Ramai Katolik pada hari ini mempunyai pengetahuan yang amat sedikit tentang agama mereka. Ini ditambah pula dengan tiada keyakinan atau kepastian pada apa yang sudah diketahui mengenai Katolik. Sikap yang biasa diambil apabila ada saudara yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama RC adalah 'tanya Paderi', atau 'tanya brother atau sister atau katekis' ...Ini tidak menghairankan kerana kebanyakan Katolik pada hari ini hanya merupakan Katolik mingguan sahaja. Kesibukan dalam tugas dan ditambah lagi keinginan yang kuat untuk bersaing dalam dunia korporat menyebabkan ramai yang tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya pada keluarga, apalagi pada ajaran agama. Keinginan untuk hidup senang dalam dunia mengatasi keinginan untuk masuk ke Syurga (mungkin juga tiada niat langsung untuk masuk ke Syurga - Katolik berfikiran atheis).
Ramai umat Katolik menyerahkan sepenuhnya perkara yang berkaitan dengan penyelamatan roh kepada pemimpin-pemimpin gereja. Paus, uskup-uskup, paderi-paderi dan para religius berperanan untuk membantu umat mencapai matlamat ini - supaya dapat masuk ke syurga dan dapat hidup kekal selama-lamanya. Paus, uskup-uskup, paderi-paderi dan para religius bertanggungjawab untuk menyelamatkan sebanyak roh yang mungkin agar tidak masuk ke neraka kerana dalam neraka cuma ada kesengsaraan dan penderitaan selama-lamanya. Dalam Alkitab, Yesus telah mengatakan tidak semua orang dapat masuk ke Syurga. Syurga dan Neraka tetap wujud walaupun manusia semakin maju dalam pengetahuan sains dan teknologinya. Ini bermakna, setiap umat yang telah meninggal dunia telah menghadapi pengadilan masing-masing, iaitu Syurga atau Neraka. Umat yang belum membayar habis dosa yang telah diampuni, akan dicucikan dengan 'api' dalam 'Api Pencucian' sebelum ianya masuk ke Syurga.
Ramai umat berfikiran, menghadiri misa tiap-tiap hari minggu, merayakan perayaan gereja yang besar iaitu Jumaat Suci, Hari Paska dan Krismas adalah memadai. Sakramen gereja hanya akan di 'ambil tahu' apabila ada keperluan. Mereka taat dan akur dengan perintah dari paus, uskup-uskup dan paderi-paderi. Semuanya ini tidak menyalahi undang-undang gereja. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah betul..TETAPI kita juga telah diberi amaran oleh santo-santa, juga Bonda Maria agar sentiasa berwaspada...
Renungkan sabda-sabda ini dalam Alkitab:
2 Tim 4: 1-5, , Kisah Para Rasul 20: 29, Mat 7: 15, Gal 1:8-9, Gal 1: 10, Luke 18:8...dan ada banyak lagi.
Dari petikan-petikan sabda di atas, terbukti santo-santa tahu akan wujudnya ajaran sesat dalam gereja dimasa akan datang (iaitu zaman sekarang). Mereka telah memberi kita amaran tentang adanya niat untuk menimbulkan kekacauan dalam gereja dan percubaan untuk menyesatkan umat Katolik...renungkan lagi sabda-sabda diatas dengan meminta pertolongan dari Roh Kudus kerana ianya bukan sesuatu yang mudah diterima apalagi jika melibatkan ramai pemimpin-pemimpin dalam gereja Katolik..

No comments:
Post a Comment