Showing posts with label Origin of the present day problems. Show all posts
Showing posts with label Origin of the present day problems. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Origin...A Voice of Orthodoxy (10)

There was one man who saw through the transparent veil of Modernist cant, who for thirty years had followed the activities of the modernists with watchful and suspicious eyes. His name was Father Reginald Garrigou-Lagrange, O.P. When these people began to openly spread their errors, he fervently urged Pope Pius XII to condemn them. It was not until the scandalous letter of 1948, in which the Archbishop of Paris more or less blessed these things, that Lagrange saw clearly that the Pope must act, and resolved not to rest until the Pope did act.

Pope Pius XII then published his highly significant encyclical Humani Generis (1950). In this pronouncement for the whole Catholic world, the Pope definitely referred to Teilhard, among others, when he reproved those who "imprudently and indiscreetly hold that evolution explains the origin of all things and audaciously support the monistic and pantheistic opinion that the world is in continual evolution".

It is difficult to explain all the damaging things that the Liberals were doing...going into every field of priestly study and turning everything upside down. In Teilhard's letter of 1916, he proposed to found what he called "The Factory", a think-tank in which men with liberating ideas in various fields would work closely together. In this way all sorts of liberating ideas could easily be spread, so that Catholic could be liberated in every level. This include moral theology, dogmatic theology, Canon Law, Biblical Studies, Natural Science and etc, etc.


Asal-usul…Suara yang menyokong amalan Ortodoks


Ada seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan para modenis dengan mengawasi tindak-tanduk mereka selama tiga puluh tahun. Orang itu adalah Paderi Reginald Garrigou-Lagrange, O.P. Apabila para modenis sudah berani mengembangkan idea mereka secara terbuka, tanpa membuang masa dia merayu Paus Pius XII mengambil tindakan. Pada tahun 1948, surat yang ditulis oleh Uskup Perancis memuji tindak-tanduk pemodenan dalam gereja. Bermula dari saat itu, Paderi Lagrange mengambil keputusan untuk menjadikan pembongkaran agenda para modenis itu sebagai misinya dan berniat untuk tidak berhenti sehinggalah Paus mengambil tindakan terhadap mereka.


Pada tahun 1950, Paus Pius XII menerbitkan ensilikalnya yang terkenal, yang bertajuk ‘Humani Generis’. Dalam pengumumannya kepada umat Katolik diseluruh dunia, Paus menyebut dan memberi amaran tentang ajaran-ajaran sesat yang diperkenalkan oleh Teilhard dan juga beberapa lagi nama. Paus menegur sikap dan fikiran sesat para modenis yang menyokong teori evolusi sebagai asal-usul kepada semua perkara dan juga kepercayaan monistik dan panteistik bahawa dunia sentiasa berada dalam evolusi yang berterusan.


Amatlah sukar untuk membuat penerangan secara terperinci tentang semua tindak-tanduk para liberal…mereka telah menyelinap dan mempengaruhi hampir dalam setiap bidang kepaderian dan mereka telah berjaya memutar-belitkan banyak ajaran gereja. Dalam surat Teilhard (1916) dia mencadangkan sesuatu yang dipanggil olehnya sebagai “Kilang”, satu kaedah dimana para paderi atau umat lelaki yang pro-liberal, bekerjasama untuk menyebarkan lagi idea-idea liberal dalam segala bidang. Dengan cara ini menurut Teilhard, idea-idea liberal akan lebih cepat tersebar dan ajaran Katolik dapat diubahsuaikan atau diliberalisasikan dalam setiap tahap pengajaran Gereja Katolik. Antara bidang yang dicemari adalah teologi moral (akhlak), teologi dogma, undang-undang kanon, studi Alkitab, Sains Semulajadi dan sebagainya.


Origin...De Chardin Gains Influence (9)

The various Superior Generals of the Society of Jesus during the trying period had tried to keep a check on the shenanigans of the French Jesuits. But this came to an end when after the war a Belgian, Father Janssens - a man who had the reputation of being soft on liberal trends - was elevated to Superior General of the Jesuits.

This was made worse when Father Rene D'Ouince, an avid believer in De Chardin's theories became head of Etudes (the Jesuit monthly publication). Teilhard de Chardin returned immediately to France to accept a journalistic position on Etudes, and to shout from the housetops what before he had to whisper in the ear for twenty years.

The Archbishop of Paris reception of Teilhard was somewhat mixed. In a famous letter (1948), "Growth or Decline", widely circulated then, the harried archbishop acknowledged that Paris was turned upside down. All kinds of silly ideas were going around. It was now fashionable to be very excited by the "open window" of Catholicism, and the archbishop anxiously queried: "Well, I just don't know one thing from the other. Let's just hope for the best." Later on, in the early and mid 1960's during the sessions of the Ecumenical Council (called by Pope John XXIII) all the Tyrrell, de Chardin and Rahner rhetoric came out of the mouths of the left wing faction of Vatican II, viz., the French bishops, the Belgians, the Germans, joining ranks with the Canadian bishops and some midwestern prelates in America.


Asal-usul…De Chardin mula mempengaruhi (9)

Semasa Gereja Katolik dilanda dengan krisis-krisis ajaran sesat, beberapa Ketua General Jesuit sentiasa mengawasi perkembangan anak-anak murid mereka. Tetapi selepas peperangan berakhir, keadaan ini berubah apabila Paderi Janssens, seorang yang berbangsa Belgia dan terkenal dengan reputasinya yang menyokong tren-tren liberal, dipilih menjadi Ketua General Jesuit.

Keadaan ini bertambah parah apabila Paderi Rene D’Ouince, seorang yang sangat berminat dengan teori-teori De Chardin, mengetuai Etudes (majalah bulanan Jesuit). Teilhard De Chardin pulang ke tanahairnya Perancis untuk menerima jawatan sebagai penulis majalah Etudes. Dia sangat gembira kerana apa yang dilakukan olehnya selama duapuluh tahun secara diam-diam, kini dia boleh menyuarakannya secara terang-terangan.

Uskup Perancis menerima kedatangan Teilhard dengan perasaan yang bercampur-aduk. Dalam suratnya yang terkenal (1948), “Bertumbuh atau Berundur” (Growth or Decline), uskup menyuarakan bahawa Perancis pada masa itu berada dalam keadaan ‘lintang-pukang’. Bermacam-macam idea yang bodoh ditimbulkan. Tren Katolik pada masa itu mengamalkan sikap ‘pintu terbuka’ dan ianya mendapat sambutan sehinggakan uskup bertanya: “Saya sudah tidak tahu-menahu dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Marilah kita berharap yang terbaik.”

Beberapa tahun kemudian iaitu di awal dan pertengahan tahun 1960-an, semasa sessi Konsili Ekumenikal (diketuai oleh Paus Yohannes XXIII), semua idea-idea Tyrrell, De Chardin dan Rahner keluar dari mulut-mulut uskup Perancis, Belgia dan German (dipanggil bahagian Kiri Vatikan-II) beserta dengan uskup-uskup dari Kanada dan sebahagian dari bahagian tengah Amerika.

Tuesday, March 31, 2009

Origin...Errors Examined (8)

Today, Tyrrell's work is being re-studied and praised. When one reads Tyrrell, he cannot help but think he is reading Karl Rahner or Teilhard de Chardin, because the thinking is always the same. Many Catholic books and even those books which are available in seminaries' libraries are being contaminated by this 'thinking' (Modernism).

CATALOGUE OF ERRORS:
A. No commitment to Dogma - Modernists use religious language which avoids any commitment whatsoever to most Catholic Dogmas. They will rarely deny, flat out, a Catholic doctrine - at least in public. What they will do is this: [1] Either not mention certain dogmas at all, e.g. Papal infallibility, Immacualte Conception, Original Sin - as if they did not exist! [2] or they will use a genuine Catholic term but take pains not to define it clearly, e.g. observe how modernists talk about Baptism and Eucharist - they concentrate their catechesis on the secondary effects of these sacraments, thereby implicitly denying the primary (and de fide) effects. Baptism becomes 'Initiation' rather than 'Regeneration from Original Sin', and the Mass becomes a 'Meal' or 'Agape', rather than the Holy Sacrifice.

B. Down with external religion - The basic idea seems to be this: that Christ is within us - which means that He is not outside us - which means that the hierarchy cannot speak for Christ now. George Tyrrell does not directly attack the Church, but he engages in a great deal of talk about the unimportance of what he calls 'External Religion'. External religion to him means practically anything Catholic such as the Rosary, blessed statues, medals, holy water, altar rails...anything which is out there - and not deep, deep inside of you - and Tyrrell urged people to get away from these things.

C. Making God and man one entity - This is never far from PANTHEISM: a false philosophy, which consists in confounding God with the world. De Chardin makes us all part of a divine milieu (he later admitted to an apostate that he was a pantheist). According to Karl Rahner, people are Christian even if they do not know it, even if they do not want to be, even if they do not care - which he described by using a new term ' Anynomous Christians'. Have you ever wondered why some Catholics do not worship the Eucharist? Does this statement coming from a liberal person, "Christ's presence in each other is the only presence that counts" familiar to you?

Pada hari ini penulisan yang telah dihasilkan oleh Tyrrell digunakan semula, bahkan dipuji lagi. Seseorang yang membaca penulisan Tyrrell akan merasa dirinya seakan membaca penulisan Karl Rahner atau Teilhard de Chardin kerana mereka mempunyai pemikiran yang sama. Banyak buku Katolik, termasuk buku-buku dalam perpustakaan di seminari, menyimpan buku-buku dari hasil pena para Modenis.


KATALOG YANG PENUH DENGAN KEPALSUAN

A. Tidak mahu terikat dengan DogmaPara modenis sering menggunakan bahasa religius tetapi mengelak dari menyebut dogma Katolik. Mereka tidak akan menafikan atau menolak dogma Katolik – secara umum, terutamanya didepan umat. Apa yang mereka sering buat ialah ini: [1] mereka langsung tidak akan menyentuh dogma, misalnya, Kekebalan Paus, Maria yang dikandung tanpa dosa (Immaculate Conception), Dosa Warisan – seolah-olah dogma tidak wujud! [2] atau kadangkala mereka akan menggunakan sebutan Katolik tetapi tidak mahu memberi penjelasan tentangnya, misalnya, apabila para modenis menyebut tentang Pembaptisan dan Eukaristi – dalam katekisis/ penerangan mereka, efek sampingan lebih ditonjolkan dari efek utama (tujuan Sakramen Gereja diberikan kepada umat), bermaksud mereka cuba menguburkan maksud sebenar sakramen gereja daripada umat (implicit denial). Pembaptisan akhirnya cuma digambarkan sebagai satu ‘Inisiasi’ sahaja dan bukan untuk melenyapkan dosa warisan. Misa pula digambarkan sebagai ‘Jamuan’ atau ‘Agape’ sahaja dan bukan satu ‘Pengorbanan’ oleh Yesus.


B. Tidak Menyukai Agama Luaran – Idea ini adalah: bahawa Kristus ada didalam diri kita semua dan Dia (Kristus) bukan diluar badan kita – ini bermaksud hieraki gereja tidak boleh bercakap bagi pihak Kristus. George Tyrrell tidak mengutuk gereja secara terang-terangan. Dia sebaliknya memesongkan umat dengan membuat banyak penekanan tentang ketidakpentingan agama luaran. Menurut Tyrrell, agama luaran adalah Rosari, patung-patung kudus, medal, air kudus, pagar altar…semuanya yang berada diluaran kita – bukan didalam kita – dan Tyrrell mendesak umat Katolik mengabaikan semua ‘agama luaran’ ini.

C. Menjadikan Tuhan dan manusia sebagai satu entiti – ini adalah hampir sama dengan Pantheisma – satu filosofi yang palsu, yang memberi ajaran palsu tentang hubungan Tuhan dengan dunia …De Chardin menganggap dalam diri kita semua ada ‘kesucian’ (divinity) (dia kemudiannya mengaku kepada seorang yang telah murtad bahawa dia sebenarnya seorang pantheis). Menurut Karl Rahner, semua manusia adalah Kristian tidak kira mereka mengetahuinya atau tidak, dan juga tidak kira mereka menyukainya atau tidak – dia memberikan satu sebutan untuk teori ini iaitu ‘Kristian yang tidak bernama’ (Anynomous Christian). Pernahkah kamu memikirkan kenapa ada Katolik yang tidak menyembah Tuhan kita di Eukaristi? Adakah kata-kata seperti ini, “Kehadiran Yesus dalam diri masing-masing adalah yang paling utama”, satu pernyataan yang biasa didengari?

Origin...Teilhard's Game Plan: A Visit To China (7)

Before Teilhard became a well-known person, he could not attract a sufficient audience to himself, so he decided on an attention-getting course of action: he would go to China. Teilhard felt that if he stayed in China for a short while and did exotic-looking things for a year or so, he would bask in the reputation of a prestigious traveller. People would then look up to him, listen to him and give proper credence to his message. Unfortunately for him, by the time he returned to France, some of his position papers (specifically an attack on the doctrine of Original Sin) had been sent to censors in vatican. Rome was furious and insisted that something needed to be done immediately. And so to his distress and horror, Teilhard found himself reassigned right back to China. He remained in China and refused to learn Chinese. Teilhard invented various words in his books such as: 'noosphere', 'hominization', 'Meta Christianity', 'phychic planetization', 'omega point' and etc. These are merely terms, made up out of thin air, and used to disguise his ideas.

Sebelum Teilhard menjadi seorang yang terkenal dalam bidang penulisan, dia sebenarnya tidak dipedulikan. Dia tidak mendapat sebarang perhatian dari masyarakat. Dia pun membuat keputusan untuk pergi ke Negara Cina semata-mata bertujuan untuk dikenali oleh orang ramai. Dia berharap dengan kehadirannya di Negara Cina nanti dan dengan kerja-kerja yang jarang dilakukan oleh orang barat, dia akan mengukir nama sebagai seorang pengembara yang berkebolehan. Dia berharap masyarakat akan memandang tinggi, memberi perhatian dan mengagumi dirinya. Tetapi malangnya, apabila dia kembali ke Negara Perancis, ada diantara penulisannya telah mendapat perhatian (terutamanya penulisannya tentang dosa warisan yang memesongkan umat) dari vatikan. Rom sangat marah dan ingin bertindak terhadap pemesongan yang dilakukan oleh Teilhard. Dia merasa amat tertekan dan takut sehingga sekali lagi membuat keputusan untuk pergi ke Negara Cina. Walaupun berada di Negara Cina agak lama, dia langsung tidak berminat mempelajari bahasa cina. Dia banyak mencipta perkataan-perkataan baru dalam bukunya seperti 'noosphere', 'hominization', 'Meta Christianity', 'phychic planetization', 'omega point' dan sebagainya yang mana tidak mempunyai apa-apa erti dan cuma dicipta olehnya untuk membingungkan atau mengaburi umat tentang idea-ideanya.

Tuesday, March 24, 2009

Origin...Teilhard de Chardin's Career (6)

Quite early in De Chardin's priestly life, he discovered a penchant for writing (as a seminarian he was a prolific letter writer) and had been submitting articles to Etudes, the official French Jesuit magazine. For the next 30 or so years, he found almost always, in this publication, a public forum for his ideas. So that the higher ecclesiastical authorities, acting as watch-dogs for orthodoxy, would not get a clear scent of theological deviations, some degree of caution was used by Teilhard to disguise content. All in all, he published a great deal, and by the middle 1930's he had made considerable headway in his avocation to pass on the torch of Modernism.

Di awal kehidupan De Chardin sebagai paderi, dia menemui satu kegemaran iaitu menceburi dalam bidang penulisan (dia adalah penulis surat yang rajin sejak dia masih seorang seminarian lagi) dan selalu menyumbangkan artikel-artikel kepada Majalah Etudes, majalah rasmi Jesuit Perancis. Seterusnya dalam masa 30 tahun atau lebih yang lepas, melalui majalah Etudes dia sering menyuarakan idea-ideanya. De Chardin menyembunyi kandungan penulisannya yang memesongkan umat melalui forum umum agar pihak atasan gereja tidak dapat mencium dan mengesan idea-idea teologi modennya. Secara keseluruhannya, dia telah menghasilkan banyak penulisan dan sejak pertengahan tahun 1930-an, dia sudah bersedia mendelegasikan 'api' modenisasi yang dimulakan olehnya.

Monday, March 23, 2009

Origin...Another Modernist: Henri Bremond (5)

Between 1893 and 1899 (the year De Chardin entered the Seminary, the Pope had been compelled to issue four different encyclicals which condemned skepticism about basic truths, and the skepticism about the Bible. In 1907 the Holy Office released the famous decree Lamentabili, containing 65 propositions against Modernism, and on Sept. 8, 1907, Pope Pius X, in his encyclical Pascendi, warned the Catholic World to beware the venomous effects of Modernism. Vatican's strong reaction suggested the gravity of the situation. The insidious skepticism was being propagated in many European schools. The heart and soul of the movement was Henri Bremond, a French Jesuit, whose protege was George Tyrell, S.J., whose prize student was Teilhard De Chardin.

Henri Bremond, S.J. (1865-1933)>>>
>>>George Tyrell, S.J. (1861-1909)>>>
>>>
Pierre Teilhard De Chardin (1881-1955)

Other contemporary liberals are Karl Rahner, Hans Kung, Avery Dulles, Fr. Richard McBrien - who all claimed to be Catholic while side-stepping belief in the whole areas of fundamental doctrine.

Dari tahun 1893 sehingga 1899 (tahun De Chardin memasuki seminari), Paus melihat keperluan mengeluarkan empat ensilikal yang berlainan yang mengutuk ketidakpercayaan dan keraguan terhadap kebenaran asas, dan juga ketidakpercayaan dan keraguan terhadap Alkitab. Pada tahun 1907, Pejabat Kudus mengeluarkan dikri ternama Lamentabili, yang mengandungi 65 tentangan terhadap Modernisasi. Pada Sept 8, 1907, Paus Pius X, dalam ensilikalnya Pascendi, memberi amaran kepada umat Katolik sedunia agar berjaga-jaga terhadap ‘racun’ dari Modenisasi.


Reaksi vatikan pada masa itu terhadap modenisasi mengambarkan betapa runcing keadaan Gereja Katolik pada masa itu. Ketidakpercayaan dan keraguan yang berterusan telah merebak ke sekolah-sekolah di Eropah. Bapa revolusi modenisasi adalah Henri Bremond, seorang Jesuit berbangsa Perancis. Anak muridnya pula adalah George Tyrell, S.J., yang mana adalah guru kepada Pierre Teilhard de Chardin.


Henri Bremond, S.J. (1865-1933)>>>
>>>George Tyrell, S.J. (1861-1909)>>>
>>>
Pierre Teilhard De Chardin (1881-1955)

Liberalis dari generasi yang terbaru adalah Karl Rahner, Hans Kung, Avery Dulles, Paderi Richard McBrien - kesemuanya mengaku beragama Katolik walhal bekerja keras mengubah doktrin Katolik yang asas.


Thursday, March 19, 2009

Origin...Tyrell: An Influential Modernist (4)

Like most pious garden-variety heretics, Tyrell devised a form of spirituality which satisfied his own whims, and which he was most anxious to recommend to other people. Fr. Tyrell was always on the move, giving retreats and conferences and sermons, while editing magazines and writing books. The intended goal of his labours was to promote a new brand of spirituality, viz, a 'how-to' course on being very, very Christian. Through a skilful verbal mixture of truth and error, he deceived Catholics by calling them to a purer love of Christ. But in his own mind, and those close to him, the bases of the Catholic religion were myths which according to him, had now been exposed and should be abandoned.


Fr. Tyrell, was eventually asked by his Superior Jesuit to publicly repudiate a heretical article he had written. When Tyrell refused, he was suspended "A DIVINIS", and was dismissed from the Society of Jesus. He then searched for a bishop who would adopt him into his diocese. Though unsuccessful, he kept on writing and producing articles inimical to orthodoxy. Because of his criticism of St. Pius X's condemnation of Modernism (1907), he was ex-communicated by name, his case was reserved to The Holy See. Some years later, he died of Bright's Disease, unrepentant to the end, and was refused burial, by the Church, in a Catholic Cemetery.


Seperti pelopor-pelopor ajaran sesat yang lain, Tyrell mencipta satu kerohanian (spirituality) yang mengikut cita rasanya dan sentiasa menasihati umat mengikut ‘ajaran’ ciptaannya itu. Paderi Tyrell sentiasa sibuk; sering mengadakan retret-retret, konferensi-konferensi dan memberi khutbah tanpa hentinya, selain menyemak dan menulis buku-buku. Titik peluhnya bertujuan untuk mempromosikan ‘kerohanian’ yang baru, seringkali berbunyi ‘bagaimana untuk benar-benar menjadi seorang kristian yang beriman’. Dengan menggunakan ‘kebijaksanaannya’ dalam memutar-belitkan kebenaran dan mencampur-adukkan dengan kepalsuan, dia berjaya ‘mempengaruhi’ umat Katolik. Dia ‘beraksi’ dengan menyeru umat agar mencintai Kristus dengan lebih tulus lagi. Tetapi dalam fikirannya dan juga kawan-kawannya, ajaran-ajaran agama Katolik cuma satu mitos yang menurut Tyrell, sudah pun didedahkan dan patut diabaikan.


Paderi Tyrell akhirnya diminta oleh Ketua Jesuit menarik-balik kesemua ‘ajarannya’ itu dan membuat pengakuan salah secara umum tentang doktrinnya yang sesat itu. Apabila Tyrell enggan berbuat demikian, dia digantung secara ‘ A Divinis’, dan digugurkan dari Pertubuhan Jesuit (Society of Jesus). Dia kemudiannya, cuba memujuk uskup-uskup agar sudi mengambilnya menjadi paderi di diosis mereka. Namun percubaannya gagal. Tetapi Tyrell meneruskan juga penulisannya dan banyak menghasilkan artikel-artikel yang ‘seakan-akan’ berbunyi ortodoks. Pada tahun 1907, Gereja Katolik mengumumkan 'Putus-Hubungan' (ex-communicate) dengan Tyrell kerana mengkritik kutukan Santo Paus Pius X terhadap ‘Modernisasi’ dalam gereja. Beberapa tahun kemudian, dia mati kerana penyakit ‘Bright’, dengan tiada penyesalan, dan Gereja tidak membenarkan mayatnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Umat Katolik.

Origin...Meet PierreTeilhard de Chardin (3)

In 1901, the students at the French Seminary were obliged, by civil edict, to leave France and continue their theological studies elsewhere. The French government was anti-clerical; laws were passed against religious orders. The Jesuits became a prime target and they were ordered to go out of the country. And where did they seek exile? In England. Among the French seminarians, was a young candidate for the priesthood, Pierre Teilhard de Chardin.


In England, De Chardin and his classmates moved into a Jesuit community in Jersey. There, an Irish Jesuit called GEORGE TYRELL influenced and dominated the seminarians. This influence was so powerful that in the whole of England, there was only one Jesuit - George Tyrell. A fearful heresy was spreading through the seminaries at that time, and the man who was acknowledged as the ring leader was Rev. George Tyrell.


He was a very, very busy man: often lecturing at Oxford, holding teaching positions of influence, helping to write a monthly Jesuit magazine. He wrote endlessly about his notions of spirituality and the inner life. But Tyrell had one problem: He probably DID NOT BELIEVE IN GOD. A CARICATURE of God perhaps! Not 'the Triune God of Revelation; Supreme Being, Independent, with Freewill and Intellect, to Whom we are obliged to worship externally as well as internally.' He for sure did not believe in two things: the Virgin Birth and The Resurrection of Christ.


Pada tahun 1901, kerajaan Perancis menggunakan undang-undang sivil – memberikan perintah keluar negara kepada semua seminarian di negara itu. Negara Perancis pada masa itu adalah anti- religius; undang-undang langsung tidak menggalakkan pembentukan kumpulan religius. Kumpulan Jesuit menjadi sasaran utama mereka. Dinegara manakah mereka pergi selepas keluar dari Perancis? Mereka berhijrah ke England. Diantara seminarian itu ialah seorang yang bernama Pierre Teilhard de Chardin.

Semasa di England, De Chardin dengan seminarian sekelasnya memasuki komuniti Jesuit di Jersey. GEORGE TYRELL, seorang yang berbangsa Ireland, menguasai dan mempengaruhi para seminarian. Pengaruh ini sangatlah kuat sehinggakan di seluruh England cuma ada seorang sahaja paderi dari oder Jesuit – George Tyrell. Penyesatan doktrin (heresy) sedang berleluasa pada masa itu dan orang yang bertanggungjawab dengan penyesatan doktrin ini adalah Rev. Paderi George Tyrell.


Dia adalah seorang yang sangat, sangat sibuk: sentiasa memberi lektur di Oxford, sentiasa memegang kedudukan yang tinggi – memberi pengaruh yang besar dalam pendidikan kepada religius, menulis artikel dalam majalah bulanan Jesuit. Dia banyak menulis tentang pendapatnya sendiri mengenai kerohanian dan kebatinan. Tetapi Tyrell mempunyai satu masalah: besar kemungkinan DIA TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN. SATU GAMBARAN KARIKATUR TUHAN mungkin! Tetapi tidak kepada Tuhan Tritunggal, yang MahaKuasa, yang mana kita menyembah-Nya secara luaran dan juga dalaman. Yang pasti, Tyrell tidak mempercayai dua perkara: Keperawanan Bonda Maria dan Kebangkitan Yesus.

Origin...Spread of the Erroneous Trends (2)

One wonders how the erroneous trends in modern theology gained so much momentum, and how these trends spread so rapidly into all levels of Church life.These trends eventually led to a moral permissiveness and a disregard for objective ethical norms, all of which contradict the Divine Law, and have resulted in an obvious decline in true Catholicism. Truths, taught by our Saviour, Jesus Christ, have fallen like dominoes. Let me put these statements into simple equation.


False + False = False

Truth + False = False

False + Truth = False

Truth + Truth = Truth


The loss of faith and the weakening of morality can be traced back, intellectually and spiritually, to the unacceptance of the reality of Adam and Eve as first parents, and ultimately to disbelief in a Personal Triune God. These unbeliefs are embodied in the works of a man called PIERRE TEILHARD DE CHARDIN.


Adalah amat menghairankan bagaimana teologi moden boleh berkembang begitu cepat dan dapat memasuki setiap tahap dalam kehidupan di gereja. Tren yang bertentangan dengan undang-undang Tuhan ini telah membawa kepada keruntuhan moral dan mengakibatkan etik-etik Katolik dipinggirkan. Pengertian ajaran Katolik yang sebenar yang datangnya dari penyelamat kita, Yesus Kristus, sedikit demi sedikit dikuburkan dengan teologi moden. Mari saya gambarkan keadaan ini dalam bentuk matematik yang sangat mudah.


Salah + Salah = Salah

Benar + Salah = Salah

Salah + Benar = Salah

Benar + Benar = Benar


Kehilangan iman dan keadaan moral yang parah sekarang ini dapat dikesan asal usulnya, secara intelek dan juga spiritual. Keadaan ini bermula kerana adanya penolakan kepada realiti Adam dan Hawa sebagai orang tua kita yang pertama didunia, dan mengakibatkan ketidakpercayaan kepada adanya Tuhan yang satu. Ketidakpercayaan ini bermula dari seorang yang bernama PIERRE TEILHARD DE CHARDIN.

Sunday, March 15, 2009

Origin of the present day problems in the Catholic Church

From time to time, I will be posting some articles that briefly explain how and when the present day problems in the Catholic Church began. The majority Catholics are 'unsure' of the crisis in the church today because for many, it is easier and more comfortable to follow the majority than the minority. It is easier to deny than to take action. Even though ample of signs and evidences are clearly suggesting that we are facing an unprecedented crisis in our church, sadly many Catholic prefer to keep a 'blind eye' and take the convenient route than to attempt to work out something as to why and what leads to the crisis in our church.

The articles which expose the problems in our church are mainly taken from this book - CHRIST DENIED: Origin Of The Present-Day Problems In The Catholic Church by Fr. Wickens. It is my hope that with this exposure, Catholics will have better understanding of the crisis and will consequently take actions to save their own souls and the souls of their family and brethren.

Dari masa ke semasa, saya akan menulis artikel-artikel yang memberi sedikit penerangan (ringkasan) mengenai sejak bila dan bagaimana krisis dalam gereja Roman Katolik bermula. Kebanyakan umat Katolik pada hari ini langsung tidak menyedari dan tidak yakin adanya krisis dalam gereja RC. Kebanyakan umat merasa lebih selesa mengikut suara majoriti dan mengambil jalan mudah dengan mengendahkan krisis itu. Walaupun sudah banyak perubahan-perubahan dan bukti-bukti yang menunjukkan gereja RC sekarang sedang melalui krisis yang paling hebat dalam sejarah-Nya, namun umat masih menyangkal kebenaran ini. Mereka hanya menutup mata dan langsung tidak berminat untuk mengetahui asal-usul masalah dalam gereja.

Artikel yang mendedahkan masalah-masalah dalam gereja RC adalah diambil dari buku - KRISTUS DISANGKAL: ASAL-USUL MASALAH DI MASA KINI DALAM GEREJA KATOLIK oleh Paderi Wickens. Saya mengharapkan dengan penerangan ini, lebih ramai umat Katolik akan dapat memahami krisis dalam gereja RC dan seterusnya akan mengambil tindakan yang sewajarnya; yakni mengambil langkah-langkah menyelamatkan roh diri masing-masing, sanak-saudara dan sahabat-handai.