The Catholic Charismatic (or Catholic Pentecostalism) Renewal Movement, started in 1967 when a handful of students and university theology professors from the DuQuesne University in Pittsburgh, Pennsylvania, got together for a retreat weekend. From there it spread to the university campuses of South Bend, Ind. and East Lansing, Mich. in 1968.
According to Catholic Charismatic pioneer, Kevin Ranaghan, the movement began with Catholics performing the ritual of seeking a spiritual transfusion from Protestantism. They then proclaimed that God "filled them to overflowing with the spirit". From this small and inconspicuous beginning, by 1990, in 23 years, the movement had grown to include more than 100 million Catholics in over 238 nations.
Gereja Pentekostal dimulakan
Kumpulan atau Gerakan Katolik Karismatik, dimulakan pada tahun 1967. Pada masa itu sekumpulan murid dan professor teologi dari Universiti Duquesne, Pittsburgh di Pennsyvania telah berkumpul untuk mengikuti retreat hujung minggu. Bermula dari peristiwa ini, ianya telah berkembang ke kampus Universiti South Bend, Indiana dan East Lansing di Michigan pada tahun 1968.
Menurut Kevin Ranaghan, yang merupakan pelopor atau bapa yang memperkenalkan karismatik dalam gereja Katolik, kumpulan ini dimulai dengan membuat satu ritual iaitu memohon Roh Kudus melimpahi mereka sama seperti yang apa sering dilakukan oleh penganut protestan di dalam seminar atau ralli mereka. Ianya bermaksud penganut Katolik menyerapkan ajaran protestan ke dalam agama Katolik. Dari kumpulan kecil ini, dalam tempoh 23 tahun sahaja, statistik pada tahun 1990 menganggarkan ahli kumpulan karismatik di gereja Katolik telah mencapai 100 juta dalam 238 negara.
6 comments:
sekitar tahun 80an, aktiviti seminar dalam roh sangat aktif dan hebat sekali di seluruh gereja di sabah...adakah itu sebahagian daripada kesan charismatic movement? Tapi sekarang aktiviti tersebut sudah sampai ke tahap senja?
Anon2009
Aktiviti 'Seminar Hidup dalam Roh' atau 'Life in the Spirit Seminar' adalah sebahagian dari aktiviti yang dikendalikan oleh gerakan karismatik. Kemudian mereka menciptakan satu nama, apa yang dipanggil 'Catholic Charismatic Renewal' atau 'Pembaharuan Katolik Karismatik?'...dan karismatik bukan sahaja terkenal di Sabah, Sarawak atau Malaysia tetapi diseluruh dunia...mungkin melebihi tahap 'senja' yang disebut oleh saudara/i. Karismatik amat hebat mempromosikan agenda 'Pembaptisan dalam roh kudus'...penyembuhan, mukjizat dll. Tentang Pembaptisan oleh Roh Kudus yang sering disebut oleh ahli2 gerakan karismatik, ianya adalah bertentangan dengan ajaran agama Katolik.
Gereja Katolik mengajar 7 Sakramen SAHAJA (tidak kurang atau lebih) dan salah satunya adalah Sakramen 'Pembaptisan'. Semasa umat mendapat sakramen ini, Tuhan Roh Kudus datang menyucikan bayi/ umat dewasa dan pembaptisan ini dilakukan hanya sekali dalam seumur hidup. Jadi ajaran yang datang dari gerakan karismatik mengenai 'pembaptisan/ pembaharuan...' adalah SALAH. Mereka telah memperkenalkan ajaran baru. Renungkan sabda ini, 2 Tim 4:5 - For there shall be a time, when they will not endure sound doctrine; but, according to their own desires, they will heap to themselves teachers, having itching ears: And will indeed turn away their hearing from the truth, but will be turned unto fables. But be thou vigilant, labour in all things, do the work of an evangelist, fulfill thy ministry. Be sober.
Aku akan mengirim kepada kamu yang telah dijanjikan oleh Bapa-Ku, tetapi tinggallah di kota ini sampai kamu menerima kuasa dari surga." (Luk. 24:49)
Yesus menjanjikan Penolong iaitu Roh Kudus. (Yoh 14:16) Aku akan meminta kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kepadamu Penolong yang lain untuk menyertai kamu selama-lamanya.
(Yoh. 14:17) Penolong itu adalah Roh Kebenaran. Tetapi dunia ini tidak dapat menerima-Nya, sebab dunia ini tidak melihat-Nya dan tidak mengenal-Nya. Tetapi kamu mengenal-Nya, sebab Dia menyertai kamu dan diam di dalam kamu.
(Yoh. 14:26) Tetapi bagimu ada Penolong, yaitu Roh Kudus yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku. Penolong itulah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu, dan yang akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu.
(Yoh. 15:26) "Aku akan mengirim Penolong yang dari Bapa kepadamu. Roh Kebenaran itu datang dari Bapa. Bila Ia datang, Dia akan bersaksi mengenai Aku.
(Yoh. 16:7) Tetapi Aku mengatakan kepadamu yang sebenarnya, lebih baik bagimu, jika Aku pergi. Jika Aku pergi, Aku akan mengirim Penghibur bagimu. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu.
(Yoh. 16:8) Dan saat Penolong itu datang, Ia akan menunjukkan kepada dunia ini mengenai dosa, kebenaran, dan penghakiman.
(Yoh. 16:9) Penolong akan menunjukkan dosa karena mereka tidak percaya kepada-Ku.
(Mat. 3:11) "Aku membaptis kamu dengan air menunjukkan bahwa kamu telah bertobat. Kemudian akan datang Orang yang lebih besar daripadaku. Aku pun tidak layak membuka sandal-Nya. Ia akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api. Sila renungkan petikan Kitab Suci di atas, moga saudara diberi pengertian oleh Roh Kudus sehingga memahami Firman Tuhan kita. Tuhan memberkati.
Iman jenis apakah yang manusia perlu ada agar memperolehi penyelamatan rohnya? Adakah apa-apa jenis iman pun boleh? Sekiranya apa-apa jenis iman pun boleh, syaitan juga akan memperolehi penyelamatan sebab mereka juga percaya, dan mereka amat takut, "Engkau percaya bahawa ada satu Tuhan sahaja? Itu baik! Tetapi syaitan-syaitan pun juga percaya akan hal itu dan mereka gementar." [Yakobus 2:19)
Santo Petrus dalam suratnya, “Yang terutamanya harus kamu ketahui, ialah bahawa nubuat-nubuat dalam Kitab Suci tidak boleh ditafsirkan menurut kehendak sendiri, sebab tidak pernah nubuat dihasilkan oleh kehendak manusia, tetapi oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara dengan Tuhan.” [2 Peter 1:20-21]
Santo Petrus menyatakan lagi dalam suratnya, “…Dalam surat-suratnya itu ada hal-hal yang sukar difahami, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbalikkannya menjadi kebinasaan sendiri, sama seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain.” [2 Petrus 3:16]
Come, O Holy Spirit, fill the hearts of your faithful, and enkindle in them the fire of your love.
V. Send forth your Spirit and they shall be created.
R. And you shall renew the face of the earth.
Let us pray: O God, who by the light of the Holy Spirit did instruct the hearts of the faithful, grant that in the same Spirit we may be truly wise and ever rejoice in his consolation. Through Christ our Lord. Amen.
Ramai orang tidak memahami Kitab Suci, maka pembaca haruslah sungguh-sungguh memohon karunia pengertian supaya diterangi oleh Roh Kudus sehingga dapat memahami Firman Tuhan dan bukan dengan pengertian sendiri yang menyesatkan.
Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati. (Yakobus 2:17 )
Hai manusia yang bebal, maukah engkau mengakui sekarang, bahwa iman tanpa perbuatan adalah iman yang kosong? (Yak. 2: 20)
Sebab seperti tubuh tanpa roh adalah mati, demikian jugalah iman tanpa perbuatan-perbuatan adalah mati.(Yak.2:26)
Setan adalah bapa segala kejahatan.. Tidak mungkin setan mengerjakan perbuatan yang baik, setan tidak mungkin akan bertobat sehingga mereka beroleh keselamatan, mereka sedang dihukum, menanti untuk dihukum..dan akan dihukum. (Mat. 8:29)
Siapakah pula yang akan diselamatkan..?
Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga. (Mat.7:21)
Apakah kehendak Bapa di Syurga?
Adakah ‘Anonymous’ ini menyelebelahi kumpulan karismatik atau sebaliknya? Saya kurang pasti apa sebenarnya maksud saudara menggunakan ayat-ayat dari Alkitab. Saya boleh menerima kesemua ayat2 Alkitab yang dipetik oleh Anon. Tetapi ayat2 ini tidak menyatakan karismatik itu adalah jalan benar. Berdasarkan dari ayat permulaan komen saudara, saya andaikan saudara menyokong cara karismatik.
‘Sebab setiap pohon dikenal pada buahnya. Karena dari semak duri orang tidak memetik buah ara dan dari duri-duri tidak memetik buah anggur.’ [Lukas 6:44] Lihatlah buah dari kumpulan karismatik….adakah penyembuhan yang diperolehi dalam sessi penyembuhan itu berkekalan atau hanya sementara? Buatlah refleksi cara umat-umat Protestan berdoa dalam gereja mereka…Bukankah ianya sama dengan cara kumpulan karismatik Katolik? Gereja manakah yg dahulu memulakan cara karismatik? Berapa ramai umat Katolik yang sangat taksub dengan ‘roh kudus’ sehingga ada yang tidak menghormati Bonda Maria dan Santo-Santa…tidak juga mengetahui ajaran Gereja Katolik yang asas seperti tujuh sakramen gereja sehingga ada ajaran baru mengatakan sakramen gereja tidak mencukupi dan ditambah dengan sakramen kelapan [mengenai roh kudus] walhal dalam sakramen pertama [Sakramen pembaptisan] umat sudah pun menerima 'Roh Kudus' apabila dibaptis…Mengenai bahasa roh - adakah bahasa itu boleh difahami oleh kedua-duanya si berbahasa roh dengan yg mendengar bahasa itu? Rasul Yesus apabila mendapat Roh Kudus berbahasa Roh dan mereka memahami apa yg dicakap oleh mereka dan pendengar mereka juga memahami bahasa mereka. Bagaimanakah karismatik didalam Gereja Katolik pada hari ini mempunyai persamaan dalam hal ini? Sehingga hari ini mereka menggunakan bahasa yg TIDAK boleh difahami oleh kedua2 yg berbahasa roh dengan yg mendengar bahasa roh mereka. Semoga saudara diberi karunia pengertian ajaran Gereja Katolik yang sebenar. Salam damai.
Post a Comment