Lepanto 1571
Beberapa kurun dahulu, bangsa Turki hampir menawan seluruh Eropah dan hampir melenyapkan ugama Kristian di tanah itu. Apabila keadaannya menjadi seperti putus-asa dan hanya menunggu pada kekalahan, Paus Santo Pius V mengumumkan satu ‘Perjuangan Rosario’ (sama seperti Perang salib). Dia mendesak umat Katolik dimana sahaja berdoa Rosario setiap hari dan meminta pertolongan dari Maria agar Eropah menang dalam peperangan itu. Apabila peperangan bermula, para perajurit dengan iman diletakkan pada Rosario bertempur dengan memegang pedang disatu tangan dan Rosario disatu tangan lagi. Sejarah kemenangan Lepanto ini telah melahirkan Hari besar Rosario Kudus yang jatuh pada October 7 setiap tahun. Dalam peperangan Lepanto ini, walaupun jumlah kapal Kristian adalah jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kapal bangsa Turki Armada, tetapi kemenangan tetap dapat dicapai – melalui kuasa doa Rosario.
Hiroshima 1945
Pada Ogos 6, 1945, rektori gereja Our Lady of Assumption di Hiroshima masih kekal berdiri walaupun bom atomik telah membunuh seramai 200,000 orang di bandar itu. Gereja yang terletak bersebelahan dengan rektori itu hancur berkecai dan tidak ada satu pun yang terselamat selain rektori itu. Jalanraya dibandar itu pun semuanya telah hancur. Yang terselamat adalah rektori itu dengan 4 orang paderi yang berada didalam nya semasa bom atomik jatuh ke bandar Hiroshima. Dalam rektori ini, paderi-paderi berdoa Rosario setiap hari. Kuasa doa Rosario telah menyelamatkan mereka dari malapetaka yang ngeri ini.
Austria 1955
Satu lagi kuasa Rosario – Pada tahun 1955, Negara Russia melepaskan negara Austria (Negara yang ditawannya) tanpa pertumpahan darah langsung. Tiada seorang pun yang dibunuh dan tiada sebutir pun peluru yang keluar. Ia adalah satu-satunya sejarah dimana Militan Atheistik Marx keluar dari negara yang ditawannya dengan aman sekali. Kemenangan ini dicapai kerana pada masa itu lebih kurang 10% (rakyat Austria yang berugama Katolik) dari rakyat Austria berdoa Rosario setiap hari. Melalui sejarah ini, Rosario membuktikan ianya lebih berkuasa dari senjata api ataupun bom segala macam. Tuhan dapat melembutkan hati orang Russia walaupun betapa keras dan kafir sekali pun jiwa mereka. Melalui Rosario, Tuhan mendengar doa kita kerana intersessi Bonda-Nya adalah sangat berkuasa.
Victories of the Rosary
Our Lady pleaded and insisted that people say the daily Rosary. Reparation holds back the hand of God from striking the world in just punishment for its many crimes. The Rosary is like a sword or weapon the Mother of God can use to cut down heresy and the forces of evil. It is most powerful, and many times has saved the world from bad situations like the one facing us today.
Lepanto 1571
A few centuries ago, the Turks were over-running all
The Rectory of the Assumption of Our Lady Church in
No comments:
Post a Comment