Showing posts with label Sacraments. Show all posts
Showing posts with label Sacraments. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Undang-undang Sivil Mengatasi Undang-undang Gereja?




Tren terbaru sekarang di kalangan pasangan Katolik sebelum berkahwin adalah berkahwin secara Sivil dahulu sebelum berkahwin dalam Gereja. Sebenarnya ianya tidaklah baru, cuma tren ini yang dahulunya dilihat sebagai 'dosa' mengikut hukum Tuhan (Sekarang: TETAP Dosa), kini dilakukan secara terang-terangan dan juga dengan pengetahuan dan mendapat persetujuan sepenuhnya dari ibubapa pasangan dan paderi Katolik sendiri.

Cuba kita imbas masa dahulu dimana apabila pasangan Katolik berkahwin, mereka tidak terfikir pun tentang perbezaan sivil dengan gereja. Bagi umat Katolik yang setia dengan ajaran Gereja, mereka hanya tahu perkahwinan HARUS dibuat di Gereja. Mereka tiada niat untuk melanggar undang-undang Tuhan. Kita tahu (kecuali dalam kes-kes tertentu) apabila pasangan berkahwin di Gereja, perkahwinan mereka sekaligus akan didaftarkan dalam rekod gereja dan juga sivil, dan paderi perlu mempunyai lesen mengesahkan perkahwinan yang dirayakan dalam gereja. Dalam keadaan sebegini, pasangan Katolik dianggap telah melalui satu perkahwinan yang sempurna kerana ianya tidak melanggar undang-undang Tuhan. Ibubapa, Paderi, Pasangan Berkahwin dan juga saksi-saksi yang datang menyempurnakan perkahwinan itu telah menjalankan peranan masing-masing tanpa perasaan berbela-bagi. Kita tahu sebelum pasangan berkahwin, mereka dikehendaki mengikut 'Kursus Perkahwinan' yang biasanya dikendalikan oleh katekis gereja dan sebelum mereka berkahwin, diwajibkan untuk menghadiri Sakramen Pengampunan sebagai persediaan penerimaan Sakramen Ekaristi semasa Misa Sakramen Perkahwinan dirayakan nanti. Dalam persekitaran normal, jika tidak ada masalah dalam hubungan pasangan yang hendak berkahwin, tidak ada persengketaan antara keluarga pengantin perempuan dan lelaki, perkahwinan yang sedemikian akan diberkati, sentiasa dilindungi dan dibimbingi oleh Tuhan.

Cuba kita lihat pula dengan tren sekarang. Baru-baru ini saya telah menerima kad jemputan kahwin (bukan kali pertama) dimana pasangan yang hendak berkahwin di gereja ini telah pun mendaftar di mahkamah sivil dan sudah sah menjadi sepasang suamiisteri. Setahu saya, pasangan ini (juga pasangan dari jemputan lain sebelum ini dalam kes yang sama) tidak mempunyai alasan atau masalah yang wajar untuk mereka mendahulukan perkahwinan sivil dari perkahwinan gereja. Ini bermaksud mereka bersikap,

(i) tidak kisah; berpendapat tiada perbezaan antara perkahwinan sivil dengan gereja
(ii) berkemungkinan juga sudah biasa tinggal sebumbung (live together) mengikut tren yang dipromosikan oleh pelakon-pelakon antarabangsa di television dan panggung wayang
(iii) tiada didikan agama

Apa akibatnya, jika perkahwinan sivil didahulukan dari perkahwinan gereja? Umat Katolik perlu diingatkan bahawa Undang-undang Tuhan MENGATASI undang-undang sivil. Ini bermakna pasangan Katolik yang mendahului berkahwin secara sivil membuat dosa melakukan hubungan diluar nikah. Kepuasan duniawi mengaburi fikiran pasangan sedemikian. Mereka hanya mengikut tren masakini, mengikut arus perubahan semasa...uskup, paderi, ibubapa, sanak saudara, sahabat dan masyarakat...tidak ramai yang menyuarakan tentangan dengan cara kehidupan sedemikian; akibatnya ramai yang melakukan perkara yang sama sehingga kelihatannya seperti menjadi sebahagian dari kehidupan 'normal' masyarakat...skandal demi skandal...(Mat 18:7)...dosa di dunia menjadi semakin berat.

Apabila pasangan yang bersikap sedemikian berkahwin di gereja, bukankah ianya akan menyumbangkan masalah kepada pasangan yang sedang berpacaran? atau pun pasangan yang inginkan 'Perkahwinan Sempurna' tetapi diskandali dengan sikap para religius yang tidak lagi mementingkan 'kesucian' (purity) sebelum berkahwin. Atau adakah ini inovasi terbaru dari gereja...buah dari Vatikan ke-2? Kita semua sedia maklum bahawa persekitaran moral dan akhlak pada masa kini mendedahkan godaan dan dugaan yang sangat hebat kepada bukan saja kaum muda-mudi tetapi juga kepada golongan dewasa. Jika ibubapa dan para religius memandang remeh terhadap kesucian diri sebelum berkahwin, bayangkan bagaimana kehidupan generasi di masa akan datang? Bukankah keadaan moral dan akhlak di zaman kita sekarang pun sudah jauh lebih teruk dari zaman Sodom dan Gomorrah? Lagaknya seperti manusia tidak berkesudahan mencetus kemurkaan Tuhan, tidak lagi takut kepada hukuman Tuhan...Kisah banjir besar semasa Zaman Nuh, kisah kehancuran bandar Sodom dan Gomorrah, malapetaka gunung berapi meletup, gempabumi, banjir Tsunami yang telah mengakibatkan berbillion-billion nyawa tergadai masih belum dapat menyedarkan umat manusia...

Bonda Maria ada menyatakan pada tahun 1917 kepada Jasinta, salah satu dari tiga budak di Fatima, bahawa dosa yang paling banyak mengheret jiwa ke neraka adalah dosa kedagingan...(sins of the flesh). Selain itu, Bonda Maria juga ada mengatakan banyak perkahwinan yang tidak lagi baik, banyak perkahwinan yang tidak lagi menyenangkan Tuhan ...renungkan...

Tuesday, May 25, 2010

Keruntuhan Moral dan Akhlak

Saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk memulakan topik ini. Rasa-rasanya tidak perlu dihuraikan terlalu detel sebab perkara ini, iaitu keruntuhan moral dan akhlak dikalangan muda-mudi, tidak kurang juga di kalangan golongan yang sudah jauh dewasa, semakin berleluasa dan semakin tidak terkawal. Terlalu banyak peristiwa, saya percaya, yang berlaku didepan mata sendiri; yakni skandal disana-sini. Apa yang jelas, semakin maju dunia, semakin canggih alat-alat telekomunikasi, semakin manusia berpelajaran, semakin baik tahap ekonomi masyarakat, semakin jauh moral dan akhlak ditinggalkan! Kehidupan yang kenampakkannya seolah-olah TUHAN tidak wujud lagi!! Manusia sudah tidak takut berbuat dosa!! Dalam zaman moden ini, dikatakan sesetengah perbuatan yang pada satu ketika dahulu dianggap dosa, dikatakan pada zaman ini perbuatan tersebut adalah perkara biasa!! Bukan dosa lagi??? Masalah-masalah moral dan akhlak dikalangan umat Katolik sendiri amat memalukan.

Dalam Alkitab, dinyatakan 'Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan oleh Tuhan, tidak boleh diceraikan manusia.' - Matius 19:5-6. Perkahwinan adalah salah satu dari tujuh (7) Sakramen dalam Gereja Katolik. Tuhan Yesus Kristus menaikkan taraf 'kahwin' sebagai satu sakramen kerana Dia tahu perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita akan melalui banyak dugaan. Tujuan Tuhan Yesus mengujudkan Sakramen Gereja adalah untuk membantu umat Katolik dalam perjalanan rohani mereka didunia. Interpretasi perkahwinan secara sivil adalah berbeza dengan interpretasi perkahwinan secara Katolik. Perkahwinan secara sivil dengan mudahnya boleh ditamatkan dengan penceraian. Sebaliknya, perkahwinan dalam Gereja Katolik hanya boleh ditamatkan apabila salah seorang atau kedua-dua suami isteri meninggal dunia.

Dalam Matius 19:7-9, 'Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebab Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?" Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran (kedegilan) hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula (sejak dari awal) tidaklah demikian. Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zina, lalu kahwin dengan perempuan lain, ia berbuat zina." Walaupun Tuhan Yesus mengatakan seorang suami dibenarkan bercerai dengan isterinya atas dasar kesalahan zina (wanita yang curang dengan suaminya dan bersetubuh dengan lelaki lain), ini tidak bermaksud si suami boleh berkahwin lagi. Dia BOLEH menceraikan isteri tetapi tetap TIDAK BOLEH berkahwin lagi. Apa yang disatukan Tuhan TIDAK BOLEH diceraikan oleh manusia.

Pernah sekali saya telah menghadiri 'Seminar untuk Wanita Katolik' yang diaturkan oleh pejabat diosis Kota Kinabalu, saya dapati semasa sessi soal-jawab, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh para wanita, menunjukkan ramai yang tidak mengerti tentang Sakramen Perkahwinan. Jelas sekali mereka kurang didikan asas.

Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan posting ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf jika ada kata-kata kesat yang akan menyemarakkan kemarahan hati sesiapa, kerana isu tentang perkahwinan adalah sangat sensitif dan ianya melibatkan ramai pasangan suami isteri dan ahli-ahli keluarga mereka. Disini saya memberanikan diri mengatakan jika tiada para religius yang berani menyuarakan ajaran sebenar Gereja Katolik berkaitan dengan masalah moral dan akhlak ini, jika tiada seorang pun umat Katolik yang berani menyuarakannya, apa akan jadi pada generasi Katolik dimasa akan datang? Besar kemungkinan, Katolik hanya tinggal nama sahaja...Saya cuba sedaya-upaya memberi penerangan dalam kata-kata yang paling mudah difahami dan dalam masa yang sama, saya juga ingin menekankan kejelekan dosa-dosa yang memurkakan Tuhan.

(1) Lelaki dan Wanita yang berkesedudukan (tinggal serumah/ tidur sebilik) dan hidup seperti suami isteri tetapi belum berkahwin - kedua-duanya berdosa MORTAL. Hubungan seks luar nikah adalah dosa MORTAL.

(2) Lelaki dan Wanita Katolik yang menjadi suami isteri melalui perkahwinan sivil; pasangan yang samada MENGHIRAUKAN PERKAHWINAN GEREJA atau MELEWATKAN PERKAHWINAN GEREJA - kedua-duanya berdosa MORTAL. Pasangan ini dianggap oleh Gereja Katolik sebagai hidup berkesedudukan dan anak-anak yang dilahirkan adalah anak luar nikah. Lelaki dan wanita yang beragama Katolik perlu mengutamakan perkahwinan Gereja kerana undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang manusia.
Pasangan yang telah berkahwin secara sivil dan kemudian bertaubat dan ingin berkahwin dalam gereja perlu membuat 'Sakramen Pengakuan'.

(3) Suami atau isteri yang berkahwin lagi selepas berkahwin di gereja (semasa pasangan masing2 masih hidup) adalah pasangan yang hidup BERZINA (PZ). Anak-anak yang dilahirkan oleh PZ ini adalah anak-anak luar nikah. Kes-kes kahwin kampung (perkara serius di Sabah) dimana ketua kampung yang sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi masih 'bekerjasama', dan orang-orang kampung juga sudah mengetahui kedudukan sebenar tetapi juga masih 'bekerjasama' kerana inginkan kemeriahan dan makan minum percuma, dianggap BERSUBAHAT dengan PZ itu. Pasangan berzina beserta dengan orang-orang kampung yang bersubahat itu berdosa MORTAL. Bayangkan betapa dosa sepasang manusia mengakibatkan sekampung binasa. Hanya orang kampung yang tidak menghadiri 'perkahwinan' itu yang selamat dari dosa mortal.
Sebenarnya 'perkahwinan' itu bukan pun satu perkahwinan, sebaliknya satu penyesatan, satu SKANDAL yang akan menyebabkan banyak jiwa yang hilang . [Dalam undang-undang di Malaysia, hanya lelaki yang beragama Islam sahaja yang dibenarkan berkahwin lebih dari seorang isteri; lelaki yang bukan beragama Islam dibenarkan mengambil SEORANG isteri sahaja, jika ia melanggar undang-undang, lelaki tersebut dipanggil seorang 'bigami' (bigamist) dan kes ini boleh dibawa ke dalam mahkamah. Di Sabah, lazimnya, suami - suami yang telah berkahwin digereja, mencuri-curi atau secara diam-diam berkahwin lain di kampung tanpa pengetahuan si isteri. Mereka kemudian cuba menggunakan 'kahwin adat kampung' sebagai alasan 'mengiktirafkan' 'perkahwinan' mereka. ]

(4) Suami isteri yang telah berkahwin di gereja tetapi kemudiannya bercerai menggunakan undang-undang sivil, adalah t
etap sepasang suami isteri yang sah dalam undang-undang Tuhan. Dalam hal perkahwinan, undang-undang sivil langsung tidak mempengaruhi undang-undang Tuhan. Walaupun masyarakat tidak memandang serong dengan penceraian secara sivil, tetapi seorang umat Katolik perlu memahami, undang-undang Tuhan adalah diatas undang-undang dunia. Pasangan suami isteri ini jika mereka berkahwin semula dengan pasangan baru adalah pasangan yang berzina. Apabila PZ ini menghadiri misa di gereja, mereka dilarang sama sekali menerima Sakramen Komuni. Para religius atau sesiapa yang mengetahui keadaan ini dan melihat PZ cuba menerima Sakramen Komuni haruslah menegur mereka.

Setakat ini baru empat perkara yang disentuh tetapi bunyinya pun sudah pedas...kenyataannya saudara dan saudari, memang bukan mudah menjadi seorang Katolik. Tetapi Tuhan Katolik adalah Tuhan yang benar, satu-satunya Tuhan yang benar, tiada yang lain. Maka berhati-hatilah, seorang umat Katolik perlu mengetahui dan mendalami pengetahuannya dalam ajaran Gereja Katolik kerana hanya dengan cara ini dia boleh mengalahkan musuhnya ...

bersambung...