Thursday, March 1, 2012

Apabila Anak Tuhan kembali ke dunia, masih adakah lagi iman...

Sepasang suami isteri telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka. Sudah semestinya anak-anak dan saudara-mara gembira sekali dan pesta besar telah dirancangkan untuk hari bersejarah ini. Ulangtahun perkahwinan ke-25 bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai dizaman sekarang. Untuk memeriahkan lagi hari yang bahagia ini, pasangan Katolik ini telah membuat keputusan untuk memperbaharui janji kahwin mereka melalui perayaan misa di gereja. Bertambahlah seri muka pasangan ini apabila mengenakan baju pengantin, bak pasangan pengantin muda yang penuh romantis dan baru melangkah ke gerbang perkahwinan. Anak-anak juga semua mengenakan pakaian yang cantik-cantik dan semuanya kelihatan indah dan penuh makna. Tetapi ada satu kesilapan yang nyata dan AMAT MUDAH untuk disedari jika Tuhan berada ditempat yang sepatutnya [maksudnya memberi kesyukuran pada Tuhan, memberi segala pujian kepada-Nya kerana perkahwinan itu dapat menjangkau usia yang ke-25]. Mana yang lebih penting...puji, syukur dan gentar kepada Tuhan atau hanya 'gempar' ulangtahun perkahwinan itu.

Pada zaman sekarang, sudah menjadi perkara biasa untuk pengantin perempuan berpakaian seksi iaitu mendedah bahagian lengan kiri dan kanan dan juga bahagian dada hadapan dan belakang. Ada ketikanya, buah dada si pengantin perempuan, jika saiznya besar, menonjol ke hadapan sehingga boleh menampakkan belahan buah dada di tengah-tengah dada hadapan. Keadaan ini menjadi tren dan ikut-ikutan wanita di zaman ini, sesuatu yang dianggap SANGAT NORMAL, sehingga tiada lagi suara-suara yang memprotes [termasuk pihak para religius] penghinaan terhadap Tuhan yang dilakukan secara terang-terangan di dalam gereja-Nya. Wanita sudah tidak tahu malu lagi. Mengenakan fesyen terbaru adalah lebih penting dari memberi hormat kepada Tuhan. Mereka tidak takut berbuat dosa kerana hati dan fikiran sudah digelapi dengan keinginan untuk menjadi sebahagian dari dunia yang fana ini. Apa kaitannya dengan cerita ulangtahun tadi...Pengantin perempuan veteran tadi juga tidak lepas dari menjadi sebahagian daripada statistik pengantin yang 'menghina' Tuhan di dalam gereja-Nya. Alasan pengantin perempuan veteran, 'anak saya yang menyaran saya berpakaian sedemikian kerana ini adalah fesyen masa kini'. Si ibu yang sepatutnya mendidik anaknya supaya takut dan hormat kepada Tuhan sebaliknya termakan pujukan anaknya dan ikut tenggelam dengan tren dedah pakaian pengantin. Si ibu juga sudah tidak tahu membezakan apa yang boleh dan yang tidak boleh dibuat di gereja.

Anehnya, paderi yang merayakan misa untuk pasangan pengantin ini juga tidak bersuara langsung. Apakah para religius, biskop-biskop, paderi-paderi, rahib lelaki dan perempuan juga mengganggap wanita berpakaian dedah dalam gereja diterima oleh Tuhan...Renungkan, adakah Tuhan sudah mengubah undang-undang-Nya...adakah berpakaian sundal dalam gereja disukai oleh Tuhan...soalan-soalan mudah dan jawapannya juga mudah. Tuhan Yesus, kelmarin, hari ini dan selama-lamanya adalah TETAP SAMA -[Ibrani 13;8]

Selamat Berpuasa kepada semua umat Katolik.

7 comments:

Unknown said...

Saya setuju dengan pendapat kamu. Apa yang Tuhan mahukan bukan pakaian yang indah tetapi hati dengan hanya memakai firmanNya sebagai landasan hidup. Iman tidak diukur melalui pakaina ynag indah atau bentuk tubuh yang cantik..

Anonymous said...

please read PROTOCOLS OF THE ELDERS OF ZION. Know fully well that these are the end times,and that there are many deceitful workers of "Christ", the Novus Ordo "church" as well as the "Traditional Catholic" groups, besides various sects protestant, etc. Pray for the Consecration of Russia, only by these means will GOD give the world peace. Triumph of the Immaculate Heart of Mary after the Chastisement. CHURCH in ECLIPSE post 1958. read www.betrayedcatholics.com

Avanus said...

Memang benar Alv0808, iman adalah penting. Iman ini juga mesti disertai dengan luaran yang baik, maksudnya jika ada iman ada gentar kepada Tuhan. Jika ada gentar kepada Tuhan, mesti ada kerinduan untuk berpakaian kemas dan sopan sentiasa TERUTAMAnya apabila menghadiri misa atau menjadi tumpuan dalam satu2 majlis supaya tidak dijadikan skandal pada masyarakat gereja, kawan2 atau pada orangramai.

Avanus said...

Anonymous,

there is only one church i.e. the current critically suffering RC Church. Sedevacantist, SSPX do not represent the RC Church for they have chosen to be outside where the pope is which is the church with the Novus Ordo mass. The pope is all alone, suffering silently and the choice of the above organizations to be outside the church does nothing but to add more to the pope's sufferings and only confuses the many faithful...although I prefer the Tridentine Mass, it is not an excuse to 'leave' the church.

Anonymous said...

PLEASE READ :
WWW.BETRAYEDCATHOLICS.COM ON THE IMPORTANCE OF jurisdiction FROM A tRUE pOPE AND MAKE THIS KNOWN TO AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE. kNOW THAT SSPX IS A FRAUD AS THEY LACK JURISDICTION FROM A TRUE POPE AND SPLINTER, SPLINTER LIKE THE PROTESTANT SECTS. cHRIST FOUNDED A TRUE CHURCH. EVERY THING ELSE IS FALSE.

Anonymous said...

www.betrayedcatholics.com

Anonymous said...

THE WORLD WILL NOT HAVE PEACE UNTILL THE CATHOLIC RELIGION IS PROFESSED AS THE TRUE RELIGION. THE TRUE RELIGION HAS COME UNDER ATTACK SINCE 1958. WAR IS ON THE HORIZON, ... THERMONUCLEAR WAR... SO MAKE REPARATION FOR SIN, DO PENANCE, AND PRAY FOR RUSSIA.. FOR THE CONVERSION OF THIS NATION IS PARAMOUNT.. THEN IN THE END THE IMMACULATE HEART OF MARY WILL TRIUMPH AFTER THIS IMMINENT CHASTISEMENT. GOD HAVE MERCY ON US OF GOOD WILL, AND TRUE FAITH.