Apabila saya
Saya mungkin tidak akan berfikiran sedemikian jika bukan kerana teman seiman yang beberapa bulan lalu telah membuat skandal. Apalah gunanya menjadi ‘tin kosong’, yang hanya kuat bunyinya apabila diketuk tetapi didalamnya kosong belaka. Apalah gunanya pengetahuan dogma dan doktrin yang setinggi gunung Everest jika tiada kemurahan hati (Charity)…kesedaran tentang krisis dalam gereja perlu diikuti dengan sikap tanggungjawab terhadap umat. Tetapi nampaknya, umat yang menghadiri misa Latin tidak juga kebal dari godaan syaitan…begitu juga paderi tradisional bukan semuanya kudus dan oh ya, mengenai bahasa Latin, saya juga tidak berapa memahaminya. Selain boleh berdoa ‘Bapa Kami’, ‘Salam Maria’, ‘Gloria..’ dan beberapa doa lain dalam bahasa Latin, selebihnya saya masih berpandukan buku misa yang ada terjemahannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Jadi, mengapakah saya masih memilih menghadiri Misa Tradisional Latin atau Misa Tridentin ini? Setelah saya renungkan perkara ini, saya memutuskan ada beberapa sebab mengapa ‘Misa Latin’ tetap menjadi misa pilihan saya.
- Ianya adalah misa Santo-santa. Santo-santa yang terkenal (semuanya santo-santa sebelum 1960-an) hanya tahu satu jenis misa sahaja – Misa Tradisional Latin/ Misa Tridentin. Mereka tidak pernah membuat aduan akan masalah bahasa Latin. Segala berkat dan grasia yang mereka terima adalah melalui misa ini. Dalam erti kata lain, mereka menjadi santo-santa kerana misa ini.
- Mukjizat Ekaristi (http://www.therealpresence.org/eucharst/mir/engl_mir.htm) boleh dibaca dihalaman web ini, berlaku banyak sekali sebelum zaman Vatikan-II. Dalam era Vatikan-II, jumlah mukjizat Ekaristi ini boleh dikira dengan jari satu tangan sahaja. Pada pendapat saya, perbezaan jumlah mukjizat yang ketara sebelum dan selepas Vatikan-II menunjukkan iman Katolik pada zaman dahulu adalah sangat teguh. Tuhan memberikan ‘hadiah’ mukjizat ini kerana umat kuat berdoa, terutamanya doa Rosario (doa untuk memenangi sebanyak jiwa yang boleh) dan melalui mukjizat ini, penganut gereja Katolik semakin bertambah. Bandingkan keadaan gereja sekarang? Ekumenisma Vatikan-II langsung tidak mengalakkan penganut murtad atau umat dari agama lain menganut agama Katolik…yakni penyebaran agama tidak lagi menjadi agenda utama gereja sekarang (gereja tidak lagi Apostolik).
- Misa ini juga tidak mudah di ‘tembusi’ (impenetrable) dengan ajaran sesat (heresy). Cara-cara penyembahan kumpulan karismatik dan kumpulan Neo-Cathecumenate (asal-usul dari ajaran sesat-protestan) tidak akan dapat disesuaikan (not compatible) dengan cara misa Latin. Misa ini adalah sangat serius (solemn); ianya memusatkan kepada Tuhan (God centered) dibandingkan dengan Misa Novus Ordo yang mana ianya memusatkan kepada manusia (man-centered). Semasa perayaan misa Latin, paderi menghadap ‘Tabernakel’, membelakangi umat; sebaliknya dalam misa Novus Ordo, paderi menghadap umat dan membelakangi ‘Tabernakel’. Disebabkan ciri ini jugalah, misa Latin sentiasa mendapat tentangan hebat dari musuh gereja. Musuh gereja cuba melarang atau memburuk-burukkan misa ini walaupun mereka tahu dengan jelas tidak ada arahan dari paus dahulu dan sekarang yang melarang misa ini dirayakan. Sebaliknya Santo Paus Pius V mengkodifikasikan misa ini dalam 'Papal Bull' pada tahun 1570 agar umat tidak risau tentang kesahihan misa ini. Semenjak ajaran Vatikan-II menular ke hampir kesemua gereja-gereja Katolik di Sabah, banyak Tabernakel telah dipindahkan ke dalam kapel adorasi (adoration chapel), selalunya lokasi bangunan ini bersebelahan dengan gereja. Kita biasanya mengatakan gereja adalah ‘Rumah Tuhan’, yakni tempat kediaman Tuhan. Tetapi apakah yang sudah terjadi sekarang? ‘Rumah Tuhan’ telah menjadi semakin kecil…gereja sekarang lebih berfungsi sebagai dewan.
- Jika kita mempersembahkan sesuatu kepada Tuhan (dalam misa), Tuhan dapat melihat keadaan sebenar (niat paderi dan umat), adakah ianya persembahan yang terbaik atau hanya ala sekadar? Tidak dinafikan, keadaan dan suasana sekeliling dalam gereja boleh mempengaruhi fikiran umat yang hadir dalam misa. Dalam Kejadian 4:3-5, ‘Setelah beberapa waktu lamanya, maka Kain mempersembahkan sebahagian dari hasil tanah itu kepada Tuhan sebagai korban persembahan; Habel juga mempersembahkan korban persembahan dari anak sulung kambing dombanya, yakni lemak-lemaknya; maka Tuhan mengindahkan Habel dan korban persembahannya itu, tetapi Kain dan korban persembahannya tidak diindahkan-Nya. Lalu hati Kain menjadi sangat panas dan mukanya sangat muram.’ Tolong jelaskan kepada saya bagaimana gereja boleh memberikan persembahan terbaik jika suasana dalam gereja tidak mencerminkan ‘kekudusan niat’ umat-umat. Cara berpakaian yang tidak sopan dan sikap umat yang datang cuma untuk memenuhi tanggungjawab hujung minggu, tidak kurang juga yang datang untuk bertemu kawan…dan bagaimana dengan khutbah paderi-paderi, adakah mereka menyebar iman Katolik sebenar? Renungkan dari pengalaman saudara-saudari sendiri…
- Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku dalam gereja dan perubahan ini nampaknya belum ada tanda-tanda ianya akan berhenti …dan yang terbaru saya dengar adalah tentang GIRM (General Instruction of the Roman Missal) mengariskan 399 perubahan dalam liturgi. (Perkara ini saya dengar dari seorang kawan, entah betul kah tidak… ). Mengapa kah perlu mengubah liturgi yang pada asalnya sudah pun sempurna??? Bagaikan manusia buta yang hilang penglihatan, lalu meraba-raba mencari haluan, nampaknya begitu juga keadaan gereja Katolik pada masa ini…
Saya ingin menekankan disini bahawa walaupun gereja sedang melalui krisis, saya pasti ada umat Novus Ordo yang benar-benar kudus dan ada juga uskup, paderi dan para religius Novus Ordo yang juga kudus…mereka benar-benar dengan ikhlas menyahut panggilan Tuhan dan bekerja keras membimbing umat ke jalan yang benar. Cuma dalam hal ini mereka mungkin kurang didedahkan kepada isu-isu krisis dalam gereja (atau mungkin juga langsung tidak mendapat maklumat). Saya amat menghormati mereka dan saya pasti Tuhan akan menjaga mereka. Saya juga ingin menyatakan disini, walaupun umat yang menghadiri misa Latin tahu selok-belok krisis gereja tetapi tidak menunjukkan sifat-sifat kekudusan, tidak menunjukkan sikap murah hati, dan cuma mementingkan diri sendiri, hukuman yang menanti adalah jauh lebih berat kerana mereka telah diberi ‘telinga untuk memahami’. Saya doakan agar Tuhan membuka lebih ramai hati umat Katolik di
1 comment:
Pilihan yang tepat.
Post a Comment