
Sebelum pertempuran di Lepanto, Don Juan dikatakan telah menerima sekeping gambar dari Philip II, iaitu gambar Maria dari Guadalupe (Our Lady of Guadalupe). Dia kemudian telah meletakkan gambar itu di kapel kapal laut admiral dan memohon perlindungan dari bonda Maria dalam menjalankan ekpidisi mereka. Sungguh amat mengharukan apabila pertarungan ini berlaku, bala tentera Katolik bertempur dengan melutut dan dengan satu tangan menggengam Rosario dan yang satu lagi memegang pedang. Don Juan juga mengarah dram dipukul mengikut rentak doa Rosario. Santo Paus Pius V meminta agar seluruh rakyat Eropah berdoa kerana kemenangan yang amat bersejarah itu. Kemenangan itu merupakan satu mukjizat bagi orang Katolik dan mereka tahu Ratu Rosario, yakni, bonda Maria bertanggungjawab memberikan kemenangan itu - yang kemudiannya mendapat gelaran Ratu yang membawa kemenangan (Our Lady of Victory).
No comments:
Post a Comment