Thursday, September 29, 2011

September 29,
Feast Day of St. Michael

Suatu hari, selepas selesai merayakan misa, Paus Leo XIII yang pada masa itu sudah agak lanjut usia, sedang berkonferensi dengan kardinal-kardinalnya apabila ia tiba-tiba jatuh ke lantai dan langsung pengsan. Doktor yang datang memeriksa paus pada masa itu, kerana tiada bunyi denyutan jantungnya, menyangka paus telah meninggal dunia. Bagaimanapun selepas mendapat tidur dan rehat secukupnya, ia kembali sihat dan dengan jelas masih mengingati 'visi' yang telah dilihatnya. Dengan penuh emosi dia mengeluh, "Oh, alangkah dasyhatnya 'visi yang' telah saya saksikan!"

Dalam visi itu, paus melihat syaitan-syaitan yang dilepaskan keluar dari neraka dan dibiarkan berkeliaran di bumi dalam tempoh yang terhad. Agenda utama mereka adalah menghancurkan Gereja Tuhan Yesus. Di tengah-tengah kekusutan itu, Santo Mikael keluar dan mengatakan, "Siapakah yang seperti Tuhan?" (Who is like God?) dan kemudian membuang syaitan dan pengikut-pengikutnya semua balik ke lubang neraka. Tidak lama selepas kejadian itu, Paus Leo XIII me-reka doa Santo Mikael seperti yang di bawah ini (versi pendek).

English
Saint Michael the Archangel, defend us in battle, be our protection against the wickedness and the snares of the devil. May God rebuke him we humbly pray; and do thou, O Prince of the Heavenly host, by the power of God, thrust into hell Satan and all the other evil spirits who prowl about the world, seeking for the ruin of souls. Amen.

Latin
Sáncte Míchael Archángele, defénde nos in proélio, cóntra nequítiam et insídias diáboli ésto præsídium. Ímperet ílli Déus, súpplices deprecámur: tuque, prínceps milítiæ cæléstis, Sátanam aliósque spíritus malígnos, qui ad perditiónem animárum pervagántur in múndo, divína virtúte, in inférnum detrúde. Ámen.

Bahasa Malaysia
Santo Mikael, Bantulah dan lindungilah kami dalam perang melawan kejahatan dan tipu daya syaitan. Kami mohon dengan rendah hati kiranya Tuhan menghukumnya. Dan engkau panglima bala tentara syurga, dengan kekuatan Ilahi, usirlah kembali ke dalam neraka, syaitan dan roh jahat lainnya yang berkeliaran di atas bumi yang hendak membinasakan segala jiwa. Amin.

Selamat Hari Santo Mikael!

Santo Mikael, lindungilah kami semua!

Wednesday, September 28, 2011

Hati Kudus Yesus (Sacred Heart)

HEART of JESUS,
Our Peace and Reconciliation,
have mercy on us!

Tuesday, September 27, 2011

Perumpamaan (Parable) Zaman Moden

Semasa Tuhan Yesus menjalankan misi-Nya di dunia, Dia sering menggunakan cerita-cerita perumpamaan (parables) apabila menyampaikan ajaran Kristianiti kepada umat baru dan lama. Anehnya, penyampaian ajaran dalam bentuk perumpamaan lebih mudah difahami dan hati umat juga lebih terbuka menerima ajaran- ajaran Kristian.

Saya menyentuh topik ini kerana saya sendiri sedang melalui kesukaran untuk cuba memahamkan teman-teman rapat saya akan keadaan 'satu situasi'. Penjelasan secara terus atau 'direct' telah menyebabkan teman-teman 'mengelak' dari bersemuka dan enggan bercakap dengan diri saya. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahi mereka kerana 'situasi' yang disebut tadi memang agak rumit dan 'diabolical'...

Cerita perumpamaan saya begini....

Semua orang sedia maklum bahawa jika seseorang ingin melawat banduan di penjara, si pelawat haruslah meminta kebenaran terlebih dahulu. Kebenaran ini perlu dibuat secara lisan dengan menghantar sepucuk surat kepada pengarah penjara, sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari lawatan, memberitahu tujuan lawatan, nama, kod banduan, tarikh dan masa lawatan itu. Hanya selepas kebenaran ini diperolehi, barulah warden penjara akan mengaturkan lawatan.

Tiba pada hari lawatan, si pelawat perlu melalui 'pondok sekuriti' yang dijaga oleh beberapa orang polis, sebelum dibenarkan masuk ke kawasan penjara.. Pelawat akan diminta mengeluarkan dokumen pengenalan diri, samada kad pengenalan jika ia warganegara atau paspot antarabangsa jika ia bukan warganegara. Plet nombor kereta yang membawa pelawat itu juga akan direkodkan. Semua ini adalah langkah-langkah keselamatan (protokol) yang perlu diambil untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di sekitar luaran dan dalaman kawasan penjara. Satu lagi langkah keselamatan ialah mengelakkan penyelewengan dengan merotasikan atau mengantikan polis yang ditugaskan di pondok sekuriti dari masa ke semasa.

Senario 1 :
Si pelawat ini seorang paderi dan tujuan lawatannya adalah untuk mendengar pengakuan (Sakramen Pengakuan) dari para banduan agar mereka dapat menerima Sakramen Mahakudus selepas itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk penyelamatan roh banduan. Andaikan ini adalah lawatan bulanan...jika senario dibawah ini berlaku..

Pada satu lawatan ke penjara, si Paderi terlupa membawa dokumen pengenalannya...

(1) Masih bolehkan paderi ini dibenarkan masuk melawat banduan?
(2) Bolehkah paderi ini meminta 'pengecualian istimewa' kerana dia seorang paderi dan tujuannya BAIK, ingin menyelamatkan roh?
(3) Kerana lawatan ini dilakukan pada setiap bulan dan paderi sudah menganggap ia adalah sebahagian dari rutin kerjanya, bolehkah paderi mengambil sikap lewa yang dirinya sudah dikenali dan tidak perlu menunjukkan dokumen pengenalannya lagi setiap kali membuat lawatan ke penjara?

JAWAPAN: TIDAK BOLEH (Soalan 1, 2, 3). Seorang paderi tidak boleh menggunakan 'tugas' nya sebagai alasan untuk mendapat pengecualian istimewa. Jika polis memberi pengecualian istimewa dan kelak hal ini diketahui oleh pihak umum, sistem sekuriti organisasi kerajaan ini akan dipersoalkan. Keadaan ini boleh 'menyusahkan' petugas-petugas di pondok sekuriti kerana kredibiliti mereka telah goyah dan mereka juga mungkin akan dihukum oleh pegawai atasan. Oleh kerana polis di pondok sekuriti sentiasa diganti selepas sesuatu tempoh, paderi harus bersedia akan kemungkinan dirinya tidak dikenali.

Senario 2 :
Andaikan senario diatas menjadi rumit...Pada hari Paderi lupa membawa dokumen pengenalannya, seorang dari banduan-banduan sedang nazak dan berada dalam keadaan bahaya...( a case of necessity)

JAWAPAN: "MUNGKIN BOLEH" TETAPI DENGAN SYARAT!!! PEGAWAI ATASAN PERLU DIBERI 'BRIEFING'. HANYA SELEPAS MENDAPAT PERSETUJUAN DARI PEGAWAI barulah paderi dibenarkan masuk ke kawasan penjara. Yang pastinya, kebenaran tidak boleh diberikan dengan sewenang-wenangnya. Persetujuan diberi hanya selepas masalah dikenalpasti, bahawa ia benar-benar kes yang memerlukan pengecualian dari undang-undang protokol.

Senario 3 :
Andaikan senario diatas menjadi bertambah rumit...Paderi tetap tidak mendapat kebenaran dan banduan yang sedang nazak itu meninggal dunia pada waktu 'kebenaran masuk' itu sedang diproses.

(1) Patutkah paderi mempertikaikan dan memperbesar-besarkan isu itu? Adakah hal 'mati' seseorang itu boleh dikawal oleh manusia biasa?

JAWAPAN: TIDAK PATUT. HIDUP DAN MATI SESEORANG DITENTUKAN OLEH TUHAN.
Bagi organisasi kerajaan yang mementingkan integriti sistem sekuritinya, protokol-protokol sekuriti adalah wajib. Paderi walaupun niatnya baik tetap perlu tunduk pada peraturan yang diwajibkan kepada seorang pelawat. Dalam hal ini, kecuaian paderi yang lupa membawa dokumen pengenalannya telah melewatkan dan menyulitkan keadaan. Ada kemungkinan juga banduan yang nazak itu boleh diselamatkan jika masalah itu tidak timbul.

KESIMPULANNYA...

Gereja Roman Katolik juga mempunyai undang-undang-Nya sendiri. Umat, samada para religius atau biasa, perlu mentaati undang-undang gereja kerana ia dibuat untuk kebaikan semua. Sebarang 'jalan pintas' atau ketidaktaatan hanya akan menyebabkan 'ketidakseimbangan' berlaku. Ketidakseimbangan atau ketidakharmonian ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana penangguhan mungkin akan mengakibatkan 'kebingungan' di kalangan umat, menjadi lagi parah jika ianya dibiarkan berterusan untuk sekian lama.

Apabila perumpamaan diatas diaplikasikan dalam gereja, ia juga membawa efek yang SAMA.
Cuma dalam hal ini, ianya menjadi lebih serius kerana melibatkan undang-undang gereja Tuhan Yesus Kristus.

Sunday, September 4, 2011

Umat Kristian Perlu Sentiasa Merendahkan Diri

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang sahabat. Sahabat saya ini menceritakan tentang cerita aneh dan seram tentang rumah sewanya yang dialami oleh seorang kawannya yang merupakan bekas rakan rumah sewanya. Oleh kerana rumah sewa itu kini hanya didiami oleh sahabat saya seorang diri, dia berasa agak takut dan bimbang tentang keselamatannya, apalagi dengan keadaan dirinya yang tergolong dalam kategori 'kurang upaya'. Dia menghubungi saya, meminta rumahnya itu didoakan. Sebagai umat Kristian, sudah semestinya adalah tanggungjawab kita membantu sahabat yang memerlukan pertolongan.

Seperti biasa jika ada permintaan doa, saya akan menghubungi teman-teman saya yang lain kerana doa dari sekumpulan umat adalah lebih efektif atau dikatakan lebih 'power' berbanding doa dari seorang diri (ini diandaikan semua yang datang berdoa itu membantu dengan hati yang benar-benar ikhlas). Malangnya, teman-teman 'doa' yang biasa tidak dapat meluangkan masa pada hari yang telah dijanjikan. Ya, saya agak kecewa....memandangkan hari yang dijanjikan adalah pada hari minggu, hari yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan...walau bagaimanapun, saya tetap mengusahakannya...jika ada usaha, pasti ada jalan...jalan akhir, jika tiada seorang pun teman yang 'sudi', saya akan pergi juga walaupun seorang diri.

Akhirnya, saya ditemani oleh sepasang suami-isteri. Saya sebenarnya hanya memanggil si isteri. Tetapi suami si isteri ini ingin turut pergi bersama. Saya sebenarnya kurang berkenan dengan cara 'si suami' berdoa...caranya pelik sedikit dan 'kurang aman', ya, mungkin juga kerana dia terkenal dengan doa pengusiran hantunya (exorcism), samada efektif atau tidak, saya kurang pasti. Tetapi yang saya pasti adalah seorang umat biasa tidak boleh membuat 'Pengusiran' tanpa mendapat kebenaran dari biskop terlebih dahulu...tidak boleh buat sembarangan, terlalu bahaya!!... Saya lebih berkenan dengan cara doa aman atau doa tradisional seperti doa-doa Rosari, iaitu 'Bapa Kami', "Ave Maria', 'Kami Percaya' dan 'Gloria'...dan saya berharap sekali 'si suami' ini tidak akan membuat 'perangai' semasa membuat lawatan kerumah sewa itu..

Malangnya, harapan saya cuma tinggal harapan...namun, saya telah bersedia dan ianya adalah seperti yang telah saya jangkakan....saya melihat semasa doa Rosari didoakan, suami teman saya itu tidak pun berdoa Rosari. Pada satu ketika, selepas Rosari habis didoakan, saya mendengar ia berdoa 'rararrararrara.....' dan kadangkala 'ushhhhhhhhh'......ya, doa dari seorang yang menganggap dirinya adalah 'pilihan Tuhan' dan diberi 'kuasa' untuk menghalau syaitan...

Dalam kekecewaan saya itu, saya mampu bersabar dan tetap gembira kerana sempat menyumbangkan lima dekad Rosari kepada teman saya itu. Saya berpendapat, kerendahan diri adalah satu sikap yang perlu ada pada setiap umat Kristian. Melalui sejarah Gereja Roman Katolik, kita tahu bahawa Bonda Maria, kerana sikap teramat rendah diri-nya , telah dipilih oleh Tuhan Bapa menjadi Ibu kepada Putera-Nya, Tuhan Yesus Kristus yang menjadi Juruselamat Manusia. Pendeknya, iblis yang penuh dengan keangkuhan itu dijatuhkan oleh seorang manusia yang penuh dengan kerendahan diri. Melalui cerita-cerita dari Alkitab, kita juga tahu Tuhan lebih berkenan kepada mereka yang sentiasa merendahkan diri daripada mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan kehebatan diri atau 'kuasa-kuasa' yang belum tentu datangnya dari Roh Kudus.

Apabila memikirkan teman 'suami-isteri' saya itu, saya cuma mampu mengeluh panjang dan bertekad tidak akan memanggil mereka lagi...saya juga perlu kembali berjumpa dengan sahabat saya yang tinggal dirumah sewa itu untuk memberi penerangan akan 'kejadian' itu.