Lihat lah pasangan celebriti ini...kisah mereka dipampangkan dimerata tempat, suratkabar, majalah dan juga di internet. Apakah yang istimewa sangat dengan kehidupan mereka sehingga syarikat majalah People sanggup membayar berjuta-juta USD hanya untuk mengambil gambar anak kembar mereka yang baru dilahirkan? Dunia sudah tidak malu lagi menobatkan pasangan yang berzina ini dengan mengembar-ngemburkan kebahagiaan mereka...sedarkah dunia kedudukan yang sebenarnya...
1. Mereka adalah pasangan berzina, kedua-duanya sudah pernah berkahwin sebelum ini.
2. Anak-anak mereka itu sebenarnya adalah anak luar nikah.
3. Mereka berbuat skandal yang tidak habis-habis kerana satu dunia menyiarkan kisah mereka. Mereka menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka sendiri dan mereka seolah-olah membuat tren kehidupan baru (yang mungkin akan menjadi ikutan oleh kaum muda-mudi pada masa ini), iaitu mengadakan hubungan seks dan melahirkan anak walaupun belum berkahwin adalah sesuatu perkara yang normal. Apakah ini yang dikatakan keluarga bahagia???
1. Mereka adalah pasangan berzina, kedua-duanya sudah pernah berkahwin sebelum ini.
2. Anak-anak mereka itu sebenarnya adalah anak luar nikah.
3. Mereka berbuat skandal yang tidak habis-habis kerana satu dunia menyiarkan kisah mereka. Mereka menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka sendiri dan mereka seolah-olah membuat tren kehidupan baru (yang mungkin akan menjadi ikutan oleh kaum muda-mudi pada masa ini), iaitu mengadakan hubungan seks dan melahirkan anak walaupun belum berkahwin adalah sesuatu perkara yang normal. Apakah ini yang dikatakan keluarga bahagia???
Look at this celebrity couple...their stories can be read in almost any newspapers, magazines and it's all over the internet. What is so special about this couple that People Magazine is willing to pay millions just to get some snaps of their latest bundle of joy, the twins? The world is going mad by publicizing and exaggerating the happiness of this adultery couple. The reality is that...
1. This couple is committing adultery, both of them have been married before.
2. Their children are illegitimate.
3. They are causing non-stop scandals because the whole world is printing their stories. First they become scandal to their own children and secondly, it is as if they are telling the world that having sex and children before marriage is very normal (they are setting a new trend of lifestyles which will be imitated by the younger generation - either consciously or subconsciously). Do you consider this as happy family???
6 comments:
apakah yang harus kita sibukan tentang celebriti yang hidup bahagia serta mewah ini. mereka mewah dan bahagia tetapi tuhan mengasihi mereka dengan mengaruniakan mereka anak yang cantik.. apakah yang harus kita cemburukan mereka. sedangkan semasa yesus bangkit orang yang pertama melihat yesus bukankah seorang pezina dan pelacur yang terkenal????
Memang benar Mary Magdalen adalah seorang bekas pelacur dan penzina, TETAPI bezanya DIA TELAH BERTAUBAT dan Yesus sudah mengampuninya. Tetapi bagaimana dengan pasangan ini...mereka akan bertanggungjawab jika disebabkan skandal mereka banyak jiwa-jiwa yang masuk ke neraka...Iblis membahagiakan mereka dengan 'KEBAHAGIAAN PALSU'...
biarkan mereka setiap orang yang berdosa pasti akan bertobat akhirnya kita doakan sahaja jangan jadi orang farisi dan sanduki Mesias datang depan mata dorang pun dorang tidak nampak malah dorang bunuh dia lagi.. pelacur datang depan yesus dan mecium kakinya tanda pertobatan orang farisi anggap yesus tidak layak mengampuni wanita itu tetapi yesus mejawab sebaliknya..
Kebanyakkan muda-mudi sekarang ini cepat terpengaruh dengan majalah, internet dan sbgnya. Dengan kadar kes penceraian yang kian bertambah, keluarga yang kurang didikan agama, ada juga baiknya kita membuat bising...sekurang-kurangnya akan mendorong mereka berfikir. Kalau selepas tu, mereka buat juga, ...apa boleh buat...buat bising juga satu cara menyelamatkan roh, santo-santo mempraktikkannya.
Kepada saudari Fiona mengatakan,'...setiap yang berdosa pasti akan bertaubat...'(???) Perlukah saya ingatkan bahawa semasa zaman Yesus masih hidup, Dia mengatakan jumlah roh yang masuk ke neraka jauh lebih banyak dari jumlah roh yang masuk ke syurga...itu DULU apalagi SEKARANG...renungkan perumpamaan - Matius 22:14
Jika ajaran Fiona benar, maka Fiona sebenarnya mempromosikan kehidupan yang penuh dengan pelanggaran hampir semua Hukum Suci Tuhan Allah. Ini bermakna Fiona menggalakkan umat manusia 'bersuka ria' tanpa menghiraukan Tuhan Allah, kemudian bertaubat (jika sempat). Ini ajaran Iblis sebenar-benarnya. Adakah benar Fiona mahu mengikut kehidupan 'lepas' Sangti Magdalena? Adakah Fiona tidak keberatan menjalani kehidupan sebagai seorang Penzina dan Pelacur? Selepas menikmati segala 'keseronokan' itu, barulah mahu bertaubat?
Post a Comment