http://www.kkdiocese.net/home/latestnews.cnt?c=ll
Pada Jan 26 tahun 2009, Katedral Hati Kudus KK telah menyambut Tahun Lembu dengan mengadakan tarian musim bunga dan disusuli dengan pukulan dari 11 dram. Para religius dan umat juga membuat 3 anggukan di depan altar sebagai tanda menghormati Tuhan mengikut adat-istiadat bangsa Cina (yang selalunya dikaitkan dengan agama Buddha).
Kejadian di katedral pada hari itu adalah SALAH berdasarkan kepada undang-undang gereja yang berikut:
Perintah Tuhan yang pertama dalam 10 perintah Tuhan adalah:
"Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku"
Berdasarkan perintah Tuhan yang pertama, soalan pertama yang patut kita tanya adalah: Adakah Tuhan yang disembah oleh Penganut agama Buddha itu adalah juga Tuhan kita (iaitu Tritunggal Kudus)?
Menurut penjelasan dari seorang 'monk' agama Buddha (http://www.urbandharma.org/udharma3/budgod.html), agama Buddha tidak mempunyai Tuhan. Pengasas agama Buddha, Sidharta Gautama Buddha, hidup 500 tahun sebelum Yesus dilahirkan. Bapanya adalah seorang Raja dan ibunya seorang Permaisuri. Buddha dikehendaki oleh ibubapanya mengambil-ahli perniagaan keluarganya. Semasa Buddha berumur 29 tahun, dia memutuskan untuk berhenti berdoa kepada Tuhan-Tuhannya (lebih satu Tuhan) dan masuk ke pinggir hutan untuk melakukan meditasi. Dalam agama Buddha, ajaran tentang cara-cara mendekati dan menyembah Tuhan tidak disentuh langsung. Walaupun pengasas agama ini percaya adanya Tuhan (Theistic), tetapi ajaran yang disampaikan tiada menyentuh langsung mengenai Tuhan (Non-theistic). Buddha lebih menekankan kepada pusingan kehidupan yang dilalui oleh setiap insan di dunia - kelahiran, kesakitan, usia tua dan kematian. Menurut Buddha, tahap 'Nirvana' adalah tahap yang paling sempurna yang dicapai oleh manusia. Buddha bukanlah Tuhan dan penganut agama ini tidak berdoa kepadanya...
Apabila soalan 'bagaimana dunia dicipta?' diberikan kepada Buddha, dia cuma berdiam diri. Model kehidupan dalam agama Buddha adalah: kehidupan yang tidak ada permulaannya dan pusingan kelahiran dan kematian akan berlanjutan tanpa ada akhirnya (bermaksud tidak ada syurga dan neraka)...berdasarkan maklumat-maklumat yang saya dapati dari laman-laman web dan juga dialog saya dengan penganut agama Buddha (maklumat adalah sama), maka dapat disimpulkan Tuhan Katolik TIDAK SAMA dengan Tuhan Buddha. Jadi mengapakah kita menyamakan Tuhan kita, Tritunggal Kudus, dengan Tuhan Buddha? Siapakah Tuhan Buddha sebenarnya? Mengapakah Buddha tidak mengajari umatnya tentang Tuhan yang dipercayainya? Mengapakah Buddha enggan berkongsi cerita tentang Tuhannya...sesuatu yang sangat aneh apabila difikirkan...
2 comments:
Semoga artikel ini akan dapat menyedarkan lebih ramai umat Katolik akan Gereja kita yang sedang dilanda krisis iman. Terpujilah Raja Yesus.
ayo...apa jadi sudah oh...i thought it happens only in sjung msia..now it has landed in sabah...geleng kepala...
Post a Comment