Tren terbaru sekarang di kalangan pasangan Katolik sebelum berkahwin adalah berkahwin secara Sivil dahulu sebelum berkahwin dalam Gereja. Sebenarnya ianya tidaklah baru, cuma tren ini yang dahulunya dilihat sebagai 'dosa' mengikut hukum Tuhan (Sekarang: TETAP Dosa), kini dilakukan secara terang-terangan dan juga dengan pengetahuan dan mendapat persetujuan sepenuhnya dari ibubapa pasangan dan paderi Katolik sendiri.
Cuba kita imbas masa dahulu dimana apabila pasangan Katolik berkahwin, mereka tidak terfikir pun tentang perbezaan sivil dengan gereja. Bagi umat Katolik yang setia dengan ajaran Gereja, mereka hanya tahu perkahwinan HARUS dibuat di Gereja. Mereka tiada niat untuk melanggar undang-undang Tuhan. Kita tahu (kecuali dalam kes-kes tertentu) apabila pasangan berkahwin di Gereja, perkahwinan mereka sekaligus akan didaftarkan dalam rekod gereja dan juga sivil, dan paderi perlu mempunyai lesen mengesahkan perkahwinan yang dirayakan dalam gereja. Dalam keadaan sebegini, pasangan Katolik dianggap telah melalui satu perkahwinan yang sempurna kerana ianya tidak melanggar undang-undang Tuhan. Ibubapa, Paderi, Pasangan Berkahwin dan juga saksi-saksi yang datang menyempurnakan perkahwinan itu telah menjalankan peranan masing-masing tanpa perasaan berbela-bagi. Kita tahu sebelum pasangan berkahwin, mereka dikehendaki mengikut 'Kursus Perkahwinan' yang biasanya dikendalikan oleh katekis gereja dan sebelum mereka berkahwin, diwajibkan untuk menghadiri Sakramen Pengampunan sebagai persediaan penerimaan Sakramen Ekaristi semasa Misa Sakramen Perkahwinan dirayakan nanti. Dalam persekitaran normal, jika tidak ada masalah dalam hubungan pasangan yang hendak berkahwin, tidak ada persengketaan antara keluarga pengantin perempuan dan lelaki, perkahwinan yang sedemikian akan diberkati, sentiasa dilindungi dan dibimbingi oleh Tuhan.
Cuba kita lihat pula dengan tren sekarang. Baru-baru ini saya telah menerima kad jemputan kahwin (bukan kali pertama) dimana pasangan yang hendak berkahwin di gereja ini telah pun mendaftar di mahkamah sivil dan sudah sah menjadi sepasang suamiisteri. Setahu saya, pasangan ini (juga pasangan dari jemputan lain sebelum ini dalam kes yang sama) tidak mempunyai alasan atau masalah yang wajar untuk mereka mendahulukan perkahwinan sivil dari perkahwinan gereja. Ini bermaksud mereka bersikap,
(i) tidak kisah; berpendapat tiada perbezaan antara perkahwinan sivil dengan gereja
(ii) berkemungkinan juga sudah biasa tinggal sebumbung (live together) mengikut tren yang dipromosikan oleh pelakon-pelakon antarabangsa di television dan panggung wayang
(iii) tiada didikan agama
Apa akibatnya, jika perkahwinan sivil didahulukan dari perkahwinan gereja? Umat Katolik perlu diingatkan bahawa Undang-undang Tuhan MENGATASI undang-undang sivil. Ini bermakna pasangan Katolik yang mendahului berkahwin secara sivil membuat dosa melakukan hubungan diluar nikah. Kepuasan duniawi mengaburi fikiran pasangan sedemikian. Mereka hanya mengikut tren masakini, mengikut arus perubahan semasa...uskup, paderi, ibubapa, sanak saudara, sahabat dan masyarakat...tidak ramai yang menyuarakan tentangan dengan cara kehidupan sedemikian; akibatnya ramai yang melakukan perkara yang sama sehingga kelihatannya seperti menjadi sebahagian dari kehidupan 'normal' masyarakat...skandal demi skandal...(Mat 18:7)...dosa di dunia menjadi semakin berat.
Apabila pasangan yang bersikap sedemikian berkahwin di gereja, bukankah ianya akan menyumbangkan masalah kepada pasangan yang sedang berpacaran? atau pun pasangan yang inginkan 'Perkahwinan Sempurna' tetapi diskandali dengan sikap para religius yang tidak lagi mementingkan 'kesucian' (purity) sebelum berkahwin. Atau adakah ini inovasi terbaru dari gereja...buah dari Vatikan ke-2? Kita semua sedia maklum bahawa persekitaran moral dan akhlak pada masa kini mendedahkan godaan dan dugaan yang sangat hebat kepada bukan saja kaum muda-mudi tetapi juga kepada golongan dewasa. Jika ibubapa dan para religius memandang remeh terhadap kesucian diri sebelum berkahwin, bayangkan bagaimana kehidupan generasi di masa akan datang? Bukankah keadaan moral dan akhlak di zaman kita sekarang pun sudah jauh lebih teruk dari zaman Sodom dan Gomorrah? Lagaknya seperti manusia tidak berkesudahan mencetus kemurkaan Tuhan, tidak lagi takut kepada hukuman Tuhan...Kisah banjir besar semasa Zaman Nuh, kisah kehancuran bandar Sodom dan Gomorrah, malapetaka gunung berapi meletup, gempabumi, banjir Tsunami yang telah mengakibatkan berbillion-billion nyawa tergadai masih belum dapat menyedarkan umat manusia...
Bonda Maria ada menyatakan pada tahun 1917 kepada Jasinta, salah satu dari tiga budak di Fatima, bahawa dosa yang paling banyak mengheret jiwa ke neraka adalah dosa kedagingan...(sins of the flesh). Selain itu, Bonda Maria juga ada mengatakan banyak perkahwinan yang tidak lagi baik, banyak perkahwinan yang tidak lagi menyenangkan Tuhan ...renungkan...
4 comments:
masalah ini adalah masalah 'ayam dengan telur'. Pengalaman saya sendiri ialah Paderi suruh pergi kahwin sivil dahulu sebelum kahwin gereja, sebab utama ialah paderi tidak ada lesen kasi kahwin sivil daripada Jabatan Pendaftaran Negara!!! Siapa yang salah dalam perkara ini?? jangan salahkan umat, sepatutnya semua paderi ada lesen untuk kasi kahwin daripada Jabatan Pendaftaran Negara, masalahnya para pentadbir/pekerja gereja tidak buat kerja, harap semua kerja paderi yang kana buat... paderi bukan rocket science/magician yang buli buat semua....
Masalah ini mudah diselesaikan sebenarnya: iaitu KAHWIN GEREJA DAHULU baru kahwin sivil. Dengan berbuat demikian, pasangan Katolik dapat mengelak dari berbuat dosa mortal. Dimata TUHAN kahwin gereja adalah lebih penting dari kahwin sivil. Jika paderi mengarah pasangan Katolik berkahwin secara sivil dahulu, katakan dengan jelas kepadanya perkara ini:
Pasangan Katolik yang berkahwin secara sivil, selepas disahkan menjadi suami-isteri akan didorong untuk terus berkesedudukan dalam satu rumah, satu bilik. Pasangan ini mungkin tidak sedar/ tidak tahu langsung (kerana paderi yang memberi kebenaran, mereka hanya bergantung kepada nasihat paderi) bahawa apabila mereka berbuat demikian, mereka akan berbuat dosa - sama dengan dosa melakukan hubungan seks diluar nikah. Oleh kerana mereka tidak tahu, maka apabila tiba masanya mereka berkahwin di gereja dan membuat pengakuan, mereka tidak akan mengaku dosa yang disebut tadi sebab mereka tidak tahu pun mereka telah melakukan dosa. Paderi yang memberikan kebenaran tadi juga akan menanggung dosa pasangan ini. Ini adalah satu skandal. Tetapi PENGECUALIAN diberikan jika paderi mengarah pasangan berkahwin sivil dahulu ADA menasihati pasangan hanya boleh tinggal bersama-sama sebagai suami-isteri selepas kahwin gereja. Ini bererti mereka tidak mengganggap kahwin sivil itu lesen untuk mereka tinggal sebagai suami-isteri.
apa kata hantar artikel ini kepada pentadbir gereja di sabah? melalui pengalaman saya sendiri juga, paderi tidak mahu memberi nuptial mass kalau belum ada surat kahwin dari jabatan pendaftaran, memang dosa, tapi yang lebih berdosa ialah pentadbir gereja sebab tidak kasi kahwin church duluan.
Ya, ini adalah satu saranan yg baik. Buat masa ini, sy rasa cuma ada dua cara utk memberikan perhatian kpd masalah ini. Pertama, menulis surat kpd biskop, menerangkan secara terperinci masalah ini yg mengganggu fikiran dan jiwa pasangan Katolik yg ingin berkahwin. Keduanya, adalah menghantar surat terbuka dan dicetak dlm isu 'Catholic Sabah', yg mana perlukan kelulusan dari editor sebelum dicetak. Apakah peluang surat ini dicetak? Mgkin....tiada. Akhirnya, kita cuma dapat berdoa, dan moga2 ada paderi Katolik yg membaca artikel ini dan akan tersentuh utk mengelak/ menghentikan skandal yg disebut tadi. Semoga Tuhan mengasihani umat-Nya!
Post a Comment