“The Rosary is the weapon” – Saint Padre Pio
"Many Rosaries, many souls saved." - St. Maximilian Kolbe
Queen of the Most Holy Rosary, Pray for us!
Agak lama sudah saya tidak membuat posting ke dalam blog saya. Kesibukan dalam mengurus hal kerja dan keluarga selama beberapa minggu yang lalu telah menyebabkan saya lembab dan tidak dapat memberi perhatian kepada blog ini. Saya sentiasa memandang berat dengan posting yang saya masukkan disini sebab ianya adalah berkenaan sesuatu yang sangat mustahak (suatu kerja yang saya anggap bukan kerja senang). Bulan Oktober adalah bulan Rosario Suci. Kepentingan berdoa
“
“Banyak doa Rosario, banyak jiwa yang dapat diselamatkan” – Santo Maxmillian Kolbe
“…Perawan Maria mengatakan dalam zaman akhir ini, mereka yang berdoa rosari telah diberikan satu janji iaitu tidak ada masalah, walau betapa sulit, samada dari segi kebendaan atau terutamanya spiritual, dalam kehidupan peribadi seseorang, atau keluarga, atau keluarga diseluruh dunia, atau komuniti religius atau kehidupan sesiapa sahaja dan negara mana jua, yang tidak dapat diatasi oleh Rosario. Saya tekankan lagi, tidak ada masalah, walau betapa susah pun, yang tidak boleh diselesaikan melalui doa Rosario” - Sister Lucia
Dalam segala cabaran dan godaan, jagailah dan teguhkan lah iman Katolik yang sebenar!
Ratu Rosario yang amat suci, doakanlah kami!
No comments:
Post a Comment