Tuesday, March 13, 2012

Manusia Mudah Lupa Tuhan

Ada tercatit di dalam Alkitab Testamen Lama bahawa suatu masa dahulu, dipanggil 'Zaman Noh', Tuhan telah melihat kedunia dan mendapati ciptaan-Nya yang paling sempurna iaitu Manusia banyak yang telah melupai kewujudan-Nya, maka Tuhan bertekad untuk membersihkan bumi ini. Akhirnya yang terselamat hanyalah Nabi Noh, isterinya, anak-anaknya dan isteri-isteri kepada anak-anaknya. Selain itu, setiap pasangan bagi semua jenis binatang yang diciptakan di dunia ini juga diselamatkan oleh Tuhan. Hujan turun selama 40 hari 40 malam tanpa hentinya sehingga dunia ditenggelami ke paras dimana tiada seorang pun mampu mempertahankan nyawanya lagi. Segala penyesalan sudah tidak berguna kerana Tuhan telah memberi masa untuk bertaubat. Hanya Noh dan keluarganya beserta binatang-binatang yang kesemuanya ada dalam Bahtera Noh saja yang terselamat. Pada hari ini, bukti-bukti saintifik berkaitan dengan banjir paling dashyat pernah berlaku didunia ini, selepas penyelidikan terperinci dilakukan, mengesahkan banjir yang berlaku pada Zaman Noh ini bukanlah satu cerita dongeng. Janji Tuhan selepas 'pencucian' dunia dengan air bah adalah Dia tidak akan menggunakan air lagi untuk mencuci SATU dunia dan bukti ini dimeteraikan oleh-Nya dengan 'Pelangi'. Ya, Pelangi yang warna-warninya sangat indah dan sering dapat dilihat semasa hujan renyai.. Tapi air masih digunakan oleh Tuhan sebagai alat-Nya untuk 'mencuci' atau 'membersih' satu-satu tempat yang memerlukan-Nya melakukan perkara sedemikian.

Tahun 1996, adalah tahun yang sangat bersejarah buat negeri Sabah, khasnya bagi bandar yang agak terpencil dan kampung-kampung yang ada dipersekitarannya iaitu bandar Keningau. Pada tahun tersebut Keningau telah dilanda Taufan Greg. Kisah ini sangat aneh dan juga ada 'misteri'nya kerana hari yang dipilih oleh Taufan Greg adalah pada malam selepas malam Krismas. Maksudnya, jika mengikut kalendar gereja Katolik, ia adalah malam suci 26 Disember. Berita melaporkan lebih 200 nyawa terkorban dan lebih 100 orang lagi yang hilang. Bermacam-macam cerita pelik yang keluar dari buah mulut penduduk-penduduk yang berasal ataupun yang menetap di Keningau pada masa kejadian itu. Antaranya, sungai yang kebiasaannya mempunyai kederasan seperti anak sungai tiba-tiba naik dan melimpah keluar dari tebing sungai menyebabkan banyak rumah-rumah yang dibina berdekatan sungai hanyut mengikut arus sungai. Ada juga yang mengatakan 'banjir lumpur' yang naik dari bawah darat kering menyebabkan banyak rumah-rumah, termasuk rumah yang dibuat dari simen tergerak dari posisi yang asal sehingga beberapa meter jauhnya...sungguh memeranjatkan. Banyak harta-benda termasuk kereta-kereta pacuan 4-roda yang mahal juga turut menjadi mangsa Taufan Greg.

Semasa Taufan Greg melanda Keningau, dikatakan ramai penduduk-penduduknya yang sedang tidur selepas penat dan mabuk berpesta pada malam Krismas. Cerita ini boleh disamakan seperti 'pencuri datang apabila tuan rumah tidur sangat nyenyak...langsung tidak bersedia menghadapi kedatangannya' lebih-lebih lagi pada malam selepas Krismas...Mengikut kepercayaan gereja Katolik, Krismas adalah hari yang sangat suci. Ianya suci kerana pada hari Krismas lah Tuhan dilahirkan kedunia, Hari Lahir kepada Juruselamat Dunia, hari yang memberi makna yang sangat besar kepada semua manusia. Hari tersebut juga adalah hari dimana Tuhan paling bermurah hati memberi bermacam-macam indulgensi kepada umat-umat-Nya dan juga mengkabulkan doa-doa permintaan dari umat-umat-Nya. Hari tersebut juga adalah hari dimana Tuhan melepaskan ramai roh-roh dari api penyucian agar mereka dapat bersama dengan-Nya di syurga. Namun kemurahan hati Tuhan apabila dipandang remeh, apabila diperlekehkan atau mungkin juga langsung dilupai kerana Krismas hanya dianggap sebagai salah satu pesta besar pada penghujung tahun, akan mendatangkan kemurkaan-Nya [apabila Tuhan murka, syurga akan bergoncang dan Tuhan akan menuntut penghakiman...siapa yang tidak takut] tapi RAMAI manusia didunia yang masih mengendahkan kata-kata peringatan yang sedemikian, sama seperti mereka yang memperkecilkan Noh apabila Noh cuba mengingatkan umat supaya bertaubat. Nah akibatnya...bukan sahaja nyawa tetapi jiwa atau roh hilang untuk selama-lamanya.

8 comments:

Unknown said...

Tuhan berkata agar kita sentiasa berjaga-jaga kerana kita tidak tahu bila ia akan datang. Kerana hanyut dengan keindahan dunia ramai manusia yang lupa akan kewujudan Tuhan sehinggakan hari kebesaran Tuhan itu sendiri dijadikan pesta untuk bersukaria.

Apa pun yang berlaku, janagnlah biarkan pelita yang kita pegang itu kehabisan minyak. Terima kasih.. post anda sangat menarik

Avanus said...

Kisah terbaru adalah gempabumi yang dikatakan berlaku di Aceh yang boleh menyebabkan Tsunami. Kita tahu Tsunami adalah ombak air yang besar sehingga beberapa meter tingginya dan apabila ini berlaku, mereka yang berada dekat dengan sumber air seperti sungai atau laut akan menghadapi bahaya yang besar. Maka marilah kita sentiasa berdoa agar dilindungi dari malapetaka ini..

Anonymous said...

i am really interested in traditional latin mass after what i've seen online.. the reverence and holiness really attracted me.. im a mid-20 catholic from sabah.. where can I attend a traditional latin mass in kk area?

Anonymous said...

No True mass for us as we do not see a Priest with JURISDICTION, and having charge of a parish, and also a BISHOP with jurisdiction. All groups post Vatican 2 (SSPX, schismatic, etc) will into scorn when you learn about JURISDICTION (Satis Cognitum, Pope Leo 13, or www.betrayedcatholics.com or www.jmjsite.com. Russia will launch ww# 3 without warning.. a preemptive nuclear strike.. PRAY make Reparation.. as the FATIMA children did then GOD will have mercy and restore His True Church with Holy Clergy who are not deceitful like all those we see now. SSPX is disentegrating as all sects did in the past www.traditio.com. Learn the Faith, GOD will provide us the TRUE MASS when we are really Good Catholics after the Divine chastisement.

Anonymous said...

Why No true Mass? SIN, Sin... Dan 9 27. Holy Sacrifice ceases...Jurisdiction is very important read Satis cognitum, Pope Leo 13 or www.jmjsite.com or www.betrayedcatholics.com. NO PRIEST with aparish, bishop with a diocese..a spiritual chastisement. Russia will launch a preemptive nuclear strike starting ww3 soon so..like the FATIMA children, pray, meke reparation and learn your Faith.. Prayers, sacrifices, penance reparation....

Anonymous said...

PRAY FOR THE CONSECRATION OF RUSSIA. sEE THE CRISIS IN SSPX,,,,,.. THE ONE HOLY CATHOLIC APOSTOLIC CHURCH IS INFALLIBLE,INDEFECTIBLE AND PERPETUAL WHILST SSPX LIKE OTHER GROUPS ARE FALLIBLE., DEFECTIBLE ANE RECENT ( 1970). LET no ONE DECEIVE YOU... THESE ARE THE END TIMES .. LEARN ABOUT JURISDICTION.. A SITE TO READ: WWW.BETRAYEDCATHOLICS.COM

Anonymous said...

WWW.BETRAYEDCATHOLICS.COM AND WWW.jmjSITE.COM ON JURISDICTION . pLEASE READ VERY IMPORTANT. THERE IS NO TEACHING OF ERROR IN THE ONE HOLY CATHOLIC APOSTOLIC CHURCH FOUNDED BY CHRIST, ON THE ROCK OF ST PETER. A HOUSE LIKE SSPX WHICH IS DIVIDED FALLS.. AS THEY LACK JURISDICTION FROM A TRUE POPE EVEN IF THEY FLOURISH SINCE v2

Anonymous said...

Who are you? Are you a Sabahan? Where are you based at?