Thursday, October 23, 2008

Sejarah Rosario

Sejarah Rosario bermula dengan 150 Mazmur dari Testamen Lama Alkitab, yang mana juga dikenali sebagai Mazmur Daud pada masa itu. Dalam sejarah Katolik, para rahib menggunakan Mazmur ini sebagai doa harian mereka.

Santo Benedik, dalam Undang-undang kudusnya, menerangkan bahawa rahib di gurun membaca 150 Mazmur ini setiap hari. Santo Benedik meyusun Mazmur ini untuk rahibnya supaya kesemua Mazmur 150 itu dapat dihabiskan dalam masa seminggu. Ini kenudiannya menjadi ‘Divine Office’ atau Breveari yang mana didoakan oleh para paderi dan religius setiap hari sehinggalah aggiornamento diperkenalkan semasa Vatikan Konsilium II. Aggiornamento telah merevolusikan kedua-dua Breveari dan Liturgi.

Sejarah ‘Mazmur Maria’ ini dikatakan bermula dari rahib berbangsa Irish pada abad ke-7. Rahib ini membahagikan 150 Mazmur Daud itu kepada satu format, dimana terdapat tiga bahagian dengan setiap bahagian itu berjumlah 50. Penyusunan sedemikian bertujuan untuk menjadikan setiap 50 itu sebagai doa renungan, korporal atau penyesalan dosa.

Dalam abad pertengahan, devosi yang kuat terhadap Bonda Maria telah melahirkan “Rosario” sebagai tanda menghormatinya. Umat Kristian pada masa itu membuat Mazmur yang memuji Maria. Mereka membuat 150 Mazmur, sama jumlah dengan Mazmur Daud. Santo Anselm dari Canterbury (1109) telah membuat Rosario ini. Pada abad ke-13, Santo Bonaventure membahagikan Mazmur Maria ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama bermula dengan perkataan Ave, bahagian ke-2 bermula dengan perkataan Salve, dan bahagian terakhir bermula dengan perkataan Gaude. Doa Rosari pada masa itu dipanggil doa ‘Mazmur Maria’.

Mazmur Maria kemudiannya ditukar menjadi doa Salam Maria dan menggantikan Mazmur lama Maria. Sejak abad ke-13, Paderi Redemptoris iaitu James Galvin mencatitkan, “jumlah Aves telah menjadi 150 menyamai jumlah Mazmur Daud”.

Santo Tomas Aquinas menerangkan tentang Mazmur Daud, bahawa ianya mempunyai 150 Mazmur dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: dalam situasi penyesalan, situasi meminta keadilan dan situasi kebesaran/kegemilangan. Paderi Anthony Fuerst menerangkan lebih lanjut, “Rosario Maria juga dibahagikan kepada tiga bahagian, untuk menekankan fasa kehidupan setiap umat Krsitian iaitu: penyesalan, keadilan dan kegemilangan.

Syurga juga telah membuat deklarasi tentang Mazmur Maria ini. Pada tahun 1214, Bonda Maria telah menampakkan dirinya kepada Santo Dominik dan mengatakan “sebarkanlan Mazmur Saya” agar iman Kristian diteguhkan, agar pendosa bertaubat dan juga untuk menghancurkan ajaran sesat/ memyimpang dari ajaran Kristian yang sebenar. Santo Louis de Montfort menceritakan tentang kepentingan dan kekuatan doa Rosario dalam buku bertajuk “Rahsia Rosario”.

Dalam buku ini, Santo Louis mengatakan, “Semasa zaman ajaran sesat Albigensians sedang mengembang dan Santo Dominik melihat dosa-dosa umat Kristian pada masa itu semakin parah, dia terus memencilkan dirinya di hutan dekat Toulouse, tempat dimana dia berdoa tanpa putus selama 3 hari dan 3 malam. Semasa berdoa, Santo Dominik menangis dan membuat kerja-kerja pengorbanan yang bertujuan menurunkan kemarahan Tuhan. Dia mendisiplinkan dirinya sehingga tubuhnya penuh dengan luka dan jatuh koma.

Bonda Maria kemudian menampakkan dirinya, dengan diiringi oleh tiga malaikat dan mengatakan, “Wahai Dominik, kamu tahukah senjata apa yang diberikan oleh Tritunggal Kudus untuk menyelamatkan dunia?”

Santo Dominik ingin tahu dan Bonda Maria menjawap:

“Saya ingin kamu mengetahui, dalam peperangan sedemikian, doa Mazmur adalah batu asas dalam Testamen Baru. Oleh kerana itu, jika kamu ingin memenangi roh-roh yang sesat untuk Tuhan, sebarkanlah Mazmur Saya.”

Kata-kata Bonda Maria mempunyai dua poin yang utama:

  1. Dia menggunakan bahasa militan gereja (sama seperti memberi arahan semasa peperangan). Dia tidak menunjukkan sikap sentimental, seperti lagak ingin ‘menjaga hati seseorang atau kehormanian/ kesatuan pan-religius. Dia mengatakan ‘Rosario sebagai senjata terhadap ajaran sesat’.

  1. Dia menggunakan perkataan ‘Mazmur’ sebanyak dua kali, dimana Rosario adalah sebanyak 150 Aves dan berkaitan dengan Mazmur Daud.

Mengenai struktur tradisional Rosario pula, Msgr. George Shea menerangkan, “ Oleh kerana 150 Salam Maria itu berkait-rapat dengan 150 Mazmur Daud, Rosario yang lengkap kadangkala disebut Mazmur Bonda Maria. Nama ini digunakan untuk doa Rosario sehinggalah abad yang ke-15. Rosario sekarang adalah cuma satu pertiga dari Mazmur lama.

The History of Mary’s Psalter


The history of the Rosary is bound up with the 150 Psalms of the Old Testament, otherwise known as the Psalter of David. From the dawn of Catholic history, monks and hermits prayed these Psalms as part of their daily liturgical life.

Saint Benedict, in his Holy Rule, explains that the monks of the desert recited the 150 Psalms every day. Saint Benedict arranged the Psalms for his monks so that all 150 would be recited in one week. This became the Divine Office (Breviary) that priests and religious recited every day until the post-Conciliar aggiornamento revolutionized both Breviary and Mass.

The story of “Mary's Psalter” reportedly begins with the Irish monks in the 7th Century. These monks divided the 150 Psalms of David into a Na tri coicat format of three groups of fifty. Arranged in such a way, the “fifties” served both as reflective and corporal/penitential prayer.

The people of the Middle Ages, in their great love of Our Lady, set to fashioning “Rosariums” in Her honor. They composed Psalms in praise of Mary to match the 150 Psalms of David. St. Anselm of Canterbury (1109) made such a Rosary. In the 13th Century, St. Bonaventure divided his 150 Marian Psalms into three groups. The first group commenced with the word Ave, the next with Salve, and the final fifty Psalms commenced with the word Gaude. Such Rosaries of praise took the name of Our Lady's Psalter.

It was not long before the custom of reciting Hail Mary's became the substitute of reciting the Psalms in praise of Our Lady. “By the 13th Century”, writes the Redemptorist Father James Galvin, “the number of Aves was set at one hundred and fifty, to equal the number of the Psalms of David”.

Saint Thomas Aquinas explains that the Psalter of David, composed as it is of one hundred and fifty Psalms, is divided into three equal parts of fifty Psalms each. These three equal parts represent, figuratively, the three stages in which the faithful find themselves: the state of penance, the state of justice, the state of glory. Likewise, explains Father Anthony Fuerst, “the Rosary of Mary is divided into three parts of fifty Hail Mary's each, in order to express fully the phases of the life of the faithful: penance, justice and glory.”

Heaven Itself declared the immeasurable value of this Psalter. In 1214, Our Blessed Mother told Saint Dominic to “preach My Psalter” in order to rekindle faith, to convert sinners and to crush stubborn heresy. Saint Louis de Montfort tells the story in his magnificent work, The Secret of The Rosary.

“Saint Dominic,” writes Saint Louis, “seeing that the gravity of the peoples' sin was hindering the conversion of the Albigensians, withdrew to a forest near Toulouse where he prayed unceasingly for three days and three nights. During this time he did nothing but weep and do harsh penances in order to appease the anger of Almighty God. He used his discipline so much that his body was lacerated, and finally he fell into a coma.”

Our Lady then appeared to him, accompanied by three angels. She said, “Dear Dominic, do you know which weapon the Blessed Trinity wants to use to reform the world?”

Saint Dominic asked Her to tell him. Our Lady responded:

“I want you to know that, in this kind of warfare, the battering ram has always been the Angelic Psalter which is the foundation stone of the New Testament. Therefore, if you want to reach these hardened souls and win them over to God, preach My Psalter.”

Our Lady's words contain two special points of interest:

1) She uses the language of the Church militant. She does not speak of the Rosary in a sentimental manner, in order to achieve good feelings or pan-religious unity. No, She refers to it as a battering ram against heresy.

2) She twice uses the term “Psalter”, which is the Rosary designated as 150 Aves that link it to the Psalms of David.

Regarding the Rosary's traditional structure, Msgr. George Shea writes, “Because its 150 Hail Mary's correspond to the 150 Psalms of the Psalter, the complete Rosary is sometimes called Our Lady's Psalter. In fact, the latter was its common designation down to the end of the 15th Century, while ‘Rosary’ was reserved for a part, i.e., a third, of Our Lady's Psalter.”

3 comments:

JLP77 said...

"Ada tertulis" kata2 ini tiga kali dikatakan oleh Tuhan Yesus ketika Tuhan Yesus di berpuasa selama 40 hari dan Dia dicobai oleh Iblis, apakah cerita ini sejarah rosario " ada tertulis di Alkitab" saya tidak mau menghakimi tp saya ingin mengajak utk kembali pada kebenaran Firman Tuhan semuanya ditulis dan bisa menjawab balik semua tentang kebutuhan akan kebenaran.sy hanya ingin sebuah kebenaran karena Tuhan Yesus hampir datang dan semua orang akan mempertanggung jawabkan iman mereka kepada Tuhan Yesus bukan kepada Bunda Maria.

Avanus said...

Sekarang ini pun kita tidak ada masa untuk menghakimi sesama sendiri. Apa yang penting adalah mencari 'kebenaran' dan saling membantu memahami kebenaran itu.
Yang penting adalah menghakimi suatu ajaran atau doktrin Kristian dan mengkajinya samada ianya benar2 ajaran dari Yesus tanpa ada berat sebelah kerana kita telah diberi amaran (2 Tim 4:1-5, Mat 7:15). Selepas Adam dan Hawa membuat dosa di Taman Eden, dalam Gen 3:15, Tuhan mengatakan kepada Ular syaitan bahawa Dia akan menyebabkan permusuhan antara Wanita dengan Ular itu, Keturunan yang datang dari Wanita itu dan Keturunan Ular; dan Wanita itu akan menginjak dan menghancurkan kepala si ular dan ular hanya akan menunggu kesudahan yang akan menimpanya. Wanita yang disebut oleh Tuhan ini adalah Maria, Bonda Yesus. Profesi atau nubuat ini dahulu dan sekarang ini sedang dipenuhi. Keturunan Maria, iaitu, Yesus Kristus dan sesiapa yang mengikut-Nya walaupun sedikit jumlahnya digeruni dan dibenci oleh pengikut si Ular dan peperangan antara kedua pihak sedang berlaku dengan sengit (peperangan spiritual). Maria BUKAN Tuhan. Dia adalah pengikut setia Anaknya, Yesus, dan dalam masa yang sama juga adalah bonda Yesus, sebab itu Maria dipanggil BONDA TUHAN kita. Maria sebagai Bonda Tuhan telah mengambil kita sebagai anak-anaknya. Yesus sebelum kematian-Nya disalib, juga menghendaki kita memanggil ibu-Nya sebagai BONDA KITA (John 19:26). Seperti anaknya, dia mahukan keselamatan kita dan berdoa agar semua anak-anaknya dapat masuk ke syurga. Sesiapa yang mendengar kata-kata Bonda Yesus akan selamat kerana BONDA TUHAN hanya berminat membawa anak-anaknya kepada TUHAN. Dalam buku Wahyu (Wahyu 12:1), Maria disebut lagi sebagai 'tanda dari syurga'. Saya kurang faham tentang kata-kata saudara tentang 'apa yang disebut oleh Yesus semasa Dia berpuasa selama 40 hari'. Yang mana satu? Yesus tidak ada menyebut langsung tentang jangan mendengar kata-kata Bonda-Nya.

Avanus said...

Ramai umat Protestan menyangka umat Roman Katolik menyembah Maria. Sebenarnya, ia cuma Devosi; Umat Roman Katolik amat menghormati Bonda Yesus kerana tahu Maria adalah sebahagian dari Rancangan dan Kehendak Tuhan dalam penyelamatan anak-anak-Nya. Melalui Maria, penyelamatan adalah lebih mudah kerana Yesus amat rapat dengan bonda-Nya. Intesessi Maria sangat hebat kerana banyak permintaan yang walaupun mustahil telah dikabulkan. Maria adalah bonda kita, bukan saja untuk umat RC tetapi untuk semua manusia di dunia ini. Pergilah kepada Maria dan mintalah bantuan darinya. Mulakan dengan berdoa Rosari...Salam Maria, doakanlah kami, anak-anak Mu yang berdosa ini!