Semasa Hari Paska tahun 2009, Superior General Persatuan Santo Pius X atau SSPX, Biskop Bernard Fellay, telah mengumumkan satu Jihad atau Crusade, dinamakan '12 Million Rosary Crusade' (bermula Mei 1, 2009 - Mar 25, 2010), meminta Bapa Kudus, Paus Benedict XVI, memenuhi permintaan Bonda Maria (Semasa Penampakkan Fatima 1917) iaitu membuat konsekrasi Russia kepada Hati Suci Bonda Maria (Immaculate Heart) dan konsekrasi ini mestilah dibuat serentak dengan semua biskop gereja Katolik diseluruh dunia. Saya mengulangi dengan jelas lagi - Bonda meletakkan dua syarat, iaitu:
1. Konsekrasi Russia kepada Hati Suci Bonda Maria (Immaculate Heart of Mary), diketuai oleh Paus Gereja Katolik
2. Konsekrasi ini mestilah dilakukan bersama-sama dengan semua biskop Katolik diseluruh dunia (maksudnya semua paroki dibawah jurisdiksi semua biskop diseluruh dunia) dilakukan serentak (satu masa ditetapkan tidak kira ada perbezaan siang dan malam diantara negara-negara di Utara, Selatan, Timur ataupun Barat).
Walaupun Vatikan-II telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa konsekrasi Russia telah dilaksanakan, tetapi jelasnya semua konsekrasi tersebut tidak memenuhi syarat-syarat diatas kerana tidak ada penyertaan dari biskop diseluruh dunia dan negara Russia tidak disebut.
Konsekrasi ini amat penting kerana ianya akan menyelamatkan banyak jiwa dan memastikan keamanan didunia; satu kenyataan yang sukar dipercayai oleh kebanyakkan umat Katolik. Tetapi adakah permintaan Bonda Maria, bonda Tuhan, patut diendahkan, atau dilengah-lengahkan? Ramai umat Katolik sehingga hari ini pun tidak mengetahui akan kisah di Fatima 1917 dan merasa sangsi akan permintaan dari Bonda Maria ini...Pada akhir zaman ini, bonda Maria, bonda Yesus Tuhan kita, amat mengetahui akan kesusahan yang sedang dan akan menimpa umat manusia. Jelas sekali, dia adalah seorang ibu yang sangat prihatin dan ingin membantu anak-anaknya (kita telah pun diambil olehnya sebagai anak-anaknya - Yohannes 19:26).
Bonda Maria mengatakan jika permintaannya tidak dilaksanakan, banyak negara akan musnah (bak padang jarak padang tekukur), banyak jiwa akan hilang sehinggakan manusia yang selamat semasa 'hukuman' (chastisement) akan merasa iri hati dengan manusia yang sudah mati...(renungkan maksud bonda disini, bayangkan betapa dasyhatnya keadaan pada masa akan datang). Dengan amaran sebegini, bukankah kita sepatutnya merasa takut, bertaubat dan dengan segera melaksanakan permintaan bonda Maria? Tidak ada alasan untuk melengah-lengahkan...sesuatu perkara yang boleh dan senang dilakukan tetapi dikomplikasikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Vatikan-II.
Perkara tentang 'Konsekrasi Russia' ini dipandang remeh oleh para religius Novus Ordo dan paus-paus dalam era Vatikan-II 'tidak berani' memenuhi permintaan Bonda Maria ini kerana isu sensitif yang berkaitan dengan penyebutan negara Russia. Begitu juga misi gereja yang diberikan oleh Yesus kepada kita - Markus 16: 15-16 - "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum." - telah digantikan dengan misi duniawi. Pengkhutbaan ajaran Katolik kepada umat lain tidak lagi penting; ekumenisi adalah agenda yang dilaung-laungkan iaitu sikap berbaik dan bersaudara diantara satu sama lain dan bukan penerangan tentang penyelamatan jiwa melalui Penyaliban Yesus Kristus. Perkara yang sangat serius lagi adalah menyamakan taraf 'Tritunggal Kudus' dengan Tuhan palsu. Maka tidak hairanlah bonda Maria begitu sedih sekali; terlalu ramai umat Katolik yang hanya tinggal nama sebagai penganut Katolik sahaja tetapi tidak pun mengetahui ajaran asas gereja Katolik. Apa sudah jadi dengan peranan RCIA; adakah ajarannya masih Katolik? Adakah ibubapa Katolik masih Katolik?
Yesus mengatakan kepada Sister Lucia pada tahun 1936, 'Konsekrasi Russia akhirnya akan dilaksanakan tetapi ianya sudah terlalu lambat' (maksudnya semasa konsekrasi dibuat terlalu banyak jiwa yang sudah hilang). Adakah anda sebagai seorang Katolik melaksanakan tanggungjawab anda? Atau anda juga adalah seperti kebanyakkan Katolik yang hanya ingin 'tunggu dan lihat'...membiarkan masa berdetik lalu dan menyesalinya dikemudian hari...
Penerangan dalam Bahasa Inggeris:
12-Million Rosary Crusade
Why We Must Get Russia Consecrated
5 comments:
testing widget...
testing widget..
my baptis name was Anthony Alvin, i am sick now, my eyes feel like beaten by something. so please pray for me, and i am now pray the rosary. God Jesus Christ Bless us all...
Dear Anthony, I will pray for you, I'll pray for the recovery of your eyes. Please offer your pain for the atonement of your sins, the sins of your family and sins of the whole world. Yes, recite the Rosary as many times as you can...you are doing well already. Thanks for visiting my blog. Take care my friend and God bless you!
We will pray for your Anthony,God is with us.and always will be,and may God bless you.AMEN..
Post a Comment