus gereja Roman Katolik.

Kedua: Keperluan untuk stabiliti.
Bahasa Latin adalah bahasa 'mati'; bahasa yang tidak berubah, bahasa yang dikunci, sentiasa sama. Ini berbeza dengan bahasa Inggeris, Sepanyol dan bahasa hidup yang lain. Bahasa hidup sentiasa berubah dan perubahannya adalah ketara. Generasi lama (nenek moyang kita) akan menghadapi masalah untuk memahami generasi yang muda kerana ketidaksefahaman dari segi penggunaan bahasa. Misalnya perkataan bahasa Inggeris 'gay' pada masa dahulu bermaksud 'gembira' dalam bahasa Malaysia. Tetapi pada hari ini maksud perkataan ini sudah berubah, ianya lebih di fahami sebagai lelaki yang berhubungan sejenis. Maka, bahasa Latin dipilih sebagai bahasa liturgi kerana ada kestabilan.

Ketiga: Memelihara Tradisi.
Paus Pius X mengatakan sahabat sebenar orang Katolik adalah mereka yang memelihara tradisi gereja atau dikenali sebagai 'traditionalists' bukan para revolusi dan innovasi (Letter on the Sillon; 25 VIII 1910). Gereja amat menghormati tradisi. Penggunaan bahasa Latin dalam liturgi memberikan umat suatu gambaran kekekalan dan kebesaran Tuhan.

Keempat: Memelihara Kesatuan Gereja.
Bahasa Latin telah digunakan oleh banyak negara sejak zaman dahulu lagi sehinggalah pada masa kini. Ianya adalah salah satu bahasa yang diterima sebagai bahasa internasional. Penggunaannya diseluruh dunia boleh diterima dan tidak wujud hasad-dengki diantara negara-negara. Maka dengan ciri ini, gereja memilihnya sebagai bahasa yang menyatukan semua umat Katolik didunia.

Kelima: Latin mempunyai kualiti linguistik.
Latin adalah bahasa yang berkualiti tinggi. Kemurniaan dan keharmoniannya dapat memelihara misteri kudus. Ia tidak mempunyai kata-kata yang kesat dan tidak sopan. Sesuatu penjelasan juga lebih mudah disampaikan dalam bahasa Latin kerana ketepatannya yang tinggi.


Click Here for English.

Monday, October 12, 2009

Mengapa Latin? - Bhg. I

Sejak buku misa baru diperkenalkan pada tahun 1960-an, bahasa 'hidup' (maksud di sini bahasa yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman) seperti bahasa Inggeris, China, India, Sepanyol, Portugis dan sebagainya telah digunakan. Salah satu sebab mengapa perubahan ini berlaku adalah untuk memudahkan umat memahami agar dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam perayaan misa. Misa Tridentin tidak lagi dirayakan di kebanyakkan gereja Katolik dan pada hari ini umat tidak lagi memahami bahasa Latin.

Perubahan kepada penggunaan bahasa ibunda (vernacular language) ini yang sepatutnya bertujuan meningkatkan jumlah kehadiran umat digereja telah menghasilkan keadaan yang sebaliknya. Kehadiran umat dinegara-negara barat jatuh lebih dari 90%. Akibat dari ini, banyak gereja, kapel, biara, seminari dan sekolah terpaksa ditutup. Mereka yang hadir dalam misa, kebanyakkannya terdiri dari golongan yang sudah lanjut usia. Kaum muda-mudi samada yang sudah berumahtangga atau masih bujang tidak lagi melihat misa sebagai satu keperluan. (Di negara-negara Asia, keadaannya berlainan sedikit...terutama negara-negara yang amat miskin dan mempunyai jumlah penduduk yang amat tinggi, juga dipengaruhi dengan keadaan politik yang tidak stabil...[Ini akan dibincangkan dalam posting lain]) Di beberapa tempat didunia, ada kumpulan umat yang masih setia kepada Misa Tridentin. Adakah keadaan ini wujud kerana terikat dengan perasaan 'sentimental' atau kerana ada sesuatu estetik?

Mengapakah Latin diperkenalkan sebagai bahasa liturgi?

Semasa Yesus masih hidup, walaupun Dia boleh bercakap dalam semua bahasa, Dia lebih banyak bertutur dalam bahasa Aramaik, iaitu bahasa bangsa Yahudi dari Palestin. Selepas tahun 70 A.D., apabila Yerusalem di kuasai oleh bangsa Rom, ramai pengikut-pengikut Yesus merantau keluar dari Yerusalem untuk mengembangkan ajaran Yesus. Semasa pemerintahan Rom, bahasa Greek dijadikan bahasa rasmi untuk urusan surat-menyurat, penulisan dan juga dalam semua hal-hal urusniaga.

Gereja dalam sejarah awalnya juga menggunakan bahasa Greek. Misa dan lagu-lagu gereja pada masa itu, semuanya menggunakan bahasa Greek; contoh warisan sejarah ini adalah lagu 'Kyrie Eleison' yang masih dinyanyikan dalam Misa Tridentin. Umat-umat Kristian yang pertama ada juga berdoa dalam bahasa Koptik, Syria dan Armenia. Apabila masa berlalu, bahasa Greek secara perlahan-lahan digantikan dengan bahasa Latin. Bahasa Latin digunakan oleh gereja dengan sepenuhnya sehingga abad ke-20. Pada hari ini cuma ada segelintir umat yang masih merayakan misa dalam bahasa Greek, Chaldian, Syria, Arab, Georgia dan Slavonik.

Friday, October 9, 2009

Artikel Seorang Modenis dari Sabah?

Seorang teman memberikan saya keratan akhbar ‘Catholic Sabah’ yang bertarikh Nov 2004 ini. Sila klik (+) untuk memperbesarkannya agar mudah dibaca. Sebenarnya keratan akhbar ini telah lama ada dalam simpanan saya. Teman yang memberikan keratan akhbar ini sedang mengumpul suratkhabar lamanya (untuk tujuan dibuang atau dijual) apabila terbaca akan artikel yang dianggapnya amat mengejutkan. Saya juga sudah lama berniat untuk memposkannya ke dalam blog tetapi…entah…mungkin belum bersedia atau kurang pasti bagaimana menggomen kandungan artikel itu. Yang pastinya, saya seperti juga teman saya yang menemui artikel itu, merasa teramat sedihnya dengan hasil pena penulis ‘Do you know…’ itu. Artikel itu mencerminkan minda seorang ‘modenis yang tulin’! Seorang anak murid Chardin dan Tyrrell.


Semasa membaca artikel itu, perasaan saya amat berkecamuk – marah, sedih, hairan, simpati…sehinggalah saya mengatakan pada diri sendiri, ‘Krisis dalam gereja Roman Katolik benar-benar adalah satu kenyataan kerana syaitan dengan legionisnya telah menyelinap ke hampir seluruh gereja didunia termasuk gereja-gereja di Sabah!’ Umat perlu mengetahui hal ini!


Saya masih berfikir perlukah saya menterjemahkan artikel itu ke dalam Bahasa Malaysia? Keadaannya adalah seperti saya (tanpa kerelaan) dipaksa untuk melihat sesuatu yang teramat hodoh…tetapi umat perlu tahu akan artikel ini dan saya tidak boleh mengambil jalan senang dengan tidak mengambil tahu langsung! Saya rasa memadailah jika saya membuat satu ringkasan yang mudah difahami atau kesimpulan dari artikel ‘Do you know…’ ini.


Penulis membezakan rekabentuk dua buah gereja/katedral, iaitu katedral lama, St. Michael (sebelum perang dunia-II) dan katedral baru iaitu Sacred Heart. Penulis menerangkan tentang signifikasi rekabentuk katedral baru. Dia menggambarkan suasana yang 'gelap dan muram' untuk gereja St. Michael dan suasana yang 'terang dan ceria' untuk katedral baru. Perbezaan cara misa dirayakan, cara umat berdoa, respon dan sikap umat sebelum dan selepas Vatikan-II (sebelum dan selepas tahun 1969) dijadikannya sebagai ukuran untuk 'membanggakan' katedral baru yang terletak di diosis Kota Kinabalu ini.


Jelas sekali, si penulis lebih menyukai zaman kristian pada masa ini kerana menurutnya zaman sekarang ini adalah zaman dimana kita boleh ‘menyisihkan’ kesengsaraan Yesus , penekanan adalah kepada Yesus yang sudah bangkit (selalu bergembira, berceria, lebih relaks), tidak perlu terlalu serius memikirkan tentang kewujudan neraka, pertaubatan dan penebusan dosa… sikap gementar kerana berbuat dosa tidak lagi perlu dirisaukan, (yang amat dashyatnya lagi) penulis meluahkan ‘kegembiraannya’ apabila Tabernakel tidak lagi diletakkan didalam gereja utama (dalam kata lain, fokus kepada Tuhan Yesus tidak lagi penting) kerana lukisan di dinding atau gambar mozek (kreativiti yang menelan belanja besar) adalah jauh lebih penting!!!…Bilik taubat (Confession room) diubah suaikan agar lebih berfungsi sebagai bilik kaunselling…


Saya mohon kepada para pembaca, fikirkanlah, adakah semua ini cuma ada dalam fikiran saya, rekaan saya semata?…jika ya, lupakanlah semua yang diungkitkan tadi tetapi jika pembaca setuju dengan pandangan saya, mulakanlah mengambil langkah menyelamatkan roh anda – mulakan dengan berdoa Rosario setiap hari..mintalah bantuan dari ROH KUDUS agar mendapat petunjuk kepada ajaran benar gereja Katolik dan dijauhkan dari ajaran palsu yang sedang berleluasa diseluruh gereja Roman Katolik sekarang ini.

Thursday, October 8, 2009

October - Bulan Rosario




Latin Version: Ave Maria (or Salutatio Angelica)
Ave Maria, gratia plena, Dominus tecum. Benedicta tu in mulieribus, et benedictus fructus ventris tui, Iesus. Sancta Maria, Mater Dei, ora pro nobis peccatoribus, nunc, et in hora mortis nostrae. Amen

Al-kisah seorang perwira yang sangat terkenal dengan hati mulianya, amat menyesali dengan kesalahan-kesalahan masa lampaunya. Keinginan yang kuat untuk menebus dosa-dosanya mendorongnya membuat keputusan untuk menghabiskan kehidupannya dalam sebuah biara Citeaux (Abbey of Citeaux). Oleh kerana si wira adalah seorang buta huruf, maka seorang rahib ditugaskan menjadi gurunya mengajar doa-doa gereja. Malangnya, setelah bertungkus-lumus bak semangat perwira wajanya, sepanjang hayatnya di biara, dia cuma mampu mempelajari dua perkataan sahaja iaitu 'Ave Maria' atau 'Salam Maria'. Dua perkataan ini menjadi begitu sebati dengan jiwanya sehinggakan kemana-mana ia pergi, salamnya sentiasa bermula dengan perkataan ini.

Apabila wira ini meninggal dunia, dia dikuburkan di tanah perkuburan umat Katolik berhampiran dengan gereja. Tidak lama kemudian, bunga jenis 'fleur-de-lis' tumbuh dari kuburan si wira. Kejadian aneh berlaku apabila orang ramai mendapati pada setiap bunga ini ada tertulis perkataan 'Ave Maria'. Keanehan ini menjadi tanda tanya kepada semua orang sehinggakan keputusan dibuat agar kuburan/ gua (sepulchre) si wira dibuka kembali untuk mempastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Keganjilan yang disaksikan oleh orang ramai bertukar menjadi suatu kekaguman apabila mereka mendapati akar bunga ini tumbuh dari mulut si wira. Tuhan menunjukkan kebesaran-Nya, juga menunjukkan kepentingan berdoa Rosario, dengan menunjukkan betapa umat perlu menghormati si wira walaupun devosinya hanya kepada dua perkataan iaitu - 'AVE MARIA'.

Cerita ini dipetik dari ' Golden Legend'.