Latin Version: Ave Maria (or Salutatio Angelica)
Ave Maria, gratia plena, Dominus tecum. Benedicta tu in mulieribus, et benedictus fructus ventris tui, Iesus. Sancta Maria, Mater Dei, ora pro nobis peccatoribus, nunc, et in hora mortis nostrae. Amen
Al-kisah seorang perwira yang sangat terkenal dengan hati mulianya, amat menyesali dengan kesalahan-kesalahan masa lampaunya. Keinginan yang kuat untuk menebus dosa-dosanya mendorongnya membuat keputusan untuk menghabiskan kehidupannya dalam sebuah biara Citeaux (Abbey of Citeaux). Oleh kerana si wira adalah seorang buta huruf, maka seorang rahib ditugaskan menjadi gurunya mengajar doa-doa gereja. Malangnya, setelah bertungkus-lumus bak semangat perwira wajanya, sepanjang hayatnya di biara, dia cuma mampu mempelajari dua perkataan sahaja iaitu 'Ave Maria' atau 'Salam Maria'. Dua perkataan ini menjadi begitu sebati dengan jiwanya sehinggakan kemana-mana ia pergi, salamnya sentiasa bermula dengan perkataan ini.
Apabila wira ini meninggal dunia, dia dikuburkan di tanah perkuburan umat Katolik berhampiran dengan gereja. Tidak lama kemudian, bunga jenis 'fleur-de-lis' tumbuh dari kuburan si wira. Kejadian aneh berlaku apabila orang ramai mendapati pada setiap bunga ini ada tertulis perkataan 'Ave Maria'. Keanehan ini menjadi tanda tanya kepada semua orang sehinggakan keputusan dibuat agar kuburan/ gua (sepulchre) si wira dibuka kembali untuk mempastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Keganjilan yang disaksikan oleh orang ramai bertukar menjadi suatu kekaguman apabila mereka mendapati akar bunga ini tumbuh dari mulut si wira. Tuhan menunjukkan kebesaran-Nya, juga menunjukkan kepentingan berdoa Rosario, dengan menunjukkan betapa umat perlu menghormati si wira walaupun devosinya hanya kepada dua perkataan iaitu - 'AVE MARIA'.
Cerita ini dipetik dari ' Golden Legend'.

No comments:
Post a Comment