Then he continued: 'You see, in order for you not to have to take care of two babies at the same time, let's kill the one in your arms. This way, you could rest some before the other one is born. If we're going to kill one of them, it doesn't matter which one it is. There would be no risk for your body if you chose the one in your arms.' The lady was horrified and said: 'No doctor! How terrible! It's a crime to kill a child!' 'I agree', the doctor replied. 'But you seemed to be ok with it, so I thought maybe that was the best solution.' The doctor smiled, realizing that he had made his point. He convinced the mom that there is no difference in killing a child that's already been born and one that's still in the womb. The crime is the same!
The sad act remains, however, that there are some so-called human beings who would not object to the doctor's suggestion. Some would even call it a laudable and worthy plan. Some would even go so far as to deny medical treatment to the born alive so that they would die.
Kepada Obama dan penyokong pengguguran anak...
Seorang wanita yang risau dengan keadaannya menemui seorang doktor pakar wanita, lalu berkata: ‘Doktor, saya mempunyai masalah besar dan saya sangat perlukan pertolongan anda! Anak saya yang pertama belum pun mencapai umur setahun tetapi saya sudah mengandung lagi. Saya tidak mahu anak-anak saya dilahirkan terlalu rapat.’ Doktor yang mendengar itu pun menjawab, ‘ok, jadi apa yang kamu mahu saya buat?’ Wanita itu berkata: ‘Saya mahu doktor menggugurkan kandungan saya, dan saya amat mengharapkan jasa anda.’ Doktor pun berfikir dan sejenak kemudian selepas membisu beberapa lama bercakap dengan wanita yang mengandung tadi: ‘Saya rasa saya mempunyai rancangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah anda. Ianya juga kurang membahayakan kesihatan kamu. Wanita itu tersenyum dan merasa pasti bahawa doktor akan menolongnya menggugurkan kandungannya.
Kemudian doktor meneruskan lagi: ‘Untuk menyelesaikan masalah kamu supaya kamu tidak perlu menjaga dua orang budak sekaligus, saya menyarankan kamu membunuh anak kamu yang pertama. Melalui cara ini, kami boleh berehat lebih sambil menunggu anak yang baru lahir. Jika kamu ingin membunuh salah satu dari anak-anak kamu, pilihan mana pun, ianya bukan perkara penting. Lagipun jika kamu memilih anak pertama, kamu tidak akan menghadapi risiko kesihatan. Wanita itu sangat terkejut dengan jawapan doktor lalu berkata: ‘Tidak doktor! Adalah salah di sisi undang-undang untuk membunuh seorang budak!’ Doktor menjawab: ‘Saya amat setuju dengan jawapan kamu. Tapi tadi kamu kelihatan seperti tidak takut membunuh anak, jadi saya cuma sekadar memberi pilihan yang lebih baik.’ Doktor itu tersenyum sebab dia telah dapat menyedarkan wanita tadi. Dia memberi nasihat kepada ibu itu bahawa tiada bezanya membunuh anak yang sudah lahir dengan anak yang masih dalam kandungan. Jenayahnya adalah sama – iaitu membunuh!
Tetapi alangkah sedihnya, masih ada manusia yang berfikiran kejam iaitu mengiyakan sahaja agar doktor meneruskan pembunuhan melalui pengguguran. Tidak kurang juga ada manusia yang mengatakan ianya sesuatu perbuatan yang ‘patut’ dan ‘perlu’ dalam sesetengah situasi. Tetapi hal yang lebih dashyat lagi ialah, ada orang yang inginkan anak yang baru lahir mati dengan tidak memberikan apa-apa pertolongan perubatan (anak yang sepatutnya mati semasa digugurkan tetapi hidup apabila dilahirkan).
No comments:
Post a Comment