Luangkan masa selama 15 minit kepada Bonda Maria setiap hari. Berikan Dia 15 minit dari masa kamu, supaya kamu betul-betul dapat menghayati misteri Rosari. Rosari dikenali sebagai ‘Pendera Syaitan’. Doa yang amat dikehendaki oleh Bonda Maria adalah doa Rosari. Pada hari ini, doa ini ditentang dengan hebat dan mereka yang menentangnya menganggap diri mereka ‘bijak’. Orang bijak ini tidak ingin berdoa Rosari kerana menurut mereka Rosari adalah doa yang tidak bermakna, ianya sekadar pengulangan kata-kata.
Maria adalah manusia yang hidup, bukannya memori. Kita bercakap dengan Dia apabila kita berdoa terutamanya semasa Rosari kerana kita bermeditasi and meminta pertolongannya agar permintaan yang dibuat semasa meditasi itu dikabulkan. Apabila uskup hendak mentahbiskan Santo Yohannes Vianne yang juga dikenali sebagai ‘Cure of Ars', dia merasa tidak yakin dengan kebolehan santo ini untuk menjadi paderi. Tetapi apabila uskup mengemukakan soalan ini, ‘Adakah kamu pandai berdoa Rosari?’, santo ini menjawap,’tentu sekali, dan sangat lancar’. Uskup apabila mendengar jawapannya berasa amat puas hati dan berkata, 'kita akan mentahbis dia. Dia akan menjadi seorang paderi yang hebat’. Apabila seseorang postulan, religius atau seminarian tidak menyukai Rosari, hantarlah dia balik ke rumah kerana orang sebegini tidak akan menjadi paderi atau rahib yang baik.
2 comments:
Rasary prayer is a way for us to talk to Mother Mary..So pray always dear Christian.
"One day, through the Rosary and the Brown Scapular, I will save the world." - Mother Mary
Post a Comment