Sunday, August 10, 2008

Gereja Katolik dan Ekumenisma III

Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah gambar gereja yang sama sebelum dan selepas vatikan konsili II.

SEBELUM Vatikan Konsilium ke-II (sebelum 1960-an):

Ekumenisma di masa ini adalah hubungan gereja Roman Katolik dengan gereja Kristian yang lain dengan tujuan dan harapan gereja yang murtad kembali bersatu dengan gereja Roman Katolik. - iaitu melalui doa, studi dan dialog, gereja murtad bersatu dengan gereja RC. Misi gereja RC adalah menyelamatkan jiwa-jiwa yang telah disesatkan oleh ajaran yang menyimpang dari ajaran gereja RC, satu-satunya gereja yang diasaskan oleh Yesus Kristus. Paus Pius XI melalui ensilikal ‘Mortalium Animos’nya menyatakan, “…adalah jelas mengapa Pejabat Apostolik tidak pernah membenarkan umat mencampuri dalam perayaan misa atau doa bukan Katolik. Kesatuan dalam agama Kristian cuma dapat dicapai melalui satu cara iaitu, umat Katolik yang murtad kembali ke pangkuan Gereja Kudus Katolik, satu-satunya gereja yang diasaskan oleh Yesus Kristus.


Pada tahun 1274 di Konsili Lyon dan tahun 1438-1442 di Konsili Florence, beberapa uskup dari gereja Orthodox Timur telah mengikuti konsili-konsili ini dan cuba berbincang langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membuat penyatuan ini. Namun akhirnya gereja Orthodox Timur tidak bersetuju dengan rancangan ini.


Gereja Roman Katolik bertanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada saudara Kristian kita yang telah murtad, dan menolak sebarang penyatuan palsu yang bercanggah dengan ajaran sebenar Katolik yang berlandaskan Alkitab dan Tradisi. Dalam Canon 1258, tahun 1917 Code of Canon Law, aspek-aspek ini ditekankan:

- umat bersalah apabila bekerjasama atau mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti keagamaan yang bukan-Katolik

- untuk sebab-sebab tertentu yang memerlukan kebenaran dari uskup, kehadiran seseorang dalam majlis bukan Katolik seperti kematian, perkahwinan atau majlis yang memberi penghormatan boleh dikecualikan, dengan syarat tidak mendatangkan bahaya dari segi skandal.


Kepada mereka yang berada di luar Gereja RC atau mereka di dalam Gereja RC tetapi tidak menyedari kejadian semasa dalam gereja, jadikanlah artikel ini sebagai pembuka mata kepada anda untuk menyiasat ajaran-ajaran doktrin Gereja Roman Katolik bahawa ‘di luar Gereja Katolik, tiada penyelamatan’. Begitu banyak jiwa sesat kerana kejahilan. Tuhan mahu menyelamatkan semua manusia. Dia memberitahu kita dalam Kitab Injil, bahawa Dia memberi petunjuk kepada setiap manusia yang berada di atas bumi ini. Dia menyediakan kita dengan segala cara yang patut untuk diselamatkan. Kealpaan tentang cara-cara untuk diselamatkan adalah satu dosa kerana kealpaan berpunca daripada kejahilan serta kemalasan.


SELEPAS Vatikan Konsilium ke-II bersambung...

BEFORE the Second Vatican Council (Before 1960s):


Ecumenism takes as it starting point that Christ founded just one Church, not many churches; hence the Roman-catholic church has as its ultimate hope and objective - that through prayer, study, and dialogue, the historically separated bodies may come again to be reunited with it. Before the Second Vatican Council, the Roman Catholic Church defined ecumenism as a relations with other Christian groups in order to persuade these to return to a unity that they themselves had broken. Pursuit of unity, thus understood, was always a principal aim of the Church.


At the Council of Lyon (1274) and the Council of Florence (1438-1442), in which some bishops of the Eastern Orthodox Churches participated, reunion formulas were worked out that, however, failed to win acceptance by the Eastern Churches.The RC Church considered it a duty of the highest rank to seek full unity with estranged communions of fellow-Christians, and at the same time to reject what it saw as promiscuous and false union that would mean being unfaithful to or glossing over the teaching of Sacred Scripture and Tradition. But the main stress was laid on this second aspect, as exemplified in canon 1258 of the 1917 Code of Canon Law:


- It is illicit for the faithful to assist at or participate in any way in non-Catholic religious functions.

- For a serious reason requiring, in case of doubt, the Bishop's approval, passive or merely material presence at non-Catholic funerals, weddings and similar occasions because of holding a civil office or as a courtesy can be tolerated, provided there is no danger of perversion or scandal.


AFTER Vatican Council II...to be continued

No comments: