Menurut Paus Pius V, ianya tidak semestinya. Pada tahun 1570, Paus ini telah memberikan kebenaran menggunakan liturgi yang telah berusia lebih dari dua dekad, dirayakan dalam bahasa asalnya, walaupun ianya tidak menggunakan bahasa Latin. Dalam misa Tridentin, bacaan injil dan juga epistel boleh dibacakan menggunakan bahasa rasmi satu-satu negara. Khutbah juga tidak disampaikan dalam bahasa Latin!
Pendapat yang menentang penggunaan bahasa Latin: Jika misa dirayakan dalam bahasa Latin, tiada seorang pun yang akan memahaminya kerana hampir semua gereja diseluruh dunia tidak lagi mengunakan bahasa Latin.
Respon: Memang benar bahasa Latin tidak lagi digunakan oleh kebanyakkan gereja, tetapi buku Misa Tridentin disediakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Latin dan mukasurat yang selepasnya adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda satu-satu negara. Dengan sedikit latihan sahaja, umat yang kerap menghadiri misa ini akan lama-kelamaan dapat memahami doa-doa misa. Misa Roman Katolik juga dinamakan Misteri Kudus (Divine Mystery), dimana apabila sesuatu itu dikatakan misteri, umat tidak akan dapat memahami sepenuhnya.
Kesimpulan:
Memang tidak dapat dinafikan, gereja adalah merupakan satu organisma yang hidup. Sebagai organisma yang hidup, gereja perlu membesar, mematangkan diri, berkembang, menyesuaikan dan sentiasa mampu menjadikan dirinya sensitif dengan hal-hal semasa, tetapi tidak bertolak-ansur dalam pemeliharaan integriti ajaran gereja. Mereka yang cuba membuat perubahan yang bertentangan dengan ajaran gereja mestilah ditegur dan jika perlu tindakan harus diambil dengan segera. Sejak Vatikan Konsili ke-II, banyak perubahan telah dibuat, dari hal-hal yang kecil sehinggalah kepada hal-hal yang serius. Misalnya, tarikh-tarikh perayaan santo-santa dalam kalendar lama gereja RC banyak yang sudah diubah, tidak kurang juga yang dibuang sama-sekali dari kalendar gereja. Selain itu, sesuatu yang amat menyedihkan lagi, doa yang dirasakan tidak lagi bersesuaian dengan keperluan gereja seperti doa 'Santo Mikael' juga telah dibuang dari misa harian (Santo Mikael adalah Ketua Malaikat di Syurga dan dialah yang akan mengetuai Malaikat bertarung dengan iblis. Dikatakan Iblis akan berkerja lebih keras lagi pada masa ini, zaman akhir, kerana mereka tahu masa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka semakin suntuk. Jadi bukankah doa Santo Mikael sepatutnya didoakan lebih kerap lagi???).
"Penggunaan bahasa Latin, dijadikan sebagai teras untuk menyatukan umat dan juga sebagai penghalang kepada korupsi doktrin." (Pius XII: Encyclical Mediator Dei, Nov 20, 1947)




