Pertama: Menjaga keutuhan dogma.
Penggunaan bahasa Latin memastikan liturgi tidak dicemari dengan ajaran menyimpang (heresy). Penterjemahan teks liturgi yang berterusan kepada bahasa lain boleh mendatangkan risiko 'ketidaktepatan' yang tinggi. Bahasa Latin digunakan untuk memelihara keutuhan dogma dan ajaran kudus gereja Roman Katolik.
Kedua: Keperluan untuk stabiliti.
Bahasa Latin adalah bahasa 'mati'; bahasa yang tidak berubah, bahasa yang dikunci, sentiasa sama. Ini berbeza dengan bahasa Inggeris, Sepanyol dan bahasa hidup yang lain. Bahasa hidup sentiasa berubah dan perubahannya adalah ketara. Generasi lama (nenek moyang kita) akan menghadapi masalah untuk memahami generasi yang muda kerana ketidaksefahaman dari segi penggunaan bahasa. Misalnya perkataan bahasa Inggeris 'gay' pada masa dahulu bermaksud 'gembira' dalam bahasa Malaysia. Tetapi pada hari ini maksud perkataan ini sudah berubah, ianya lebih di fahami sebagai lelaki yang berhubungan sejenis. Maka, bahasa Latin dipilih sebagai bahasa liturgi kerana ada kestabilan.
Ketiga: Memelihara Tradisi.
Paus Pius X mengatakan sahabat sebenar orang Katolik adalah mereka yang memelihara tradisi gereja atau dikenali sebagai 'traditionalists' bukan para revolusi dan innovasi (Letter on the Sillon; 25 VIII 1910). Gereja amat menghormati tradisi. Penggunaan bahasa Latin dalam liturgi memberikan umat suatu gambaran kekekalan dan kebesaran Tuhan.
Keempat: Memelihara Kesatuan Gereja.
Bahasa Latin telah digunakan oleh banyak negara sejak zaman dahulu lagi sehinggalah pada masa kini. Ianya adalah salah satu bahasa yang diterima sebagai bahasa internasional. Penggunaannya diseluruh dunia boleh diterima dan tidak wujud hasad-dengki diantara negara-negara. Maka dengan ciri ini, gereja memilihnya sebagai bahasa yang menyatukan semua umat Katolik didunia.
Kelima: Latin mempunyai kualiti linguistik.
Latin adalah bahasa yang berkualiti tinggi. Kemurniaan dan keharmoniannya dapat memelihara misteri kudus. Ia tidak mempunyai kata-kata yang kesat dan tidak sopan. Sesuatu penjelasan juga lebih mudah disampaikan dalam bahasa Latin kerana ketepatannya yang tinggi.Click Here for English.
No comments:
Post a Comment