Dalam masa 70 tahun yang lepas, tiga Paus, dalam percubaan mereka untuk memenuhi permintaan Bonda Maria di Fatima, telah membuat konsekrasi DUNIA (dimana didalamnya adalah termasuk negara Russia). Bonda Maria di Fatima pada tahun 1917, meminta: 'Konsekrasi negara RUSSIA dibuat oleh Paus dan disertai dengan uskup-uskup diseluruh dunia dan konsekrasi itu mestilah dibuat pada masa yang sama (serentak) diseluruh dunia'. Tetapi setakat ini, konsekrasi yang telah dibuat oleh tiga orang Paus adalah konsekrasi DUNIA dan bukannya RUSSIA. Adakah ini dikira sebagai sudah memenuhi permintaan Bonda Maria? Vatikan mengatakan 'Sudah Dipenuhi', ramai umat pula mempunyai rasa kurang keyakinan dan jawapan mereka silih berganti antara 'ya' dan 'tidak'. Tetapi jawapan yang paling kukuh datangnya dari mendiang Sr. Lusia, salah satu dari tiga budak di Fatima semasa penampakkan Maria pada tahun 1917. Sr. Lusia mengatakan permintaan Bonda Maria BELUM ditunaikan lagi.
Konsekrasi DUNIA dibuat oleh:
i. Paus Pius XII pada tahun 1942 dan 1954
ii. Paus Paulus VI pada tahun 1964
iii. Paus Yohannes Paulus II pada tahun 1984 dan 2000
Konsekrasi DUNIA tidak memenuhi permintaan Maria kerana Dia mengatakan, 'semasa konsekrasi, nama negara RUSSIA perlu disebut..'. Pada tahun 1936, Sr. Lusia, menanyakan Tuhan Yesus mengapa Ia tidak dapat memenangi [convert] Russia tanpa Paus perlu menyebut nama negara Russia; Yesus menjawab,
"Saya inginkan seluruh Gereja Katolik mengiktirafkan konsekrasi ini sebagai satu kemenangan Hati Suci Maria, dan ianya akan di venerasikan pada kemudian hari, dan devosi Hati Suci Maria akan diletakkan bersebelahan dengan Hati Kudus Saya"
Dua tahun selepas konsekrasi Dunia dilakukan pada tahun 1984, Paus Yohannes Paulus II membuat doa tambahan pada skrip konsekrasi itu - ' Terangilah minda terutamanya kepada mereka yang masih menunggu konsekrasi yang dipinta oleh Tuhan dari kami' [Mengapa Paus menambahkan doa ini jika mereka (Vatikan) yakin konsekrasi 1984 telah memenuhi permintaan Bonda Maria?] . Mengapa Paus Yohannes Paulus merasakan ia masih perlu membuat satu lagi konsekrasi pada tahun 2000, sedangkan sejak tahun 1989 vatikan dengan berulangkali menyatakan konsekrasi 1984 telah memenuhi permintaan Fatima. Mengapa Sister Lusia ditemuduga sehingga beberapa kali [mengenai permintaan Maria di Fatima] dan mengapakah Paus Yohannes Paulus asyik menanyakan kontek-kontek rapatnya kalau dia sudah memenuhi permintaan Bonda Maria? Jelas sekali, Vatikan sendiri tidak yakin mereka sudah memenuhi konsekrasi Russia. Mereka cuba membuat sebaik dan sebanyak yang boleh tanpa menyebut nama Russia - satu garisan yang mereka belum bersedia untuk menyeberanginya.
2 comments:
Ramai umat Katolik yang belum mengetahui cerita tentang 'Our Lady of Fatima' dan pesanan2 darinya semasa penampakkannya pada tahun 1917. Penampakkan di Fatima sudah diluluskan oleh vatikan dan 'mukjizat matahari' [the miracle of the sun] adalah bukti wanita yg berjumpa dengan tiga budak2 di Fatima itu adalah Bonda Maria.Saya sarankan umat Katolik perlu mengambil tahu tentang cerita di Fatima kerana ianya adalah sesuatu yang berkaitan dengan masa depan kita, masa depan anak2 kita dan juga masa depan dunia.Pesanan Bonda Maria di Fatima adalah sangat penting kerana ianya berkaitan dengan bahaya yang kita hadapi pada zaman ini - iaitu KEHILANGAN IMAN KATOLIK DIKALANGAN UMAT KATOLIK TANPA MEREKA MENYEDARINYA [Silent Apostacy].Kehilangan Iman adalah malapetaka yang jauh lebih dashyat dari malapetaka cuaca. Kehilangan iman akan menyebabkan kemurkaan Tuhan! Tuhan adalah Tuhan dan apabila Dia murka, ianya adalah sesuatu yang sangat dashyat.
Malangnya ramai umat Katolik masih tidak mengetahui hal yang sebenar tentang Maria di Fatima. Ada umat Katolik sendiri yang menuduh cerita di Fatima ini adalah seperti mempromosikan kultus Maria. Ada yang mengatakan Maria bukan Tuhan dan kita patut jangan memperbesarkan Maria dari Yesus.Fikiran umat2 sedemikian adalah seperti umat Protestan - mereka langsung tidak tahu memberi hormat kepada Bonda Maria. Permintaan2 Bonda Maria di Fatima dan umat yang mempercayai cerita Fatima ditertawakan oleh ramai orang. Namun Yesus mengatakan, 'Inilah kehendak Ku...'.
http://www.punthill.com.au/
http://www.birches.com.au/
and google search "serviced apartments melbourne"
Regards
Post a Comment