Padre Pio adalah santo yang mempunyai devosi yang sangat kuat terhadap Rosario. Dia dikatakan berdoa Rosario 15-dekad sebanyak 35 kali sehari. Hampir kesemua foto Padre Pio menunjukkan dirinya memegang Rosario ditangan kanannya. Dia sentiasa mengingati umat Katolik agar 'mencintai Bonda Maria dan berdoa Rosario kerana Rosario adalah senjata melawan kejahatan di dunia ini'. Suatu hari apabila ia tiada memegang Rosario, jeritannya terhadap salah seorang rahib kapucin adalah, "bawakan senjata saya!"
Dua hari sebelum hari terakhir santo ini ia mengulangi lagi: "Cintailah bonda Maria dan sebarkan devosi terhadapnya. Doakanlah Rosario selalu dan setiap hari dan doakanlah Rosario sebanyak kali yang mungkin".
No comments:
Post a Comment