Showing posts with label Catholic Obedience. Show all posts
Showing posts with label Catholic Obedience. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Perang Terhadap Roh-roh Jahat di Dunia

"Kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara." - Efesus 6:12

Petikan Alkitab diatas bukanlah sesuatu yang baru bagi saya. Pengalaman yang saya tempuhi sejak kebelakangan ini membuatkan petikan ini lebih 'menonjol', menyebabkan pengertian saya terhadap petikan ini lebih mendalam.

Sebelum itu saya ingin mengongsikan tentang buku dari seorang pengkhutbah yang beragama Protestan. Pengkhutbah ini adalah cucu kepada seorang nenek yang sangat terkenal dengan kuasa ilmu sihirnya. Saya katakan begitu kerana bayangkan nenek ini boleh bertapa di atas api selama berhari-hari dan ini diakui benar oleh si cucu. Nenek ini sebelum ia meninggal dunia sempat menurunkan ilmunya kepada cucunya. Si cucu pula suatu hari bertemu dengan seorang pengkhutbah dan dicabar untuk 'berperang', bertujuan menyedarkan si cucu, yang pada masa itu adalah seorang pengamal ilmu yang, walaupun masih muda tapi sudah sangat kebal dengan bermacam-macam jenis ilmu yang dikira sangat tinggi berbanding dengan pengamal-pengamal ilmu yang seangkatan dengannya. Dipendekkan cerita, cucu ini kalah dalam 'peperangan' dengan pengkhutbah tadi, menjadi gila selama beberapa tahun dan mengikut kesaksiannya, disembuhkan oleh Tuhan Yesus, lalu menjadi pengkhutbah yang membongkar segala penipuan dalam dunia roh-roh sesat. Tujuan saya disini bukanlah untuk mempromosikan agama Protestan tetapi 'memperkuatkan' petikan Alkitab diatas iaitu Efesus 6:12. Pengkhutbah yang sudah insaf itu mengatakan selama dia berkecimpung dalam dunia roh jahat, dia melihat bahawa roh-roh jahat ini atau iblis atau syaitan menjadi pemerintah/ penguasa/ penghulu mengikut teritori yang diberikan oleh ketua mereka. Inilah yang dimaksudkan oleh petikan diatas...ya, gambarannya adalah seperti satu kerajaan yang bersistem monarki...kamu pasti boleh meneka siapa raja monarki ini...

Iblis atau syaitan pada asalnya dicipta sebagai malaikat. Tetapi mereka, dikatakan satu pertiga dari jumlah malaikat-malaikat di syurga, telah memberontak, lalu dibuang ke neraka dan dipanggil iblis/ syaitan. Walaupun namanya adalah iblis tetapi mereka masih berpegang kepada sistem pemerintahan di Syurga. Malaikat-malaikat yang suci bekerja mengikut sistem ini. Mereka bekerja untuk satu-satunya Tuhan yang benar, Triniti Kudus (Holy Trinity).

Dalam cara pemerintahan yang sama, di dunia, Yesus telah memilih Petrus menjadi Paus , ketua Gereja Roman Katolik yang pertama dan mengatakan kepadanya,

"Dan Aku pun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. Kepadamu akan Kuberikan kunci kerajaan Syurga, apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di Syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di Syurga." - St. Mat 16:18-19

Ini bermakna Paus adalah satu-satunya manusia yang memegang kunci-kunci kerajaan Syurga dan segala yang diperbolehkannya juga diperbolehkan oleh Syurga dan segala yang TIDAK diperbolehkan olehnya juga TIDAK diperbolehkan oleh Syurga. Santo Ambrose mengatakan, "Dimana Petrus berada, disitulah Gereja berada".

Gereja mempunyai undang-undang dimana para kardinal, biskop dan paderi juga bekerja mengikut teritori atau jurisdiksi yang ditentukan oleh Paus. Kesemua para religius yang bekerja dibawah Paus adalah dalam kesatuan yang disebut 'Tubuh Mistikal Tuhan Yesus Kristus'. Maka sesiapa para religius, organisasi dan umat biasa yang berada diluar dari kesatuan ini, tidak layak dipanggil 'Roman Katolik'.

Satu contoh: paderi yang ingin melakukan 'pengusiran syaitan' perlu mendapatkan kebenaran dari biskop yang mempunyai jurisdiksi keatas penganut yang dirasuk syaitan itu. Maksudnya dimanakah penganut yang dirasuk ini tinggal? Jika ia tinggal di kawasan diosis Kota Kinabalu, maka perlu meminta kebenaran dari biskop diosis Kota Kinabalu terlebih dahulu. Umat biasa tidak boleh melakukan pengusiran syaitan. Saudara-saudari, saya menggunakan contoh ini kerana ia adalah kes dimana kita bukan melawan 'daging dan darah' tetapi roh-roh jahat...terlalu bahaya sekiranya terlalu memandai-mandai. Ada banyak kes dimana mereka yang melanggar undang-undang gereja ini jatuh teruk...ini termasuk seorang paderi tempatan yang dikatakan mempunyai 'kuasa' melihat, menangkap dan berbicara dengan syaitan, tidak kurang juga umat biasa yang menganggap diri mereka diberi 'anugerah' sehingga boleh berbicara dalam bahasa yang aneh-aneh.

Walaupun sesebuah organisasi itu kenampakkan penganut-penganutnya lebih kudus dan mungkin juga 'lebih Katolik', sekiranya ia berada di luar dari yang 'diperbolehkan' oleh paus, maka ia TETAP bukan Roman Katolik.

Tuesday, February 17, 2009

Catholic Obedience

God through His Catholic Church has absolute authority over my conscience BUT in the last resort God meant me to judge, if His hierachy is departing from His teaching. Obedience to men has limits - Galatians 1:8-9

The Pope, as the Vicar of Christ, is given by Christ direct authority over the whole church BUT he is not infallible in everything he says or does.

Lawful superiors are to be respected as the representatives of Christ BUT if they depart gravely from the Catholic Faith, I may even rebuke them in public - Gal 2: 11-14

I will gladly obey the appointed servants of God, legitimate bishops and priests BUT not when I know they are leading men away from God.

I will always respect the Church authorities as such, - John 18:23, Acts 23:6 BUT I need not follow Church leaders who violate the traditions of the faith.

Church punishment are terrifying instruments of God's law when valid BUT when they are without foundation they are not valid - Old Code, c.2242; New Code, c.1321

I must attend the Catholic Mass BUT I am not obliged to attend the Novus Ordo Mass (more about this later), because it destroys the Catholic Faith.

Ketaatan dari umat Katolik

Melalui Gereja Roman Katolik, Tuhan mempunyai autoriti yang mutlak ke atas pemikiran saya TETAPI pada masa zaman krisis, Tuhan mengkehendaki saya mengadili sekiranya pemimpin-pemimpin dalam gereja menyimpang dari ajaran sebenar. Ketaatan kepada manusia ada batasannya. – Gal 1: 8-9


Paus, sebagai ketua wakil Kristus dibumi, telah diberi mandat penuh ke atas seluruh gereja Kristus TETAPI dia tidak kebal-salah dalam semua perbuatan dan percakapannya.


Pemimpin yang dipilih melalui undang-undang yang sah mewakili Kristus dan mestilah dihormati TETAPI sekiranya pemimpin menyeleweng dari ajaran Katolik, saya boleh menegurnya secara umum – Gal 2: 11-14


Saya dengan rela dan sukacita taat kepada pemimpin Tuhan iaitu uskup dan paderi TETAPI sekiranya mereka menyimpang dari ajaran sebenar sehingga menyebabkan banyak jiwa hilang, maka saya akan memprotes.


Saya akan selalu menghormati autoriti dari Gereja seperti yang dinyatakan – Yohannes 18:23, Kisah para rasul 23: 6 TETAPI saya tidak perlu mentaati pemimpin yang melanggari tradisi iman.


Hukuman dari Gereja adalah perintah hukuman menakutkan yang datangnya dari Tuhan sendiri dan ianya sah TETAPI sekiranya hukuman tidak berdasarkan keadilan, maka ianya tidak sah. - Kod Lama, c.2242; Kod Baru, c.1321

Saya mesti menghadirkan diri semasa perayaan misa Katolik TETAPI saya tidak dimestikan hadir dalam perayaan misa Novus Ordo (maklumat lebih lanjut tentang ini akan dimuatkan dalam blog), kerana ia membinasakan iman Katolik.

Saturday, February 14, 2009

The Faith and Tradition

"For I have received of the Lord that which also I handed down to you" - Cor XI:23

Now the truths of our faith were received even by Jesus Himself as a tradition or handling down from His Father.

Jesus answered them, and said, "My doctrine is not Mine but His that sent me" - John 7:16

Jesus said to them, "Amen, Amen, I say to you, the Son cannot do anything of Himself, but what He seeth the Father doing for what things soever He doth, these the Son also doth in like manner" - John 5:19

"For I have not spoken of Myself, but the Father who sent Me, He gave me commandment what I should say and what I should speak" - John 12:49

Likewise, Our Lord hands the Faith down to us a tradition through those of our lawful superiors who are obedient to the Faith.

"Because the words which Thou gavest to Me, I have given to them" - John 17:8


Iman dan Tradisi


Dari manakah Iman Tuhan Yesus datang? Iman Tuhan Yesus Kristus datangnya adalah dari Tuhan Bapa yang diturunkan secara tradisi dari Bapa kepada Anak.


Jawab Yesus kepada mereka: "Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus Aku” – Yohannes 7:16


Maka Yesus menjawab mereka, kata-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak Ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan oleh Anak” – Yohannes 5:19


“Sebab Aku berkata-kata bukan dari diri-Ku sendiri, tetapi Bapa, yang mengutus Aku, Dialah yang memerintahkan Aku untuk mengatakan apa yang harus Aku katakan dan sampaikan” – Yohannes 12:49


Tuhan Yesus menurunkan iman kepada kita secara tradisi iaitu melalui rasul-rasul dan ketua-ketua umat Katolik yang taat kepada iman.


“Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Ku sampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahawa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus Aku” – Yohannes 17:8

Obedience and the Faith

Archbishop Marcel Lefebvre

It is the teaching of the Church that obedience is part of justice, one of the four cardinal virtues, which are in turn subordinate to the theological virtues of faith, hope and charity. Faith is greater than obedience! Therefore, if obedience acts to harm the faith, then a Catholic has a duty not to obey his superior.

Now sometimes the things commanded by a superior are against God, therefore superiors are not to be 0beyed in all things - St. Thomas Aquinas, Doctor of the Church, Summa Theologica II-IIQ.104

But though we, or an angel from heaven, preach a gospel to you besides that which we have preached to you, let him be anathema - Galatians 1:8


Ketaatan dan Iman


Gereja Katolik mengajari bahawa ketaatan adalah sebahagian dari keadilan, iaitu satu daripada empat akhlak kardinal. Tetapi ketaatan adalah dibawah tiga akhlak teologikal iaitu, iman, pengharapan dan kemurahan hati. Iman adalah lebih besar dari ketaatan!


Oleh sebab itu, jika ketaatan membahayakan iman, maka seorang umat Katolik tidak terikat untuk mentaati ketuanya. Sekiranya perintah yang datang dari seorang ketua melanggari undang-undang Tuhan, perintah ini tidak perlu ditaati – Santo Tomas Aquinas, Doktor Gereja, Summa Teologika II-IIQ.104


Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari syurga yang memberitakan kepada kamu suatu Injil yang berbeza dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia – Surat Paulus kepada Jemaat di Galatia 1:8

What is obedience?


Obedience is the carrying out of orders from one's lawful superiors with the intention of carrying out their will.

Catholics especially prize obedience, because of Christ's own example, and because in their lawful superiors they see the representatives of Christ Himself.

"Let every soul be subject to higher power - for there is no power but from God" - Romans 13:1


Apakah Ketaatan?


Ketaatan adalah mematuhi perintah-perintah dari seorang ketua yang telah dipilih melalui undang-undang sah dengan niat menjalankan kehendak mereka.


Umat Katolik amat menekankan ketaatan kerana Yesus Kristus sendiri telah memberikan contoh-contoh ketaatan-Nya kepada Tuhan Bapa. Dalam setiap ketua yang dipilih melalui undang-undang sah, umat melihat ketua itu sebagai wakil dari Yesus sendiri.


“Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Tuhan; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Tuhan” – Roma 13:1

True Obedience

Saint Thomas Aquinas, Doctor of the Church

We ought to obey God...rather than men - Acts 5:29

Obedience is the servant of faith...not of obedience - Spanish Proverb

And there is no reason why those who obey God rather than men should be accused of refusing obedience, for if the will of rulers is opposed to the will and the laws of God, these rulers exceed the bounds of their own power and pervert justice, nor can their authority then be valid, which, when there is no justice, is null - Leo XIII, 'Diuturnum Illud'

Where there is a proximate danger to the faith, prelates must be rebuked, even publicly, by subjects. Thus, St. Paul, who was subject to Peter, rebuked him publicly - St. Thomas Aquinas, Commentary on the Epistle to the Galatians 2:14

When the Supreme pontiff pronounces a sentence of ex-communication which is unjust or null, it must not be accepted, without, however, straying from the respect due to the Holy See - St. Robert Bellarmine

Ketaatan yang Sebenar

Kita harus lebih taat kepada Tuhan dari pada kepada manusia – Kisah Para Rasul 5:29

Iman mengatasi Ketaatan ….bukan sebaliknya – Kata-kata hikmat dari Sepanyol


Mereka yang taat kepada Tuhan dari manusia, tidak boleh dituduh berbuat engkar. Jika kehendak pemimpin-pemimpin di dunia bertentangan dengan kehendak dan undang-undang Tuhan, pemimpin-pemimpin ini dikatakan telah bertindak diluar bidang kuasa mereka. Tindakan ini merosakkan keadilan dan kuasa yang dipegang oleh mereka menjadi tidak sah, kerana tanpa keadilan, kuasa mereka dibatalkan - Leo XIII, 'Diuturnum Illud'


Apabila iman terdedah kepada bahaya, seseorang itu mesti menegur ketuanya secara umum, sama seperti Santo Paulus, yang merupakan anak murid kepada Santo Petrus, yang menegurnya secara umum – Santo Tomas Aquinas, Komen kepada Surat Paulus kepada Jemaat di Galatia 2:14


Apabila Paus mengumumkan hukuman ‘Tamat- komunikasi’ yang tidak adil atau tidak sah, ianya hendaklah ditolak, tetapi masih mengekalkan hubungan-hormat kepada Rom – Santo Robert Bellarmine