Tuesday, May 25, 2010

Keruntuhan Moral dan Akhlak

Saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk memulakan topik ini. Rasa-rasanya tidak perlu dihuraikan terlalu detel sebab perkara ini, iaitu keruntuhan moral dan akhlak dikalangan muda-mudi, tidak kurang juga di kalangan golongan yang sudah jauh dewasa, semakin berleluasa dan semakin tidak terkawal. Terlalu banyak peristiwa, saya percaya, yang berlaku didepan mata sendiri; yakni skandal disana-sini. Apa yang jelas, semakin maju dunia, semakin canggih alat-alat telekomunikasi, semakin manusia berpelajaran, semakin baik tahap ekonomi masyarakat, semakin jauh moral dan akhlak ditinggalkan! Kehidupan yang kenampakkannya seolah-olah TUHAN tidak wujud lagi!! Manusia sudah tidak takut berbuat dosa!! Dalam zaman moden ini, dikatakan sesetengah perbuatan yang pada satu ketika dahulu dianggap dosa, dikatakan pada zaman ini perbuatan tersebut adalah perkara biasa!! Bukan dosa lagi??? Masalah-masalah moral dan akhlak dikalangan umat Katolik sendiri amat memalukan.

Dalam Alkitab, dinyatakan 'Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan oleh Tuhan, tidak boleh diceraikan manusia.' - Matius 19:5-6. Perkahwinan adalah salah satu dari tujuh (7) Sakramen dalam Gereja Katolik. Tuhan Yesus Kristus menaikkan taraf 'kahwin' sebagai satu sakramen kerana Dia tahu perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita akan melalui banyak dugaan. Tujuan Tuhan Yesus mengujudkan Sakramen Gereja adalah untuk membantu umat Katolik dalam perjalanan rohani mereka didunia. Interpretasi perkahwinan secara sivil adalah berbeza dengan interpretasi perkahwinan secara Katolik. Perkahwinan secara sivil dengan mudahnya boleh ditamatkan dengan penceraian. Sebaliknya, perkahwinan dalam Gereja Katolik hanya boleh ditamatkan apabila salah seorang atau kedua-dua suami isteri meninggal dunia.

Dalam Matius 19:7-9, 'Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebab Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?" Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran (kedegilan) hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula (sejak dari awal) tidaklah demikian. Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zina, lalu kahwin dengan perempuan lain, ia berbuat zina." Walaupun Tuhan Yesus mengatakan seorang suami dibenarkan bercerai dengan isterinya atas dasar kesalahan zina (wanita yang curang dengan suaminya dan bersetubuh dengan lelaki lain), ini tidak bermaksud si suami boleh berkahwin lagi. Dia BOLEH menceraikan isteri tetapi tetap TIDAK BOLEH berkahwin lagi. Apa yang disatukan Tuhan TIDAK BOLEH diceraikan oleh manusia.

Pernah sekali saya telah menghadiri 'Seminar untuk Wanita Katolik' yang diaturkan oleh pejabat diosis Kota Kinabalu, saya dapati semasa sessi soal-jawab, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh para wanita, menunjukkan ramai yang tidak mengerti tentang Sakramen Perkahwinan. Jelas sekali mereka kurang didikan asas.

Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan posting ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf jika ada kata-kata kesat yang akan menyemarakkan kemarahan hati sesiapa, kerana isu tentang perkahwinan adalah sangat sensitif dan ianya melibatkan ramai pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga mereka. Disini saya memberanikan diri mengatakan jika tiada para religius yang berani menyuarakan ajaran sebenar Gereja Katolik berkaitan dengan masalah moral dan akhlak ini, jika tiada seorang pun umat Katolik yang berani menyuarakannya, apa akan jadi pada generasi Katolik dimasa akan datang? Besar kemungkinan, Katolik hanya tinggal nama sahaja...Saya cuba sedaya-upaya memberi penerangan dalam kata-kata yang paling mudah difahami dan dalam masa yang sama, saya juga ingin menekankan kejelekan dosa-dosa yang memurkakan Tuhan.

(1) Lelaki dan Wanita yang berkesedudukan (tinggal serumah/ tidur sebilik) dan hidup seperti suami isteri tetapi belum berkahwin - kedua-duanya berdosa MORTAL. Hubungan seks luar nikah adalah dosa MORTAL.

(2) Lelaki dan Wanita Katolik yang menjadi suami isteri melalui perkahwinan sivil; pasangan yang samada MENGHIRAUKAN PERKAHWINAN GEREJA atau MELEWATKAN PERKAHWINAN GEREJA - kedua-duanya berdosa MORTAL. Pasangan ini dianggap oleh Gereja Katolik sebagai hidup berkesedudukan dan anak-anak yang dilahirkan adalah anak luar nikah. Lelaki dan wanita yang beragama Katolik perlu mengutamakan perkahwinan Gereja kerana undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang manusia.
Pasangan yang telah berkahwin secara sivil dan kemudian bertaubat dan ingin berkahwin dalam gereja perlu membuat 'Sakramen Pengakuan'.

(3) Suami atau isteri yang berkahwin lagi selepas berkahwin di gereja (semasa pasangan masing2 masih hidup) adalah pasangan yang hidup BERZINA (PZ). Anak-anak yang dilahirkan oleh PZ ini adalah anak-anak luar nikah. Kes-kes kahwin kampung (perkara serius di Sabah) dimana ketua kampung yang sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi masih 'bekerjasama', dan orang-orang kampung juga sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi juga masih 'bekerjasama' kerana inginkan kemeriahan dan makan minum percuma, dianggap BERSUBAHAT dengan PZ itu. Pasangan berzina beserta dengan orang-orang kampung yang bersubahat itu berdosa MORTAL. Bayangkan betapa dosa sepasang manusia mengakibatkan sekampung binasa. Hanya orang kampung yang tidak menghadiri 'perkahwinan' itu yang selamat dari dosa mortal.
Sebenarnya 'perkahwinan' itu bukan pun satu perkahwinan, sebaliknya satu penyesatan, satu SKANDAL yang akan menyebabkan banyak jiwa yang hilang . [Dalam undang-undang di Malaysia, hanya lelaki yang beragama Islam sahaja yang dibenarkan berkahwin lebih dari seorang isteri; lelaki yang bukan beragama Islam dibenarkan mengambil SEORANG isteri sahaja, jika ia melanggar undang-undang, lelaki tersebut dipanggil seorang 'bigami' (bigamist) dan kes ini boleh dibawa ke dalam mahkamah. Di Sabah, lazimnya, suami - suami yang telah berkahwin digereja, mencuri-curi atau secara diam-diam berkahwin lain di kampung tanpa pengetahuan si isteri. Mereka kemudian cuba menggunakan 'kahwin adat kampung' sebagai alasan 'mengiktirafkan' 'perkahwinan' mereka. ]

(4) Suami isteri yang telah berkahwin di gereja tetapi kemudiannya bercerai menggunakan undang-undang sivil, adalah t
etap sepasang suami isteri yang sah dalam undang-undang Tuhan. Dalam hal perkahwinan, undang-undang sivil langsung tidak mempengaruhi undang-undang Tuhan. Walaupun masyarakat tidak memandang serong dengan penceraian secara sivil, tetapi seorang umat Katolik perlu memahami, undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang dunia. Pasangan suami isteri ini jika mereka berkahwin semula dengan pasangan baru adalah pasangan yang berzina. Apabila PZ ini menghadiri misa di gereja, mereka dilarang sama sekali menerima Sakramen Komuni. Para religius atau sesiapa yang mengetahui keadaan ini dan melihat PZ cuba menerima Sakramen Komuni haruslah menegur mereka.

Setakat ini baru empat perkara yang disentuh tetapi bunyinya pun sudah pedas...kenyataannya saudara dan saudari, memang bukan mudah menjadi seorang Katolik. Tetapi Tuhan Katolik adalah Tuhan yang benar, satu-satunya Tuhan yang benar, tiada yang lain. Maka berhati-hatilah, seorang umat Katolik perlu mengetahui dan mendalami pengetahuannya dalam ajaran Gereja Katolik kerana hanya dengan cara ini dia boleh mengalahkan musuhnya ...

bersambung...

15 comments:

Donatus Justin said...

Walaupun pasangan tidak ada niat untuk berkahwin semula, perceraian adalah tidak dibenarkan. Berpisah secara 'rasmi' atas sebab-sebab yang kukuh hanya dibenarkan atas kebenaran Gereja. Pasangan Katolik yang 'bercerai' di mahkamah sivil sebenarnya sudah melakukan 'dosa mortal'.

Perpisahan, jika dibenarkan, tidak bermaksud bahawa mereka kekal berpisah. Jika ada jalan penyelesaian yang baik, mereka boleh kembali berbaik-baik semula.

[Ada komen daripada pembaca lain?]

Anonymous said...

hanya untuk menyelerakan debat dalam blog anda ini..saya rasa di dunia kita, ia lebih kelabu dari hitam dan putih..Ia hebat bahawa Tuhan ada al kitab untuk kita..saya sendiri cinta sama tuhan dan yesus..tapi kita tidak boleh pandang rendah tetapi menolong orang yang tidak berbuat sepatutnya. apa yang anda lihat sebagai keruntuhan akhlak..mungkin dipandang orang lain sebagai freedom of expression. Saya sangat berbangga bahawa di Malaysia, agama kristian tidak bercampur politik..

Avanus said...

Freedom of expression? Freedom in having any kind of relationships? Apakah itu maksud saudara? Akar umbi dari keruntuhan moral dan akhlak adalah dari 'freedom' yang sering dilaung-laungkan, yang selalunya juga berakhir dengan 'freedom' yang tidak terkawal. Buktinya sangat banyak: pengguguran anak hasil dari hubungan sumbang, curang, luar nikah dsbgnya, anak-anak terdedah kepada contoh yang tidak baik dari ibubapa yang tidak bertanggungjawab yang juga merupakan penyumbang utama kepada masalah moral dikalangan muda-mudi pada masa kini, jenayah rumahtangga, mabuk tidak terkawal, rogol, 'incest' dan sbgnya. Di Malaysia, walaupun agama Kristian tidak bercampur politik, tetapi adakah kerajaan kita berasa gembira dengan buah dari 'freedom' yg dibanggakan oleh saudara tadi?

Anonymous said...

Hmmm..saya suka ada debat..pada pandangan saya, ia bagus kalau kita tidak terlalu ekstrem dalam pemandangan kita. saya setuju bahawa tahap freedom ini ada batasnya terutamanya mengenai budak- budak kecil yang hamil etc..apa yang saya cuba berkata ialah kita sebagai kristian tidak patut berkritik tetapi cuba memahami dan menolong mereka. Apa yang dilakukan oleh para saudari dan saudara adalah mengkritik sahaja seperti saudari dan saudara adalah manusia sempurna. Adakah terdapat manusia di dunia ini yang sempurna? Apakah itu sempurna? Kita tidak boleh terlalu ekstrem, kalau tidak satu hari nanti mungkin kita akan pergi penjara kerana membuat sesuatu yang remeh temeh. Saya rasa Tuhan adalah Tuhan penyayang dan itu bukan apa yang dia mahu.

So my point is that dont be too extreme.

Avanus said...
This comment has been removed by the author.
Avanus said...

Saya mengaku diri saya bukan seorang manusia sempurna, begitu juga orang di sekeliling saya, keluarga, sanak-saudara dan juga sahabat-handai. Mungkin bahasa yg digunakan agak kesat dan terlalu lurus (straight to the point), jadi tidak hairan jika ramai yang berkecil hati. Saya minta maaf kerana tidak pandai menggunakan bahasa yang berkias. [Perlu saya ingatkan, artikel yang diposkan dalam blog ini adalah artikel saya dalam kapasiti saya sebagai seorang Roman Katolik. Ianya tidak berkaitan dengan kehidupan peribadi saya atau pun kehidupan peribadi orang lain. Saya hanya menyampaikan pengetahuan saya sebagai seorang penganut agama Roman Katolik, tidak lebih dari itu. Tumpuan adalah pada isu-isu yang dibangkitkan dan bukan untuk mengkritik kehidupan peribadi seseorang.] Jika saudara bukan seorang Katolik, atau Katolik murtad, atau pun masih Katolik tetapi hanya tinggal pada nama sahaja, maka saya tidak hairan, saudara mengatakan saya seorang ekstreme. [Sebelum itu saya ingin menekankan bahawa dosa-dosa yang disebut dalam artikel 'Keruntuhan Moral' itu BOLEH dan SENTIASA DIMAAFKAN DENGAN KEINSAFAN IKHLAS oleh Tuhan kerana Dia sentiasa menunggu pertaubatan anak-anaknya. Semuanya BELUM TERLAMBAT selagi nyawa masih dikandung badan. SAKRAMEN PENGAMPUNAN membolehkan umat memulih hubungan baik (reconcile) dengan Tuhan. Anak-anak walaupun dilahirkan luar nikah juga boleh dibaptiskan. Peluang mereka untuk masuk ke syurga adalah sama dengan anak-anak yang dilahirkan secara kahwin sah. Pendeknya, bukan tiada cara untuk memperbetulkan keadaan, bak kata pepatah, ‘dimana ada keinginan disitu ada jalan’ (where there’s a will, there’s a way)].

Jika saudara kenal Yesus Kristus dan tahu cerita kehidupan sebenarnya, saudara tentu tahu tentang kematian-Nya di KAYU SALIB kan? Yesus SANGGUP melalui segala kesengsaraan didunia hanya kerana KASIHNYA pada anak-anak-Nya, agar melalui kematian-Nya, pintu syurga dapat dibuka dan manusia berpeluang naik ke Syurga. Jika Yesus tidak berbuat demikian, sehingga hari ini tiada seorang pun yang berpeluang naik ke syurga, walau betapa suci kehidupannya didunia. Manusia akan sentiasa hidup dalam kegelapan. Bukankah Yesus juga seorang yang EKSTREME kerana sanggup mengadai nyawa-Nya sehingga ke titis darah yang penghabisan!! Mengapa ya? Jawapannya kerana Dia tidak mahu anak-anakNya MASUK KE NERAKA!! Makanya saya dikatakan seorang yang ekstreme kerana TERLALU BERTERUS-TERANG dalam membongkar kelemahan manusia...? NERAKA TETAP ADA walaupun saudara tidak mempercayai kewujudannya. Dan roh-roh yang dibuang ke neraka tidak dapat lagi diselamatkan untuk selama-lamanya! Manakah yang lebih ekstrem, menderita selama-lamanya kerana tidak diberitahu (sudah masuk neraka) atau pun peluang untuk diselamatkan kerana fikiran diGANGGU oleh artikel saya?

Anonymous said...

hmmmm...Debat ini semaking saya suka kerana ia membuat saya berfikir. Kawan, perspektif kamu hanyala satu cara melihat Tuhan dan Yesus. Ia tidak salah tapi saya suka untuk memberi anda pandangan yang berlainan. Saya tidak berasa saya penganut katolik yang murtad ataupun tidak mempercayai tetapi saya seorang katolik yang mempunyai pandangan berlainan. Al kitab kita sendiri boleh dibaca dan difahami dalam pelbagai aspek bukan hanya satu. Saudari suka melihat Tuhan sebagai seorang yang suka membuang dan menghukum penganutnya pergi neraka, tetapi saya lebih suka melihat dia dari segi Tuhan yang penyayang sehingga sanggup menghantar Yesus untuk menyelamatkan kami. Saya tidak berasa anda lebih menyayangi tuhan dari saya tetapi saya berasa kita berdua ada pandangan sangat berlainan bagaimana untuk menyayangi Tuhan Bukan semua undang-undang gereja katolik adalah relevan kepada masa sekarang. pada pandangan saya, sebagai penganut yang bijak kita harus memilih pemikiran apa yang baik dan apa yang terlalu ketingalan zaman. Sebagai contoh, pengunaan kondom. Berapa banyak lelaki bila membuat interaksi dengan isteri dapat menahan dan tarik keluar. hasilnya populasi meletup, perempuan hamil sehingga tidak baik untuk kesihatan dan penyakit berjangkit...Saya rasa gereja kita terlalu menekankan rasa bersalah kita. Saya memberi anda sebuah challenge untuk cuba melihat dunia kristian kita dari pandangan luaran dan saya rasa kamu akan belajar terdapat ajaran lain yang dapat memberi kita fahaman lebih mendalam mengenai al -kitab kita. Kawan, jangan terlalu ekstreme dalam satu pandangan dan cuba melihat dalam pandangan yang berlainan. Walaupun saya memberi pandangan yang tidak begitu baik mengenai gereja kita, ini kerana saya sedar saudari sudah tau kebaikan gereja kita. Gereja kita mempunyai Holy Spirit yang banyak gereja di dunia tiada. Tetapi oleh itu saya hanya ingin bercakap bahawa saudari perlu melihat bahawa gereja kita juga bukan sempurna dan perkara terbaik adalah untuk kita berinteraksi dan mendebat antara satu sama lain supaya lebih memahami Gods will. Tidak terdapat hanya satu cara untuk melihat satu perkara. Bukala minda anda kepada option option yang ada. Dont be too quick to judge. God bless you and thank you for the debate.

Anonymous said...

Kawan,ini bukan debat peribadi okay..saya mau supaya ia debat pemandangan. Pemandangan saya dan anda memang wujud dalam gereja kita ini. Mungkin kita akan dapat memahami satu sama lain..

Avanus said...

Sebenarnya saudara, anda adalah seorang yang dikategorikan sebagai seorang yang berfikiran terlalu liberal. Tetapi saya tidak berasa hairan kerana pemikiran liberal sebegini , telah dan sedang hebat menular dikalangan umat2 gereja Roman Katolik, lebih2 lagi sejak Konsili Vatikan ke-II, dimana banyak perubahan yang telah dilakukan. Selain itu, modenisasi dan kecanggihan teknologi yang begitu pesat membangun juga banyak mempengaruhi gaya hidup yang liberal di masa kini. Tetapi untuk saudara memahami pandangan saya mungkin agak sukar sedikit jika saudara tidak mengetahui krisis yang sedang melanda gereja sekarang ini. Oleh sebab itu, saya mohon saudara agar membuat lebih banyak ‘research’ secara persendirian. Atau membaca artikel2 lain yang ada dalam blog ini dan blog2 lain yang disarankan.

Pandangan saudara terhadap artikel saya: terlalu menuju kepada kritikan? Jika saudara suka membaca atau mendengar tentang kasih sayang dan belas kasihan Tuhan, dimana tidak ada kritikan langsung, sudah terlalu banyak coretan di internet…google kan saja, pasti banyak link yang keluar. Ya, saya mengaku artikel saya agak menuju ke arah itu…tapi bukan kerana saya suka mengkritik, tetapi kerana ada KEPERLUAN untuk mengkritik. Saya mengkritik HANYA kerana ingin menyedarkan…bukan sahaja ahli biasa penganut agama Katolik tetapi juga para religius agama Katolik kerana gereja sedang dilanda krisis iman. Walaubagaimana pun kritikan saya bukan sekadar mengkritik tetapi ingin mendorong umat dan para religius mencari jalan yang terbaik mengatasi krisis iman. Saya sedar tiada untungnya saya mengkritik kerana ia tidak disukai oleh kebanyakkan orang. Saya tidak akan disukai, malah akan dibenci, saya sedar semua itu. Tetapi saya akan menunjukkan kepada saudara akibat dari pemikiran liberal ini (seringkas yang boleh).

Avanus said...

Pertama-tama, tahukah saudara siapa pengasas gereja Roman Katolik? Jawapannya: Tuhan Yesus Kristus. Tuhan Yesus Kristus adalah orang kedua dalam Tritunggal Kudus (second person of the Holy Trinity) dan jangan lupa ya, Dia adalah TUHAN. Ini bermaksud semua ajaran Gereja Roman Katolik asal-usulnya datang dari Tuhan sendiri. Melalui rasul2 Yesus, ajaran2 Yesus diturunkan kepada penganut Katolik baru melalui Alkitab dan Tradisi (Tetapi Alkitab cuma siap ditulis lebih kurang 400 tahun selepas kematian Yesus). Ajaran Tuhan adalah kudus, bukan ajaran yang sewenang-wenangnya boleh diubah dan diputar-belitkan oleh sesiapa. Dalam Ibrani 13:8, tercatit, ‘Jesus Christ, yesterday, and today; and the same forever.’

Ketua Gereja Roman Katolik iaitu Paus (Pope) lebih berperanan menjaga keutuhan ajaran Gereja dari memperkenalkan doktrin atau ajaran baru. Jika hendak membuat perubahan pun, ia mestilah secara organik, dan bukan dibuat sembarangan. Ini bermaksud sekiranya ada perubahan, mestilah kerana ada keperluan dan ianya bertujuan untuk penyelamatan umat (penyelamatan roh; tidak menjejaskan peluang masuk ke syurga), dan jika ada perubahan pun, ianya mestilah hanya perubahan yang paling minima. Ajaran dan undang2 Tuhan adalah Kudus, tidak boleh dimanipulasikan hanya untuk kesenangan umat. Oleh sebab itu, dengan segala hormatnya, saya bertanyakan kepada saudara, ‘Siapakah saudara, saya atau penganut lain, juga para religius, untuk mempersoalkan relevansi ajaran dan undang2 gereja kepada umat dizaman ini?’ Siapakah yang Maha Tahu tentang segalanya, tentang yang baik dan buruk? Manusia atau Tuhan? Manusia cuma melihat dari luaran sahaja tetapi Tuhan melihat sehingga kelubuk hati yang paling dalam. Tiada rahsia yang dapat disembunyikan dari Tuhan sebab Dia adalah Pencipta kita. Dia adalah Pencipta malaikat, matahari dan bulan, langit dan laut, berjuta-juta spesis haiwan, Dia adalah Pencipta segala-galanya yang baik, yang ada di cakerawala …Sebab itu Tuhan mengingatkan kita dalam undang2 pertama dlm sepuluh hukum Tuhan, ‘I am the Lord Thy God, thou shalt not have strange Gods before Me.’ Dalam erti kata yang sama, Tuhan bertitah, ‘Saya adalah Tuhan kamu, dengarkan dan ikutilah ajaran2 dan undang2 Saya.’ Dalam Yohannes 15:10 mengatakan, ‘If you keep My commandments, you shall abide in My love; as I also have kept My Father's commandments, and do abide in His love.’ Disini Tuhan mengatakan jika umat setia kepadaNya, mereka tidak akan mengengkari hukum2 Tuhan, maka cintakasih Tuhan sentiasa bersama-sama mereka.

Pada hari ini ramai umat Katolik yang radikal dan berfikiran liberal inginkan perubahan dan pembaharuan dalam Gereja Katolik. Mereka inginkan hak dan kebebasan dalam pengguguran anak, penggunaan kontraseptif (kondom dan alat2/ubatan2 pencegah kehamilan), pasangan cerai menerima Sakramen Komuni, pelacur2 inginkan pekerjaan mereka diiktiraf sebagai halal, wanita diperbolehkan menjadi paderi, paderi harus berkahwin, pasangan sejenis berkahwin di Gereja dan sbgnya. Terlalu banyak permintaan yang melanggar ajaran2 dan undang2 Tuhan, tetapi Gereja tetap tidak berganjak, kerana ajaran dan undang2 Tuhan adalah Kudus. Tetapi dosa betapa besar pun, tetap ada penyelesaiannya…keinsafan dan sakramen gereja, khasnya Sakramen Pengakuan. Tuhan kita adalah Tuhan yang penuh belas kasihan tetapi (sering dilupakan) Tuhan kita juga adalah Tuhan yang adil; Dia akan mengadili semua kesalahan kita secara adil dan saksama, tanpa berat sebelah dan juga dengan gerunNya yang kudus (Divine Justice).

Anonymous said...

Saya rasa saudari tau mnegenai prinsip 10 yang semua kristian perlu patuhi. Saya setuju bagi yang sepuluh ini memang tertulis dalam al kitab kita tetapi banyak undang undang katolik kita yang terlalu kontrol sehinggakan penganut tidak ada kebebasan langsung jika ia dibuatkan undang undang. phew..saya rasa gembira ia tidak demikian kerana dalam tangan orang yang ekstrem ia boleh membawa kepada injustice yang terlalu hebat sepertimana telah berlaku di negara barat seperti Spain dan Mexico. Saya gembira gereja kita berinsaf sekarang. Gereja tidak patut terlalu berkuasa kerana manusia yang berkuasa akan cepat korupsi. Seperti di Austria pada zaman dahulu, di mana archbishop membina istana untuk isteri rahsia, seperti dahulu pembakaran witches, seperti di Filipina di mana paderi mebuat aktiviti seks dengan budak kecil. Saya rasa kecewa juga la kerana ia membawa nama buruk kepada banyak paderi-paderi yang saya tau adalah sangat baik dan penuh dengan Holy Spirit.

Dari senarai liberal yang anda bagikan, saya setuju yang sebahagiannya adalah melanggar 10 komanmen. Saya tidak begitu liberal sebenarnya. Tetapi ada yang terlalu lucu dalam 20th century seperti penggunaan kontraseptif (kondom dan alat2/ubatan2 pencegah kehamilan), dan wanita diperbolehkan menjadi paderi. Dimanakah di al kitab kita yang ada memberi tahu kita jangan guna kontraseptif dan lelaki sahaja jadi paderi? ia semua dibuat oleh manusia pada zaman dahulu di mana status wanita adalah Kosong.

Satu lagi perkara adalah al-kitab kita sendiri tidak begitu lengkap. Sebagai contoh, meditasi dan cara mendapat gifts tidak diajar oleh al kitab kita dan terbuka kepada interpretasi. Saya tau meditasi sekarang kerana kawan saya yang Buddhist mengajar saya. Dia tau saya katolik jadi dia mengajar saya untuk menggunakan teknik buddhism untuk mencapai tahap meditasi tetapi dengan fokus kepada Yesus. Sebagai Kristian kita tidak patut angkuh tetapi sedar kita boleh juga belajar dari umat yang lain tetapi dengan sedaran dan tumpuan kepada Yesus. Ia terpulangla kepada saudari jika ingin mengikut atau tidak. tetapi saya ingin memberi anda pandangan berlainan daripada pandangan anda supaya anda juga tergangu dengan pandangan saya. Pada pandangan saya, kita boleh belajar dari semua pandangan dan tidak boleh terlalu ekstrem dalam satu pandangan saja.

Avanus said...

Jadi saudara adalah seorang penganut Katolik?…pada pendapat saya, seperti yang telah diposkan dalam blog, saudara mungkin jg tidak begitu liberal (liberal sedikit shj), juga tidak begitu kudus atau holy (cukup sekadar menghadiri misa mingguan, atau kdg2 jg tidak hadir), mungkin juga aktif dalam kumpulan karismatik sebab saudara ada menyebut tentang meditasi, ‘gifts’ dan ‘holy spirit’, perkataan2 yang amat sinonim dengan Gerakan Karismatik Katolik, tahu juga serba-sedikit tentang sejarah pahit gereja Katolik tapi tidak secara keseluruhannya (cukup untuk saudara membuat kesimpulan dan keputusan berdasarkan rasional sendiri), takutkan iman yg terlalu ‘ekstrem’ lalu mengamalkan atau menyokong penggunaan kontraseptif (walaupun gereja telah menetapkan ini adalah perbuatan yang membawa dosa mortal), secara ringkasnya saudara adalah,

- liberal sedikit sahaja
- kudus pada tahap yang memberi keselesaan [feel good])
- mungkin jg aktif dalam kumpulan penyembuhan
- mempunyai pengetahuan yg tidak menyeluruh ttg sejarah Gereja Katolik
- merasionalisikan apa undang2 gereja yg baik utk membangun iman Katolik saudara (keangkuhan diri)
- menyokong penggunaan kontraseptif

Ringkasan ini menyimpulkan iman saudara adalah iman Katolik atau Kristian yg ‘campur-campur’, macam2 ada….semuanya berkonflik antara satu sama lain. Dalam bab Wahyu 3:15-16 tertulis, ‘I know thy works, that thou art neither cold, nor hot. I would thou wert cold, or hot. But because thou art lukewarm, and neither cold, not hot, I will begin to vomit thee out of my mouth.’ Sebenarnya apa yang saudara anggap ‘Ekstrem’ itu adalah sebenar-benarnya ajaran Gereja Roman Katolik. Berapa peratuskah sokongan saudara pada Gereja Roman Katolik, gereja yg diasaskan oleh Yesus? 50%? 60%? 70%? Tepuk dada tanya selera sendiri? Blog ini hanya bertujuan utk mengutuhkan dan membangun iman Katolik, apa2 yg dibincangkan bukan mencari kesalahan sesiapa. Salam damai.

Anonymous said...

Anda cuba membuat kesimpulan mengenai peribadi saya dari sedikit artikel ini dan saya pun telah berbuat sama kepada kamu. Oleh itu berhentila kita di sini. Kita tidak akan berfikiran sama walaupun berdebat bertahun-tahun. Saya menhantar best wishes kepada kamu dalam hidup kita ini dan yang akan datang.Salam damai.

Avanus said...

“Jika kamu setia berdoa Rosari setiap hari sehingga hari-hari terakhir kamu, saya memberi jaminan, walau betapa besar pun dosa yang telah kamu buat, kamu akan tetap menerima mahkota cahaya. (1 Pet 5:4) Walaupun kamu berada dalam kedudukan yang tiada harapan, walaupun sebelah kaki kamu sudah berada di neraka, walaupun kamu telah menjual roh kamu kepada iblis seperti pengamal ilmu hitam, sekalipun kamu mengikut ajaran sesat sehingga layak dipanggil iblis, jiwa kamu akan merindui kepada injil dan agama Katolik, dan akhirnya akan bertaubat, doa Rosari akan mengubah kehidupan dan menyelamatkan jiwa kamu – Ingatlah apa yang saya katakan – JIKA kamu setia berdoa Rosari setiap hari dengan tujuan ingin mengetahui kebenaran dan membuat penyesalan terhadap semua dosa, ianya akhirnya akan membawa kepada pertaubatan - St. Louis De Montfort. Salam damai.

Anonymous said...

"Saya menhantar best wishes kepada kamu dalam hidup kita ini dan yang akan datang."

Umat katolik tidak mempunyai hidup yang akan datang.

Remember dear Christian,
You have but one soul to save,
One God to love and to serve,
One eternity to expect,
Death will come soon,
Judgement will follow
And then
Heaven or Hell forever!

Isabel