Beberapa tahun yang lalu, saya telah berkenalan dengan seorang wanita, Puan X, yang berumur sekitar 50-an. Dia telah berkahwin dengan seorang Mat Salleh (sudah mendiang) dari United Kingdom dan mempunyai seorang anak perempuan. Kini dia adalah seorang warganegara
Apabila sampai di rumahnya, saya mendapati Puan X dan tetamunya telah pun memulakan doa (saya kurang pasti samada ianya doa Rosari atau kaplet ? (Chaplet of Queen of ?), saya sudah lupa. Agak ramai juga tetamunya pada malam itu. Jemputan Puan ini juga adalah bertujuan menemukan saya dengan 'M', seorang yang dikatakan mempunyai 'kurnia' hebat. Asal -usul M adalah dari Penampang. M mengakui sering bertemu dengan Bonda Maria (menurutnya hampir setiap hari) dan telah 'dipilih' oleh Tuhan sejak dalam kandungan ibunya lagi untuk melaksanakan misi Tuhan. Saya diperkenalkan kepada M dan dia menjemput saya untuk datang ke sessi perkumpulannya pada suatu hari - iaitu beberapa hari selepas lawatan ke rumah Puan X tadi. M adalah seorang lelaki yang telah berkeluarga, bekerja dan adalah ketua kepada kumpulan 'kristian' yang tidak bernama ini.
Sebelum bertolak ke tempat perkumpulan M, hati saya begitu 'terganggu' sekali, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Sebelum dan semasa dalam perjalanan, saya asyik berdoa dalam hati meminta perlindungan dan bantuan dari Bonda Maria. Apabila sampai ke tempat perkumpulan itu, iaitu rumah salah seorang dari ahli dalam kumpulan itu, saya pun diperkenalkan kepada ahli-ahli kumpulan itu. Saya mengenali dua ahli dalam kumpulan itu, mereka adalah kawan lama saya. Pertemuan itu dimulakan dengan agak santai, sama seperti keadaan 'barbikiu' - ya, seperti perjumpaan dengan kawan lama. Ianya tidak spiritual, tidak ada pun berdoa apa-apa. M mula merokok dan kami mula bercerita. Saya menceritakan serba-sedikit tentang diri saya dan saya banyak menyoal M. Puan yang saya lawati itu juga ada disana dan dia juga mengatakan M adalah seorang yang mendapat 'kurnia' hebat dari Tuhan. Menurut Puan X, isteri M sendiri tidak mempercayai akan 'kurnia' suaminya itu. Puan juga pada mulanya tidak mempercayai M, tetapi berubah fikiran apabila M dapat memberitahu sesuatu yang 'luarbiasa' kepadanya - perihal diri Puan X sendiri. Malam itu, setelah selesai pertemuan kami, saya memikirkan tentang pemerhatian saya terhadap M dan jawapan-jawapannya kepada soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya ingin membuat suatu senarai pemerhatian dari pertemuan saya dengan M dan kesimpulan saya dari pemerhatian ini:
1) Dia adalah seorang perokok. Malam itu dia agak banyak merokok. Mungkinkah dia seorang yang ketagihan merokok? Seorang Kristian (terutama yang dipilih oleh Tuhan) sepatutnya tahu kesihatan badan perlu dijaga dan merokok cuma akan membinasakan badan (1 Kor 6).
2) Tidak berdoa Rosari atau apa-apa doa langsung (pada malam pertemuan) - Saya berasa hairan mengapa seseorang yang yakin dirinya telah dipilih oleh Tuhan sejak dalam kandungan lagi tidak bersifat 'spiritual'. Dia mengatakan dia bertemu dengan Bonda Maria hampir setiap hari...tetapi mengapa tidak ada pun petanda dia memberi penghormatan kepada Maria. Jika Maria meminta tiga anak-anak di Fatima berdoa Rosari setap hari dan melakukan kerja-kerja penebusan sekerap yang mungkin, mengapa pula M dikecualikan? (2 Tim 4:5). Pada malam pertemuan kami itu, M secara tiba-tiba mengatakan dia terhidu bau bunga ros dan Bonda Maria ada ditempat kami. Saya merasa 'gembira' sebab ada lawatan dari Bonda Maria tetapi saya langsung tidak dapat menghidu bau bunga ros...apa lagi melihat Bonda. Mungkin ini adalah salah satu dari caranya untuk memancing kepercayaan seseorang...
3) Tidak ada kerendahan diri. Seseorang yang sanggup mengaku didepan sahabat-handainya bahawa dia telah dipilih oleh Tuhan sejak dalam kandungan ibunya lagi tidak mempunyai kerendahan diri langsung. Santo-santa yang diberi kurnia oleh Tuhan (antaranya membangkitkan orang yang sudah mati) menganggap diri mereka masih tidak cukup merendahi diri apabila berada didepan Yesus dan Bonda Maria. (Yer 5: 26-27)
4) Menggunakan 'kurnia' nya untuk menyesati umat Katolik. Menurut M, dia pernah masuk ke 'syurga', juga pernah masuk ke 'neraka'. Yudas Iskariot, Puteri Diana dari Britain...adalah antara roh yang dilihatnya berada dalam neraka. Dia dikatakan telah melakukan banyak mukjizat seperti menyembuhkan orang sakit dan mungkin juga mengusir syaitan. Selain itu dia juga boleh mengembara secara 'roh' diseluruh dunia. Menurutnya, dia boleh membaca fikiran seseorang. Dia juga boleh memberitahu tempat roh orang yang sudah meninggal. Saya ada menyoal M tentang beberapa perkara seperti masalah-masalah gereja tentang perubahan dalam liturgi, masalah 'musuh dalam selimut' seperti anggota freemason yang menjadi ahli-ahli religius dalam gereja dengan niat untuk memusnahkan Gereja Katolik, tentang dogma paus-paus sebelum Vatikan ke-2, dan sebagainya. Jawapan yang diberikan olehnya kepada soalan-soalan saya sudah cukup menampakkan kecetekan pengetahuannya tentang isu-isu dalam gereja. (1 Kor 13:1)
Dia sedar juga ada umat yang telah membuat aduan kepada uskup tentang kumpulannya ini. Dia menambah ada sesetengah umat telah bertahun-tahun mencari kumpulannya dengan niat ingin menjadi ahli kepada kumpulannya. Tetapi menurutnya, dia tidak akan sembarangan menerima seseorang menjadi ahli dalam kumpulannya. Dia perlu menemuduga 'prospek' tersebut dahulu. Saya tau saya telah berjaya dalam temuduga itu sebab malam itu saja M telah menjemput saya menjadi salah seorang dari anggota kumpulannya (tujuan saya menerima jemputan M bukan menjadi ahli anggota kumpulannya). Pada pendapat saya, ‘kurnia’ M bukanlah datang dari Tuhan dan umat-umat Katolik jangan mudah terpedaya dengan cerita-cerita mukjizat atau kebolehannya. Jika kurnia M benar-benar datang dari Tuhan, dia semestinya tahu akan perkembangan gereja – masalah tempatan dan juga luaran negara. Dia semestinya akan mempromosikan ‘Rosari’. Semua umat Katolik tidak diberi pengecualian dalam tanggungjawabnya sebagai seorang Katolik. Seorang Katolik mesti mengetahui ajaran Gereja Katolik (doktrin) dan kerohanian juga perlu selalu dipupuk. Pengetahuan ajaran gereja dan kerohanian perlulah seimbang agar tidak mudah disesati dengan cerita-cerita ‘mukjizat’ yang asal-usulnya pun mempunyai banyak keraguan.
7 comments:
Kisah terbaru yang saya dengar tentang kumpulan ini adalah ianya masih aktif berjalan. Beberapa ahli lama dalam kumpulan ini telah pun 'dinaikkan' pangkat kerana memperolehi 'kurnia' yang diajarkan oleh M. Tetapi ada juga ahli yang telah 'dibuang' oleh M. Seorang kawan mengatakan ada seorang ahli yang dahulunya mempunyai rambut panjang dan selalu nampak selekeh tetapi selepas dibuang dari kumpulan ini menjadi lebih segak dan sentiasa berpakaian kemas.
Apa tindakan Gereja dan tindakan saudara untuk menlenyapkan kumpulan ajaran sesat ini dari muka bumi? Tq.
Setahu saya, Gereja disini cuma memberi amaran.Umat yang faham dengan ajaran Gereja Katolik yang sebenar tidak akan mudah terpedaya.Tindakan saya...(siapalah saya...) hanya berdoa terus-terusan dan memberi amaran melalui blog ini. Jika saya diberi peluang berjumpa dengan M atau siapa2 yang tersesat, saya akan berterus-terang tetapi melakukan dengan cara lembut tetapi tegas.
di paroki/daerah saya belum lagilah ada ajaran sesat ni tetapi umat Katolik yang suka berkata2 'sama je,RC dengan SIB,kita pergi sembahyang dengan SIB pun ok..masih juga berketuakan Jesus yang sama' ni banyak(hehe...)
aku ni agak terbuka tetapi tidak berkompromi dengan Iman/kepercayaan ku sebagai RC.Inilah cabaran paroki/daerah saya.tq
Terima kasih dengan cerita dari paroki saudara. Untuk pengetahuan saudara, masalah yang dihadapi oleh paroki saudara itu bahawa umat katolik menyamakan kedudukan agama Gereja RC dengan agama gereja Protestan adalah satu masalah yang dipanggil 'EKUMENISMA VATIKAN KE-II' dimana doktrin ini mengajarkan bahawa 'Semua agama adalah sama kerana akhirnya semua orang (apabila meninggal)akan menghadap Tuhan yang sama'. Doktrin ini adalah doktrin baru Gereja Katolik. Ianya cuma diperkenalkan pada tahun 1960-an.
Sebelum Vatikan ke-II, doktrin Ekumenisma adalah '...diluar Gereja Katolik, tidak ada penyelamatan' dan ini juga doktrin yang dipegang oleh semua santo-santa dan bapa2 ortodoks yang hidup sebelum Vatikan ke-II. Cuba saudara renungkan ayat ini - Gal 1:8-10.
Pada perasaan saya, saudara mungkin berpegang pada doktrin Ekumenisma sebelum Vatikan ke-II. Ini adalah ajaran yang sepatutnya umat Katolik pegang - Ini adalah IMAN GEREJA KATOLIK dan BUKAN ajaran dari Ekumenisma Vatikan ke-II. Tetapi saya pasti saudara juga berasa hairan ya, apabila mendengar ramai paderi2 gereja Katolik berkhutbah tentang ekumenisma Vatikan ke-II. Kepada umat Katolik yang telah bersedia, perkara ini tidak menghairankan. Ianya sudah diprofesikan oleh Bonda Maria melalui beberapa penampakkannya yang telah diluluskan oleh Paus dan santo-santa juga ada menyebutnya, seperti santo Paulus. Tuhan Yesus sendiri ada mengatakan mengenainya beberapa kali di Alkitab. Zaman kita sekarang adalah zaman paling runcing (seakan zaman jahiliah) tetapi dikaburi dengan pemodenan dan kemajuan teknologi...Renungkan kembali kata-kata Santo Paulus dalam Gal 1: 8-10 dan berdoalah minta petunjuk. Saya nasihatkan jika saudara ada kesempatan memberi penerangan kepada umat Katolik lain mengenai 'kepercayaan salah' mereka (bahawa semua agama kristian sama), perbetulkan kesilapan mereka. Jadi ajaran sesat sekarang bukan sahaja diluar gereja tetapi juga di 'dalam' Gereja...Salam Damai.
Bukan senang menjadi kristian yang benar, kalau sekadar mencari nama dan memakai nama kristian untuk menjadi terkenal, bagus lagi bertobat cepat-cepat sebelum waktunya..
"Dari buahnyaLah kamu akan mengenal mereka, tidak mungkin kita memetik anggur dari semak duri".
Kenalah banyak membaca kitab suci dan memahaminya. Kalau langsung tidak faham, minta bantuan kawan-kawan yang aktif dalam pelayanan geraja atau para paderi atau sister... sebab sekarang ini kita seperti domba di tengah-tengah serigala...
Komen kamu, San bagus sekali. Saya juga amat hairan mengapa ada umat yang mudah terpedaya dengan orang2 yang dikatakan berkurnia ini - padahal kurnia2 yang dapat dilihat amat jelas sekali berakar-umbi dari sikap keangkuhan. Bayangkan...apabila ahli2 ini 'dipanggil' (secara telepatik) semasa mereka sedang bersarapan, dikatakan badan mereka akan kaku untuk beberapa ketika kerana roh mereka telah keluar dari badan untuk melakukan 'sesuatu kerja' (mungkin juga pergi ke negara lain). Bukankah Tuhan telah memberi 'Malaikat Penjaga' kepada setiap manusia dan merekalah yang menjaga kita. Mengapa pula manusia diberi sesuatu tugas yang telah pun diamanatkan kepada para malaikat. Adakah Tuhan telah berubah fikiran sehingga perlu memilih manusia untuk mengambil-ahli sebahagian dari tugas para malaikat? Sesuatu yang perlu direnungkan oleh umat apabila berhadapan dengan cerita2 kurnia2 sebegini yang apabila dikaji lebih mendalam bertentangan dengan ajaran Kristian.
Post a Comment