Wednesday, February 11, 2009

Seminar Mematahkan Kutuk Pohon Keluarga

Pada tahun 2003, saya telah menyertai seminar/ retret ‘mematahkan kutuk dalam pohon keluarga’, kalau tidak silap saya, selama 3 hari 2 malam. Tempat retret adalah di Puteri Karmel, Kangairan, Tambunan. Saya memilih untuk menyertai retret ini kerana amat berminat mendalami pengetahuan dalam pematahan kutuk, maklumlah moyang dulu-dulu berpegang kepada kepercayaan anisma – iaitu pemujaan kepada alam semulajadi dan sebagainya.

Puteri Karmel adalah satu oder religius yang diasaskan oleh Paderi Yohannes Kusuma yang berpusat di Malang, Indonesia. Sister-sister dan brother-brother dari Puteri Karmel menjalani kehidupan kontemplatif tetapi diperbolehkan bergaul dengan komuniti diluar, berbeza dengan Puteri Karmel dibiara (Discalced Sisters). Cara berdoa mereka adalah sama dengan gerakan karismatik.

Sepanjang penyertaan saya dalam retret ini, saya dan kawan-kawan lain diajari bagaimana berdoa secara kontemplatif, melakukan meditasi, memberi pujian kepada Tuhan dengan menyanyi sambil menari (mengoyangkan tangan dan kaki, membuat pusingan setempat), mendengar ceramah dari sister dan brother, membuat sharing, membuat carta pohon keluarga, kaunseling, sesi menumpang tangan atau ‘pray over’ dan akhir sekali pada hari terakhir retret adalah perayaan misa Novus Ordo yang diiringi dengan band yang membawa muzik rancak. Seperti biasa, sister-sister, brother-brother dan juga beberapa peserta retret akan berbahasa roh secara sporadik dari masa ke semasa. Semasa retret dijalankan, ada juga peserta yang berbahasa ‘ganjil’ (berlaku serentak semasa para religius dan peserta lain berbahasa roh).

Saya diberitahu bahawa pematahan kutuk ini berlaku semasa carta pohon keluarga semua peserta dikumpul dan dijadikan sebagai persembahan dalam misa Novus Ordo. Melalui pematahan kutuk ini, peserta dan ahli-ahli keluarganya yang lain (yang ditulis dalam carta) akan bebas dari gangguan dosa moyang-moyang mereka. Bagaimana pula perasaan saya selepas retret tamat? – SANGAT SEDIH kerana jiwa saya tidak merasa apa-apa sentuhan! Perasaan marah kerana kecewa pula timbul!

Seminar on ‘Breaking of the generational curse’


In 2003, I participated in a seminar on breaking of the generational curse. The duration of the seminar was 3 days and was held at Puteri Karmel, Kangairan, Tambunan. I was particularly keen on this seminar because many of my ancestors practiced animism.


Puteri Karmel is a religious order, founded by Father Yohannes Kusuma, an Indonesian with it’s headquarter in Malang, Indonesia. The sisters and brothers from this order practice contemplative life but are not restricted to fulfill their religious duties inside the convent only. Unlike the discalced Carmelite sisters, they are allowed to carry out religious tasks outside of their religious community.


In this seminar, the participants were taught how to pray by contemplation, meditation, how to give praises to our Lord by singing and dancing (swaying and moving our hands and bodies to the beat of the music). We also listened to talks given by the brothers and sisters, shared experiences, made family tree chart, had counseling session, pray-over and lastly, on the final day we attended Novus Ordo mass with the band playing a loud music. During the seminar, the brothers and sisters would sporadically burst into ‘tongue language’. There were also some participants talking in ‘strange’ language (simultaneously with the religious).


I was told that the breaking of the curse would happen during the mass, at the time the family tree charts were presented to the priest, the offertory time. We were told that the participants and their family members who were listed in the family tree chart would be freed from the bondage of the sins of their ancestors. What did I feel after the retreat? …VERY SAD because I felt only emptiness and later feeling angry because of disappointment.

4 comments:

Anonymous said...

Aktiviti ini terlalu menyimpang untuk dikenalpasti sebagai Katolik. Dosa nenek moyang yang kita tahu ialah DOSA ASAL. Ia dilenyapkan melalui Baptism (Permandian).

Avanus said...

Walaupun dosa asal (Original sin) telah dilenyapkan melalui pembaptisan, dosa-dosa besar (mortal sin) yang dibuat oleh nenek moyang selepas itu boleh menyebabkan keturunannya diganggui jika nenek moyang meninggal dengan tidak sempat membuat pengakuan.

Avanus said...

Kebanyakan nenek-nenek moyang di Sabah sebelum missionari datang mengamalkan kepercayaan anisma - langsung belum dibaptiskan.

Anonymous said...

'Gangguan' atau 'sumpahan' yang saya faham ialah apabila seseorang umat Kristian murtad dan berkahwin. Generasinya akan mewarisi kemurtadannya dan menjadi suatu 'sumpahan'. Dosa seorang umat menyebabkan keturunan turut menerima padah. Tetapi dosa berat nenek moyang Katolik yang tidak sempat bertaubat atas kelalaian sendiri akan menderita hukuman kekal atas kesilapan sendiri dan tidak menjejaskan atau mengganggui keturuanannya.

Ia menjadi suatu 'sumpahan' apabila seseorang itu tidak kukuh iman Katoliknya dan mempercayai bahawa ada sumpahan nenek moyang yang perlu 'diberi makan'. Oleh itu, mereka percaya bahawa harus dibuat suatu upacara (bukan Katolik atau mirip Karismatik atau kepercayaan pagan) untuk melenyapkan 'sumpahan' itu. Kepercayaan 'sumpahan' seperti ini adalah suatu kepercayaan yang terpesong.