Sunday, October 18, 2009

Mengapa Latin - Bhg. III

Mestikah bahasa Latin sahaja dijadikan sebagai bahasa Liturgi?
Menurut Paus Pius V, ianya tidak semestinya. Pada tahun 1570, Paus ini telah memberikan kebenaran menggunakan liturgi yang telah berusia lebih dari dua dekad, dirayakan dalam bahasa asalnya, walaupun ianya tidak menggunakan bahasa Latin. Dalam misa Tridentin, bacaan injil dan juga epistel boleh dibacakan menggunakan bahasa rasmi satu-satu negara. Khutbah juga tidak disampaikan dalam bahasa Latin!


Pendapat yang menentang penggunaan bahasa Latin:
Jika misa dirayakan dalam bahasa Latin, tiada seorang pun yang akan memahaminya kerana hampir semua gereja diseluruh dunia tidak lagi mengunakan bahasa Latin.


Respon:
Memang benar bahasa Latin tidak lagi digunakan oleh kebanyakkan gereja, tetapi buku Misa Tridentin disediakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Latin dan mukasurat yang selepasnya adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda satu-satu negara. Dengan sedikit latihan sahaja, umat yang kerap menghadiri misa ini akan lama-kelamaan dapat memahami doa-doa misa. Misa Roman Katolik juga dinamakan Misteri Kudus (Divine Mystery), dimana apabila sesuatu itu dikatakan misteri, umat tidak akan dapat memahami sepenuhnya.

Kesimpulan:
Memang tidak dapat dinafikan, gereja adalah merupakan satu organisma yang hidup. Sebagai organisma yang hidup, gereja perlu membesar, mematangkan diri, berkembang, menyesuaikan dan sentiasa mampu menjadikan dirinya sensitif dengan hal-hal semasa, tetapi tidak bertolak-ansur dalam pemeliharaan integriti ajaran gereja. Mereka yang cuba membuat perubahan yang bertentangan dengan ajaran gereja mestilah ditegur dan jika perlu tindakan harus diambil dengan segera. Sejak Vatikan Konsili ke-II, banyak perubahan telah dibuat, dari hal-hal yang kecil sehinggalah kepada hal-hal yang serius. Misalnya, tarikh-tarikh perayaan santo-santa dalam kalendar lama gereja RC banyak yang sudah diubah, tidak kurang juga yang dibuang sama-sekali dari kalendar gereja. Selain itu, sesuatu yang amat menyedihkan lagi, doa yang dirasakan tidak lagi bersesuaian dengan keperluan gereja seperti doa 'Santo Mikael' juga telah dibuang dari misa harian (Santo Mikael adalah Ketua Malaikat di Syurga dan dialah yang akan mengetuai Malaikat bertarung dengan iblis. Dikatakan Iblis akan berkerja lebih keras lagi pada masa ini, zaman akhir, kerana mereka tahu masa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka semakin suntuk. Jadi bukankah doa Santo Mikael sepatutnya didoakan lebih kerap lagi???).

"Penggunaan bahasa Latin, dijadikan sebagai teras untuk menyatukan umat dan juga sebagai penghalang kepada korupsi doktrin." (Pius XII: Encyclical Mediator Dei, Nov 20, 1947)

8 comments:

Donatus Justin said...

Kerapkali umat berandaian bahawa mereka memahami Misa apabila dirayakan dalam bahasa ibunda tetapi andaian ini tidak benar kerana apabila mereka ditanya apakah Misa, ramai yang tidak dapat menjawab! Cubalah sendiri ujian ini. Tanya sahaja teman anda yang kerap ke Gereja Novus Ordo, tentu anda sendiri akan terperanjat!

Avanus said...

Alasan penggunaan bahasa ibunda dalam misa Novus Ordo bertujuan untuk mendapat penyertaan sepenuhnya dari umat. Seringkali saya melihat penyertaan umat lebih berbentuk fizikal. Bukankah kita ke gereja untuk memberi makanan kepada roh kita dan bukannya menyibukkan diri dalam upacara gereja. Kerja2 sedemikian telah pun diberikan kepada para religius dan budak altari. Lebih berbaloi apabila umat menyertai secara spiritual (berdoa) dan banyak mendiamkan diri (kurang bercakap).

Avanus said...

testing widget...

Donatus Justin said...

Silence is golden. We should be listening to the voice of God, not God listening to our voices.

NB Boleh saya copy n paste artikel ini. Sungguh baik.

Avanus said...

Yes...only when we are silent, we will be able to listen to God and vice versa; the later is a case that is often seen at Novus Ordo churches. Yes, you may copy and paste.

Anonymous said...

Kalau dalam bahasa ibunda pun sukar dimengertikan apakah alasan bila merayakan dlm Bahasa Latin org akan memahaminya lebih baik.

Anonymous said...

Jika dalam bahasa ibunda pun org tidak dapat memahami apakah misa kudus itu apatah lagi dalam bahasa yg tidak dimengertikan.

Misa Kudus Ritus Baru dlm bahasa ibunda adalah hasil dari konsili Vatikan II, sama juga Misa Kudus Tridentine hasil dari konsili Trent 1507. Misa Tridentine dlm bahasa Latin bukanlah yg original ia baru diwujudkan pada tahun 1507 oleh Pope Pius V
Adakah konsili Trent lebih berotoriti dari Vatikan II?
Tuhan mendengar setiap doa dalam bahasa apapun. Kalau saya selesa berdoa dalam bahasa yg saya mengerti apa salahnya.

Adakah dalam misa order baru menjadi pemangkin kepada penyertan umat hanya secara fizikal? adakah oleh kerana misa dalam bahasa ibunda menyebabkan org bercerita dalam gereja? Ini hal sikap umat bukan kerana bahasa.

Adakah hanya bahasa Latin saja yg mampu menyampaikan gambaran jelas tentang iman. Jika demikian mengapakah dlm Misa Tridentine paderi menggunakan bahasa ibunda untuk menyampaikan Homili, mengapa tidak menggunakan Latin kalau bahasa itu dapat memberi gambaran jelas ttg iman.

Avanus said...

Sebenarnya Misa Tridentin ini boleh dirayakan dalam bahasa lain. Misa ini ada dirayakan dalam bahasa lain pada masa ini, misalnya bahasa Greek dan beberapa bahasa lain lagi. Sila buat 'research' sendiri dalam wikipedia.

Gereja menggalakkan penggunaan bahasa Latin kerana bahasa ini adalah bahasa yang tidak berubah, dari DULU sampai SEKARANG. Bandingkan ini dengan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga beberapa bahasa yang lain [saya bukanlah seorang yang mahir dalam linguistik]. Tetapi kita tahu dalam bahasa Malaysia sahaja, sudah pernah berlaku beberapa perubahan dalam ejaan dan tatabahasanya. Bahasa Latin juga dikenali sebagai 'Bahasa Mati', iaitu ia tidak pernah ada penambahan dan pengurangan sejak dari permulaan ia diperkenalkan dimukabumi ini.

Maka, bahasa Latin amat digalakkan digunakan dalam misa gereja kerana bahasa yang tidak berubah menjamin akan ketulenan liturgi Roman Katolik. Lihatlah penterjemahan bahasa yang dibuat oleh manusia, hampir tidak ada yang sama bukan...walaupun maksudnya 'lebih kurang' adakalanya ketepatan penterjemahan amat diragukan. Bahasa Latin digalakkan digunakan dalam gereja kerana para santo sudah memberi kita peringatan agar memberi segala yang terbaik kepada Tuhan. Seperti dalam cerita Kain dan Abel yang memberi 'pengorbanan syukur' kepada Tuhan, dimana Kain memberi Tuhan hanya sekadar sahaja dan Abel memilih memberi hanya yang TERBAIK kepada Tuhan, dimana akhirnya pengorbanan syukur Kain telah ditolak oleh Tuhan. Maka begitu jugalah dalam hal ini, penggunaan Latin adalah bertujuan untuk memberi HANYA yang TERBAIK kepada Tuhan.

Penggunaan bahasa ibunda dalam homili atau 'sermon' paderi adalah untuk membantu umat memahami pembacaan epistel dan gospel dalam misa. Sebenarnya apabila umat menghadiri misa, perkara yang amat ditekankan adalah penyertaan secara spiritual [hati, jiwa, roh] dan bukannya penyertaan secara fizikal seperti menyanyi, menari dan berceramah. Misa adalah suatu misteri dan Tuhan tahu kita sebagai umat, ciptaan-Nya, tidak akan dapat dengan sepenuhnya memahami misteri ini. Maka, umat haruslah dengan rendah diri memberi segala pujian dan syukur kepada Tuhan, haruslah memberi yang TERBAIK kepada Tuhan.