Seorang teman memberikan saya keratan akhbar ‘Catholic Sabah’ yang bertarikh Nov 2004 ini. Sila klik (+) untuk memperbesarkannya agar mudah dibaca. Sebenarnya keratan akhbar ini telah lama ada dalam simpanan saya. Teman yang memberikan keratan akhbar ini sedang mengumpul suratkhabar lamanya (untuk tujuan dibuang atau dijual) apabila terbaca akan artikel yang dianggapnya amat mengejutkan. Saya juga sudah lama berniat untuk memposkannya ke dalam blog tetapi…entah…mungkin belum bersedia atau kurang pasti bagaimana menggomen kandungan artikel itu. Yang pastinya, saya seperti juga teman saya yang menemui artikel itu, merasa teramat sedihnya dengan hasil pena penulis ‘Do you know…’ itu. Artikel itu mencerminkan minda seorang ‘modenis yang tulin’! Seorang anak murid Chardin dan Tyrrell.
Semasa membaca artikel itu, perasaan saya amat berkecamuk – marah, sedih, hairan, simpati…sehinggalah saya mengatakan pada diri sendiri, ‘Krisis dalam gereja Roman Katolik benar-benar adalah satu kenyataan kerana syaitan dengan legionisnya telah menyelinap ke hampir seluruh gereja didunia termasuk gereja-gereja di
Saya masih berfikir perlukah saya menterjemahkan artikel itu ke dalam Bahasa Malaysia? Keadaannya adalah seperti saya (tanpa kerelaan) dipaksa untuk melihat sesuatu yang teramat hodoh…tetapi umat perlu tahu akan artikel ini dan saya tidak boleh mengambil jalan senang dengan tidak mengambil tahu langsung! Saya rasa memadailah jika saya membuat satu ringkasan yang mudah difahami atau kesimpulan dari artikel ‘Do you know…’ ini.
Penulis membezakan rekabentuk dua buah gereja/katedral, iaitu katedral lama, St. Michael (sebelum perang dunia-II) dan katedral baru iaitu Sacred Heart. Penulis menerangkan tentang signifikasi rekabentuk katedral baru. Dia menggambarkan suasana yang 'gelap dan muram' untuk gereja St. Michael dan suasana yang 'terang dan ceria' untuk katedral baru. Perbezaan cara misa dirayakan, cara umat berdoa, respon dan sikap umat sebelum dan selepas Vatikan-II (sebelum dan selepas tahun 1969) dijadikannya sebagai ukuran untuk 'membanggakan' katedral baru yang terletak di diosis Kota Kinabalu ini.
Jelas sekali, si penulis lebih menyukai zaman kristian pada masa ini kerana menurutnya zaman sekarang ini adalah zaman dimana kita boleh ‘menyisihkan’ kesengsaraan Yesus , penekanan adalah kepada Yesus yang sudah bangkit (selalu bergembira, berceria, lebih relaks), tidak perlu terlalu serius memikirkan tentang kewujudan neraka, pertaubatan dan penebusan dosa… sikap gementar kerana berbuat dosa tidak lagi perlu dirisaukan, (yang amat dashyatnya lagi) penulis meluahkan ‘kegembiraannya’ apabila Tabernakel tidak lagi diletakkan didalam gereja utama (dalam kata lain, fokus kepada Tuhan Yesus tidak lagi penting) kerana lukisan di dinding atau gambar mozek (kreativiti yang menelan belanja besar) adalah jauh lebih penting!!!…Bilik taubat (Confession room) diubah suaikan agar lebih berfungsi sebagai bilik kaunselling…
Saya mohon kepada para pembaca, fikirkanlah, adakah semua ini cuma ada dalam fikiran saya, rekaan saya semata?…jika ya, lupakanlah semua yang diungkitkan tadi tetapi jika pembaca setuju dengan pandangan saya, mulakanlah mengambil langkah menyelamatkan roh anda – mulakan dengan berdoa Rosario setiap hari..mintalah bantuan dari ROH KUDUS agar mendapat petunjuk kepada ajaran benar gereja Katolik dan dijauhkan dari ajaran palsu yang sedang berleluasa diseluruh gereja Roman Katolik sekarang ini.
4 comments:
That's not Catholic!!!
Do you mean the article in the Catholic Sabah or my comment? Care to be specific. Thanks.
"That's not Catholic"
Sorry, I was in a hurry that I had to leave a short comment like that. That comment was meant for the article.
It is no surprise. It happened everywhere even in Sarawak. Something that is beyond our help.
Do not ever think of stopping to expose errors you may have encountered in KK Archdiocese or everywhere else, otherwise the work of the devil will become easier if some good souls just keep quiet, hence dragging more souls to hell.
Remember, lex suprema salus animarum. The supreme law is the salvation of souls. To save our soul, we need to know the Truth. And others who are led to errors should be brought back to the Truth. We know what the Truth is, therefore, we tell them what the Truth is. If we just keep the Truth to ourselves, then we are not helping the Church which is in crisis. And the truth is that, we must not remain silent because what matter most is the salvation of our soul and souls of others.
Keep on the exposé. Keep the faith. Keep on praying the Rosary. Our Lady will help us.
Thank you.
+AMDG+
Very well said AMDG. God bless you!
Post a Comment