Kontrasepsi dalam bentuk lain, banyak diamalkan oleh wanita-wanita kampung, dibantu oleh bidan-bidan kampung yang berpengalaman, ialah dengan menggunakan teknik-teknik urutan. Urutan sebenarnya amat baik untuk kesihatan kerana ia melancarkan perjalanan darah, melegakan urat-urat yang terseliuh, bengkak, kebas dan sebagainya. Tetapi, manusia, (apabila diberi sedikit kelebihan) begitu cepat menyalahgunakan kelebihan ini. Saya sendiri pernah mendengar pengakuan dari beberapa bidan kampung cara-cara urutan pada peranakan yang boleh 'memandulkan' seseorang wanita yang tidak ingin lagi mempunyai anak. Ini kononnya adalah cara alternatif bagi wanita yang tidak ingin memakan pil atau pasangan yang tidak mahu menggunakan kondom.
Kontrasepsi secara pemakanan herba-herba yang boleh mencegah kehamilan juga ada di pratikkan dikalangan ibu-ibu di kampung. Sebagaimana yang kita tahu, ada seribu satu jenis herba di dunia dan semuanya mempunyai fungsi yang berlainan. Pemakanan herba dipercayai selamat dan tidak membawa kesan sampingan jika diamalkan mengikut peraturan dan sukatan yang direkomendasikan. Dikatakan apabila si ibu ingin mengandung lagi, dia hanya perlu berhenti dari memakan herba cegah hamil tersebut. Saya tidak pasti keberkesanan dan keselamatan dari cara kontrasepsi begini...tetapi apa pun akibatnya nanti, manusia juga, khasnya kaum ibu-ibu lah yang akan banyak menanggung segala risiko kesihatan akibat dari percubaan ingin 'memproggrammasikan' masa-masa kesuburan seorang wanita.
Kontrasepsi surgeri pula adalah pengikatan rahim wanita atau sterilizing agar tidak boleh mengandung lagi. Sterilizing bukan sahaja boleh dilakukan pada wanita tetapi juga pada kaum lelaki (tetapi saya kurang pasti apa yang diikat atau dibuang). Yaaa...macam-macam ada didunia ini...
No comments:
Post a Comment