Friday, March 6, 2009

Umat Katolik cuma ada satu Tuhan

Umat Katolik cuma ada satu Tuhan. Tuhan yang disembah adalah Tritunggal Kudus - Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus Kristus) dan Tuhan Roh Kudus - tiga menjadi satu - satu misteri yang memerlukan iman untuk menerimanya. Santo Patrick menggunakan contoh satu dahan yang mempunyai tiga cabang untuk menggambarkan maksud Tritunggal...

Gereja Roman Katolik bertanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada saudara Kristian kita yang telah murtad, dan menolak sebarang penyatuan palsu yang bercanggah dengan ajaran sebenar Yesus yang berlandaskan Alkitab dan Tradisi. Dalam Kanon 1258, tahun 1917, Kod undang-undang Kanon, aspek-aspek ini ditekankan:


Umat bersalah apabila bekerjasama atau mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti keagamaan yang bukan-Katolik.


Untuk sebab-sebab tertentu yang memerlukan kebenaran dari uskup, kehadiran seseorang dalam majlis bukan Katolik seperti kematian, perkahwinan atau majlis yang memberi penghormatan boleh dikecualikan, dengan syarat tidak mendatangkan skandal.


Kepada mereka yang berada di luar Gereja RC atau mereka di dalam Gereja RC tetapi tidak menyedari kejadian semasa dalam gereja, jadikanlah artikel ini sebagai pembuka mata kepada anda untuk menyiasat ajaran-ajaran doktrin Gereja Roman Katolik bahawa ‘di luar Gereja Katolik, tiada penyelamatan’. Begitu banyak jiwa sesat kerana kejahilan. Tuhan mahu menyelamatkan semua manusia. Dia memberitahu kita dalam Kitab Injil, bahawa Dia memberi petunjuk kepada setiap manusia yang berada di atas bumi ini. Dia menyediakan kita dengan segala cara yang patut untuk diselamatkan. Kealpaan tentang cara-cara untuk diselamatkan adalah satu dosa kerana kealpaan berpunca daripada kejahilan serta kemalasan.

7 comments:

dakunfrancis said...

‘di luar Gereja Katolik, tiada penyelamatan’? Nenek moyang kita yg bukan katolik camana la?

Avanus said...

Hello, Father...glad to see you posting a comment here. This is my answer: There are three ways of receiving baptism - the baptism of water; the baptism of blood (that of the martyrs who confessed the faith while still catechumens); and baptism of desire. BAPTISM OF DESIRE CAN BE EXPLICIT.For example, if a catechumen say to a priest, "Fr, baptize me straightaway because if I die before you come again, I shall go to hell",no, he will not go to hell if he has no mortal sin on his conscience and if he desires baptism, then he is baptized by desire. The doctrine of the Church also recognizes IMPLICIT BAPTISM OF DESIRE. This consists in doing the will of God. God knows all men and He knows that amongst the Protestants, Muslims, Buddhists and in the whole of humanity there are men of good will. They receive the grace of baptism without knowing it, but in an effective way. In this way, they become part of the church. The ERROR consists in thinking that they are saved by their religion. They are saved IN THEIR religion but not BY it. This is perhaps hard to accept, but it is the truth. Our Lord did not found a number of churches: He founded only one (Ephesians 4:5). There is only ONE CROSS by which we can be saved, and that cross has been given to the Catholic Church (Mark 16:16). It has not been given to others. To His Church, His mystical bride, Christ has given all graces. No grace in the world, no grace in the history of humanity is distributed except through HER. So, our 'nenek moyang'/ ancestors who were not Catholic, if they DID THE WILL OF GOD were saved by 'implicit baptism of desire'.

Unknown said...

A very good answer. But I think you need to translate it into Bahasa.

Unknown said...

Kepada nenek moyang kita yang tidak dibaptis ke dalam Gereja, penyelamatan adalah suatu kemungkinan jika mereka (bukan atas kesalahan mereka sendiri) belum diperkenalkan kepada iman Katolik tetapi patuh kepada 'Natural Law'. Tetapi tanpa 'grace' yang boleh diperolehi secara cuma-cuma melalui tujuh Sakramen Kudus, kemungkinan untuk diselamatkan agak sukar. (Jika mudah, tentu Yesus tidak perlu datang ke Dunia untuk menyelamatkan manusia). Tetapi perlu ditekankan di sini bahawa keselamatan mereka dimungkinkan bukan atas kepercayaan/agama palsu yang mereka amalkan.

Unknown said...

Ajaran sesat yang mengatakan bahawa 'semua agama sama taraf atau sama benar atau disenangi Allah' harus ditentang sama sekali kerana bertentangan dengan kebenaran Katolik. Dogma 'Di luar Gereja, tidak ada penyelamatan' haruslah diterima tanpa ragu-ragu oleh setiap umat Katolik.

Amat menyedihkan kerana Gereja zaman sekarang tidak lagi mengajar dogma ini, malah menolak kebenarannya. Akibatnya, Gereja tidak lagi mempromosikan umat bukan Katolik memeluk agama Katolik, agama yang benar. Malah, umat Katolik yang keluar Katolik juga 'dihalalkan' oleh hampir semua umat Katolik. [Jika saya tidak terlalu keterlaluan]

Fahmi said...

Orang Kristian meyakini kepercayaan TRINITI ini berdasarkan (1 Yohanes 5:7-8):
" Ada 3 saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama"

Namun tahukah anda, ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV(Revised Standard Version) kerana paderi2 Kristian mengakuinya sebagai ayat palsu serta di tokok tambah!
Kalau Bible itu suci, kenapa uamt Kristian tidak menghormatinya?dengan sesuka hati menokok tambah mengikut selera kepuasan diri?

DeePo said...

wei nurfahmi.....!

yg awk menyibuk ni kenapa...klu kami sesat pun, hal kami...bukan hal awak...

jgn pndai2 menafsirkan sendiri ayat2 kitab....klu kami menafsirkan kitab awak...mcm mna?