Wednesday, April 1, 2009

Misa Tridentin - Maklumbalas dari Saya

Ini adalah maklumbalas dari saya terhadap artikel yang diposkan dalam website Katedral Hati Kudus, KK – http://www.kkdiocese.net/liturgy/tridentine.cnt – Ramai umat Roman Katolik (para religius dan juga umat biasa, bukan sahaja yang berasal dari Sabah, tetapi juga hampir di seluruh dunia) mengambil sikap acuh tak acuh dan memikirkan Misa Tridentin adalah perkara ‘remeh’. Misa ini dilihat sebagai misa lama, ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan orang moden pada masa kini. Umat yang menghadiri Misa Tridentin dianggap sebagai ‘orang berperasaan sentimental’ kerana sukakan dan tidak mahu meninggalkan misa lama ini. Saya ingin mengatakan sesuatu…adalah lebih baik seseorang mempelajari kedua-dua misa ini terlebih dahulu, buat perbandingan dan kaji perbezaan misa-misa ini. Sesiapa yang membuat penyelidikan tentang perbezaan misa-misa ini, akan dapat melihat dengan jelas bahawa teologi Misa Baru (New Mass) adalah satu teologi yang benar-benar BARU, jauh berbeza dengan teologi misa semasa zaman rasul Yesus dulu. Santo Augustin mengatakan, “Kebenaran tetap kebenaran walaupun tiada sesiapa yang mengakuinya”. Kita seharusnya jangan jadi seperti kerbau yang ditarik tali...

5 comments:

katolik said...

Website CAKK http://www.kkdiocese.net/liturgy/tridentine.cnt sengaja tidak mahu memperbetulkan maklumat palsu pada laman web mereka iaitu:
1. Everything is in Latin
2. The congregation follows the Mass in private prayer and doesn't play an active part

The truth is:
1. Kyrie is not in Latin but in Greek. The sermon is not in Latin but in local language. Amen and Alleluia is definitely not Latin.
2. The congregation plays an active part and they too pray the Mass not in private prayer but PRAY THE MASS.

It is so unfortunate that many Catholics refused to learn or study the 'old' Mass. The 'old' Mass has been used for the past 2000 years not 1500 years as claimed.

Avanus said...

'Lex Orandi, Lex Credendi' bermaksud Kepercayaan kita digambarkan melalui cara kita berdoa dalam gereja (the law of prayer is the law of belief). Pertikaian tentang 'teologi' misa Tridentin ini nampaknya belum ada kesudahannya. Sebab utama adalah kerana para modenis (dan pembantu mereka, secara sedar atau tidak) akan memberi bermacam-macam alasan tentang ketidak serasian misa ini kepada umat pada zaman ini. Saya ingin menyentuh 'teologi' misa Tridentin ini satu-persatu dalam bahasa yang paling mudah, agar umat boleh memahaminya (terutama yang langsung tidak pernah mendengar atau mengetahui adanya misa Tridentin ini). Isu pertama adalah - dalam MISA BARU, paderi menghadap umat (dan kadangkala membelakangi Tabernakel). Pada masa ini banyak Tabernakel telah diletakkan dalam bilik kecil - samada dalam sanktuari atau chapel, selalunya di bangunan yang bersebelahan dengan bangunan gereja utama. Dalam MISA TRIDENTIN pula, paderi membelakangi umat dan menghadap 'Yesus' dalam Tabernakel. Cuba perhatikan bagaimana umat2 dalam agama lain berdoa, adakah mereka membelakangi Tuhan mereka? TIDAK! Mereka menghadap altari mereka. Segala pujian dan penyembahan sepatutnya diberikan kepada Tuhan secara terang-terangan (explicitly) Umat perlu tahu bahawa Tuhan 'betul-betul' ada di altari. Segala perbuatan kita dalam gereja mestilah memberi penekanan kepada 'kepercayaan' ini. Gereja adalah Rumah Tuhan, bukan tempat pertemuan umat (dibuat seperti pasar, tempat bercerita pula) Jadi mengapa dalam MISA BARU Gereja Katolik, Yesus dibelakangi, umat pula diberi 'muka'. Tidak kah ini sesuatu yang ganjil? Dalam MISA BARU, siapa yang sebenarnya disembah?

Avanus said...

Apabila paderi merayakan misa dengan menghadap umat dan sebuah meja diletakkan didepannya, ianya bukan lagi satu 'Penyembahan' kepada Tuhan. Altari gereja tidak digunakan lagi (adalah penting untuk umat mengetahui, dimana ada altari disitulah penyembahan kepada Tuhan. Logiknya, paderi dan umat mesti menghadap Tuhan). Tetapi keadaannya sekarang adalah seperti kehadiran Yesus dalam Gereja-Nya Sendiri seolah-olah tidak lagi dipandang berat. Yesus cuma dikeluarkan pada masa-masa tertentu apabila diperlukan sahaja. Yesus memang benar-benar hadir dalam Tabernakel tetapi keadaannya sekarang, dari cara pemakaian baju umat (yang amat memalukan) dan kurangnya tundukan kepala (genuflect) dari umat dan segelintir para religius apabila berhadapan dengan altari (Tabernakel), memberikan gambaran seolah-olah 'Tuhan tu ada kah tiada?' Dengan tanpa menyedarinya, kelakuan umat dalam gereja menampakkan KERAGUAN mereka terhadap doktrin gereja. Alasan yang diberikan mengapa Tabernakel dipindahkan ke bilik sanktuari atau kapel yang berdekatan adalah kerana umat sering berbuat bising. Tapi dengan memindahkan Tabernakel, keadaannya adalah seperti membenarkan umat meneruskan perbuatan bising mereka (sebab itu ada gereja dan kapel yang bising seperti pasar ikan - gereja bertambah parah). Dan yang amat menyedihkan lagi, interior gereja mula bertukar rupa - keadaannya sekarang tidak ubah seperti gereja Protestan. Satu demi satu ciri-ciri agama protestan diadaptasikan kedalam gereja Katolik - salah satu contohnya adalah menerima 'Komuni' di tapak tangan. Tahukah umat, penganut protestan tidak mempercayai kehadiran Yesus dimisa. Disebabkan ketidakpercayaan ini, mereka menerima roti mereka dengan tangan dan dibenarkan mengunyah (menghancurkan) roti didalam mulut. Dalam MISA TRIDENTIN ini tidak dibenarkan kerana Tuhan adalah kudus dan umat mesti menerima "Yesus' di lidah mereka dan terus menelannya, tidak diperbolehkan mengunyah. Umat juga dimestikan berlutut apabila menerima Komuni. Kelakuan sebegini membuatkan budak kecil juga memahami bahawa 'Roti' itu Kudus, 'Roti' itu adalah Tuhan Yesus. Ini menunjukkan ada perbezaan-perbezaan yang besar dan amat jelas antara kedua misa ini.

Avanus said...

Apabila paderi menghadap umat, ianya menyebabkan: [1] TUMPUAN seorang paderi terganggu. Bukankah ada paderi marah apabila melihat ada umat yang bercerita semasa misa dijalankan? [2] Paderi didorong untuk mempunyai keinginan menjadi lebih 'KREATIF'. Khutbah yang sepatutnya menyentuh pembacaan Alkitab, sering diiringi dengan 'jenaka-jenaka', menjadikan gereja seperti tempat 'hiburan duniawi'. [3] Keadaannya tidak jauh berbeza seperti dalam 'Kelas' disekolah2 atau 'Majlis' di dewan2 atau restoran. Mungkinkah keadaan ini yg mengalakkan umat bercerita? Dalam MISA TRIDENTIN, walaupun paderi membelakangi umat, keadaannya adalah senyap sahaja (anehnya, umat lebih prihatin). Oleh kerana TUMPUAN paderi adalah pada YESUS, gangguan dari umat atau sekeliling dapat dielakkan. Semasa Khutbah (homili) paderi akan menghadap umat dan tidak membuat jenaka semasa berkhutbah (serius dan senyum pada tahap yang seimbang)

Avanus said...

Dalam MISA TRIDENTIN, wanita tidak dibenarkan dan langsung tidak diperbolehkan masuk ke kawasan sanktuari dan altari. Sister juga tidak dikecualikan. Sanktuari dan altari adalah 'teritori' paus, kardinal, uskup, paderi, dikon, brother dan budak altari sahaja. Ini kerana wanita biasanya menjadi 'perhatian' dan ianya bertujuan mengelakkan fikiran atau perhatian yang kurang sihat dikalangan umat. Dalam Gereja, wanita dikehendaki menggunakan tudung (veil) - 1 Kor 11:3-5 dan berpakaian sopan (mengenakan skirt dan blaus sahaja). Dalam MISA BARU, sister dan wanita (layperson) begitu senang naik ke kawasan larangan ini. Ramai diantara pembaca wanita hanya mengenakan seluar jeans, tidak kurang juga yang berpakaian blaus yang nipis kainnya dan tidak berlengan. Seorang wanita Katolik harus mencontohi Bonda Maria (sentiasa menutup kepalanya apabila berada di gereja dan berpakaian sopan). Apa gunanya devosi kepada Bonda Maria tetapi tidak mencontohi cara pembawaannya.