Seperti tajuk diatas, sekarang ini di dalam gereja RC pun 'macam-macam ada' sudah, bukan saja diluar gereja. Pening juga apabila difikirkan. Kita sedia maklum, ada beberapa pertubuhan dalam gereja RC sekarang, yang mana kesemuanya sepatutnya menuju kearah jalan yang benar iaitu jalan 'Yesus Kristus', tidak kira macam mana beza cara ianya dikendalikan. Kesemua pertubuhan ini mestilah memegang doktrin gereja RC yang sama, menggunakan doa-doa yang diajari oleh Tuhan Yesus dan bapa-bapa ortodoks gereja. Antara pertubuhan-pertubuhan yang aktif dalam gereja, khasnya yang ada di Sabah, adalah:
1. Kumpulan Karismatik
2. Neo-Cathecumenate
3. Legion of Mary
4. Opus Dei
5. Couple for Christ (CFC)
6. Puteri Karmel
7. Society of St. Pius X (SSPX)
Sebenarmya ada banyak lagi pertubuhan yang ada dalam gereja Katolik, tetapi saya akan cuba menghuraikan asal-usul pertubuhan yang aktif di Sabah sahaja dan kita akan cuba mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
2 comments:
boleh saudara jelaskan ttg Opus Dei?
setahu saya....sgt jarang member opus dei di msia...
Saya akan membuat posting tentang Opus Dei dalam beberapa hari lagi. Sebenarnya di Msia memang ada umat menjadi ahli Opus Dei, cuma jumlahnya mungkin agak sedikit atau pun mereka saja tidak menghebohkannya. Buat masa ini, saya berikan sedikit penerangan yang ringkas - Opus Dei adalah satu kumpulan yang dari luarannya nampak sangat 'Tradisional' tetapi mengamalkan toleransi/ liberalisasi yang agak luarbiasa - tidak mengikut landasan undang2 Gereja Katolik walaupun mereka menafikannya.
Post a Comment