Sunday, November 9, 2008

Dimanakah Api Penyucian didalam Alkitab?

Tuhan Yesus Kristus sentiasa bersedia mengampuni dosa kita

Umat Protestan sering mempertikaikan doktrin Katolik tentang Api Penyucian. Mereka mengatakan bahawa Api Penyucian tidak pernah disebut dalam Alkitab. Penyelamatan dalam agama Protestan hanya berpandukan kepada dua perkara sahaja iaitu:

  1. Kepercayaan dan perbuatan berpandukan pada sabda-sabda Tuhan dalam Alkitab
  2. Penyelamatan melalui iman (percaya kepada Yesus) tanpa kerja

Umat Katolik, jika pengetahuan mereka dalam agama sendiri sangat cetek, mudah goyah, apabila umat Protestan menyoal dan mempertikaikan tentang kewujudan Api Penyucian. Ramai juga Katolik yang masuk ke agama Protestan hanya kerana mereka merasakan penerangan umat Protestan lebih ‘berasas’. Mereka langsung tidak mengambil masa untuk mempelajari agama sendiri dengan lebih mendalam lagi, sebaliknya cepat mengalah dan mengiyakan apa yang diajari oleh agama Protestan. Agama Protestan tidak percaya kepada doktrin Empat Perkara Terakhir. Umat Katolik yang masuk ke agama Protestan berdosa besar kerana Gereja Katolik adalah gereja ibunda (gereja pertama, membawa ajaran Yesus yang asal). Umat Katolik lah yang sepatutnya membawa umat Protestan masuk ke dalam Gereja ibunda dan bukan sebaliknya. Ini adalah kerana agama Protestan adalah agama kristian yang menyimpang dari ajaran sebenar.


Renungkan ayat-ayat Alkitab ini:

II Makabe 12: 43-46

“Dari sebab itu maka disuruhnyalah mengadakan korban penebus salah untuk semua orang yang sudah mati itu, supaya mereka dilepaskan dari dosa mereka.”

Matius 12:32

“Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.”

Matius 5: 25-26

“Segeralah berdamai dengan lawanmu selama engkau bersama-sama dengan dia di tengah jalan, supaya lawanmu itu jangan menyerahkan engkau kepada hakim dan hakim itu menyerahkan engkau kepada pembantunya dan engkau dilemparkan ke dalam penjara. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya engkau tidak akan keluar dari sana, sebelum engkau membayar hutangmu sampai lunas.”

1 Korintus 3: 13-15

“Sekali kelak pekerjaan masing-masing orang akan nampak. Karena hari Tuhan akan menyatakannya, sebab ia akan nampak dengan api dan bagaimana pekerjaan masing-masing orang akan diuji oleh api itu. Jika pekerjaan yang dibangun seseorang tahan uji, ia akan mendapat upah. Jika pekerjaannya terbakar, ia akan menderita kerugian, tetapi ia sendiri akan diselamatkan, tetapi seperti dari dalam api.”


Malangnya bagi umat Protestan, Alkitab mereka telah dikurangkan kerana ini adalah kemahuan pemimpin mereka yang memberi alasan bahawa buku-buku ini tidak penting. Buku-buku yang dibuang adalah:Tobit, Yudit, Tambahan Ester, Sirakh, Barukh, Tambahan Daniel, 1 Makabe dan 2 Makabe.


Pemimpin-pemimpin agama Protestan seperti Martin Luther sebenarnya tidak mahu berdebat tentang ayat-ayat yang terkandung didalam buku-buku ini kerana mereka tahu ianya akan membawa kebenaran kepada doktrin Katolik.

3 comments:

iwan said...

ini saya ada pandangan berbeda tentang api pencucian, semoga berguna untuk bertukar wawasan.

http://menjadiberlimpah.blogspot.com/2013/05/dan-ketika-api-pencucian-berada-di.html

Avanus said...

Terima kasih kerana sudi memberi pandangan saudara tentang "Api Penyucian". Boleh saya tahu apa sebenarnya agama saudara? Jika saudara adalah seorang yang beragama Katolik, maka pengertian "Api Penyucian" haruslah berlandaskan ajaran agama Katolik bukannya berlandaskan pandangan atau pendapat seseorang Katolik atau bukan Katolik. Ajaran Katolik adalah dari Tuhan Yesus, pengasas Gereja Katolik dan DIA telah menurunkan ajaran2nya kepada pengikut2nya.

Saya dapat merasakan bahawa saudara Iwan masih belum dapat pengertian "Api Penyucian" sepenuhnya kerana bunyi dari penulisan saudara seakan2 marah dan merasa Api Penyucian ini tidak adil untuk semua orang. Dan pendapat bahawa roh2 yang masuk ke neraka boleh berpindah ke syurga adalah bukan ajaran Katolik. Ini ajaran sesat. Jika pendapat sebegini adalah benar, orang tidak akan takut buat salah dan masuk ke neraka kerana mereka berfikir...masuk neraka pun, masih boleh keluar, masih boleh masuk syurga...jadi apa yang perlu ditakutkan. Semua orang masih ada peluang untuk masuk syurga walaupun sudah dibuang ke neraka??? Kematian Yesus Kristus disallib dengan penuh kesengsaraan itu seperti menjadi olok-olokkan bagi semua orang. Buat apa ya, Yesus bersusah payah di salib jika kita boleh senang2 masuk ke syurga?

Api Penyucian adalah hukuman yang akan memendekkan tempoh roh seseorang yang dimasukkan ke dalam Api Penyucian (Tempat dimana seseorang itu menyesal akan perbuatan jahatnya, meminta pengampunan dari Tuhan tetapi masih tidak layak untuk masuk ke syurga dan tidak layak juga dibuang ke neraka). Seseorang yang hidup sengsara didunia, tetapi sentiasa ingat akan Tuhan, dan menjauhi dari melakukan perkara2 jahat, tempohnya dalam Api Penyucian adalah lebih pendek kerana telah melalui hukumannya di dunia dibandingkan dengan roh seseorang yang hidup senang lenang semasa masih hidup didunia. Pendeknya, Tuhan itu maha adil, DIA tahu segalanya...kita manusia mempunyai intelek yang terhad yang hanya dapat melihat di "permukaan" sahaja, sedangkan Tuhan dapat melihat segalanya termasuk semua rahsia2, kesedihan dll didalam hati kita.

Semoga Tuhan memberkati!

Avanus said...

Roh2 yang ditempatkan dalam Api Penyucian akan dimasukkan ke dalam syurga selepas semua dosa (yang telah diampunkan oleh Tuhan) telah habis dibayar.

Mereka yang dibuang ke dalam Api Neraka tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka telah diberi peluang tetapi hati mereka telah beku dan memang tidak ada keinginan untuk bertaubat lagi.