Friday, November 7, 2008

Khutbah seorang paderi...

Syaitan dalam gambar disebelah sentiasa berusaha untuk mengaburkan manusia tentang adanya kehidupan selepas kematian iaitu kebahagiaan kekal di syurga atau penderitaan kekal di neraka.

Ini adalah kisah dari pengalaman saya sendiri semasa menghadiri satu misa untuk orang mati, iaitu mendiang ayah kepada sahabat saya. Paderi dalam misa ini, dalam khutbahnya mengatakan bahawa manusia mestilah sentiasa bersedia untuk hari kematiannya. Paderi ini menceritakan bagaimana salah seorang kenalannya iaitu seorang wanita tua, telah membeli keranda dan membersihkan keranda ini setiap hari sebagai persediaan menghadapi hari kematiannya. Paderi ini meneruskan lagi ceritanya tentang seorang lagi kenalannya, iaitu lelaki muda, yang langsung tidak memperdulikan tentang hari kematiannya...akhirnya, menurut paderi, yang lelaki muda pula terlebih dahulu meninggal dunia dari wanita tua itu....

Saya merasa aneh sebab sebagai seorang paderi, dia sepatutnya mengambil kesempatan pada masa misa orang mati itu untuk mengkhutbahkan Dogma Empat Perkara Terakhir iaitu
Kematian, Syurga, Neraka dan Api Pencucian. Pada pendapat saya, paderi ini seperti tidak mempunyai fokus, khutbahnya tidak kesampaian pada ajaran Katolik sebenar dan seolah-olah mengarah kepada persediaan duniawi sahaja...Saya sedar juga, ada paderi yang tidak suka berkhutbah tentang neraka kerana ini menakutkan umat. Saya pun tidak ingat lagi bila kali terakhir mendengar khutbah dari paderi tempatan kita tentang neraka. Ada segelintir umat Kristian berjenaka (cuba menyenangkan hati mereka) bahawa dalam neraka sudah ada alat pendingin hawa (air-cond)...sedarkah mereka neraka itu tetap wujud walau macam mana pun manusia cuba mempersendakan atau melupainya...mempersendakan kewujudan neraka juga bererti mempersendakan ajaran Tuhan. Keadaan di sana tetap sama dari dulu hingga sekarang sama seperti Tuhan Yesus kita, yang sentiasa sama dari dulu hingga sekarang.- Ibrani 13:8

A Priest's Sermon

In the above picture - the serpent is always lurking to try to make us think only of this life, and forget the afterlife.

I would like to share the sermon of a local priest when I attended my friend’s late dad requiem mass. The priest exhorted the faithful to be prepared for their deaths. Death will come like a thief, so unexpected, that many will be caught unprepared. So this priest shared his side of story, about an old woman whom he knew very well. The old woman bought a coffin, put it in her house and wiped her coffin everyday. The priest said, this was the old woman’s way of making preparation for her death. Then, the priest compared this old woman to a young man, whom he also knew very well, who unfortunately did not make any preparation for his death. So, it happened that the young man died first.


I feel really annoyed and angry because as a priest he should have grasped the opportunity to speak about the Four Last Things during the requiem mass. In my opinion, the priest lacks focus (or probably also knowledge) in his profession. The message in his sermon is more like telling the faithful to make ‘worldly’ preparation. The Dogma of the Four Last Things is the most basic and fundamental knowledge that a Catholic must know and yet, it is being trampled and forgotten. I can even recall some jokes by some Christians about ‘Hell being air-conditioned and so hell is not as hot as it used to be anymore’. Hell exists and many will go there no matter how hard people try to justify that hell doesn’t exist. To reject or make fun about the teaching of hell also means to reject and make fun of the teaching of our Lord, Jesus Christ. ‘…Jesus Christ, yesterday, and today; and the same for ever.’ (Hebrew 13:8)


3 comments:

Anonymous said...

Empat perkara terakhir: kematian, penghakiman, surga dan neraka.

Anonymous said...

Sdri Avanus,
komen saya tidak berkaitan secara langsung dgn khutbah paderi di atas tetapi komen secara umum tentang khutbah paderi semasa misa terutamanya setiap hari ahad. Saya perhatikan ramai paderi yang tidak pandai menyampaikan khutbah, tiada kemahiran dari segi public speaking. Tidak dinafikan mereka berilmu tinggi dari segi keagamaan. Tatapi sekiranya ilmu yang ingin disampaikan itu tidak dapat komunikasikan dengan efektif, maka tiada faedahnya. Saya juga perhatikan khutbah terlalu panjang melebihi 30 minit, sehingga umat resah dan menguap serta mengantuk, so apa la gunanya khutbah panjang2 kalau umat tidak faham. Khutabah sepatutnya simple, short but percise bukannya memanjang-manjang tanpa hujung pangkalnya. Umat dudud atas dasar respect sahaja. Tambah teruk sekiranya khutbah tersebut semacam memperbodoh2kan umat pula, meleter tidak tentu pasal. Perlu disedari umat sekarang bukan lagi macam dulu, andaian bahawa pengetahuan umat adalah 'zero' adalah salah. Umat juga membuat penilaian terhadap prestasi paderi. So, khutbah yang berkesan perlulah pendek tapi padat dan tidak melebihi 15 minit.

Anon2009

Avanus said...

Sejak Vatikan-II, lebih kurang bermula pada 1960-an lagi, banyak sudah perubahan2 yang dilakukan dalam Gereja Roman Katolik. Antaranya adalah perubahan ritual dalam sakramen2 gereja (misalnya dlm sakramen pembaptisan, bahagian pengusiran (exorcism) telah dibuang; dlm sakramen komuni pula, umat menerima Yesus secara berdiri dan Yesus diletakkan diatas tapak tangan yg mana pada masa dahulu umat diperlukan melutut dan terus menerima-Nya dilidah [Tuhan adalah Kudus dan umat tidak boleh memegang Sakramen Ekaristi Kudus, hanya Paus, para Kardinal, Uskup dan Paderi sahaja diperbolehkan menyentuh-Nya]; sakramen penguatan yg sepatutnya diberikan oleh seorang uskup, dimasa kini paderi pun boleh membuatnya; sebelum Vatikan-II penguatan yg dilakukan mengikut amalan ini adalah tidak sah dalam undang2 gereja…mungkin jg Vatikan-II masih tidak membenarkannya tetapi undang2 gereja tetap dilanggar kerana sikap ‘apa pun boleh’ (novelty) oleh kebanyakan pemimpin2 dalam gereja dll lagi). Perubahan ini juga menular ke seminari2 dimana para modenis telah berjaya mencemarkan silabus2 pelajaran untuk bakal2 paderi [sila baca ‘the origin of the present day problems’]. Kalau dahulu seminarian2 belajar mengenai penulisan dari para santo2, antaranya penulisan dari salah seorang dokter gereja yg terkenal iaitu Santo Tomas Aquinas; pada masa kini saya percaya bakal2 paderi tidak lagi mempelajarinya. Kalau dahulu bakal paderi begitu jelas dengan objektif vokasi/ panggilan mereka tetapi sekarang mereka seakan hanya ‘melakukan pekerjaan’ [ekumenisma Vatikan-II menyatakan bahawa semua agama adalah sama, mana2 agama yg dianuti pun boleh membawa ke Syurga]. Ini adalah doktrin baru dalam gereja [Gal 1:8] dan akibatnya – lihatlah paderi2 kita pada masa kini, umat pun tahu menilai khutbah2 yg disampaikan oleh mereka.