I have a friend who recently attended her cousin's first baby full moon birthday. The birthday was held in an expensive restaurant. According to her, after she has sat down and started chatting with relatives, she suddenly realized that she was the 'odd' one in the party. It was like she had entered into a new planet... Why? ALL the women in the party was wearing trousers. Many also wore blouse exposing the shoulder and the breast (well, almost...). She was the ONLY one wearing skirt! She said the sight of so many women exposing their upper bodies became too much for her to handle that she almost felt like vomitting.
You see, my friend is a 'rare' Catholic. She is a Traditional Roman Catholic. She has stopped going to Novus Ordo Mass (New Mass) and faithfully attends the Traditional Latin Mass once a weekend every month at a local traditional chapel in Penampang. Traditional RC women wear skirts when they go out in public. They put 'modesty' into action and not just talk. I admire them for that matter.
Saya ada seorang sahabat yang baru-baru ini telah dijemput oleh sepupunya menghadiri harijadi cukup sebulan anaknya yang sulung. Harijadi itu telah diadakan di sebuah restoran yang agak mahal. Menurutnya, apabila dia sedang duduk dan mula membuka cerita dengan sanak saudaranya yang ada di restoran pada masa itu, tiba-tiba dia menyedari sesuatu...dia rasa agak ganjil dan kehadirannya di majlis itu seperti seseorang yang telah mendarat ke planet yang baru. (sampai begitu sekali perasaannya!) Apa SEBABnya? Semua wanita yang berada di majlis itu mengenakan seluar panjang dan ada yang memakai blaus yang mendedah aurat bahagian bahu dan buah dada mereka (hampir kelihatan). Sahabat saya seorang saja yang mengenakan skirt. Menurut kawan saya lagi, perasaan MUAK mengatasinya apabila melihat banyak wanita-wanita yang berpakaian mendedahkan aurat.
Kawan saya itu adalah jenis Katolik yang 'sangat jarang' ditemui pada masa ini...Ini kerana dia adalah seorang Roman Katolik Tradisional. Dia tidak lagi menghadiri misa Novus Ordo dan setia menghadiri Misa Tradisional Latin sekali seminggu pada setiap bulan di kapel tradisional Roman Katolik yang terletak di Penampang. Wanita tradisional RC hanya mengenakan skirt apabila berada di luar rumah. Mereka mempraktikkan kesopanan terus dan tidak hanya mengaku dimulut sahaja. Saya amat kagum dengan pendirian mereka.
No comments:
Post a Comment