Semasa Tuhan Yesus menjalankan misi-Nya di dunia, Dia sering menggunakan cerita-cerita perumpamaan (parables) apabila menyampaikan ajaran Kristianiti kepada umat baru dan lama. Anehnya, penyampaian ajaran dalam bentuk perumpamaan lebih mudah difahami dan hati umat juga lebih terbuka menerima ajaran- ajaran Kristian.
Saya menyentuh topik ini kerana saya sendiri sedang melalui kesukaran untuk cuba memahamkan teman-teman rapat saya akan keadaan 'satu situasi'. Penjelasan secara terus atau 'direct' telah menyebabkan teman-teman 'mengelak' dari bersemuka dan enggan bercakap dengan diri saya. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahi mereka kerana 'situasi' yang disebut tadi memang agak rumit dan 'diabolical'...
Cerita perumpamaan saya begini....
Semua orang sedia maklum bahawa jika seseorang ingin melawat banduan di penjara, si pelawat haruslah meminta kebenaran terlebih dahulu. Kebenaran ini perlu dibuat secara lisan dengan menghantar sepucuk surat kepada pengarah penjara, sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari lawatan, memberitahu tujuan lawatan, nama, kod banduan, tarikh dan masa lawatan itu. Hanya selepas kebenaran ini diperolehi, barulah warden penjara akan mengaturkan lawatan.
Tiba pada hari lawatan, si pelawat perlu melalui 'pondok sekuriti' yang dijaga oleh beberapa orang polis, sebelum dibenarkan masuk ke kawasan penjara.. Pelawat akan diminta mengeluarkan dokumen pengenalan diri, samada kad pengenalan jika ia warganegara atau paspot antarabangsa jika ia bukan warganegara. Plet nombor kereta yang membawa pelawat itu juga akan direkodkan. Semua ini adalah langkah-langkah keselamatan (protokol) yang perlu diambil untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di sekitar luaran dan dalaman kawasan penjara. Satu lagi langkah keselamatan ialah mengelakkan penyelewengan dengan merotasikan atau mengantikan polis yang ditugaskan di pondok sekuriti dari masa ke semasa.
Senario 1 :
Si pelawat ini seorang paderi dan tujuan lawatannya adalah untuk mendengar pengakuan (Sakramen Pengakuan) dari para banduan agar mereka dapat menerima Sakramen Mahakudus selepas itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk penyelamatan roh banduan. Andaikan ini adalah lawatan bulanan...jika senario dibawah ini berlaku..
Pada satu lawatan ke penjara, si Paderi terlupa membawa dokumen pengenalannya...
(1) Masih bolehkan paderi ini dibenarkan masuk melawat banduan?
(2) Bolehkah paderi ini meminta 'pengecualian istimewa' kerana dia seorang paderi dan tujuannya BAIK, ingin menyelamatkan roh?
(3) Kerana lawatan ini dilakukan pada setiap bulan dan paderi sudah menganggap ia adalah sebahagian dari rutin kerjanya, bolehkah paderi mengambil sikap lewa yang dirinya sudah dikenali dan tidak perlu menunjukkan dokumen pengenalannya lagi setiap kali membuat lawatan ke penjara?
JAWAPAN: TIDAK BOLEH (Soalan 1, 2, 3). Seorang paderi tidak boleh menggunakan 'tugas' nya sebagai alasan untuk mendapat pengecualian istimewa. Jika polis memberi pengecualian istimewa dan kelak hal ini diketahui oleh pihak umum, sistem sekuriti organisasi kerajaan ini akan dipersoalkan. Keadaan ini boleh 'menyusahkan' petugas-petugas di pondok sekuriti kerana kredibiliti mereka telah goyah dan mereka juga mungkin akan dihukum oleh pegawai atasan. Oleh kerana polis di pondok sekuriti sentiasa diganti selepas sesuatu tempoh, paderi harus bersedia akan kemungkinan dirinya tidak dikenali.
Senario 2 :
Andaikan senario diatas menjadi rumit...Pada hari Paderi lupa membawa dokumen pengenalannya, seorang dari banduan-banduan sedang nazak dan berada dalam keadaan bahaya...( a case of necessity)
JAWAPAN: "MUNGKIN BOLEH" TETAPI DENGAN SYARAT!!! PEGAWAI ATASAN PERLU DIBERI 'BRIEFING'. HANYA SELEPAS MENDAPAT PERSETUJUAN DARI PEGAWAI barulah paderi dibenarkan masuk ke kawasan penjara. Yang pastinya, kebenaran tidak boleh diberikan dengan sewenang-wenangnya. Persetujuan diberi hanya selepas masalah dikenalpasti, bahawa ia benar-benar kes yang memerlukan pengecualian dari undang-undang protokol.
Senario 3 :
Andaikan senario diatas menjadi bertambah rumit...Paderi tetap tidak mendapat kebenaran dan banduan yang sedang nazak itu meninggal dunia pada waktu 'kebenaran masuk' itu sedang diproses.
(1) Patutkah paderi mempertikaikan dan memperbesar-besarkan isu itu? Adakah hal 'mati' seseorang itu boleh dikawal oleh manusia biasa?
JAWAPAN: TIDAK PATUT. HIDUP DAN MATI SESEORANG DITENTUKAN OLEH TUHAN. Bagi organisasi kerajaan yang mementingkan integriti sistem sekuritinya, protokol-protokol sekuriti adalah wajib. Paderi walaupun niatnya baik tetap perlu tunduk pada peraturan yang diwajibkan kepada seorang pelawat. Dalam hal ini, kecuaian paderi yang lupa membawa dokumen pengenalannya telah melewatkan dan menyulitkan keadaan. Ada kemungkinan juga banduan yang nazak itu boleh diselamatkan jika masalah itu tidak timbul.
KESIMPULANNYA...
Gereja Roman Katolik juga mempunyai undang-undang-Nya sendiri. Umat, samada para religius atau biasa, perlu mentaati undang-undang gereja kerana ia dibuat untuk kebaikan semua. Sebarang 'jalan pintas' atau ketidaktaatan hanya akan menyebabkan 'ketidakseimbangan' berlaku. Ketidakseimbangan atau ketidakharmonian ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana penangguhan mungkin akan mengakibatkan 'kebingungan' di kalangan umat, menjadi lagi parah jika ianya dibiarkan berterusan untuk sekian lama.
Apabila perumpamaan diatas diaplikasikan dalam gereja, ia juga membawa efek yang SAMA. Cuma dalam hal ini, ianya menjadi lebih serius kerana melibatkan undang-undang gereja Tuhan Yesus Kristus.

1 comment:
Dalam perumpamaan ini, saya menyamakan: Organisasi kerajaan = Agama Roman Katolik, Polis di pondok sekuriti = kakitangan2 vatikan, Pegawai atasan = Sangti papa, Paderi = Pemimpin religius oder, banduan2 = umat2 gereja, banduan nazak/ mati = krisis2 dalam gereja yang menyebabkan roh umat yang sakit, tidak kurang juga roh yang tidak terselamat. Kecuaian paderi = ketidak-taatan.
Post a Comment