Apakah maksud Musim Puasa bagi umat Kristian? Adakah ianya cuma dilakukan pada Hari Rabu Abu, Jumaat Agung dan setiap hari Jumaat biasa dalam musim puasa? Dalam undang-undang gereja, umat diseru untuk berpuasa dari memakan daging pada setiap hari Jumaat (termasuk diluar musim puasa), tetapi dengan perubahan yang kerap berlaku didalam gereja, saya meragui seruan ini masih dipraktik dikalangan umat.
Musim Puasa bagi umat Kristian adalah selama 40 hari (Jumlah hari puasa mengikut kalendar Kristian) iaitu bermula dari Hari Rabu Abu sehingga hari sebelum Hari Paska. Jumlah 40 hari ini adalah selepas menolak 4 kali Hari Minggu dalam musim puasa. Hari Minggu adalah merupakan hari rehat, hari besar Tuhan, jadi umat boleh bersantai dengan tiga hidangan penuh dan juga hidangan ringan. Hari Minggu adalah hari pengecualian dari berpuasa.
Bagaimanakah umat Kristian berpuasa? Dari segi pengambilan makanan, bermula dari hari Isnin sehingga hari sabtu, sekurang-kurangnya umat berpuasa dengan mengambil...
- cuma satu hidangan penuh setiap hari
- dua hidangan yang tidak penuh setiap hari
- makanan ringan tidak diperbolehkan
Hidangan penuh disini bermaksud amaun hidangan yang biasa diambil setiap hari. Contohnya, jika hidangan biasa adalah dua mangkuk nasi beserta lauk, maka hidangan tidak penuh adalah satu mangkuk nasi beserta sedikit lauk. Ini adalah puasa yang disarankan oleh gereja dan semua umat (pengecualian diberikan kepada umat yang sakit, terlalu muda - dibawah 14 tahun dan umat yang terlalu tua - diatas 60 tahun). Jika umat ingin berpuasa lebih dari yang disarankan oleh gereja, ia adalah lebih baik dan gereja menggalakkannya. Apabila keperluan daging kita dikawal atau dikurangkan, roh kita menjadi segar dan iman pun tegar. Selain itu, pengurangan dari segi pengambilan makanan terutama hidangan yang berlaukkan daging boleh memperbaiki kesihatan tubuh seseorang.
Selain dari berpuasa makanan, umat juga boleh berpuasa dari segi perbuatan. Antaranya adalah seperti...
- kurang menonton tv
- kurang mendengar lagu dan muzik duniawi
- lebihkan pembacaan buku-buku spiritual, misalnya Alkitab dll
- melawat orang sakit, rumah kanak-kanak yatim-piatu, rumah orang-orang tua dll
- menderma wang, pakaian, makanan dll mengikut kemampuan masing-masing
- luangkan lebih masa berdoa, terutama doa Rosari
- kurangkan bercakap (terutama percakapan yang mendorong untuk mengumpat dan hal-hal lain yang tidak memberikan manfaat langsung)
Semoga Tuhan memberkati semua dan Selamat berpuasa!

No comments:
Post a Comment