Kontrasepsi (Contraception) adalah penggunaan, pemakanan dan suntikan alat-alat dan ubat-ubatan yang mencegah kehamilan, digunakan oleh kaum lelaki dan juga wanita (majoriti oleh kaum wanita). Sejak zaman 60-an, selepas kontraseptif yang pertama diperkenalkan, ianya telah dipromosikan dan dipasarkan secara berleluasa, begitu mudah didapati di kedai-kedai farmasi, hospital ibu dan anak, hospital kerajaan dan juga hospital swasta, tidak kurang juga yang dijual di pasar malam dan pasar gelap. Suatu masa dahulu, wanita begitu takut membuat seks sesuka hati kerana tidak inginkan kehamilan luar nikah, atau kehamilan yang tidak dirancang (pada pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai banyak anak), kini semuanya sudah berada 'dibawah kawalan' (under control)...begitulah anggapan manusia dizaman ini. Adakah ianya benar-benar under control???
Penciptaan kontrasepsi, yang juga dilihat sebagai satu kemajuan dalam bidang Sains, amat dikagumi oleh manusia. Bahkan, seringkali juga ada doktor-doktor yang memberi preskripsi pil kontrasepsi sebagai ubat alternatif merawat penyakit perempuan. Kaum lelaki dan wanita dewasa, berasa bebas untuk melakukan seks pada bila-bila masa, bebas dari beban atau tanggungjawab yang tidak diingini...Kontrasepsi telah memulakan satu revolusi...revolusi yang telah merubah pemikiran dan cara-hidup manusia. Undang-undang kerajaan negara-negara diseluruh dunia tidak menentang penggunaan kontrasepsi. Maka sesiapa pun berhak mempertahankan haknya menggunakan kontrasepsi. Tetapi nanti dulu...Apa kata Yesus dalam hal ini? DIA mengatakan dari dahulu hingga sekarang, ajaran-Nya adalah TETAP sama. Lihat Alkitab, bab Ibrani 13:8.
Penggunaan kontrasepsi adalah dilarang oleh Gereja Katolik. Ia melanggari Hukum Tuhan yang ke-6 (dari 10 Hukum-hukum Tuhan atau Ten Commandments). Tanpa membuang masa lagi, saya akan cuba huraikan mengapa kontrasepsi tidak dibenarkan dan adalah dosa mortal. (Sebenarnya saya tidak menggemari topik ini kerana ia agak rumit dan sesetengah penerangan memerlukan penerangan saintifik, ianya berkait-rapat dengan masalah-masalah saikologi, juga membawa kesan atau impak yang negatif terhadap ekonomi dan sosial sesebuah negara...tapi saya akan cuba sedaya-upaya)
1. Pasangan yang sudah berkahwin, diwajibkan untuk menerima seberapa banyak anak yang dianugerahkan oleh Tuhan. Dalam sakramen perkahwinan, pasangan diberi berkat agar membesarkan anak-anak yang dilahirkan kedunia dan dipertanggungjawabkan memberi ajaran agama agar segala kebesaran diberikan kepada Tuhan. Tuhan sudah memesan agar pasangan tidak terlalu bimbang tentang makanan dan pakaian, kerana Tuhan akan memberikannya. Lihat Mat 6: 26.
2. Penggunaan kontrasepsi dikalangan ibu-ibu akan menyebabkan kesihatan mereka terganggu. Kita sedia maklum, kesihatan seorang wanita amat bergantung kepada kestabilan hormon yang mana pusingan subur, tidak subur dan masa haid adalah pusingan normal bulanan setiap wanita. Telah dibuktikan, dalam banyak kes, ibu-ibu atau wanita yang menggunakan kontrasepsi telah mengalami penyakit hipertensi, kanser, ketumbuhan, ketidak-stabilan hormon dan tidak kurang juga yang menjadi mandul selepas penggunaannya yang sekian lama.
3. Suami yang mengalakkan isterinya menggunakan kontrasepsi adalah suami yang mementingkan diri. Ramai pasangan berkahwin yang menggunakannya tidak menyedari bahawa 'perasaan cinta' antara mereka lama-kelamaan, sedikit-sebanyak menjadi pudar, dan akhirnya boleh menyebabkan penceraian. Hal ini disebabkan 'badan kita adalah juga rumah Tuhan Roh Kudus (1 Kor 6:19), maka apabila kita melanggar undang-undang Tuhan, lama-kelamaan pasangan akan melalui perubahan saikologi (seperti si isteri akan merasa dirinya tidak dihargai dan akan bersikap dingin dan si suami pula tidak dapat menyelami atau memahami perasaan isterinya). Musuh gereja, si iblis, akan justeru mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan rumahtangga. Pasangan pun lemah kerana sudah berbuat dosa mortal banyak kali dan tidak menyedari mereka telah diperangkap oleh iblis.
4. Penggunaan kontrasepsi melahirkan generasi lelaki yang kurang kebal. Ini lebih bermaksud generasi yang 'lemah' dari segi fizikal, mental dan spiritual. Lelaki adalah sebenarnya ketua pada sebuah keluarga ataupun ketua masa-depan (leader in the making). Pernah dengar kata-kata 'like father, like son'? Sebenarnya wanita berperanan untuk memupuk semangat 'leadership' pada seorang lelaki, suami atau anak lelaki, bukannya memanjakan mereka. Tetapi jika si bapa dibiarkan mendapat seks, si isteri memberikan dengan tidak putus-putus menggunakan kontrasepsi, ia akan memupuk sikap suami yang tidak bertanggungjawab (Ini adalah perubahan saikologi). Maka tidak hairan pada hari ini, kita melihat banyak rumahtangga yang hancur-derai kerana wujudnya generasi ketua yang lemah ini.
5. Penggunaan kontrasepsi juga dibuktikan telah menyebabkan pengguguran anak. Ramai pasangan yang mengamalkan pemakanan pil kontrasepsi langsung tidak mengambil tahu akan bahan-bahan yang dicampurkan kedalamnya. Sebenarnya terdapat bahan kimia yang dicampurkan kedalam pil-pil ini yang berperanan membunuh benih yang telah disenyawakan.
6. Penggunaan kontrasepsi mengalakkan hubungan seks luar nikah. Ramai pasangan yang belum kahwin tetapi tinggal bersama memilih jalan menggunakan kontrasepsi sebagai mengelak dari 'malu' mengandung sebelum kahwin. Zaman ini gaun pengantin yang berwarna 'putih-bersih-suci' (warna yang melambangkan belum dinodai) tidak lagi membawa apa-apa erti dalam perkahwinan. Kontrasepsi juga banyak digunakan dalam kehidupan suami-isteri yang berlaku curang.
7. Penggunaan kontrasepsi menyebabkan populasi dunia semakin berkurangan. Pengurangan populasi akan membawa akibat pada ekonomi kerana apabila generasi bekerja memasuki umur wargatua, dan kurang generasi muda untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh wargatua ini, maka ketidak-stabilan dari segi ekonomi dan sosial akan berlaku.
8. Penggunaan kontrasepsi tidak memberi jaminan persenyawaan benih tidak akan berlaku. Ciptaan manusia tidak pernah sempurna 100% sebaliknya lebih memudaratkan diri. Pasangan yang menggunakan kondom, misalnya, mendapati kehamilan tetap boleh berlaku. Mungkinkah kualiti plastik kondom terlalu rendah sehingga sperma boleh menembusi keluar? Begitu juga penggunaan pil cegah hamil, tetap tidak dapat mencegah kehamilan 100%. Adakalanya akibat pemakanan pil cegah hamil, dan kehamilam tetap berlaku, anak yang dilahirkan mempunyai kecacatan diri. Kepada pasangan yang berzina, berlaku curang terhadap isteri atau suami yang setia, fikirlah terlebih dahulu sebelum membuat perkara bodoh. Kecurangan pasangan berumahtangga dan pengamalan seks bebas adalah antara sebab-sebab utama bagaimana penyakit Aids dan kelamin yang lain dapat merebak dengan begitu cepat sekali. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah, sepandai-pandai manusia akhirnya TEWAS jua dengan kebodohan sendiri!
bersambung...
Versi Bahasa Inggeris:
Is Human population really the problem?
The population problem that isn't
Why contraception is wrong?
Contraception: Why not?
On Abortion and Contraception.
No comments:
Post a Comment