Monday, August 4, 2008

Gereja Katolik dan Ekumenisma

Sebelum Vatikan Kounsilium ke-II, gereja Katolik melihat diriNya sebagai gereja yang SATU, KUDUS, KATOLIK dan APOSTOLIK dan ia adalah satu-satunya gereja yang diasaskan oleh Yesus Kristus. Ini bermakna ajaran sebenar Yesus Kristus disebarkan HANYA oleh gereja Katolik melalui rasul-rasulNya, manakala, ajaran dari gereja-gereja kristian yang lain telah menyimpang dari ajaran sebenar Yesus. EKUMENISMA sebelum Vatikan Konsillium ke-II bermaksud melalui doa, studi dan dialog, gereja-gereja yang telah menyimpang dapat kembali ke Gereja Satu ini kerana pengharapan dan keselamatan cuma ada dalam Gereja Katolik. Gereja Katolik sebelum Vatikan Konsilium ke-II amat mengambil berat akan tanggungjawabNya untuk memyelamatkan umat-umat kristian yang menyimpang ajaran untuk kembali ke Gereja satu Yesus.

Bermula Vatikan Konsilium ke-II (1961-1965), maksud ekumenisma telah berubah. Kalau dulu sebelum vatikan ke-II, penyelamatan cuma ada dalam gereja Katolik, tetapi sekarang, gereja Katolik melihat penyelamatan juga ada dalam gereja Protestan dan ugama yang lain. Dengan perubahan kepada maksud doktrin ini, menyebabkan hari ini kita sering melihat dan mendengar gereja Katolik bekerjasama dengan gereja Protestan dan ugama-ugama lain walaupun Yesus Kristus dengan jelas dalam ajaran-Nya melarang kita berbuat demikian. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan Yesus melarang kita bekerjasama dengan ugama lain? Bersambung...

For English version, please click HERE.

4 comments:

Fiona said...

memang kita dilarang berkerjasama dengan agama lain tapi kita bukan mengikut cara dorang sembayang atau terus convet pergi agama mereka kita hanya sering melayani antara sesama dalam kasih kristus. demikian juga kenapa yesus memilih petrus sebagai ketua gereja katolik supaya apa yang dikatakannya harus diikuti. cuba baca kisah para rasul. ada sesetengah pengikut kristus yang melarang petrus dari menconvetkan orang yang bukan yahudi menjadi kristian kerana kata mereka mereka tidak bersunat dan kafir tapi tuhan berbicara kepada petrus supaya menerima mereka sehinggakan roh Allah datang kepada Kornelius kepala tentera roman...

Avanus said...

Terima kasih dengan komen kamu. Dalam komen kamu yang menggunakan ayat-ayat Alkitab terutama pada bahagian akhir mengenai Santo Petrus, memang betul, saya AMAT setuju. Tuhan meminta Santo Petrus menerima orang yang tidak bersunat dan kafir...tetapi sedarkah kamu, pada masa ini gereja Katolik sejak Vat ke-II mengatakan tidak perlu lagi berbuat demikian (no need for conversion anymore)...Inilah Ekumenisma Vat ke-II...

Fiona said...

ya sekiranya terus mengunakan cara lama maka banyaklah orang yang masuk neraka... Petrus dipilih sebagai pemegang kunci kerajaan syurga apa yang dilarang dibumi akan dilarang juga di syurga dan apa yang dibenarkan di bumi akan dibenarkan juga di syurga dan para pengganti santo Petrus seterusnya buat apa lagi kita menafikan apa yang telah diluluskan oleh Pope John XVI? diakan satu-satunya orang dipilih oleh tuhan memegang kunci kerajaan syurga masa dia memerintah? sekiranya dia tidak melakukan ini mungkin sekarang banyaklah orang yang masuk neraka dan kalau bukan kerana pope john paul II memulakan WYD dan mungkin pada hari ini saya telah mati kerana dosa-dosa saya

Avanus said...

Saya dapat tangkap apa yang saudari maksudkan walaupun saudari tidak menyatakan secara jelas...sebenarnya kamu berpendapat bahawa dengan semua perubahan (doktrin, ritual dll)yang berlaku di dalam gereja RC maka lebih mudah umat naik ke syurga kan? Jawapan saya: Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari syurga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia - Gal 1:8. Yesus tetap sama...- Ibrani 13:8, Jalan ke syurga memang sempit, tidak ramai yang menjumpainya - Matius 7:14. Memang benar Santo Petrus memegang kunci ke syurga, TETAPI bukan semua paus baik, lihat sejarah gereja RC. Ada Paus yang tidak berjaga-jaga maka musuh menguasai vatikan...Pope John XVI adalah salah satu dari anti-pope. Lihat laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/Anti-pope. Kamu diselamatkan bukan oleh WYD tapi dari cintakasih dan belas kasihan Tuhan.