Thursday, March 19, 2009

Origin...Tyrell: An Influential Modernist (4)

Like most pious garden-variety heretics, Tyrell devised a form of spirituality which satisfied his own whims, and which he was most anxious to recommend to other people. Fr. Tyrell was always on the move, giving retreats and conferences and sermons, while editing magazines and writing books. The intended goal of his labours was to promote a new brand of spirituality, viz, a 'how-to' course on being very, very Christian. Through a skilful verbal mixture of truth and error, he deceived Catholics by calling them to a purer love of Christ. But in his own mind, and those close to him, the bases of the Catholic religion were myths which according to him, had now been exposed and should be abandoned.


Fr. Tyrell, was eventually asked by his Superior Jesuit to publicly repudiate a heretical article he had written. When Tyrell refused, he was suspended "A DIVINIS", and was dismissed from the Society of Jesus. He then searched for a bishop who would adopt him into his diocese. Though unsuccessful, he kept on writing and producing articles inimical to orthodoxy. Because of his criticism of St. Pius X's condemnation of Modernism (1907), he was ex-communicated by name, his case was reserved to The Holy See. Some years later, he died of Bright's Disease, unrepentant to the end, and was refused burial, by the Church, in a Catholic Cemetery.


Seperti pelopor-pelopor ajaran sesat yang lain, Tyrell mencipta satu kerohanian (spirituality) yang mengikut cita rasanya dan sentiasa menasihati umat mengikut ‘ajaran’ ciptaannya itu. Paderi Tyrell sentiasa sibuk; sering mengadakan retret-retret, konferensi-konferensi dan memberi khutbah tanpa hentinya, selain menyemak dan menulis buku-buku. Titik peluhnya bertujuan untuk mempromosikan ‘kerohanian’ yang baru, seringkali berbunyi ‘bagaimana untuk benar-benar menjadi seorang kristian yang beriman’. Dengan menggunakan ‘kebijaksanaannya’ dalam memutar-belitkan kebenaran dan mencampur-adukkan dengan kepalsuan, dia berjaya ‘mempengaruhi’ umat Katolik. Dia ‘beraksi’ dengan menyeru umat agar mencintai Kristus dengan lebih tulus lagi. Tetapi dalam fikirannya dan juga kawan-kawannya, ajaran-ajaran agama Katolik cuma satu mitos yang menurut Tyrell, sudah pun didedahkan dan patut diabaikan.


Paderi Tyrell akhirnya diminta oleh Ketua Jesuit menarik-balik kesemua ‘ajarannya’ itu dan membuat pengakuan salah secara umum tentang doktrinnya yang sesat itu. Apabila Tyrell enggan berbuat demikian, dia digantung secara ‘ A Divinis’, dan digugurkan dari Pertubuhan Jesuit (Society of Jesus). Dia kemudiannya, cuba memujuk uskup-uskup agar sudi mengambilnya menjadi paderi di diosis mereka. Namun percubaannya gagal. Tetapi Tyrell meneruskan juga penulisannya dan banyak menghasilkan artikel-artikel yang ‘seakan-akan’ berbunyi ortodoks. Pada tahun 1907, Gereja Katolik mengumumkan 'Putus-Hubungan' (ex-communicate) dengan Tyrell kerana mengkritik kutukan Santo Paus Pius X terhadap ‘Modernisasi’ dalam gereja. Beberapa tahun kemudian, dia mati kerana penyakit ‘Bright’, dengan tiada penyesalan, dan Gereja tidak membenarkan mayatnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Umat Katolik.

20 comments:

Fahmi said...

Do you belive God died for three days and three nights? :-)

Avanus said...

Jawapan saya kepada kesemua komen-komen kamu ada di dalam Doa Pernyataan Kepercayaan Para Rasul (atau Credo Para Rasul): Aku percaya akan Tuhan, Bapa yang Mahakuasa, Pencipta langit dan bumi. Dan akan Yesus Kristus, PuteraNya yang tunggal, Tuhan kami. Yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh Perawan Maria. Yang menderita sengsara, dalam pemerintahan Ponsius Pilatus, disalibkan, mati dan dikuburkan. Yang turun ke tempat penantian. Pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati. Yang naik ke syurga, duduk di sebelah kanan Tuhan, Bapa yang Mahakuasa. Dari situ Ia akan datang mengadili orang hidup dan mati. Aku percaya akan Roh Kudus, Gereja Katolik yang Kudus, Persekutuan para Kudus, pengampunan dosa, kebangkitan badan, kehidupan kekal. Amin.

Avanus said...

This is my reply to all of your comments - the APOSTLE'S CREED: I believe in God, the Father Almighty, Creator of Heaven and earth; and in Jesus Christ, His only Son Our Lord, Who was conceived by the Holy Ghost,
born of the Virgin Mary,
suffered under Pontius Pilate,
was crucified, died, and was buried. He descended into Hell;
the third day He rose again from the dead; He ascended into Heaven,
and sitteth at the right hand of God, the Father almighty;
from thence He shall come to judge the living and the dead.
I believe in the Holy Ghost,
the Holy Catholic Church,
the Communion of Saints,
the Forgiveness of sins,
the Resurrection of the body
and Life everlasting.
Amen.

Fahmi said...

kenapa umat Kristian masih lagi berpegang pada bible, sedangkan umat Kristian sendiri tahu bahawa Bible tidak lagi suci..ia bukan lagi asli dari Tuhan.sudah banyak kali di tokok tambah?

Fahmi said...

Dalam Perjanjian Baru, Matius bab 9 ayat 9:"Jesus meninggalkan tempat itu. Ketika dia sedang berjalan, dia nampak seorang pemungut cukai bernama Matius duduk di tempat memungut cukai, Jesus berkata padanya "Ikutlah aku." Matius berdiri lalu mengikut Jesus."

Saya bertanya kpd anda, siapakah orang ketiga yang menceritakan tentang pertemuan Jesus dengan Matius ini. Inilah bukti bahawa kitab anda sudah tidak lagi suci bahkan tidak diketahui siapakah penulisnya. Cuba anda perhatikan pula surat Paulus kepada jemaah di Rom sebagaimana yg dinyatakan di dalam Roma bab 1 ayat 1 ini:
"SURAT INI DARIPADA PAULUS,hamba Kristus Jesus, dan Rasul yang dipilih serta di panggil oleh Allah, untuk mengisyhtiharkan Berita Baik darp Allah".

Didalam ayat ini jelas dinyatakan bhw surat tersebut adalah ditulis dan diutus oleh paulus kpd jemaah Rom. Sekarang, cuba anda perhatikan dgn jelas ayat terakhir dalam surat ini iaitu bab 16 ayat 22. ayat ini menyatakan:
"Aku, TERTIUS yang menulis surat ini menyampaikan salam sebagai sesama saudara Kristian."

Di dalam ayat ini pula dinyatakan bhw Tertius yang bertanggunjawab menulis surat ini!
Saya ingin bertanya kepada anda , diantara Paulus & Tertius siapakah yg sbnrnya menulis surat ini? Bahkan footnote di dlm Bible versi Melayu ketika menerangkan pecanggahan ayat2 ini dgn menyatakan bahawa KEMUNGKINAN besar Paulus mengimlakkan surat ini kepada Tertius.

Saya bertanya kpd anda,wajarkah sebuah kitab yang dianggap sebagai Firman ALLAH,dianggap suci dinisbahkan dgn KEMUNGKINAN?
Ini menunjukkan seolah-olah penulis Bible yang mendakwa mereka mendapat pimpinan Ruh Kudus ketika menulis kitab inipun masih belum pasti dengan apa yang mereka tulis. Perkara yang sama turut berlaku pada kitab Lukas bab 3 ayat 23 yang menyatakan:
"Ketika Jesus memulakan pelayanan-Nya, Dia berumur KIRA-KIRA tiga puluh tahun. Menurut pendapat orang, Dia anak Yusuf anak Eli..."


Perhatikan,wajarkah wahyu yg dinisbahkan pd Allah tidak mengtahui secara tepat tentang umur Jesus. Bukankah anda meyakini kitab ini adalah kalam Allah? Maka mustahil Allah tidak mengetahui secara tepat umur anak-Nya sendiri.. :-)

Avanus said...

Saya adalah seorang yang beragama Roman Katolik - agama yang DIASASKAN oleh YESUS KRISTUS. Yesus telah memberi amaran tentang 'guru2/ rasul2 palsu' yang akan cuba merosakkan ajaran-Nya. Untuk memastikan ajaran Kristian itu adalah dari Tuhan, kami tidak hanya bergantung pada Alkitab/ Bible (Ini adalah ajaran agama Protestan sebenarnya - sesat). Kami juga berpandukan pada ajaran Tradisi gereja, penulisan2 dari para paus dan santo-santa, dogma, mesej dari penampakkan Bonda Maria (yang diluluskan sahaja) dan semua ini mestilah tidak bertentangan dengan ajaran Yesus. Sekiranya ada perubahan dilakukan pada maksud ajaran Yesus, maka selain berdoa, kami perlu lihat pada tradisi yang diturunkan oleh para rasul dan penulisan dari bapa2 ortodoks gereja kami.

Avanus said...

Dalam Alkitab, orang ketiga yang menceritakan kisah Yesus adalah Rasul yang telah dipilih Yesus. Alkitab Testamen baru hanya ditulis selepas Yesus naik ke syurga.

Fahmi said...

jesus disalib sebagai pgorbanan untuk menebus dosa warisan(original sin)yang dilakukan oleh adam..bagaimana pula dengan mereka yang hidup sebelum kelahiran Jesus?sedangkan mereka ini tidak pernah mendengar dan menerima berita tentang penyaliban jesus.adakah mereka juga selamat?

Avanus said...

Sejak ibubapa pertama kita, Adam dan Hawa berbuat dosa warisan (original sin), pintu syurga telah ditutup. Umat yang hidup sebelum zaman Yesus apabila meninggal dunia ditempatkan samada dalam ‘Penantian’ atau ‘Limbo’ (jika mereka melakukan kehendak Tuhan sepanjang kehidupan mereka didunia walaupun tidak mengenali Yesus) atau dibuang ke dalam neraka (untuk mereka yang berdosa besar). Dosa umat manusia ditebus apabila Yesus Kristus mati dikayu salib. Kematian Yesus disalib adalah merupakan Kemenangan Tuhan. Dengan kemenangan ini, pintu syurga dibuka semula dan Yesus mengangkat kesemua roh2 yang berada di dalam ‘Penantian’ itu masuk ke dalam syurga. Pembaptisan dalam gereja Katolik terbahagi kepada tiga iaitu Pembaptisan melalui Air, Pembaptisan melalui Darah (umat yang menjadi martir semasa masih seorang katekumen) dan Pembaptisan melalui Keinginan (Dibahagikan kepada dua iaitu Keinginan yang boleh dilihat dan diketahui dengan nyata (explicit) dan yang berlaku secara diam2 (yang tidak mengenali Yesus tetapi sentiasa memenuhi Kehendak Tuhan (implicit))

Fahmi said...

Ketika Jesus menjelma sebagai manusia untuk menebus dosa warisan,adakah beliau bukan lagi Tuhan?Jika Jesus tetap Tuhan tetapi menjelma menjadi manusia,bagaimana Jesus boleh menjadi tuhan dan manusia dalam satu masa? Mengapa pula ketika disalib, Jesus menjerit-jerit memanggil Tuhan? Bukankah Jesus sendiri adalah Tuhan menurut kepercayaan umat Kristian?
Cuba anada perhatikan Matius 27:46.."pada pukul 3 petang berserulah Jesus dengan suara yang nyaring:"Eli,Eli lama sabakhtani?" yang bermaksud: Allahku,Allahku,mengapa Engkau meninggalkan aku?

Markus 15:34 menyebut:
Dan pada pukul 3 ptg berserulah Jesus dgn suara nyaring:"Eloi,Eloi,lama sabakhtani?",yang bermaksud: Allah ku,allah ku, mengapa engkau meninggalkan aku?

Berdasarkan 2 ayat yg saya nyatakan tadi, Tuhan manakah yang diseru oleh Jesus? adakah Tuhan itu lebih dari satu dalam keyakinan anda?

Avanus said...

Yesus Kristus adalah TUHAN dan dalam masa yang sama IA juga adalah seorang MANUSIA. Semasa Yesus mengatakan, “Eli,Eli lama sabakhtani?” yang bermaksud: “Tuhan ku, Tuhan ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” ianya tidak bermakna Yesus bukan Tuhan (Dalam doa Kredo…PuteraNya yang tunggal, TUHAN kami. Yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh Perawan Maria). Yesus Kristus adalah benar-benar seorang manusia, sama seperti kita semua, mempunyai daging dan juga roh. Segala kesakitan dan kepayahan yang kita lalui didunia sebagai seorang manusia yang mortal juga dirasai-Nya. Ini bermaksud setiap pukulan, sebatan, cucukan duri, tukulan paku, semua kecederaan pada daging-Nya dirasai oleh-Nya. Bezanya adalah – YESUS TIDAK MEMPUNYAI DOSA dan adalah manusia yang sempurna. Oleh kerana kesempurnaan-Nya, segala penderitaan yang dirasai-Nya adalah berkali ganda lebih perit dari seorang manusia yang berdosa (Dosa menyebabkan badan manusia lemah dan kurang peka).
Misi Yesus Kristus semasa Ianya berada di dunia adalah untuk menyelamatkan sebanyak jiwa yang boleh. Kemenangan Yesus adalah pada kematian-Nya disalib. Segala penderitaan yang dilalui-Nya yang berakhir dengan kematian-Nya disalib digunakan oleh-Nya untuk menebus dosa manusia. Maka, semasa Dia mengatakan “Eli,Eli lama sabakhtani?”, pada masa itu sahaja Tuhan Bapa telah ‘mengantung’ Ketuhanan Yesus, membiarkan dia sebagai manusia melalui penderitaan pada tahap yang paling tinggi. Penderitaan ini membuahkan hasil – PENYELAMATAN MANUSIA dari kegelapan. Tuhan sangat mencintai ciptaan-Nya - manusia - dan sanggup menghantar Anak-Nya ke dunia untuk menyelamatkan mereka dari kegelapan. Sebelum kematian Yesus Kristus disalib kayu, tujuh kata-kata terakhir-Nya memberi kesan yang sangat mendalam kepada para malaikat dan syaitan. Apabila Lucifer, ketua syaitan, dan pengikut-pengikutnya, melihat betapa besar cintakasih Tuhan terhadap manusia, mereka menjadi semakin cemburu dan meneruskan ‘peperangan’ mereka (kini lebih sengit lagi) terhadap makhluk manusia.

Fahmi said...

Jesus menyelamatkan manusia dengan cara mengorbankan diri-Nya di tiang salib demi menebus dosa warisan Adam yang membelenggu manusia....Maksudnya disini Adam yang membuat kesalahan tetapi manusia yang terpaksa menanggung dosa Adam. Dlm masa yg sama, jesus disalib untuk menebus manusia dari dosa Adam.logikkah begitu?mungkin bagi anda logik kerana Tuhan Bapa mengirim anakNya ke bumi spt mana dlm Perjanjian Baru, Yohanes bab 3 ayat 16.

Tetapi..Bible anda sendiri menolak dosa warisan ini. Sila rujuk kitab Yeremia 31:30 yang menyatakan:

"tetapi sesiapa yg mkn anggur yg masam, dia sendirilah yg akan merasa masamnya.Setiap org akn mati kerana dosanya sendiri."

Dalam Yehezkiel 18:20 juga menyatakan:

"Orang yg berdosa akan mati. seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat drpd dosa anaknya. seorang yg baik akan menerima ganjaran krn kebaikkannya, dan seorang yg jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya."

Sila lihat pula dalam Matius 16:27 menyebut:

"anak manusia sudah hampir tiba bersama-samapara malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya.Pada masa itu Dia membalas tiap-tiap orang menurut perbuatannya sendiri".

Kitab Roma 2:5-6 menyatakan:

"Kamu degil dan keras kepala. oleh itu, kamu sendiri yg menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari kiamat apabila Tuhan menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikianitu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dgn perbuatannya sendiri".

Berdasrkan ayat2 yg saya nyatakan di atas, secara jelas Bible anda sendiri telah menolak idea dosa warisan ini.Bukankah begitu?saya ingin bertanya kpd anda, jika Adam tidak pernah meyebabkan dosa warisan, adakah Jesus akan dikirim?

Avanus said...

Kamu mengatakan...'berdasarkan ayat2 yang saya nyatakan diatas..??', ianya jelas menunjukkan kamu mentafsir maksud Alkitab mengikut 'kefahaman' kamu. Kamu tidak boleh mentafsir Alkitab sesuka hati, saya dapati juga saudara belum pun membaca keseluruhan isi kandungan Alkitab. Ketua2 dalam agama2 Protestan mentafsir Alkitab mengikut kepintaran masing2 dan lihatlah apa akibatnya - mereka sentiasa berpecah kerana sentiasa berselisih dari segi tafsiran Alkitab. Ini salah satu buktinya agama2 ini bukannya datang dari Yesus (tidak ada bimbingan dari Roh Kudus). Cuma Gereja Roman Katolik sahaja yang diberi autoriti untuk mentafsir Alkitab. Nampaknya kamu perlu membuat lebih banyak penyelidikan tentang Alkitab...Dosa warisan memang ada dinyatakan dalam Alkitab - Testamen Lama. Lihat Kejadian 3:15,"Aku (Tuhan) akan mengadakan permusuhan antara engkau (siular syaitan) dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya." Sebenarnya ini adalah satu nubuat (profesi) dari Tuhan - perempuan itu adalah Maria dan Keturunan Maria adalah Yesus yang akan mengalahkan keturunan siular syaitan itu. Disebabkan dosa yang telah dibuat oleh Adam dan Hawa, manusia tidak dapat masuk ke syurga, tetapi selepas kemenangan Yesus di salib, pintu syurga dibuka semula. Dosa warisan dimaafkan melalui pembaptisan. Selepas Yesus mati disalib, iaitu selepas kemenangan-Nya disalib, manusia diberi kebebasan membuat pilihan dalam kehidupan masing2, maka barulah ayat2 yang saudara sebut - Yehezkiel 18:20 - boleh diaplikasikan.

Anonymous said...

Do not simply quote the Holy Scripture and intepret according to your own taste and liking. That is what those who wants to destroy the Catholic Church have been doing.

We Catholics think according to what the Mother Church thinks (sentire cum ecclesiae). Read the Catholic Catechism.

AMDG

Noel Roger said...

tottaly agreed....

Anyway,
thnx 2 NurFahmi....
all of your Q had make me grow firmer in my faith...

"BELIEVE GOD, AND KEEP ON KEEPING ON!"

Avanus said...

Thank you Noel for your comment. Many Catholic nowadays prefer to live in ignorance than to know the truth about their religion...It is true that the more one knows about the Catholic Church, the more admiration (to the extent of being speechless) one will have for this church founded by Our Lord. Our Lord only founded ONE Church not many churches – i.e. the Roman Catholic Church – Four Marks of the True Church is – ONE, HOLY, CATHOLIC and APOSTOLIC.

Anonymous said...

Most of the time, it takes a non-believers' queries to make us realise, value and appreciate the beauty of our religion founded by our Lord.


Raffaella

DeePo said...

aiya...it's very typical people like NurFahmi talking like that...always try to seek an error in whatever people believe in...

as for me, i always tell people like him, like this...''mati pun kubur masing2, klu saya sesat saya masuk neraka, klu awak sesat awk yg msuk neraka, mati nanti kita jumpa la, saya msuk neraka atau syurga. kita tgk lah nti.lagipun mati pun kubur masing2''.

Anonymous said...

Ada pelbagai sebab kenapa umat bukan Katolik bertanya. Ada yang mencari kebenaran secara jujur, dan ada juga yang mencari kesempatan untuk menyebarkan agama mereka. Kita beri mereka peluang untuk bercakap, manalah tau pintu hati mereka dibuka oleh Yesus untuk menerima kebenaran. Pujian kepada Tuhan Allah kerana Avanus telah melakukan pekerjaan yang amat baik. Semoga diberkati penuh oleh Yesus.

Avanus said...

Ave Maria kepada Deepo! Kita beri peluang ya kepada semua untuk mengetahui tentang kebenaran, lepas tu terpulang lah pada diri masing2..