This was made worse when Father Rene D'Ouince, an avid believer in De Chardin's theories became head of Etudes (the Jesuit monthly publication). Teilhard de Chardin returned immediately to France to accept a journalistic position on Etudes, and to shout from the housetops what before he had to whisper in the ear for twenty years.
The Archbishop of Paris reception of Teilhard was somewhat mixed. In a famous letter (1948), "Growth or Decline", widely circulated then, the harried archbishop acknowledged that Paris was turned upside down. All kinds of silly ideas were going around. It was now fashionable to be very excited by the "open window" of Catholicism, and the archbishop anxiously queried: "Well, I just don't know one thing from the other. Let's just hope for the best." Later on, in the early and mid 1960's during the sessions of the Ecumenical Council (called by Pope John XXIII) all the Tyrrell, de Chardin and Rahner rhetoric came out of the mouths of the left wing faction of Vatican II, viz., the French bishops, the Belgians, the Germans, joining ranks with the Canadian bishops and some midwestern prelates in America.
Asal-usul…De Chardin mula mempengaruhi (9)
Semasa Gereja Katolik dilanda dengan krisis-krisis ajaran sesat, beberapa Ketua General Jesuit sentiasa mengawasi perkembangan anak-anak murid mereka. Tetapi selepas peperangan berakhir, keadaan ini berubah apabila Paderi Janssens, seorang yang berbangsa Belgia dan terkenal dengan reputasinya yang menyokong tren-tren liberal, dipilih menjadi Ketua General Jesuit.
Keadaan ini bertambah parah apabila Paderi Rene D’Ouince, seorang yang sangat berminat dengan teori-teori De Chardin, mengetuai Etudes (majalah bulanan Jesuit). Teilhard De Chardin pulang ke tanahairnya Perancis untuk menerima jawatan sebagai penulis majalah Etudes. Dia sangat gembira kerana apa yang dilakukan olehnya selama duapuluh tahun secara diam-diam, kini dia boleh menyuarakannya secara terang-terangan.
Uskup Perancis menerima kedatangan Teilhard dengan perasaan yang bercampur-aduk. Dalam suratnya yang terkenal (1948), “Bertumbuh atau Berundur” (Growth or Decline), uskup menyuarakan bahawa Perancis pada masa itu berada dalam keadaan ‘lintang-pukang’. Bermacam-macam idea yang bodoh ditimbulkan. Tren Katolik pada masa itu mengamalkan sikap ‘pintu terbuka’ dan ianya mendapat sambutan sehinggakan uskup bertanya: “Saya sudah tidak tahu-menahu dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Marilah kita berharap yang terbaik.”
Beberapa tahun kemudian iaitu di awal dan pertengahan tahun 1960-an, semasa sessi Konsili Ekumenikal (diketuai oleh Paus Yohannes XXIII), semua idea-idea Tyrrell, De Chardin dan Rahner keluar dari mulut-mulut uskup Perancis, Belgia dan German (dipanggil bahagian Kiri Vatikan-II) beserta dengan uskup-uskup dari Kanada dan sebahagian dari bahagian tengah Amerika.
No comments:
Post a Comment