Showing posts with label Vatican Council II. Show all posts
Showing posts with label Vatican Council II. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Mengapa saya memilih Misa Tradisional Latin?

Apabila saya cuba mempromosikan Misa Tradisional Latin kepada bapa saya, dia menjawab, “tidak kira apa jenis misa (antara misa Novus Ordo atau Misa Latin) seseorang hadiri, ianya tidak penting…yang penting adalah hati seseorang. Lagipun siapa lagi yang boleh memahami bahasa Latin…”. Kalau dahulu saya tidak akan bersetuju dengan pendapat bapa saya ini, tetapi sebagai orang tua yang lebih berpengalaman, seorang yang terlebih dahulu makan garam, saya akur kata-katanya itu ada juga kebenarannya, jika dilihat secara fikiran terbuka.


Saya mungkin tidak akan berfikiran sedemikian jika bukan kerana teman seiman yang beberapa bulan lalu telah membuat skandal. Apalah gunanya menjadi ‘tin kosong’, yang hanya kuat bunyinya apabila diketuk tetapi didalamnya kosong belaka. Apalah gunanya pengetahuan dogma dan doktrin yang setinggi gunung Everest jika tiada kemurahan hati (Charity)…kesedaran tentang krisis dalam gereja perlu diikuti dengan sikap tanggungjawab terhadap umat. Tetapi nampaknya, umat yang menghadiri misa Latin tidak juga kebal dari godaan syaitan…begitu juga paderi tradisional bukan semuanya kudus dan oh ya, mengenai bahasa Latin, saya juga tidak berapa memahaminya. Selain boleh berdoa ‘Bapa Kami’, ‘Salam Maria’, ‘Gloria..’ dan beberapa doa lain dalam bahasa Latin, selebihnya saya masih berpandukan buku misa yang ada terjemahannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.


Jadi, mengapakah saya masih memilih menghadiri Misa Tradisional Latin atau Misa Tridentin ini? Setelah saya renungkan perkara ini, saya memutuskan ada beberapa sebab mengapa ‘Misa Latin’ tetap menjadi misa pilihan saya.


  1. Ianya adalah misa Santo-santa. Santo-santa yang terkenal (semuanya santo-santa sebelum 1960-an) hanya tahu satu jenis misa sahaja – Misa Tradisional Latin/ Misa Tridentin. Mereka tidak pernah membuat aduan akan masalah bahasa Latin. Segala berkat dan grasia yang mereka terima adalah melalui misa ini. Dalam erti kata lain, mereka menjadi santo-santa kerana misa ini.
  2. Mukjizat Ekaristi (http://www.therealpresence.org/eucharst/mir/engl_mir.htm) boleh dibaca dihalaman web ini, berlaku banyak sekali sebelum zaman Vatikan-II. Dalam era Vatikan-II, jumlah mukjizat Ekaristi ini boleh dikira dengan jari satu tangan sahaja. Pada pendapat saya, perbezaan jumlah mukjizat yang ketara sebelum dan selepas Vatikan-II menunjukkan iman Katolik pada zaman dahulu adalah sangat teguh. Tuhan memberikan ‘hadiah’ mukjizat ini kerana umat kuat berdoa, terutamanya doa Rosario (doa untuk memenangi sebanyak jiwa yang boleh) dan melalui mukjizat ini, penganut gereja Katolik semakin bertambah. Bandingkan keadaan gereja sekarang? Ekumenisma Vatikan-II langsung tidak mengalakkan penganut murtad atau umat dari agama lain menganut agama Katolik…yakni penyebaran agama tidak lagi menjadi agenda utama gereja sekarang (gereja tidak lagi Apostolik).
  3. Misa ini juga tidak mudah di ‘tembusi’ (impenetrable) dengan ajaran sesat (heresy). Cara-cara penyembahan kumpulan karismatik dan kumpulan Neo-Cathecumenate (asal-usul dari ajaran sesat-protestan) tidak akan dapat disesuaikan (not compatible) dengan cara misa Latin. Misa ini adalah sangat serius (solemn); ianya memusatkan kepada Tuhan (God centered) dibandingkan dengan Misa Novus Ordo yang mana ianya memusatkan kepada manusia (man-centered). Semasa perayaan misa Latin, paderi menghadap ‘Tabernakel’, membelakangi umat; sebaliknya dalam misa Novus Ordo, paderi menghadap umat dan membelakangi ‘Tabernakel’. Disebabkan ciri ini jugalah, misa Latin sentiasa mendapat tentangan hebat dari musuh gereja. Musuh gereja cuba melarang atau memburuk-burukkan misa ini walaupun mereka tahu dengan jelas tidak ada arahan dari paus dahulu dan sekarang yang melarang misa ini dirayakan. Sebaliknya Santo Paus Pius V mengkodifikasikan misa ini dalam 'Papal Bull' pada tahun 1570 agar umat tidak risau tentang kesahihan misa ini. Semenjak ajaran Vatikan-II menular ke hampir kesemua gereja-gereja Katolik di Sabah, banyak Tabernakel telah dipindahkan ke dalam kapel adorasi (adoration chapel), selalunya lokasi bangunan ini bersebelahan dengan gereja. Kita biasanya mengatakan gereja adalah ‘Rumah Tuhan’, yakni tempat kediaman Tuhan. Tetapi apakah yang sudah terjadi sekarang? ‘Rumah Tuhan’ telah menjadi semakin kecil…gereja sekarang lebih berfungsi sebagai dewan.
  4. Jika kita mempersembahkan sesuatu kepada Tuhan (dalam misa), Tuhan dapat melihat keadaan sebenar (niat paderi dan umat), adakah ianya persembahan yang terbaik atau hanya ala sekadar? Tidak dinafikan, keadaan dan suasana sekeliling dalam gereja boleh mempengaruhi fikiran umat yang hadir dalam misa. Dalam Kejadian 4:3-5, ‘Setelah beberapa waktu lamanya, maka Kain mempersembahkan sebahagian dari hasil tanah itu kepada Tuhan sebagai korban persembahan; Habel juga mempersembahkan korban persembahan dari anak sulung kambing dombanya, yakni lemak-lemaknya; maka Tuhan mengindahkan Habel dan korban persembahannya itu, tetapi Kain dan korban persembahannya tidak diindahkan-Nya. Lalu hati Kain menjadi sangat panas dan mukanya sangat muram.’ Tolong jelaskan kepada saya bagaimana gereja boleh memberikan persembahan terbaik jika suasana dalam gereja tidak mencerminkan ‘kekudusan niat’ umat-umat. Cara berpakaian yang tidak sopan dan sikap umat yang datang cuma untuk memenuhi tanggungjawab hujung minggu, tidak kurang juga yang datang untuk bertemu kawan…dan bagaimana dengan khutbah paderi-paderi, adakah mereka menyebar iman Katolik sebenar? Renungkan dari pengalaman saudara-saudari sendiri…
  5. Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku dalam gereja dan perubahan ini nampaknya belum ada tanda-tanda ianya akan berhenti …dan yang terbaru saya dengar adalah tentang GIRM (General Instruction of the Roman Missal) mengariskan 399 perubahan dalam liturgi. (Perkara ini saya dengar dari seorang kawan, entah betul kah tidak… ). Mengapa kah perlu mengubah liturgi yang pada asalnya sudah pun sempurna??? Bagaikan manusia buta yang hilang penglihatan, lalu meraba-raba mencari haluan, nampaknya begitu juga keadaan gereja Katolik pada masa ini…

Saya ingin menekankan disini bahawa walaupun gereja sedang melalui krisis, saya pasti ada umat Novus Ordo yang benar-benar kudus dan ada juga uskup, paderi dan para religius Novus Ordo yang juga kudus…mereka benar-benar dengan ikhlas menyahut panggilan Tuhan dan bekerja keras membimbing umat ke jalan yang benar. Cuma dalam hal ini mereka mungkin kurang didedahkan kepada isu-isu krisis dalam gereja (atau mungkin juga langsung tidak mendapat maklumat). Saya amat menghormati mereka dan saya pasti Tuhan akan menjaga mereka. Saya juga ingin menyatakan disini, walaupun umat yang menghadiri misa Latin tahu selok-belok krisis gereja tetapi tidak menunjukkan sifat-sifat kekudusan, tidak menunjukkan sikap murah hati, dan cuma mementingkan diri sendiri, hukuman yang menanti adalah jauh lebih berat kerana mereka telah diberi ‘telinga untuk memahami’. Saya doakan agar Tuhan membuka lebih ramai hati umat Katolik di Sabah menghadiri Misa Tradisional Latin.

Thursday, July 16, 2009

Bicara dari hati…

Dalam zaman sekarang dimana moral umat-umat Katolik semakin runtuh, saya melihat bagaimana (begitu jelas sekali) buta, bisu dan lengahnya mereka yang sepatutnya memainkan peranan memperingati/ menyedarkan umat Katolik akan betapa pentingnya menjauhkan diri dari hal-hal yang akan melemahkan dan seterusnya membinasakan iman Katolik mereka. Seorang Katolik sekarang menghadapi godaan syaitan dari setiap sudut hidupnya bermula dari keluarga sehinggalah pada hal yang dianggap remeh-temeh (misalnya, keperluan bersuara dan berpendirian tegas apabila melihat/ mengetahui sesuatu yang salah). Umat sekarang boleh dikatakan sudah hilang asas pendidikan Katolik sebenar. Dari asas pendidikan yang lemah ini, iman juga menjadi lemah. Mengapakan ini boleh berlaku? Dari mana, sejak bila dan bagaimana ia bermula?


Ramai umat Katolik tidak mengetahuinya, tidak mempercayainya dan ramai juga yang membantah kebenarannya tetapi realiti tetap realiti - satu ‘Revolusi Liturgi’ telah berlaku semasa Konsili Vatikan-II…sekitar tahun 1969, misa Latin digantikan dengan misa Novus Ordo (New Order) atau misa baru dan bermula dari revolusi ini, ianya diikuti pula dengan perubahan-perubahan lain yang banyak merubah dan menghasilkan keadaan iman Katolik pada hari ini…dan kebanyakan umat lebih rela mengikuti arus dari melawannya (follow the flow) dan terlalu ramai yang masih ‘tidur lena’ dan sedikit pun tidak mengambil peduli akan setiap perubahan-perubahan yang berlaku dalam gereja. Bagi mereka ini adalah zaman moden dan manusia mesti berubah, manusia juga perlu menjadi manusia moden. Tetapi Ibrani 13:8 menyatakan ‘Tuhan Yesus Kristus tetap sama, baik kelmarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya’.


Dalam pengalaman hidup saya sebagai seorang Katolik, saya tidak pernah terfikir saya akan menjadi seorang yang dianggap ‘ganjil’ atau ‘lain dari yang lain’. Kalau dahulu saya berfikiran sebagai seorang umat Katolik Novus Ordo atau umat yang setia pada ajaran Vatikan-II, tetapi pada hari ini saya dipandang sebagai seorang Katolik yang sudah jauh terjerumus dengan ajaran sesat…dan saya berhadapan dengan bukan satu atau dua cemuhan dari umat Novus Ordo tetapi jauh lebih dasyhat lagi…..dari uskup-uskup, paderi-paderi , para religius dari pangkat atasan dan juga dari ahli keluarga saya sendiri…Para pembaca mungkin hairan dan bertanya, kenapa pula?


Saya telah menghadiri misa Tridentin atau Misa Tradisional Latin di Kapel Ratu Rosari Kudus (Queen of the Holy Rosary Chapel) di Donggongon, Penampang selama sudah lebih kurang dua tahun. Paderi Tradisional yang merayakan misa Tridentin adalah dari oder Persatuan Santo Pius X (Society of Saint Pius X) dan misa ini selalunya dijadualkan pada minggu ke-empat setiap bulan. Paderi akan berada di KK selama lebih kurang empat hari dan misa dirayakan pada setiap hari selama empat hari itu. Dalam sepanjang tempoh saya menghadiri misa Tridentin, saya mempelajari bagaimana mengenakan pakaian sopan apabila hadir dalam misa dan juga semasa dikhalayak masyarakat. Selain itu saya belajar mengenakan veil semasa misa. Wanita yang mengenakan veil semasa misa adalah wanita yang mengikut peraturan Tuhan. Lihat dan renungkan 1 Kor 11:3-5. Penggunaan veil oleh kaum wanita semasa misa bertujuan untuk wanita merendahkan diri apabila berada didepan Tuhan sama seperti Bonda Maria yang tidak pernah lekang dari memakai veil. Dalam misa ini, umat menerima ‘Tubuh Yesus’ terus pada lidah dan dalam keadaan melutut. Semua roti yang telah dikonsekrasikan oleh paderi adalah Tubuh Yesus dan jika satu cebisan jatuh ke lantai, cebisan itu adalah juga 'Tubuh Yesus'. Maka sebab itulah segala perhatian diberikan semasa roti diedarkan kepada para komuni. Seorang ‘Raja’, yakni Raja segala Raja sedang berada didepan umat, maka semestinya umat mesti mempunyai perasaan ‘gementar’ dan berhati-hati apabila berhadapan dengan-Nya…Keadaan dan suasana yang sedemikian tidak ada lagi di gereja Novus Ordo. Benarkah umat dalam gereja ini masih mempercayai akan kehadiran Yesus pada roti? Jika ya, mengapakah perbuatan mereka tidak mencerminkan kepercayaan mereka? Lex Orandis Lex Credentis...cara umat berdoa dalam gereja menunjukkan kepercayaan mereka.


Misa adalah dalam bahasa Latin kecuali semasa khutbah atau homili paderi. Walaupun, misa adalah dalam bahasa Latin tetapi umat tetap dapat mengikuti atau dapat memahaminya kerana dalam buku misa Latin, ianya mempunyai terjemahan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Misa Tridentin adalah misa Santo-Santa, misa untuk sepanjang masa. Berbanding dengan misa Novus Ordo, misa Latin hanya melalui sedikit perubahan sahaja sejak zaman duabelas rasul Yesus (perubahan organik – tidak melibatkan perubahan drastik) dan ianya sangat minimal kerana umat-umat dahulu sangat prihatin dengan setiap perubahan yang dilakukan dalam gereja.


Saya tanyakan pada diri ini? Adakah semua pengorbanan saya ini berbaloi? Pengorbanan demi untuk mempertahankan iman Katolik yang sebenar…iaitu mengikuti ajaran sebelum Vatikan-II. Saya inginkan penyelamatan roh saya, juga roh-roh ahli keluarga saya. Tetapi hari ini saya melihat gereja tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Doktrin baru diperkenalkan, Dokma gereja ‘dipijak-pijakkan’…Renungkan Gal 1:8 – tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari syurga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.


Apakah iman Katolik yang sebenar? Adakah cukup dengan hanya menghadirkan diri dalam misa baru setiap minggu?…Apakah begitu mudah untuk memasuki Syurga? Apakah Yesus begitu senang melalui segala penderitaan semasa disalibkan agar manusia memperolehi peluang untuk masuk syurga? Bagaimana dengan Santo-santa? Adakah ianya begitu mudah bagi mereka, mempertahankan iman Katolik? Santo-santa telah melalui banyak penderitaan, sehingga sanggup berkorban dengan memberikan nyawa mereka hanya kerana enggan bertolak-ansur/ tunduk pada permintaan musuh, iaitu murtad pada gereja Katolik. Saya menggunakan contoh ini untuk mengingati umat Katolik bahawa dunia ini adalah pentas pertarungan kepada kita semua. Dalam Efesus 6:12…perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat diudara.


Syaitan sangat bijak. Ia tahu kelemahan manusia, sentiasa mencari jalan bagaimana menjatuhkan anak-anak Adam-Hawa. Sebenarnya keadaan dahulu dan sekarang masih tidak berubah. Bezanya cuma, zaman sekarang adalah zaman moden, zaman serba-serbi dimana kebanyakan ibubapa bekerja dan anak-anak lebih dimanjakan. Melihatkan pada kesenangan dan ketidak prihatinan manusia yang begitu leka dan sombong dengan pencapaian mereka dalam dunia teknologi, syaitan telah terlebih dahulu mengatur strategi, agar memperolehi hasil tuai yang banyak sekali, agar neraka lebih ‘meriah’. Syaitan tahu dia akan mendapat roh paling banyak dengan menjatuhkan orang atasan dalam gereja dahulu. Umat lebih banyak hanya menurut sahaja apa yang diajarkan oleh para religius. Bayangkan akibatnya apabila para religius mengkhutbahkan ajaran salah dan umat hanya menurut sahaja...


Bonda Maria Fatima, doakanlah kami!

Friday, March 6, 2009

Umat Katolik cuma ada satu Tuhan

Umat Katolik cuma ada satu Tuhan. Tuhan yang disembah adalah Tritunggal Kudus - Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus Kristus) dan Tuhan Roh Kudus - tiga menjadi satu - satu misteri yang memerlukan iman untuk menerimanya. Santo Patrick menggunakan contoh satu dahan yang mempunyai tiga cabang untuk menggambarkan maksud Tritunggal...

Gereja Roman Katolik bertanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada saudara Kristian kita yang telah murtad, dan menolak sebarang penyatuan palsu yang bercanggah dengan ajaran sebenar Yesus yang berlandaskan Alkitab dan Tradisi. Dalam Kanon 1258, tahun 1917, Kod undang-undang Kanon, aspek-aspek ini ditekankan:


Umat bersalah apabila bekerjasama atau mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti keagamaan yang bukan-Katolik.


Untuk sebab-sebab tertentu yang memerlukan kebenaran dari uskup, kehadiran seseorang dalam majlis bukan Katolik seperti kematian, perkahwinan atau majlis yang memberi penghormatan boleh dikecualikan, dengan syarat tidak mendatangkan skandal.


Kepada mereka yang berada di luar Gereja RC atau mereka di dalam Gereja RC tetapi tidak menyedari kejadian semasa dalam gereja, jadikanlah artikel ini sebagai pembuka mata kepada anda untuk menyiasat ajaran-ajaran doktrin Gereja Roman Katolik bahawa ‘di luar Gereja Katolik, tiada penyelamatan’. Begitu banyak jiwa sesat kerana kejahilan. Tuhan mahu menyelamatkan semua manusia. Dia memberitahu kita dalam Kitab Injil, bahawa Dia memberi petunjuk kepada setiap manusia yang berada di atas bumi ini. Dia menyediakan kita dengan segala cara yang patut untuk diselamatkan. Kealpaan tentang cara-cara untuk diselamatkan adalah satu dosa kerana kealpaan berpunca daripada kejahilan serta kemalasan.

Wednesday, March 4, 2009

Katedral Hati Kudus, KK menyambut Tahun Lembu?

SHC welcomes the year of the Ox
http://www.kkdiocese.net/home/latestnews.cnt?c=ll

Pada Jan 26 tahun 2009, Katedral Hati Kudus KK telah menyambut Tahun Lembu dengan mengadakan tarian musim bunga dan disusuli dengan pukulan dari 11 dram. Para religius dan umat juga membuat 3 anggukan di depan altar sebagai tanda menghormati Tuhan mengikut adat-istiadat bangsa Cina (yang selalunya dikaitkan dengan agama Buddha).

Kejadian di katedral pada hari itu adalah SALAH berdasarkan kepada undang-undang gereja yang berikut:

Perintah Tuhan yang pertama dalam 10 perintah Tuhan adalah:
"Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku"

Berdasarkan perintah Tuhan yang pertama, soalan pertama yang patut kita tanya adalah: Adakah Tuhan yang disembah oleh Penganut agama Buddha itu adalah juga Tuhan kita (iaitu Tritunggal Kudus)?

Menurut penjelasan dari seorang 'monk' agama Buddha (http://www.urbandharma.org/udharma3/budgod.html), agama Buddha tidak mempunyai Tuhan. Pengasas agama Buddha, Sidharta Gautama Buddha, hidup 500 tahun sebelum Yesus dilahirkan. Bapanya adalah seorang Raja dan ibunya seorang Permaisuri. Buddha dikehendaki oleh ibubapanya mengambil-ahli perniagaan keluarganya. Semasa Buddha berumur 29 tahun, dia memutuskan untuk berhenti berdoa kepada Tuhan-Tuhannya (lebih satu Tuhan) dan masuk ke pinggir hutan untuk melakukan meditasi. Dalam agama Buddha, ajaran tentang cara-cara mendekati dan menyembah Tuhan tidak disentuh langsung. Walaupun pengasas agama ini percaya adanya Tuhan (Theistic), tetapi ajaran yang disampaikan tiada menyentuh langsung mengenai Tuhan (Non-theistic). Buddha lebih menekankan kepada pusingan kehidupan yang dilalui oleh setiap insan di dunia - kelahiran, kesakitan, usia tua dan kematian. Menurut Buddha, tahap 'Nirvana' adalah tahap yang paling sempurna yang dicapai oleh manusia. Buddha bukanlah Tuhan dan penganut agama ini tidak berdoa kepadanya...

Apabila soalan 'bagaimana dunia dicipta?' diberikan kepada Buddha, dia cuma berdiam diri. Model kehidupan dalam agama Buddha adalah: kehidupan yang tidak ada permulaannya dan pusingan kelahiran dan kematian akan berlanjutan tanpa ada akhirnya (bermaksud tidak ada syurga dan neraka)...berdasarkan maklumat-maklumat yang saya dapati dari laman-laman web dan juga dialog saya dengan penganut agama Buddha (maklumat adalah sama), maka dapat disimpulkan Tuhan Katolik TIDAK SAMA dengan Tuhan Buddha. Jadi mengapakah kita menyamakan Tuhan kita, Tritunggal Kudus, dengan Tuhan Buddha? Siapakah Tuhan Buddha sebenarnya? Mengapakah Buddha tidak mengajari umatnya tentang Tuhan yang dipercayainya? Mengapakah Buddha enggan berkongsi cerita tentang Tuhannya...sesuatu yang sangat aneh apabila difikirkan...

Monday, March 2, 2009

Krisis iman dikalangan umat Katolik sekarang

Ramai Katolik pada hari ini mempunyai pengetahuan yang amat sedikit tentang agama mereka. Ini ditambah pula dengan tiada keyakinan atau kepastian pada apa yang sudah diketahui mengenai Katolik. Sikap yang biasa diambil apabila ada saudara yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama RC adalah 'tanya Paderi', atau 'tanya brother atau sister atau katekis' ...Ini tidak menghairankan kerana kebanyakan Katolik pada hari ini hanya merupakan Katolik mingguan sahaja. Kesibukan dalam tugas dan ditambah lagi keinginan yang kuat untuk bersaing dalam dunia korporat menyebabkan ramai yang tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya pada keluarga, apalagi pada ajaran agama. Keinginan untuk hidup senang dalam dunia mengatasi keinginan untuk masuk ke Syurga (mungkin juga tiada niat langsung untuk masuk ke Syurga - Katolik berfikiran atheis).

Ramai umat Katolik menyerahkan sepenuhnya perkara yang berkaitan dengan penyelamatan roh kepada pemimpin-pemimpin gereja. Paus, uskup-uskup, paderi-paderi dan para religius berperanan untuk membantu umat mencapai matlamat ini - supaya dapat masuk ke syurga dan dapat hidup kekal selama-lamanya. Paus, uskup-uskup, paderi-paderi dan para religius bertanggungjawab untuk menyelamatkan sebanyak roh yang mungkin agar tidak masuk ke neraka kerana dalam neraka cuma ada kesengsaraan dan penderitaan selama-lamanya. Dalam Alkitab, Yesus telah mengatakan tidak semua orang dapat masuk ke Syurga. Syurga dan Neraka tetap wujud walaupun manusia semakin maju dalam pengetahuan sains dan teknologinya. Ini bermakna, setiap umat yang telah meninggal dunia telah menghadapi pengadilan masing-masing, iaitu Syurga atau Neraka. Umat yang belum membayar habis dosa yang telah diampuni, akan dicucikan dengan 'api' dalam 'Api Pencucian' sebelum ianya masuk ke Syurga.

Ramai umat berfikiran, menghadiri misa tiap-tiap hari minggu, merayakan perayaan gereja yang besar iaitu Jumaat Suci, Hari Paska dan Krismas adalah memadai. Sakramen gereja hanya akan di 'ambil tahu' apabila ada keperluan. Mereka taat dan akur dengan perintah dari paus, uskup-uskup dan paderi-paderi. Semuanya ini tidak menyalahi undang-undang gereja. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah betul.
.TETAPI kita juga telah diberi amaran oleh santo-santa, juga Bonda Maria agar sentiasa berwaspada...

Renungkan sabda-sabda ini dalam Alkitab:

2 Tim 4: 1-5, , Kisah Para Rasul 20: 29, Mat 7: 15, Gal 1:8-9, Gal 1: 10, Luke 18:8...dan ada banyak lagi.

Dari petikan-petikan sabda di atas, terbukti santo-santa tahu akan wujudnya ajaran sesat dalam gereja dimasa akan datang (iaitu zaman sekarang). Mereka telah memberi kita amaran tentang adanya niat untuk menimbulkan kekacauan dalam gereja dan percubaan untuk menyesatkan umat Katolik...renungkan lagi sabda-sabda diatas dengan meminta pertolongan dari Roh Kudus kerana ianya bukan sesuatu yang mudah diterima apalagi jika melibatkan ramai pemimpin-pemimpin dalam gereja Katolik..

Saturday, February 28, 2009

A Pastoral Council

"The Second Vatican Council has not been treated as a part of the entire living Tradition of the Church, but as an end of Tradition, a new start from zero. The truth is that this particular Council defined no dogma at all, and deliberately chose to remain on a modest level, as a merely pastoral council; and yet many treat it as though it had made itself into a sort of superdogma which takes away the importance of all the rest."

Card. Ratzinger's 1988 Remarks to the Bishops of Chile

http://www.unavoce.org/cardinal_ratzinger_chile.htm

Whatever you permit, you promote

Isn’t it fascinating who and what the church accepts these days to partner with for evangelization that’s in clear violation of God's Word?


Is it ignorance, arrogance or just apathy? Whatever the case, the end is still the same.


“And have no fellowship with the unfruitful works of darkness, but rather reprove them.” – Ephesians 5:11

If sin is what brought about all of the world’s problems, just how is ignoring it going to solve them? Shall we merely treat the symptoms of sin around a fallen world with an interfaith program of good works and discard the cure as potentially divisive – that being, God’s call to repentance through the message of Our Lady of Fatima.


How does one work with pagans and their false gods and honour the One True God Who warns us in His Word to not be “unequally yoked together with unbelievers” and commands us to “come out from among them, and be ye separate”? (2nd Corinthians 6:14-17). So, “Whatever you permit, you promote.”


If you don’t speak out against immodesty, then you’re promoting it. If you don’t speak out against adultery, then you are okaying it…and silence always means to consent or agree with it unless you speak out against it. If you don’t speak out against ‘Ecumenism of Vat-II’, if you pray with people of false religions, then by your action, you are consenting it and thus promoting it.

Friday, February 27, 2009

What we have lost...

This is the widely acclaimed video documenting the destruction of Christ's One, Holy, Catholic, and Apostolic Church. See the changes in architecture, art, music, the Sacramental rites, and most especially the Holy Sacrifice of the Mass. Changes in the Church that have so protestantized it, it is nearly unrecognizable. Changes that are damaging to the faith of almost a billion people. See what we've lost, but more importantly, how we can get it back.









Wednesday, February 25, 2009

Komen saya tentang gerakan karismatik

Semua cerita-cerita mengenai gerakan karismatik yang saya muatkan dalam blog ini bukanlah bertujuan untuk memburuk-burukkan gerakan karismatik dan melemahkan semangat ahli-ahli dalam pencarian mereka untuk lebih mendekati kepada Tuhan. Semua kisah-kisah yang ditulis adalah benar dan semua doktrin adalah dari Gereja Katolik. Saya menjemput ahli-ahli dalam gerakan ini membuat 'research' tentang gerakan ini untuk mempastikan kesahihan cerita dan doktrin yang telah saya sampaikan.

Tujuan saya cuma satu: memberi penjelasan tentang ajaran Gereja Katolik yang sebenar dan membantu ahli-ahli dalam gerakan ini membuat pilihan yang wajar- iaitu meneruskan mengikuti ajaran yang salah atau meninggalkannya. Setiap orang cuma ada satu roh sahaja, maka, fikirlah...adakah berbaloi mengikuti ajaran ini jika ianya akan membawa kepada kehilangan roh anda...


Pada masa ini ajaran yang disampaikan dalam gerakan karismatik Katolik telah banyak dicampur-adukkan dengan ajaran Protestan. Misalnya doa Rosari diserapkan juga dalam gerakan karismatik. Tetapi cara-cara berdoa dalam ralli-ralli penyembuhan yang diadakan secara besar-besaran dan berbahasa roh tetapi tidak mengetahui maksudnya adalah sebahagian dari ajaran agama Protestan. Seorang umat Katolik sepatutnya hanya memiliki iman Katolik dan bukannya iman Katolik-Protestan. Semua santo-santa hanya memiliki iman Katolik sahaja.

Lagi cerita karismatik…

Kisah benar ini merupakan pengalaman dari umat-umat katolik yang mengikuti sessi-sessi dalam gerakan karismatik.


Seorang budak perempuan yang berumur kira-kira 14 tahun mengikuti sessi penumpangan tangan atau 'pray over'. Semasa sessi itu berjalan, budak perempuan ini mendongak kepalanya keatas dan terkejut kepalang apabila melihat banyak roh-roh yang rupanya amat menakutkan sedang berlegar-legar di atas udara. Oleh kerana mendapat kejutan, budak perempuan ini secara automatis terlempar kira-kira beberapa meter dari kedudukannya tadi.


Seorang wanita berbangsa Cina mengikuti sessi berbahasa roh. Apabila bahasa roh dimulai, alangkah terkejutnya wanita ini apabila mendengar kata-kata maki-hamun terhadap Tuhan yang datangnya dari mulut seorang umat yang duduk disebelahnya. Umat disebelah wanita Cina itu dikatakan sedang berbahasa roh (dalam bahasa Cina) tetapi bukan berbangsa Cina dan tidak memahami bahasa Cina langsung.


Seorang wanita tiba-tiba ‘sakit’ semasa sessi karismatik sedang dijalankan didalam gereja. Beberapa lelaki / warden datang dan cuba memindahkan wanita itu ke bilik rehat. Tetapi mereka mendapati berat badan wanita itu sangat luarbiasa. Beberapa orang ahli karismatik berdoa (cara karismatik) cuba menghalau roh jahat yang menganggu wanita itu. Selepas beberapa lama, wanita itu masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan…sehinggalah seorang lelaki tua berumur sekitar 50-an datang dan berdoa Bapa Kami dan Salam Maria beberapa kali, barulah wanita itu dapat dipindahkan ke bilik rehat.


More stories about charismatic


These are true stories, experienced by Catholics who have joined in some of the charismatic sessions.


A 14 year-old girl was being prayed over. In the midst of the session, she looked up and was horrified to see many evil spirits flying in the air. The girl was so traumatized by the experience that she stumbled a few meters away from her ‘pray over’ position.


A Chinese woman was in a glossolalia session. During the session, she heard the person who was sitting next to her (a Ms. X), glossolaling in Chinese. She understood everything that Ms. X said. What she didn’t expect was to hear Ms. X cursing our Lord!


A woman fell sick while attending a charismatic session which was being held in a church. A few men came to assist her and were told to carry her to a rest room. The men could not carry her as they found her to be extremely and strangely heavy as she was not a big person. A few charismatic members then prayed over her, hoping to exorcise evil spirits but to no avail. After an hour or so, a middle-age man, came to join in the prayer but only by repeatingly reciting the ‘Our Father’ and the 'Hail Mary’. The woman immediately showed signs of recovery and was finally carried to the rest room.

Tuesday, February 17, 2009

Catholic Obedience

God through His Catholic Church has absolute authority over my conscience BUT in the last resort God meant me to judge, if His hierachy is departing from His teaching. Obedience to men has limits - Galatians 1:8-9

The Pope, as the Vicar of Christ, is given by Christ direct authority over the whole church BUT he is not infallible in everything he says or does.

Lawful superiors are to be respected as the representatives of Christ BUT if they depart gravely from the Catholic Faith, I may even rebuke them in public - Gal 2: 11-14

I will gladly obey the appointed servants of God, legitimate bishops and priests BUT not when I know they are leading men away from God.

I will always respect the Church authorities as such, - John 18:23, Acts 23:6 BUT I need not follow Church leaders who violate the traditions of the faith.

Church punishment are terrifying instruments of God's law when valid BUT when they are without foundation they are not valid - Old Code, c.2242; New Code, c.1321

I must attend the Catholic Mass BUT I am not obliged to attend the Novus Ordo Mass (more about this later), because it destroys the Catholic Faith.

Ketaatan dari umat Katolik

Melalui Gereja Roman Katolik, Tuhan mempunyai autoriti yang mutlak ke atas pemikiran saya TETAPI pada masa zaman krisis, Tuhan mengkehendaki saya mengadili sekiranya pemimpin-pemimpin dalam gereja menyimpang dari ajaran sebenar. Ketaatan kepada manusia ada batasannya. – Gal 1: 8-9


Paus, sebagai ketua wakil Kristus dibumi, telah diberi mandat penuh ke atas seluruh gereja Kristus TETAPI dia tidak kebal-salah dalam semua perbuatan dan percakapannya.


Pemimpin yang dipilih melalui undang-undang yang sah mewakili Kristus dan mestilah dihormati TETAPI sekiranya pemimpin menyeleweng dari ajaran Katolik, saya boleh menegurnya secara umum – Gal 2: 11-14


Saya dengan rela dan sukacita taat kepada pemimpin Tuhan iaitu uskup dan paderi TETAPI sekiranya mereka menyimpang dari ajaran sebenar sehingga menyebabkan banyak jiwa hilang, maka saya akan memprotes.


Saya akan selalu menghormati autoriti dari Gereja seperti yang dinyatakan – Yohannes 18:23, Kisah para rasul 23: 6 TETAPI saya tidak perlu mentaati pemimpin yang melanggari tradisi iman.


Hukuman dari Gereja adalah perintah hukuman menakutkan yang datangnya dari Tuhan sendiri dan ianya sah TETAPI sekiranya hukuman tidak berdasarkan keadilan, maka ianya tidak sah. - Kod Lama, c.2242; Kod Baru, c.1321

Saya mesti menghadirkan diri semasa perayaan misa Katolik TETAPI saya tidak dimestikan hadir dalam perayaan misa Novus Ordo (maklumat lebih lanjut tentang ini akan dimuatkan dalam blog), kerana ia membinasakan iman Katolik.