Pada tahun 1917, semasa penampakkan Bonda Maria di Fatima, beberapa peringatan telah diberikan kepada umat-umat di dunia; antaranya,
i) Banyak perkahwinan yang tidak baik; banyak yang tidak lagi mengikut jalan Tuhan.
ii) Banyak fesyen baru yang akan diperkenalkan; banyak antaranya yang akan memurkai Tuhan.
Tahun kemunculan Bonda Maria di Fatima adalah tahun 1917...
Sekarang ini sudah masuk tahun 2000-an...tahun ini saja tahun 2011, bulan Februari...
Sudah 94 tahun berlalu sejak Maria memperingatkan umat didunia. Cubalah renungkan kata-kata Bonda kita dan ambillah majalah fesyen terkini, selak mukasurat demi mukasurat dan lihat fesyen terkini zaman ini...atau hidupkan komputer yang berinternet, masuk ke halaman web fesyen dan lihat fesyen-fesyen terbaru dan popular pada zaman ini. Semua yang dinubuatkan oleh Maria sedang berlaku di depan mata kita...tren dedah aurat yang mempamerkan bahagian depan sehingga sedikit menunjukkan buah dada wanita, kesemua bahagian lengan dan bahagian belakang badan adalah tren fesyen yang paling popular dan pada masa ini sedang menenggelami fesyen-fesyen yang 'sopan' sehingga ramai wanita, terutama ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan mengeluh...kalau beginilah sudah keadaan moral masyarakat, bagaimana nak mendidik anak-anak perempuan? Pening, susah hati...
Banyak gaun pengantin perempuan sekarang sudah tidak sopan lagi!...hai pengantin-pengantin baru, tiada ertinya berkahwin di gereja jika tidak mahu menghormati Tuhan lagi, berkahwin semata-mata hanya untuk kepuasan nafsu, hanya untuk mendapat sekeping surat sah kahwin, hanya untuk dapat bergambar dengan fesyen gaun pengantin yang terbaru...tidakkah ada gentar sedikit pun apabila memasuki rumah suci, rumah Tuhan? Mengapa begitu leka mengutamakan hal-hal duniawi? Pernahkah kamu berfikir tentang sebab-sebab mengapa penceraian berlaku? Apakah perkahwinan itu suatu hal remeh-temeh? Apakah akibatnya apabila Tuhan sudah tidak diperdulikan lagi? Pasangan bercerai-berai...ya bukan lagi satu berita baru pada masa kini...apa yang nak dihairankan...sudah jelas manusia semakin hanyut, lupa Tuhan, lupa pesanan Maria, bonda Tuhan Yesus kristus. Kalau sudah diingatkan tetapi tetap juga degil, hanya inginkan kemahuannya diikuti...maka bersedialah juga menanggung akibatnya nanti.
No comments:
Post a Comment