Showing posts with label Four Last Things. Show all posts
Showing posts with label Four Last Things. Show all posts

Sunday, November 9, 2008

Dimanakah Api Penyucian didalam Alkitab?

Tuhan Yesus Kristus sentiasa bersedia mengampuni dosa kita

Umat Protestan sering mempertikaikan doktrin Katolik tentang Api Penyucian. Mereka mengatakan bahawa Api Penyucian tidak pernah disebut dalam Alkitab. Penyelamatan dalam agama Protestan hanya berpandukan kepada dua perkara sahaja iaitu:

  1. Kepercayaan dan perbuatan berpandukan pada sabda-sabda Tuhan dalam Alkitab
  2. Penyelamatan melalui iman (percaya kepada Yesus) tanpa kerja

Umat Katolik, jika pengetahuan mereka dalam agama sendiri sangat cetek, mudah goyah, apabila umat Protestan menyoal dan mempertikaikan tentang kewujudan Api Penyucian. Ramai juga Katolik yang masuk ke agama Protestan hanya kerana mereka merasakan penerangan umat Protestan lebih ‘berasas’. Mereka langsung tidak mengambil masa untuk mempelajari agama sendiri dengan lebih mendalam lagi, sebaliknya cepat mengalah dan mengiyakan apa yang diajari oleh agama Protestan. Agama Protestan tidak percaya kepada doktrin Empat Perkara Terakhir. Umat Katolik yang masuk ke agama Protestan berdosa besar kerana Gereja Katolik adalah gereja ibunda (gereja pertama, membawa ajaran Yesus yang asal). Umat Katolik lah yang sepatutnya membawa umat Protestan masuk ke dalam Gereja ibunda dan bukan sebaliknya. Ini adalah kerana agama Protestan adalah agama kristian yang menyimpang dari ajaran sebenar.


Renungkan ayat-ayat Alkitab ini:

II Makabe 12: 43-46

“Dari sebab itu maka disuruhnyalah mengadakan korban penebus salah untuk semua orang yang sudah mati itu, supaya mereka dilepaskan dari dosa mereka.”

Matius 12:32

“Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.”

Matius 5: 25-26

“Segeralah berdamai dengan lawanmu selama engkau bersama-sama dengan dia di tengah jalan, supaya lawanmu itu jangan menyerahkan engkau kepada hakim dan hakim itu menyerahkan engkau kepada pembantunya dan engkau dilemparkan ke dalam penjara. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya engkau tidak akan keluar dari sana, sebelum engkau membayar hutangmu sampai lunas.”

1 Korintus 3: 13-15

“Sekali kelak pekerjaan masing-masing orang akan nampak. Karena hari Tuhan akan menyatakannya, sebab ia akan nampak dengan api dan bagaimana pekerjaan masing-masing orang akan diuji oleh api itu. Jika pekerjaan yang dibangun seseorang tahan uji, ia akan mendapat upah. Jika pekerjaannya terbakar, ia akan menderita kerugian, tetapi ia sendiri akan diselamatkan, tetapi seperti dari dalam api.”


Malangnya bagi umat Protestan, Alkitab mereka telah dikurangkan kerana ini adalah kemahuan pemimpin mereka yang memberi alasan bahawa buku-buku ini tidak penting. Buku-buku yang dibuang adalah:Tobit, Yudit, Tambahan Ester, Sirakh, Barukh, Tambahan Daniel, 1 Makabe dan 2 Makabe.


Pemimpin-pemimpin agama Protestan seperti Martin Luther sebenarnya tidak mahu berdebat tentang ayat-ayat yang terkandung didalam buku-buku ini kerana mereka tahu ianya akan membawa kebenaran kepada doktrin Katolik.

Saturday, November 8, 2008

Umat Kristian tidak memahami Api Pencucian...

Gambar diatas menunjukkan roh-roh di Api Pencucian merayu kepada Dante untuk memberitahukan kepada keluarga dan sahabat-handai mereka agar berdoa untuk roh-roh mereka.

Ramai umat Katolik yang tahu akan Api Pencucian tetapi dari kelakuan mereka menunjukkan mereka tidak memahami tentang Api Pencucian. Penjelasan yang kurang dari para religius atau guru-guru religius juga menyebabkan hal ini berlarutan. Akibatnya, ramai yang menjadi Katolik hanya pada 'nama' sahaja. Melalui dogma empat perkara terakhir ini juga bererti;

1. Adat tempatan kita yang dikenali sebagai 'momisok', 'momohizan' atau menunggu, memanggil dan berbicara dengan roh orang mati adalah adat kafir. Orang yang telah meninggal dunia, rohnya telah dipanggil menghadap 'pengadilan perseorangan' dan takdirnya hanyalah ditangan Tuhan. Adalah lebih baik keluarga simati berdoa Rosari terus-terusan atau memohon misa untuk roh simati dari melakukan perkara kafir yakni yang tidak menguntungkan mana-mana pihak samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal.

2. Selepas seseorang itu meninggal dunia, tidak ada seorang pun boleh memanggil rohnya lagi. Tidak ada lagi komunikasi antara yang hidup dengan yang mati, kecualilah Tuhan yang mengaturkannya. Ini termasuklah dukun, bomoh atau orang-orang yang 'berlagak' kudus yang hanya berpura-pura tahu akan dimana roh itu ditempatkan. Ada sesetengah orang yang masih hidup menyesali akan 'dosa' mereka terhadap orang yang sudah mati (selalunya yang ada hubungan kekeluargaan) dan sering berjumpa dukun untuk mendamaikan balik hubungan orang hidup dengan orang mati. Ketahuilah jam untuk orang mati sudah berhenti detikannya dan tidak ada lagi pandang ke belakang. Segala rahmat dan peluang telah diberikan kepada orang itu semasa ianya masih hidup. Penyesalan seorang Katolik yang masih hidup adalah lebih wajar disampaikan dalam sakramen pengakuan.

Friday, November 7, 2008

Khutbah seorang paderi...

Syaitan dalam gambar disebelah sentiasa berusaha untuk mengaburkan manusia tentang adanya kehidupan selepas kematian iaitu kebahagiaan kekal di syurga atau penderitaan kekal di neraka.

Ini adalah kisah dari pengalaman saya sendiri semasa menghadiri satu misa untuk orang mati, iaitu mendiang ayah kepada sahabat saya. Paderi dalam misa ini, dalam khutbahnya mengatakan bahawa manusia mestilah sentiasa bersedia untuk hari kematiannya. Paderi ini menceritakan bagaimana salah seorang kenalannya iaitu seorang wanita tua, telah membeli keranda dan membersihkan keranda ini setiap hari sebagai persediaan menghadapi hari kematiannya. Paderi ini meneruskan lagi ceritanya tentang seorang lagi kenalannya, iaitu lelaki muda, yang langsung tidak memperdulikan tentang hari kematiannya...akhirnya, menurut paderi, yang lelaki muda pula terlebih dahulu meninggal dunia dari wanita tua itu....

Saya merasa aneh sebab sebagai seorang paderi, dia sepatutnya mengambil kesempatan pada masa misa orang mati itu untuk mengkhutbahkan Dogma Empat Perkara Terakhir iaitu
Kematian, Syurga, Neraka dan Api Pencucian. Pada pendapat saya, paderi ini seperti tidak mempunyai fokus, khutbahnya tidak kesampaian pada ajaran Katolik sebenar dan seolah-olah mengarah kepada persediaan duniawi sahaja...Saya sedar juga, ada paderi yang tidak suka berkhutbah tentang neraka kerana ini menakutkan umat. Saya pun tidak ingat lagi bila kali terakhir mendengar khutbah dari paderi tempatan kita tentang neraka. Ada segelintir umat Kristian berjenaka (cuba menyenangkan hati mereka) bahawa dalam neraka sudah ada alat pendingin hawa (air-cond)...sedarkah mereka neraka itu tetap wujud walau macam mana pun manusia cuba mempersendakan atau melupainya...mempersendakan kewujudan neraka juga bererti mempersendakan ajaran Tuhan. Keadaan di sana tetap sama dari dulu hingga sekarang sama seperti Tuhan Yesus kita, yang sentiasa sama dari dulu hingga sekarang.- Ibrani 13:8

A Priest's Sermon

In the above picture - the serpent is always lurking to try to make us think only of this life, and forget the afterlife.

I would like to share the sermon of a local priest when I attended my friend’s late dad requiem mass. The priest exhorted the faithful to be prepared for their deaths. Death will come like a thief, so unexpected, that many will be caught unprepared. So this priest shared his side of story, about an old woman whom he knew very well. The old woman bought a coffin, put it in her house and wiped her coffin everyday. The priest said, this was the old woman’s way of making preparation for her death. Then, the priest compared this old woman to a young man, whom he also knew very well, who unfortunately did not make any preparation for his death. So, it happened that the young man died first.


I feel really annoyed and angry because as a priest he should have grasped the opportunity to speak about the Four Last Things during the requiem mass. In my opinion, the priest lacks focus (or probably also knowledge) in his profession. The message in his sermon is more like telling the faithful to make ‘worldly’ preparation. The Dogma of the Four Last Things is the most basic and fundamental knowledge that a Catholic must know and yet, it is being trampled and forgotten. I can even recall some jokes by some Christians about ‘Hell being air-conditioned and so hell is not as hot as it used to be anymore’. Hell exists and many will go there no matter how hard people try to justify that hell doesn’t exist. To reject or make fun about the teaching of hell also means to reject and make fun of the teaching of our Lord, Jesus Christ. ‘…Jesus Christ, yesterday, and today; and the same for ever.’ (Hebrew 13:8)


The Four Last Things

Too many have forgotten that the infallible dogma of the Church on salvation includes four final things - Death, Judgement, Heaven and Hell. What does the Catholic Church teach on the Four Last Things?

1. Man's probation ends with death.
2. The Particular Judgement follows immediately after death.
3. The good go to heaven and the wicked go to hell after the Particular Judgement.
4. Those who are not entirely purified go to purgatory after the Particular Judgement.
5. This world will come to an end when God wills.
6. The dead will rise again on the Last Day.
7. On the Last Day Jesus Christ will come again to judge the living and the dead.
8. After the General Judgement the elect will enter life eternal, but the reprobate will go into the everlasting torments of hell.
9. The thought of the Last Things inspires man with the fear of the Lord and the love of God.

Empat Perkara Terakhir

Terlalu ramai umat Katolik yang tidak tahu atau langsung lupa akan dogma (ajaran) tentang penyelamatan dalam gereja Katolik iaitu dogma Empat Perkara Terakhir – Kematian, Pengadilan, Syurga dan Neraka. Apakah ajaran gereja Katolik tentang dogma Empat Perkara Terakhir ini?

1. Kehidupan manusia dibumi berakhir dengan kematian.
2. Selepas kematian, ini akan disusuli terus dengan Pengadilan Perseorangan.
3. Manusia baik akan masuk ke Syurga dan manusia jahat akan dimasukkan ke dalam neraka selepas Pengadilan Perseorangan ini.
4. Manusia yang mempunyai dosa-dosa kecil akan didimasukkan ke dalam Api Pencucian sehingga dia habis membayar dosanya, dan akhirnya akan dibawa masuk ke Syurga.
5. Hari akhir bumi ditentukan oleh Tuhan sendiri.
6. Pada hari terakhir, manusia yang telah mati akan dibangkitkan semula.
7. Tuhan Yesus Kristus akan datang pada Hari Kiamat (Hari akhir bumi) untuk mengadili manusia yang jahat dan yang baik. Ini dinamakan Pengadilan umum.
8. Selepas Pengadilan umum, manusia yang baik akan masuk ke Syurga dan bahagia selama-lamanya (roh dan tubuh sekali) dan yang jahat akan dibuang ke api Neraka dan menderita selama-lamanya (juga roh dan tubuh sekali).
9. Renungan pada dogma Empat Perkara Terakhir akan menyemarakkan Ketakutan pada Tuhan dan menambahkan cinta kasih kita kepada Tuhan.

November - Bulan berdoa untuk Roh-roh Suci di Api Pencucian

Kalau mengikut kalendar Katolik Vatikan ke-II, Hari Roh Suci jatuh pada 2 November tetapi kalau mengikut kalendar Katolik Tradisional, Hari Roh Suci jatuh pada 3 November setiap tahun (Kalendar Tradisional adalah sejarah hampir 2000 tahun gereja Katolik). Walaupun tarikh perayaan roh suci berbeza, tetapi bulan November tetap dipilih untuk mengingati roh-roh umat yang telah meninggal dunia, yang sedang ‘membayar’ dosa mereka melalui pembersihan di Api Pencucian sebelum layak untuk masuk ke Syurga. Kepada mereka yang mempunyai keluarga, sanak saudara atau sahabat-handai yang telah meninggal, doakanlah roh-roh mereka agar tempoh ‘kesakitan’ mereka dipendekkan. Roh-roh di Api Pencucian tidak dapat mendoakan untuk diri mereka sendiri. Mereka sangat bergantung kepada umat-umat yang masih hidup didunia mendoakan bagi pihak mereka. Mereka pula apabila naik ke syurga, akan amat berterima kasih dengan sipendoa mereka dan akan membalas doa umat-umat tadi. Doa Misa, Rosario (dua doa yang dapat membebaskan roh lebih cepat jika diperbanyakkan) atau doa-doa tradisional Katolik yang pendek (misalnya: Bapa Kami, Salam Maria dan sbgnya) amatlah dinantikan-nantikan oleh roh-roh ini. Kerja-kerja penebusan seperti berpuasa (dari segi makanan dan perbuatan) juga boleh memendekkan tempoh roh di api pencucian. Selain itu, gereja juga memberi indulgensi kepada umat yang melawat dan berdoa di tanah perkuburan dari November 1 – 9.

“Dari sebab itu maka disuruhnyalah mengadakan korban penebus salah untuk semua orang yang sudah mati itu, supaya mereka dilepaskan dari dosa mereka.” – 2 Makabe 12:46

November – The month of the Holy Souls in Purgatory


The feast day for the Holy Souls in Purgatory, under the Novus Ordo calendar, falls on the 2 November. The Traditional Catholic calendar celebrates the feast day on 3 November. Regardless of the change in feast day, the month of November is offered for the Holy Souls. The Holy Souls in Purgatory are purified by fire to pay back for sins that have been forgiven but have not been fully atoned for before they can go to heaven. For those who have family members, relatives and friends who are deceased, it is good to pray for their souls as these souls rely on the faithful who are still living to pray for their souls. They in return will pray for those who pray for them when they enjoy beatific vision. The Mass and Rosary are two most powerful prayers as means to speedily release their souls in purgatory. The short traditional Catholic prayers i.e. the ‘Our Father’, ‘Hail Mary’ and etc. and penance and sacrificial work can also shorten their time in Purgatory. The church grants indulgences to her children who visit and pray at the cemetery from November 1 -9.


"It is therefore a holy and wholesome thought to pray for the dead, that they may be loosed from their sins." - 2 Mach 12:46