Saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk memulakan topik ini. Rasa-rasanya tidak perlu dihuraikan terlalu detel sebab perkara ini, iaitu keruntuhan moral dan akhlak dikalangan muda-mudi, tidak kurang juga di kalangan golongan yang sudah jauh dewasa, semakin berleluasa dan semakin tidak terkawal. Terlalu banyak peristiwa, saya percaya, yang berlaku didepan mata sendiri; yakni skandal disana-sini. Apa yang jelas, semakin maju dunia, semakin canggih alat-alat telekomunikasi, semakin manusia berpelajaran, semakin baik tahap ekonomi masyarakat, semakin jauh moral dan akhlak ditinggalkan! Kehidupan yang kenampakkannya seolah-olah TUHAN tidak wujud lagi!! Manusia sudah tidak takut berbuat dosa!! Dalam zaman moden ini, dikatakan sesetengah perbuatan yang pada satu ketika dahulu dianggap dosa, dikatakan pada zaman ini perbuatan tersebut adalah perkara biasa!! Bukan dosa lagi??? Masalah-masalah moral dan akhlak dikalangan umat Katolik sendiri amat memalukan.Dalam Alkitab, dinyatakan 'Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan oleh Tuhan, tidak boleh diceraikan manusia.' - Matius 19:5-6. Perkahwinan adalah salah satu dari tujuh (7) Sakramen dalam Gereja Katolik. Tuhan Yesus Kristus menaikkan taraf 'kahwin' sebagai satu sakramen kerana Dia tahu perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita akan melalui banyak dugaan. Tujuan Tuhan Yesus mengujudkan Sakramen Gereja adalah untuk membantu umat Katolik dalam perjalanan rohani mereka didunia. Interpretasi perkahwinan secara sivil adalah berbeza dengan interpretasi perkahwinan secara Katolik. Perkahwinan secara sivil dengan mudahnya boleh ditamatkan dengan penceraian. Sebaliknya, perkahwinan dalam Gereja Katolik hanya boleh ditamatkan apabila salah seorang atau kedua-dua suami isteri meninggal dunia.
Dalam Matius 19:7-9, 'Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebab Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?" Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran (kedegilan) hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula (sejak dari awal) tidaklah demikian. Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zina, lalu kahwin dengan perempuan lain, ia berbuat zina." Walaupun Tuhan Yesus mengatakan seorang suami dibenarkan bercerai dengan isterinya atas dasar kesalahan zina (wanita yang curang dengan suaminya dan bersetubuh dengan lelaki lain), ini tidak bermaksud si suami boleh berkahwin lagi. Dia BOLEH menceraikan isteri tetapi tetap TIDAK BOLEH berkahwin lagi. Apa yang disatukan Tuhan TIDAK BOLEH diceraikan oleh manusia.
Pernah sekali saya telah menghadiri 'Seminar untuk Wanita Katolik' yang diaturkan oleh pejabat diosis Kota Kinabalu, saya dapati semasa sessi soal-jawab, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh para wanita, menunjukkan ramai yang tidak mengerti tentang Sakramen Perkahwinan. Jelas sekali mereka kurang didikan asas.
Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan posting ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf jika ada kata-kata kesat yang akan menyemarakkan kemarahan hati sesiapa, kerana isu tentang perkahwinan adalah sangat sensitif dan ianya melibatkan ramai pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga mereka. Disini saya memberanikan diri mengatakan jika tiada para religius yang berani menyuarakan ajaran sebenar Gereja Katolik berkaitan dengan masalah moral dan akhlak ini, jika tiada seorang pun umat Katolik yang berani menyuarakannya, apa akan jadi pada generasi Katolik dimasa akan datang? Besar kemungkinan, Katolik hanya tinggal nama sahaja...Saya cuba sedaya-upaya memberi penerangan dalam kata-kata yang paling mudah difahami dan dalam masa yang sama, saya juga ingin menekankan kejelekan dosa-dosa yang memurkakan Tuhan.
(2) Lelaki dan Wanita Katolik yang menjadi suami isteri melalui perkahwinan sivil; pasangan yang samada MENGHIRAUKAN PERKAHWINAN GEREJA atau MELEWATKAN PERKAHWINAN GEREJA - kedua-duanya berdosa MORTAL. Pasangan ini dianggap oleh Gereja Katolik sebagai hidup berkesedudukan dan anak-anak yang dilahirkan adalah anak luar nikah. Lelaki dan wanita yang beragama Katolik perlu mengutamakan perkahwinan Gereja kerana undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang manusia. Pasangan yang telah berkahwin secara sivil dan kemudian bertaubat dan ingin berkahwin dalam gereja perlu membuat 'Sakramen Pengakuan'.
(3) Suami atau isteri yang berkahwin lagi selepas berkahwin di gereja (semasa pasangan masing2 masih hidup) adalah pasangan yang hidup BERZINA (PZ). Anak-anak yang dilahirkan oleh PZ ini adalah anak-anak luar nikah. Kes-kes kahwin kampung (perkara serius di Sabah) dimana ketua kampung yang sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi masih 'bekerjasama', dan orang-orang kampung juga sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi juga masih 'bekerjasama' kerana inginkan kemeriahan dan makan minum percuma, dianggap BERSUBAHAT dengan PZ itu. Pasangan berzina beserta dengan orang-orang kampung yang bersubahat itu berdosa MORTAL. Bayangkan betapa dosa sepasang manusia mengakibatkan sekampung binasa. Hanya orang kampung yang tidak menghadiri 'perkahwinan' itu yang selamat dari dosa mortal. Sebenarnya 'perkahwinan' itu bukan pun satu perkahwinan, sebaliknya satu penyesatan, satu SKANDAL yang akan menyebabkan banyak jiwa yang hilang . [Dalam undang-undang di Malaysia, hanya lelaki yang beragama Islam sahaja yang dibenarkan berkahwin lebih dari seorang isteri; lelaki yang bukan beragama Islam dibenarkan mengambil SEORANG isteri sahaja, jika ia melanggar undang-undang, lelaki tersebut dipanggil seorang 'bigami' (bigamist) dan kes ini boleh dibawa ke dalam mahkamah. Di Sabah, lazimnya, suami - suami yang telah berkahwin digereja, mencuri-curi atau secara diam-diam berkahwin lain di kampung tanpa pengetahuan si isteri. Mereka kemudian cuba menggunakan 'kahwin adat kampung' sebagai alasan 'mengiktirafkan' 'perkahwinan' mereka. ]
(4) Suami isteri yang telah berkahwin di gereja tetapi kemudiannya bercerai menggunakan undang-undang sivil, adalah tetap sepasang suami isteri yang sah dalam undang-undang Tuhan. Dalam hal perkahwinan, undang-undang sivil langsung tidak mempengaruhi undang-undang Tuhan. Walaupun masyarakat tidak memandang serong dengan penceraian secara sivil, tetapi seorang umat Katolik perlu memahami, undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang dunia. Pasangan suami isteri ini jika mereka berkahwin semula dengan pasangan baru adalah pasangan yang berzina. Apabila PZ ini menghadiri misa di gereja, mereka dilarang sama sekali menerima Sakramen Komuni. Para religius atau sesiapa yang mengetahui keadaan ini dan melihat PZ cuba menerima Sakramen Komuni haruslah menegur mereka.
Setakat ini baru empat perkara yang disentuh tetapi bunyinya pun sudah pedas...kenyataannya saudara dan saudari, memang bukan mudah menjadi seorang Katolik. Tetapi Tuhan Katolik adalah Tuhan yang benar, satu-satunya Tuhan yang benar, tiada yang lain. Maka berhati-hatilah, seorang umat Katolik perlu mengetahui dan mendalami pengetahuannya dalam ajaran Gereja Katolik kerana hanya dengan cara ini dia boleh mengalahkan musuhnya ...
bersambung...
