Gambar diatas menunjukkan roh-roh di Api Pencucian merayu kepada Dante untuk memberitahukan kepada keluarga dan sahabat-handai mereka agar berdoa untuk roh-roh mereka.
Ramai umat Katolik yang tahu akan Api Pencucian tetapi dari kelakuan mereka menunjukkan mereka tidak memahami tentang Api Pencucian. Penjelasan yang kurang dari para religius atau guru-guru religius juga menyebabkan hal ini berlarutan. Akibatnya, ramai yang menjadi Katolik hanya pada 'nama' sahaja. Melalui dogma empat perkara terakhir ini juga bererti;
1. Adat tempatan kita yang dikenali sebagai 'momisok', 'momohizan' atau menunggu, memanggil dan berbicara dengan roh orang mati adalah adat kafir. Orang yang telah meninggal dunia, rohnya telah dipanggil menghadap 'pengadilan perseorangan' dan takdirnya hanyalah ditangan Tuhan. Adalah lebih baik keluarga simati berdoa Rosari terus-terusan atau memohon misa untuk roh simati dari melakukan perkara kafir yakni yang tidak menguntungkan mana-mana pihak samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal.
2. Selepas seseorang itu meninggal dunia, tidak ada seorang pun boleh memanggil rohnya lagi. Tidak ada lagi komunikasi antara yang hidup dengan yang mati, kecualilah Tuhan yang mengaturkannya. Ini termasuklah dukun, bomoh atau orang-orang yang 'berlagak' kudus yang hanya berpura-pura tahu akan dimana roh itu ditempatkan. Ada sesetengah orang yang masih hidup menyesali akan 'dosa' mereka terhadap orang yang sudah mati (selalunya yang ada hubungan kekeluargaan) dan sering berjumpa dukun untuk mendamaikan balik hubungan orang hidup dengan orang mati. Ketahuilah jam untuk orang mati sudah berhenti detikannya dan tidak ada lagi pandang ke belakang. Segala rahmat dan peluang telah diberikan kepada orang itu semasa ianya masih hidup. Penyesalan seorang Katolik yang masih hidup adalah lebih wajar disampaikan dalam sakramen pengakuan.
No comments:
Post a Comment